Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

DITUDUH KENA TANGKAP KHALWAT - EINA AZMAN ANGGAP INI MELAMPAU

Baru-baru ini, ada berita yang mengatakan yang Eina Azman ditangkap khalwat dan perkara tersebut telah tersebar di media sosial. Bagaimanapun, menerusi muat naik terbaru di Instagram Eina, beliau telah menafikan berita tersebut dan menyatakan ianya perbuatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab semata-mata untuk menarik perhatian ramai untuk mendapat hits di blog milik mereka. Jelas Eina pada waktu beliau dituduh ditangkap khalwat sekitar hujung bulan Ogos lepas, beliau dan suami sedang bercuti di Pulau Maldives bagi menyambut ulangtahun pertama perkahwinan mereka. Malah, beliau telah menukar warna rambutnya daripada perang ke hitam sejak sebulan setengah lepas. "Salam semua... Ok today Eina nak clear kan everything, pls jangan percaya dengan segala fitnah yang berleluasa mengenai Eina di tangkap khalwat pada hujung bulan August baru2 Ini. Berita ini d keluar kan pada hujung bulan 8 d mana Eina takde d Malaysia. Eina berada d Maldives selama 10hari bersama suami untuk menyambut 1st anniversary kami. "Boleh lihat juga d gmbr tersebut itu adalah pegawai Imigresen. Dan saya rasa follower saya d ig juga tau saya sudah menukar rambut saya menjadi hitam lebih kurang sebulan setengah yang lalu. Berita Ini sangat melampau, kerana saya sudah berkahwin. Ini FITNAH semata mata utk mengaib kan saya. Alhamdullilah.. Allah maha besar. "Saya tersenyum dan gelak bersama suami apa bila ada juga segelintir manusia zaman skg yang suka menabur FITNAH. Bertaubat la. Tiada yang sempurna… Saya manusia biasa. Kalau anda sayang kan saya pls doa kan yang baik2 utk saya daripada MEMFITNAH... Terima Kasih," tulis Eina di laman IGnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails