Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Abam Bocey. Show all posts
Showing posts with label Abam Bocey. Show all posts
Abam (Bocey) Dapat Perhatian Selepas Gosip Bercium
Pelakon dan pelawak Abam (Bocey) mengakui mula terasa bahang populariti sebagai artis apabila setiap gerak gerinya mula diperhatikan masyarakat.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 27, berkata, walaupun berasa rimas dengan situasi itu namun dia menerimanya dengan hati terbuka kerana sedar harga yang perlu dibayarnya apabila bergelar anak seni.
"Ikutkan populariti saya tidak sehebat mana tetapi saya mula merasai kesannya terutama selepas timbulnya gosip lelaki berbadan besar bercium yang dituduh saya biarpun ia tidak benar.
"Sukar untuk saya terima pada awalnya tetapi ini adalah lumrah sebagai anak seni kerana semua gerak geri saya diperhatikan," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Abam berkata, dia terkilan apabila dikatakan mula bersikap berlagak dan sombong termasuk dikalangan rakan artis.
Jelas Abam, tuduhan tersebut melukakan perasaannya kerana dia sentiasa bersikap rendah diri dan mudah mesra dengan orang lain.
"Ada kejadian saya dikatakan sombong oleh seorang kenalan dalam industri hanya kerana saya tidak menegurnya dan ia membuatkan saya terkilan kerana saya tidak pernah bersikap sedemikian.
"Jika ada terdengar tuduhan sebegitu saya akan cuba bertanya sendiri daripada pihak berkenaan dan meminta maaf jika dia terasa dengan sikap saya yang mungkin tidak disengajakan," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai soal kahwin, Abam berkata, buat masa ini dia masih belum mempunyai calon kerana ingin memberi tumpuan kepada karier dan membahagiakan ibunya.
"Biarlah saya berbakti kepada ibu dan keluarga saya dahulu dan baharulah fikir soal kahwin," ujarnya.
Abam (Bocey) Bangun Lima Pagi Masak Nasi Kurma Untuk Peminat
Pelakon dan pelawak Abam (Bocey) mendedahkan bangun seawal pukul lima pagi semata-mata untuk memasak Nasi Kurma khas buat peminatnya bersempena rumah terbuka Hari Raya yang diadakan di Gombak di sini pada Sabtu.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 27, berkata, sebanyak 25 kilogram beras digunakan untuk memasak hidangan istimewa itu yang turut dibantu ibunya.
"Alhamdulillah kesemua hidangan yang disediakan pada rumah terbuka ini dimasak sendiri oleh saya, ibu dan ahli keluarga lain untuk semua tetamu yang hadir ke rumah kami.
"Paling istimewa Nasi Kurma yang saya sendiri masak dengan bantuan ibu dan pukul lima pagi saya sudah bangun untuk memasak," katanya kepada mStar Online.
Hampir 1,000 tetamu menghadiri rumah terbuka tersebut yang terdiri daripada kaum keluarga, teman rapat, rakan artis dan peminat.
Dalam pada itu, Abam berkata, dia tergerak hati untuk menyediakan Nasi Kurma selepas mempelajarinya menerusi sebuah program masakan di televisyen baru-baru ini.
Bagaimanapun kata Abam, dia dan ibunya mengubah resepi asal bagi memberikan kelainan kepada hidangan tersebut.
"Sebelum ini tidak pernah buat pun cuma saya teringat menonton rancangan masakan yang menyediakan Nasi Kurma.
"Alhamdulillah melihat daripada sambutan pengunjung rata-rata menyukai nasi berkenaan," ujarnya.
Tambah Abam, Nasi Kurma turut dihidangkan bersama lauk pauk seperti Ayam Masak Merah, Dalca, Daging Goreng Sate dan Acar.
Selain hidangan tersebut, Abam turut menghidangkan makanan seperti Nasi Putih, Ikan Keli, Lemang, Rendang dan Bubur Kacang kepada tetamu.
Sementara itu, Abam berkata, majlis berkenaan yang bukan sahaja untuk meraikan Hari Raya tetapi sebagai majlis kesyukuran selepas memenangi trofi Pelakon Komedi Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) dan beberapa kejayaan lain sebelum ini.
Dalam perkembangan lain, Abam berkata, dia bakal memasuki set penggambaran filem kelimanya berjudul Hantu Rumah Sakit Jiwa dalam masa terdekat.
Berat Badan Turun, Abam (Bocey) Berjaya Kawal Nafsu Makan
Pelakon dan pelawak Abam (Bocey) mendedahkan berat badannya mula menunjukkan penyusutan ketara selepas mula mengamalkan diet dan mengambil pemakanan sihat sejak Disember tahun lalu.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 27, berkata, dia juga telah berhenti daripada mengambil nasi sebagai karbohidrat dan lebih tertumpu kepada sayuran dan buah-buahan.
"Pada awalnya memang sukar apabila saya mengambil keputusan untuk tidak lagi mengambil nasi tetapi Alhamdulillah kini saya sudah terbiasa tidak makan nasi.
"Diet yang betul dan pemakanan sihat banyak membantu dalam penurunan berat badan selain senaman bersesuaian," katanya kepada mStar Online.
Abam memberitahu dia sebelum ini saiz pinggannya berukuran 58 sentimeter dan kini turun kepada 52 sentimeter.
Dalam pada itu, Abam berkata, dia juga mengamalkan kiraan kalori bersesuaian setiap kali ingin menikmati sesuatu hidangan.
Jelas Abam, dia hanya akan mengambil kalori bersesuaian dengan badannya dan kaedah itu banyak membantunya mengawal nafsu makan.
"Pengiraan kalori juga amat penting dalam proses menguruskan badan dan saya memang ada pengetahuan dalam keadah pengiraan kalori yang dibelajar ketika zaman sekolah dahulu.
"Alhamdulillah setakat ini saya disiplin dalam memastikan pemakanan yang diambil seimbang dan tidak berlebihan," jelasnya.
Tambah Abam, dia juga telah membuang tabiat merokok dan ia turut membantu dalam proses mengurangkan berat badannya.
Sementara itu, Abam berkata, dia tidak menyasarkan untuk mendapatkan bentuk tubuh yang langsing sebaliknya ingin menumpukan kepada pemakanan sihat dan kesedaran tentang kesihatan dirinya.
"Sebelum ini memang saya akui cepat letih dan sukar bernafas jika terlalu aktif melakukan sesuatu tetapi selepas berdiet dan bersenam saya mula nampak perubahan ketara pada diri saya.
"Ini bukan soal untuk kurus tetapi lebih kepada untuk menjaga kesihatan dengan cara yang betul," ujarnya.
Abam (Bocey) Minta Ibu Carikan Jodoh
Pelawak Abam Bocey memberitahu dia menyerahkan tanggungjawab kepada ibj untuk mencari teman hidup buat dirinya.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd, 27, berkata, perkara itu disebabkan dia tidak percaya dengan wanita yang datang mendekatinya benar-benar ikhlas.
"Saya sudah serahkan hal ini pada ibu dan biarlah dia cari wanita yang sesuai untuk saya.
"Memang ada wanita yang cuba rapat dan kenal dengan saya, cuma saya tidak percaya dengan keikhlasannya sama ada betul dia ingin rapat dengan ikhlas atau sebab tertentu," ujarnya kepada mStar Online.
Abam berkata, keadaan fizikalnya yang besar membuatkan dia agak meragui jika ada wanita yang mendekati dan mahu bersama dengannya.
"Dulu masa saya tidak dikenali tidak ada siapa pun yang mahu kenal, tetapi bila sudah dikenali ramai pula yang mahu rapat," ujarnya.
Bagaimanapun, Abam berkata, keluarga tidak pernah mendesak untuk dia mendirikan rumah tangga.
Sementara itu, Abam berkata, dia mahu menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerjaya terlebih dahulu sebelum berkahwin.
Jelasnya, bukan mudah untuk dia mendapatkan kerja lain selain apa yang dilakukannya kini.
Sebelum bergelar pelawak, Abam mengakui sukar untuk mendapat pekerjaan yang sesuai dengan keadaan tubuh badannya.
"Pada umur 24 tahun saya belum lagi jadi pelawak susah orang nak bagi kerja sebab tengok keadaan fizikal. Kalau dapat pun tidak sesuai dengan keadaan fizikal.
"Salah satunya iaitu pekerjaan terakhir ialah membaiki barang elektirik seperti lampu yang mana susah untuk saya memanjat tangga," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Abam berkata, dia bersama kumpulannya Bocey bakal mengadakan persembahan di Lawak Ker der 2015, Panggung Sari, Istana Budaya, pada 16 hingga 19 April depan.
Selain Bocey, pelawak Afdlin Shauki, Harith Iskander, Douglas Lim dan pelawak baharu Rayza Mukmin akan beraksi pada empat malam tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
