Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Majlis Resepsi Julfekar dan Min Yasmin Meriah

Malam majlis resepsi bagi meraikan pasangan pengantin baharu, komposer Julfekar dan Min Yasmin berlangsung dengan penuh tradisi dan meriah di Ndah Mahligai, di sini, malam Ahad. Pada majlis yang berkonsepkan persandingan dalam taman itu, Min atau nama sebenarnya Nurul Yasmin Abdul Aziz, 25, kelihatan anggun dengan pakaian rekaan Butik Princess berwarna putih. Acara yang bermula kira-kira pukul 8.50 malam dimulakan dengan bacaan doa sebelum majlis merenjis untuk kedua-dua mempelai. Sepanjang berlangsungnya majlis yang dikendalikan oleh anak Julfekar sendiri bernama Zulfadhli itu, pasangan pengantin dan tetamu turut dihiburkan dengan persembahan daripada penyanyi-penyanyi bawah bimbingan Julfekar.
Kira-kira 500 orang hadir dalam majlis meriah itu termasuklah keluarga dan sahabat-handai kedua-dua belah pihak serta rakan-rakan artis seperti Faradhia, Lufyia, Datuk Rosyam Nor dan David Teo. Terdahulu, Min dan Julfekar atau nama sebenarnya Julfekar Ahmad Shah, 49, sah bergelar suami-isteri pada 4 April lepas selepas diijabkabulkan di Masjid Kota Damansara dekat sini. Julfekar sebelum ini merupakan seorang duda.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails