Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Johan As'ari tampil dalam klip video Shila?

MINGGU ini Mizz Lahar hendak cerita sikit pasal penyanyi berbakat Shila Amzah. Bukan mahu menyelongkar lagi kisah hubungannya bersama Johan As'ari mahupun bercerita mengenai pasangan pelakon Juvana itu, Lana Nodin. Sebaliknya, Mizz Lahar hendak kongsikan kepada pembaca ruangan Mizz Lahar ini mengenai bakat yang dikurniakan Allah kepada penyanyi Masih Aku Cinta itu. Teman Mizz Lahar yang cukup minat dengan Shila sering mengikuti perkembangan penyanyi itu di Twitter dan Instagram. Dia beritahu Mizz Lahar yang Shila mempunyai bakat melukis potret wajah dan sering memuat naik gambar lukisannya itu di Instagramnya dengan IG @shilaamzah. Kata teman Mizz Lahar itu lagi, Shila sering melukis potret wajah selebriti popular seperti Datuk Siti Nurhaliza, Taufik Batisah, Johnny Depp dan terkini Paul Walker. Terbaharu, teman Mizz Lahar dapati, Shila ada memuat naik beberapa gambar klip video lagu Masih Aku Cinta. Katanya, model lelaki dalam klip video itu seperti Johan As'ari. Kalau betul Johan yang tampil sebagai model lelaki dalam klip video tersebut mesti ramai peminat yang tidak sabar menontonnya. Mizz Lahar: Jika sebelum ini ramai yang menunggu tarikh kahwin Che Ta, kali ini nampaknya giliran Johan dan Lana pula yang ditunggu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails