Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Salwa Razak. Show all posts
Showing posts with label Salwa Razak. Show all posts
Salwa Razak Tidak Cari Publisiti Papar Gambar Berbaju Pengantin
Penyanyi Salwa Razak memberitahu tidak berniat mencari publisiti murahan dengan memuat naik fotonya menggayakan baju pengantin sambil menunjukan cincin di laman sosial baru-baru ini.
Salwa, 30, berkata, dia juga tidak bermaksud untuk mempermainkan orang ramai dan pengikut di Instagram seolah-olah sudah selesai acara akad nikah apabila meletakkan kapsyen "Alhamdulillah Selesai Akhirnya..." di gambar tersebut.
"Saya tidak bertujuan mencari publisiti murahan kerana sudah tiada cerita, tetapi saya buat perkara ini kerana saya sedang menjalani penggambaran drama terbaharu berjudul Singgahsana Cinta dan ia hanya untuk promosi drama tersebut sahaja.
"Ramai juga yang bertanya dan mengucapkan tahniah tetapi saya tidak membalasnya dan biarkan ia menjadi tanda tanya, biar mereka tahu sendiri nanti," ujarnya kepada mStar Online.
Salwa berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip di ruangan pojok sebuah akhbar mingguan yang mengganggap tindakannya memuat naik gambar berpakaian pengantin adalah cuba mempermainkan orang ramai tentang dirinya.
Sementara itu, Salwa berkata, dia tidak menyangka perkara tersebut mendapat perhatian pengikut di laman sosial hingga mendapat lebih 700 like dan komen ucapan tahniah daripada peminat.
"Orang tahu tentang khabar angin yang tidak baik tentang diri saya dan mungkin mereka gembira bila sangka saya benar-benar berkahwin," ujarnya.
Bagaimanapun dia kini masih belum mempunyai teman lelaki untuk ke memasuki ke alam perkahwinan.
Tambah Salwa, khabar angin tentang dibela lelaki kaya kerana kehidupan mewah membuatkan ramai lelaki takut untuk mendekatinya.
"Ada juga beberapa lelaki yang mahu dekat dengan saya yang bertanya tentang sejauh mana kebenaran cerita-cerita itu, saya beritahu kepada mereka bahawa terpulang sama ada untuk percaya atau tidak.
"Selalunya bila sudah benar-benar rapat barulah mereka tahu tentang diri saya," ujarnya.
Salwa Razak Tidak Layan Gosip Hidup Mewah Ditaja
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Ahmad iaitu Salwa Razak enggan melayan cakap-cakap yang mempertikaikan sumber pendapatannya ekoran dia dilihat menjalani kehidupan mewah biarpun karier nyanyian malap berbanding sesetengah artis lain.
Salwa, 29, berkata, dia tidak berhasrat untuk melayan semua tuduhan dilemparkan atau pun mendedahkan perincian tentang kehidupannya kepada umum.
"Mereka yang melemparkan pelbagai tuduhan termasuk kehidupan saya ditaja dan sebagainya adalah tidak berasas tetapi pada masa sama saya tidak mampu untuk menutup mulut mereka daripada terus menfitnah saya.
"Adalah lebih baik saya tidak ambil pusing dengan apa yang diperkatakan tentang saya kerana lebih baik saya fokus terhadap kerjaya saya," katanya kepada mStar Online.
Salwa menjawab tuduhan kononnya dia ditaja oleh seseorang selepas dia dilihat tampil dengan koleksi barangan berjenama selain dilaporkan menetap di kawasan mewah di tengah-tengah kesibukan kota Kuala Lumpur.
Bagaimanapun Salwa menegaskan keselesaan yang dikecapnya sekarang adalah hasil daripada usaha keras dalam bidang perniagaan yang diusahakan iaitu membuka nurseri pokok selepas menyepikan diri daripada industri muzik sejak dua tahun lalu.
Jelas Salwa, sepanjang tempoh itu juga dia telah merasai pelbagai rintangan yang disifatkan sebagai mencabar sebelum dapat merasai hasil usaha keras tersebut.
"Tidak adil hanya kerana saya nampak hidup mewah terus dikatakan kehidupan saya ditaja tetapi orang tidak tahu kesusahan saya sebelum ini.
"Sepanjang dua tahun itu saya berusaha keras memajukan perniagaan tersebut dan Alhamdulillah ia mendatangkan hasil buat saya dan keluarga," katanya yang turut menjual pakaian bawah jenamanya dan produk kecantikan.
Sementara itu, Salwa berkata, dia tidak pernah berhasrat untuk berundur daripada bidang seni sebaliknya sedang mengatur langkah untuk menjenamakan kembali namanya dalam industri muzik.
Malah kata Salwa, dia kini sedang giat mempromosikan single terbaharunya iaitu Begitulah Diriku dan Hidup Baru.
"Nyanyian masih menjadi keutamaan saya malah sepanjang dilihat sepi daripada industri saya sebenarnya banyak mendapat undangan nyanyian cuma ia tidak dihebahkan dalam media.
"Insya-Allah tahun hadapan saya sudah merangka beberapa perancangan untuk kembali aktif dalam bidang seni selain terus menumpukan kepada perniagaan diusahakan," ujarnya.
Contohi Salwa Razak
Dalam banyak-banyak artis, Miss J berbangga dengan pencapaian penyanyi Salwa Razak dalam hidupnya. Walaupun tidak terlalu popular malah mungkin banyak yang tidak kenal Salwa tetapi kerjaya sebagai penyanyi telah memberikan kehidupan yang bukan sahaja selesa tetapi agak mewah.
Miss J jadi hairan kenapa artis lain yang kerap dan terlalu banyak berlakon atau menyanyi hingga penonton pun agak bosan, buka saluran itu dia, saluran ini pun dia tetapi mungkin tidak berjimat, kehidupan mereka tak seperti Salwa. Biarpun sesekali sahaja muncul Salwa membuktikan dia boleh hidup mewah.
Selain menyanyi Salwa berniaga. Miss J suka dengan sikap Salwa yang merendah diri, katanya dia mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan. Tetapi Miss J tak percaya perniagaan kecil-kecilan kerana mampu duduk di Stonor. Lagu nyanyian dia pun bukan popular sangat. Jadi kemewahan itu mesti datangnya dari perniagaan.
Miss J ada risik-risik Salwa tinggal di mana? Hello bukan tinggal di Dengkil atau Kuang tau. Salwa menginap di pangsapuri di Stonor di segi tiga emas di tengah-tengah Kuala Lumpur. Miss J risik-risik juga secara purata berapa sewa di situ. Terkejut Miss J macam nak pengsan, kalau tak mampu bayar sewa RM4,000 ke atas sebulan jangan mimpi nak duduk di situ.
Bagi Miss J Salwa telah mengangkat kedudukan penyanyi kita. Boleh tinggal di kawasan elit yang harganya “mampu lihat” sahaja bagi orang macam Miss J. Bukan mampu milik atau mampu sewa. Maknanya selain menyanyi kenalah berniaga, berniagalah apa sahaja asalkan boleh duit. Salwa telah membuktikannya.
Bukan sahaja kediaman malah Salwa mampu pakai aksesori macam beg tangan yang mahal yang menjadi satu tanda status pada zaman ini. Kalau macam Miss J yang pakai beg LV “Made In Petaling Street” hanya bermimpi sahajalah nak pakai beg mahal. Tetapi itulah bukti imbuhan kepada golongan artis yang menjadi usahawan. Walaupun kelihatan jarang-jarang dan kadang-kadang muncul di televisyen, dengan berniaga secara Kecil-kecilan mereka bolehlah hidup mewah. Memang betullah berniaga barang kecil lebih untung daripada berniaga kayu balak.
Salwa tabah hadapi dugaan
“SAYA banyak belajar daripada pengalaman sepanjang bergelar seorang insan seni.” Itu kata gadis tinggi lampai, Salwa Razak yang dahulunya pernah dikenali sebagai Arora Salwa pada awal kemunculannya.
Ketika ditemui pada sesi fotografi di D’Rias, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini, dia yang lebih mesra disapa sebagai Salwa ini ternyata seorang yang peramah.
Melalui luahan hati yang diceritakan, ternyata Salwa seorang wanita yang tabah menghadapi dugaan yang menimpa dirinya.
Bukan satu, malah nama Arora Salwa pernah beberapa kali dilanda kontroversi yang pernah membuatkan dirinya tertekan dan kecewa antaranya dia dikatakan lari daripada membayar hutang.
“Tipulah jika saya cakap saya tidak pernah kecewa ketika ditohmah dengan pelbagai kontroversi.
“Namun, kerana minat saya yang mendalam terhadap bidang seni ini, saya harungi jua,” tutur anak kelahiran Johor ini.
Tambah Salwa: “Sejujurnya, pengalaman lepas saya sebagai seorang anggota polis banyak membantu diri agar menjadi seorang yang kuat dari segi mental dan fizikal.”
Menurutnya, ketika dirinya dilanda kontroversi, dia pernah mendiamkan diri seketika dan banyak berfikir.
“Saya tinggal di rumah keluarga saya di Johor dan berfikir apa yang perlu saya lakukan. Ini kerana, bukan sahaja diri saya, malah keluarga juga terkena tempias dengan kontroversi yang melanda diri.
“Saya akui, sebagai seorang manusia, siapa yang tidak melakukan kesalahan. Saya bukan seorang yang sempurna, ada betul dan juga salahnya,” beritahunya yang mana keluarga adalah orang yang sering beri sokongan.
Nyanyian dan lakonan
Walaupun bermula dari bidang nyanyian, Salwa juga tidak terlepas daripada menerima tawaran dalam bidang lakonan.
Ketika ditebak persoalan tentang keutamaan antara nyanyian dan lakonan bagi dirinya, jelas Salwa, dia mahu ia seiring.
“Saya minat kedua-dua, nyanyian dan lakonan. Jadi, kini saya telah terlibat dalam dua bidang iaitu lakonan dan nyanyian, saya akan seiringkan kedua-duanya,” tuturnya yang bakal muncul dalam sebuah drama yang akan ditayangkan di RTM berjudul Misteri X.
Bersyukur dengan rezeki yang diperoleh, cerita Salwa, dia juga telah menerima beberapa tawaran berlakon drama lain.
Beralih cerita mengenai nyanyian pula, pada bulan Mac lalu, Salwa telah melancarkan sebuah single yang berjudul Hidup Baru.
Jelasnya, jika singlenya sebelum ini yang berjudul, Ahmad adalah lagu genre rancak, Hidup Baru pula sebaliknya balada.
“Ahmad adalah sebuah lagu yang mudah, yang mana ia berentak catchy dan sesiapa sahaja boleh menyanyikan lagu tersebut.
“Namun, single Hidup Baru berentak balada dan saya mahu menguji kebolehan saya sebagai seorang penyanyi.
“Ada beberapa not tinggi yang saya perlu nyanyikan dalam lagu ini. Tidak dinafikan, balada merupakan genre yang agak sukar. Saya tukar genre kerana ingin membuktikan kebolehan saya sebab ada yang kata saya tidak boleh menyanyi,” katanya serius.
Mengakhiri temu ramah bersamanya, bicara Salwa, melalui lumrah hidup sebagai seorang artis, kini dia lebih berhati-hati.
Mungkin jika dahulu dia teruja menguar-uarkan sesuatu perkara yang ingin dilakukan terlebih dahulu.
Bagaimanapun, setelah pelbagai kejadian menimpa diri, Salwa lebih gemar mendiamkan diri dan hanya mengumumkan tentang sesuatu perkara selepas semuanya pasti.
Salwa akui sukar jadi penyanyi
PENJENAMAAN semula membawa aura baharu dalam hidup Salwa. Awalnya, dia mahu dikenali dengan nama Aurora Salwa, tetapi kemudian akur untuk muncul dengan nama yang lebih senang disebut, Salwa Razak.
Penyanyi tinggi lampai ini muncul dengan dengan dua buah single berjudul Hidup Baru dan Takdir Dan Masa. Kedua-dua buah single itu ditulis oleh komposer, Kunci Demak. Menurut Salwa, single dengan tajuk Hidup Baru tersebut mempunyai sentuhan peribadi buat dirinya dan dia sendiri bertindak memilih Rudi atau Kunci Demak untuk menjalin kerjasama.
Seperti lagu yang sedang didendang dan dipromosikan, Salwa mengharap tajuk tersebut memberi sinar dalam hidupnya. Dia kekal positif dan lebih terbuka dalam mengorak langkah sebagai penyanyi. Meninggalkan karier lamanya sebagai anggota polis, penyanyi ini nekad dan yakin dengan bakat yang ada dalam dirinya.
Kini Salwa bergerak di bawah bumbung label JJ Solution Sdn. Bhd., kepunyaan Junita Jaafar yang juga bertindak selaku pengurusnya.
"Selepas seronok beraya, saya akan kembali mempromosikan lagu-lagu saya dan membuat jelajah di stesen-stesen radio. Saya juga terlibat dengan sebuah drama yang bertajuk Misteri X," ujarnya yang sebelum ini terkenal dengan lagu bertajuk Ahmad.
Salwa Razak Tidak Lakukan Suntikan Botoks
Salwa Razak Enggan Layan Gosip Murahan
PETALING JAYA: Penyanyi Salwa Razak enggan melayan gosip murahan atau cerita kurang enak yang dikaitkan dengannya bagi memberikan tumpuan kepada kerjaya seninya.
Salwa atau nama sebenarnya, Salwa Md Razak, 28, berkata, dia mahu melupakan semua kisah hitam yang pernah tercatat dalam hidupnya sepanjang bergelar artis dan memulakan hidup baru.
"Sebelum ini saya memang tertekan apabila pelbagai gosip yang melanda diri saya dan tidak tahu bagaimana ingin mempertahankan diri namun saya kini sedar ia telah membantu menjadikan saya seorang yang lebih matang.
"Semua kisah yang pernah berlaku saya tidak mahu ingat lagi kerana tahun ini tumpuan saya hanya kepada kerjaya seni," jelasnya kepada mStar Online.
Salwa yang sebelum ini dikenali dengan nama Arrora Salwa popular menerusi lagu Ahmad mengambil keputusan menukar namanya sebagai salah satu langkah untuk memperkenalkan kembali namanya dalam bidang seni.
Selain tuduhan bersekedudukan Salwa juga hangat apabila krisis hubungan dengan keluarga teman lelakinya iaitu bekas anggota kumpulan Max:247, Mohd Fairuz Shaari (Alloi) hebat diperkatakan.
Dalam pada itu, Salwa yang bakal muncul dalam filem pertamanya, Kerat 14 berkata, dia tidak pernah terfikir untuk meninggalkan dunia nyanyian sebaliknya kedua-dua cabang seni itu akan berjalan seiring.
Salwa berkata, selain nyanyian dan lakonan dia juga mahu mencuba bidang lain seperti pengacaraan jika diberi peluang.
"Tahun 2013 adalah untuk saya menerokai pelbagai perkara yang mungkin saya sendiri tidak sedar boleh lakukannya namun bidang nyanyian tetap menjadi keutamaan saya selain berlakon," jelasnya.
Sementara itu, Salwa berkata, dia berdebar menanti reaksi penonton terhadap lakonannya dalam filem Kerat 14 dan berharap ia akan diterima ramai.
Jelas Salwa, dia berharap kemunculan dalam filem arahan Arjin Uppal itu akan membuka lebih banyak ruang kepadanya dalam bidang lakonan.
Salwa turut memberitahu dia juga bakal muncul dengan single terbarunya berjudul Hidup Baru pada Mac depan selain sedang sibuk dibeberapa lokasi penggambaran drama untuk siaran RTM.
Arrora Salwa Tukar Nama Kerana Bimbang Timbul Masalah
PETALING JAYA: Penyanyi yang sebelum ini dikenali sebagai Arrora Salwa mengambil keputusan untuk menukar namanya kepada Salwa Razak selepas mendapati nama lamanya itu lebih banyak menimbulkan masalah dalam hidupnya.
Salwa atau nama sebenarnya Salwa Md Razak, 28, berkata, dia mengambil pendekatan itu kerana mahu memulakan hidup baharu sempena kedatangan tahun 2013 selain ingin melupakan kisah hitam yang dilaluinya sepanjang bergelar artis sejak empat tahun lalu.
“Hari ini saya adalah manusia yang baru iaitu seorang wanita yang kuat semangatnya selepas mengharungi segala pancaroba hidup terutamanya pada tahun lalu. Saya ingin mahu dikenali sebagai Salwa Razak dan bukan Arrora Salwa lagi,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.
Salwa berkata 2012 merupakan tahun yang amat menyedihkannya kerana pelbagai isu terpaksa dilalui termasuklah tuduhan dia bersekedudukan serta krisis hubungan dengan keluarga teman lelakinya iaitu bekas anggota kumpulan Max:247, Mohd Fairuz Shaari (Alloi).
Kata Salwa, kisah-kisah itu telah memberi persepsi negatif peminat sehingga menyebabkan kerjaya seni yang baru diciptanya tercalar.
“Sesuatu yang lebih bermakna, saya sekarang sudah “bebas.” Saya tidak lagi berkawan dengan Alloi dan saya mahu meneruskan hidup ini tanpa gangguan daripada sesiapa lagi sebaliknya ingin memberi fokus kepada dunia seni,” katanya.
Salwa yang pernah popular dengan lagu Ahmad berkata, selepas lima bulan memutuskan cinta, dia tidak dapat menafikan kesakitan hatinya sukar untuk diubati tetapi berkat semangat dan kekuatan moral yang dimilikinya, dia berjaya menempuh ujian itu dengan baik.
Nasihatnya, sesiapa yang ingin bercinta elaklah untuk menyayangi seseorang itu seratus peratus kerana perasaan tersebut boleh memusnahkan diri.
“Saya seorang yang kuat kerana pekerjaan saya sebelum menjadi penyanyi ialah seorang anggota polis. Sebab itulah kesakitan yang saya alami dapat saya lalui dengan baik walaupun ia benar-benar memeritkan,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain Salwa berkata dia tidak lagi bernaung di bawah syarikat rakaman Sony Music sebaliknya bergerak secara individual untuk mempromosikan “single” terbaharunya iaitu Hidup Baru.
Tambahnya, “single” tersebut yang berentak balada di jangka akan dilancarkan pada 14 Mac depan.
“Sesuai dengan penghijrahan saya untuk menjadi lebih positif, Hidup Baru adalah lagu yang menceritakan bagaimana cerianya saya selepas berjaya mengetepikan masalah yang melanda diri saya sebelum ini,” katanya.
Sebagai persediaan bagi mempromosikan lagu itu, Salwa banyak melakukan aktiviti bagi menguatkan staminanya dengan berjoging pada waktu pagi dan berenang pula pada sebelah malam.
Dia juga mengamalkan pengambilan vitamin C dan kolagen sekurang-kurangnya tiga kali sebulan agar kelihatan lebih bertenaga.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
