Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

BERGELAR BAPA KALI KEDUA - JIMMY TIDAK BERNIAT SOROKKAN ANAK

Pada bulan 23 Mei lalu, isteri Jimmy Shanley iaitu Mariam Jamilah Abdul Jalil telah selamat melahirkan seorang anak perempuan. Untuk makluman, anak perempuan Jimmy dan Mariam ini diberi nama Hannah Shanley yang kini sudah pun berusia empat bulan. "Kenalkan anak kedua saya, Hannah Shanley yang kini berumur empat bulan yang dilahirkan pada 23 Mei lalu. Jujurnya walaupun sudah dua kali bergelar bapa, namun kali ini saya merasai sendiri pengalaman dalam bilik bersalin dan sama-sama dengan isteri untuk membesarkan anak kami. "Sebenarnya bukanlah saya mahu menyorokkan Hannah, kalau ada yang mengikuti laman Instagram saya, pasti perasan ada gambar bayi di situ. Cuma untuk berkongsi terlalu banyak gambar sebelum ini memang saya hadkan memandangkan anak saya masih kecil," ujar Jimmy dipetik sebagai berkata. Selain itu, Jimmy juga menyatakan bahawa dia mahu anaknya dibesarkan sama seperti kanak-kanak lain. Malah dia juga dalam masa yang sama turut berharap agar dikurniakan anak lelaki pula selepas ini dan tidak akan kalah mencuba untuk membesarkan keluarganya. Untuk rekod, Jimmy berkahwin dengan Mariam pada 7 Jun 2014. Sebelum Mariam, Jimmy pernah mendirikan bersama dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 dan berpisah pada 10 Oktober 2012. Mereka mempunyai seorang anak perempuan Zahrah Rania Shanley hasil daripada perkahwinan tersebut.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails