Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Uqasha Senrose Jawab Fitnah Ke Kelab Malam Tanpa Hijab

Pelakon Uqasha Senrose terkejut apabila dituduh ke sebuah kelab malam tanpa bertudung sebaliknya sekadar memakai topi. Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 23, menyifatkan khabar angin itu adalah perkara yang tidak masuk akal memandangkan dia tidak pernah memasuki kelab malam sebelum ini.
"Saya belum gila lagi nak buat perkara macam itu. Pergi kelab malam pun tak pernah, apatah lagi nak ke tempat itu tanpa tudung. "Ia satu tuduhan yang tidak masuk akal. Bukan saya orangnya. Saya tak tahu apa-apa tentang isu ini," katanya kepada mStar Online. Uqasha ditemui pada majlis pelancaran koleksi perniagaan tudung yang baru ditubuhkannya iaitu Uqasha Senrose Collection. Beberapa minggu lalu, nama Uqasha menjadi perbualan beberapa blog dan forum di internet kononnya dia telah ke sebuah kelab malam bersama rakan-rakannya. Aktres itu dikhabarkan ke tempat itu tanpa bertudung sebaliknya memakai topi bagi mengelak orang ramai mengenalinya. Sementara itu, mengenai Uqasha Senrose Collection, dia tidak menyangka mampu menghasilkan beberapa koleksi tudung rekaan sendiri selain menyifatkan perniagaan itu sebagai bidang baru yang diterokai selain kerja-kerja seni. "Sejak berhijab, ramai yang bertanya cara saya memakai tudung selain ditawarkan menjadi duta produk muslimah. "Jadi saya fikir, daripada menjadi duta produk orang lain, lebih baik saya punyai jenama tudung sendiri. "Alhamdulillah, proses pembikinannya berjalan lancar dan buat masa ini, sebanyak lapan jenis rekaan tudung dihasilkan," ujarnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails