Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tidak abaikan anak - Jimmy Shanley

Kisah perkahwinan dan seterusnya perpisahan pengacara dan penyampai radio, Jimmy Shanley dengan bekas isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy telah selesai. Namun perbalahan berhubung hak penjagaan anak mereka iaitu Zahrah Rania Shanley, 2, masih lagi berlanjutan selama beberapa tahun, sehinggalah ke hari ini. Dalam pada itu, terdapat suara-suara sumbang yang mengatakan Jimmy seolah-olah melepaskan tangan daripada menjalankan tanggungjawab selaku bapa kepada anak kecil itu, akibat kejadian tersebut. Nada-nada sumbang itu mula bertebaran ekoran Jimmy jarang sekali dilihat meluangkan masa dengan anak kecil itu akhir-akhir ini. Ketika hal itu diajukan kepadanya baru-baru ini, Jimmy tidak menafikan bahawa dia tidak mendapat hak yang sepatutnya telah dipersetujui oleh pihak mahkamah sebelum ini. "Jika diikutkan, saya berhak mendapat hak penjagaan untuk tiga hari dua malam dalam seminggu. Namun situasi sebenar tidak berlaku sedemikian. Malahan saya juga tidak dapat menyambut ketibaan Syawal bersamanya baru-baru ini. Saya kecewa dan sedih atas apa yang terjadi ini. "Sebagai bapa, pastinya saya mahu terlibat sama dalam membesarkan anak saya dan bukannya hanya melihat dan mengikuti perkembangannya dari jauh. "Kini, saya masih lagi menanti keputusan mahkamah berhubung hak penjagaan kerana difahamkan bekas isteri mahu mendapatkan hak penjagaan anak secara keseluruhan daripada saya," ujarnya. Jimmy berkata demikian sewaktu ditemui selepas majlis pelancaran stesen radio baharu iaitu Ultra.fm yang bersiaran di frekuensi 101.3 untuk kawasan Lembah Klang, baru-baru ini. Mahkamah sebelum ini memutuskan hak perkongsian anak tersebut diberi secara sama rata iaitu sebagai bapa, Jimmy diberikan hak penjagaan selama tiga hari dua malam dalam tempoh seminggu. Jelas Jimmy yang kini berusia 33 tahun, sebagai seorang lelaki dan suami, dia akui dirinya gagal dalam menjalankan tanggungjawab dan turut bersedia menggalas beban akibat kegagalan dirinya itu. "Saya tidak malu untuk mengaku, sebagai suami, saya gagal dalam urusan rumah tangga sebelum ini. "Saya gagal menjadi suami yang baik kepada isteri dalam tempoh kami bergelar pasangan suami isteri sebab itu perpisahan kami terjadi. "Namun, saya tidak mahu gagal dalam menggalas tugas menjadi seorang bapa. Saya tidak boleh gagal dalam hal ini memandangkan dia (Zahrah) adalah sebahagian daripada hidup saya dan dia juga sudah semakin membesar," katanya. Dalam pada masa yang sama, Jimmy berharap isu berhubung hak penjagaan anaknya ini tidak diperbesarkan masyarakat umum kerana tidak mahu sebarang cerita negatif timbul. "Selain perlu menjaga hati banyak pihak, Jimmy mahu terus memandang ke hadapan dan tidak terus berlaku salah menyalah antara dirinya dan bekas isteri serta keluarga. Jimmy yang bertugas di segmen pagi bermula pukul 6 sehingga 10 pagi di radio Ultra.fm turut menegaskan dia akan tetap mempertahankan hak penjagaannya dan berdoa agar keputusan daripada pihak mahkamah nanti adalah yang terbaik. "Anak saya juga sudah semakin besar, dan saya juga tidak mahu timbul sebarang isu memandangkan perkara ini sudah lama berlarutan. "Sebab itu adalah sangat penting untuk saya menyelesaikan kes ini segera supaya ada hitam dan putih pada masa depan dalam hak penjagaan bersama anak ini," tambahnya. Sembunyi identiti Setelah hampir setahun memegang status sebagai bujang, pastinya persoalan yang dibangkitkan oleh masyarakat khususnya peminat Jimmy sendiri iaitu bilakah dia mahu kembali mendirikan rumah tangga. Memilih untuk berdiam diri dan menyembunyikan identiti sama ada sudah kembali bergelar suami ataupun masih memegang gelaran duda, Jimmy menegaskan masanya masih belum sesuai untuknya membuka mulut berhubung isu tersebut. "Tidak dinafikan perkara ini ada bermain di fikiran saya. Dalam tempoh tersebut juga saya turut berkenalan dengan seorang individu bertudung. Namun buat waktu ini, saya lebih selesa untuk merahsiakan perkara tersebut terlebih dahulu. "Bukan apa, saya masih menanti keputusan mahkamah berhubung hak penjagaan anak selain perlu menjaga hati ramai pihak. Jadi saya memilih untuk tidak memberi sebarang komen berhubung isu ini. "Cukuplah sekiranya saya katakan saya sudah bersedia untuk kembali melangkah ke alam rumah tangga dan pengajaran lalu telah banyak mematangkan diri saya," ujarnya. Jimmy juga sekali lagi meluahkan janji bakal satu sidang akhbar khusus untuk memberi penjelasan berhubung status dirinya. Namun buat waktu ini, dia mahu fokus kepada kerjaya dan kes mahkamah yang melibatkan dirinya. Berbicara soal gosip yang mengatakan dirinya sudahpun kembali bergelar suami dan perkahwinan kedua tersebut dilangsungkan di negara jiran, Jimmy menolak dakwaan itu. "Cerita yang mengatakan saya sudah berkahwin itu tidak pernah keluar daripada mulut saya. Saya tidak tahu siapa yang memulakannya malah saya juga mahu menegaskan saya tidak pernah berkahwin di Siam," ujarnya lanjut.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails