Menurut perkongsian yang dimuat naik Ummi di laman Instagram miliknya, dia memberitahu bahawa Ayra dilahirkan secara caesar pada pukul 11.37 malam, 22 Ogos lalu iaitu awal seminggu berbanding tarikh sepatutnya.

Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nurul Hidayah Zainul Abidin berkata, dia melahirkan Ayra ketika kandungan berusia 34 minggu.
“Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Anak saya sihat dan sempurna,” jelas Ummi yang mengahwini Mohd. Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai 2017.
Pada 25 Oktober ini, Ummi bakal muncul dengan filem terbaharunya, Gol & Gincu Vol. 2 terbitan Red Films bergandingan dengan Syafiq Kyle. - UTUSAN ONLINE