Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

TAHNIAH - FARAH AF2 SELAMAT LAHIRKAN ANAK KEDUA

Bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-2 iaitu Farah Diana Anuar telah selamat melahirkan anak keduanya secara normal jam 9.31 pagi semalam di Island Hospital, Pulau Pinang. Bayi perempuan dengan berat 3.45 kilogram itu adalah anak kedua hasil perkongsian hidup Farah dengan suaminya, Johan Johari sejak 15 Julai 2011. Anak sulung pasangan ini juga perempuan yang diberi nama Elsa Johan. "Alhamdulillah syukur semuanya selamat. Biarpun berdepan dengan beberapa hal tak terduga, segala-galanya dipermudahkan. "Nama anak kami belum letak lagi. InsyaAllah sekitar hari ketujuh baharu kami akan beri nama kepada anak kedua kami," ujar Farh dipetik sebagai berkata. Farah yang juga aktif sebagai pengacara sebelum ini terkenal dengan trademark Breep Breep.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails