Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Beri ucapan kemerdekaan untuk Malaysia, Rossa dikecam


PENYANYI popular Indonesia, Datuk Rossa turut tidak ketinggalan mengucapkan selamat hari kemerdekaan buat Malaysia yang diraikan pada 31 Ogos lalu.


Hubungan akrab Rossa dengan Malaysia sememangnya bukan asing, sementelah pelantun lagu Ayat-Ayat Cinta ini kerap berulang-alik ke sini sama ada untuk urusan kerja mahupun peribadi.

Justeru tidak hairanlah Rossa sentiasa menjadi duta muhibbah antara kedua buah negara ini biarpun ketika isu hangat melibatkan netizen kedua buah negara.



“Selamat hari kemerdekaan untuk Malaysia. Semoga persaudaraan kita selalu terjaga mesra selamanya,” tulisnya sebagai kapsyen pada gambar bendera Malaysia yang dimuat naik di laman Instagramnya.



Ucapan jujur Rossa itu disambut baik rakyat Malaysia yang menghargai keprihatinan penyanyi tersebut yang juga mempunyai ramai peminat dan kenalannya di Malaysia.
Bagaimanapun, terdapat segelintir pengikut Rossa yang menyifatkan tindakan tersebut  ‘tidak patriotik’ kepada negara mereka.
Dalam pada itu, ada juga yang cuba mempertahankan tindakan Rossa.


“Cinta Indonesia bukan berarti anda harus membenci negara lain kan?,” tulisnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails