Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Julfekar rancang bisnes di Filipina untuk Min

LEBIH seminggu melayari alam rumah tangga selepas melangsungkan pernikahan pada 4 April lalu, komposer Julfekar dan isterinya, penyanyi Min Yasmin disandingkan dalam acara begitu romantis di Dewan Ndah Mahligai, Shah Alam, Selangor. Mengasyiki (menyukai) pada warna putih, pasangan ini melatari majlis persandingan mereka dengan warna putih dan Min juga anggun menyarung gaun berwarna putih dari Butik Princess. Bergelar suami buat kali kedua selepas lima tahun hidup menduda, Julfekar mengakui bersyukur dan lega. “Saya memang terbiasa hidup bersendirian selepas lima tahun menduda. Saya juga terfikir bagaimana berkahwin semula pada usia yang sudah mencecah 49 tahun. “Terfikir juga berapa lama hidup saya. Walaupun pada mulanya kurang yakin untuk berkahwin, namun siapa saya untuk menolak jodoh,” ungkapnya jujur selepas majlis resepsi yang berlangsung pada Ahad lalu. Julfekar juga bersyukur apabila isterinya, pemilik sebenar nama Nurul Yasmin Abdul Aziz, 25, itu, menerima lamarannya. Kini, hidupnya terisi dengan kehadiran isteri yang dapat menjaga sakit dan makan minumnya. Yakin Min pilihan tepat, luah Julfekar, bekas isterinya, anak-anak dan juga cucu-cucunya menyukai Min dan berharap dia mengahwini wanita berkulit hitam manis itu. Sedar perbezaan usianya dengan Min begitu ketara, Julfekar sudah memikirkan perjalanan hidup isterinya itu dan merancang masa depan Min. “Saya perlu fikirkan perjalanan hidup dia. Ada beberapa perancangan yang dirangka sejak dulu akan terhasil tidak lama lagi. Antaranya, album penuh Min dan juga album kolaborasi dengan penyanyi-penyanyi Filipina. “Selain itu, saya juga merancang untuk membuka syarikat rakaman, restoran dan pusat peranginan di sana (Filipina),” jelasnya yang memilih negara itu kerana kuasa besarnya dalam bidang muzik. Mengulas mengenai album kolaborasi Min dengan penyanyi Filipina, kata Julfekar, Min bakal berduet dengan penyanyi-penyanyi Filipina seperti Nikki Bacolod, Bryan Termulo, Diya dan Eima.
Menyanyi dalam bahasa Tagalog, akui Min pula, dia perlu belajar dan bercakap dalam bahasa itu. “Nicky Bacolod pernah datang sini (Malaysia). Dia banyak membantu saya bertutur dan melontar dialog dalam bahasa Tagalog,” kata Min mengenai penyanyi yang juga merupakan pelakon dan pengacara MTV itu. Ditanya tentang perancangan berbulan madu, pasangan itu merancang untuk menikmatinya di Pulau Boracay, Filipina. Berduet Malam resepsi Julfekar dan Min turut dihiburkan dengan persembahan duet daripada pasangan pengantin itu. Pasangan itu menyanyikan lagu Jangan Kau Pergi nyanyian Farawahida. Menurut Min, lagu ciptaan Julfekar itu juga akan dihasilkan semula dan dinyanyikan mereka dalam susunan muzik berbeza untuk dipasarkan sebagai single mereka. Biarpun ia pernah dipopularkan oleh Farawahida, Min tidak kisah untuk menyanyikan semula lagu tersebut kerana dia menyukai lagu itu. “Saya suka lagu itu kerana lirik dan melodinya yang bagus,” ulasnya. Sementara itu, menurut Julfekar pula, Min sendiri yang meminta untuk menyanyikan lagu tersebut pada majlis resepsi mereka. Majlis yang dikendalikan oleh anak Julfekar iaitu Zulfadhli itu turut dihiburkan dengan persembahan daripada penyanyi-penyanyi bawah bimbingan Julfekar. Sekitar 500 tetamu hadir termasuk ahli keluarga dan sahabat-handai kedua-dua belah pihak serta rakan-rakan artis seperti Datuk Rosyam Nor, Faradhia, Lufyia dan David Teo. Terdahulu, Min dan Julfekar atau nama sebenarnya, Julfekar Ahmad Shah, sah bergelar suami-isteri pada 4 April lalu. Mereka diijabkabulkan di Masjid Kota Damansara, Kuala Lumpur.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails