Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Adam Corrie Lee. Show all posts
Showing posts with label Adam Corrie Lee. Show all posts

Sempena Ramadan, Adam Corrie Maafkan Penabur Fitnah

Pelakon Adam Corrie melakukan tiga solat sunat iaitu solat Taubat, Istikarah dan Hajat bagi mendapatkan petunjuk daripada Allah dalam usahanya untuk memaafkan pihak yang telah menabur fitnah terhadapnya sebelum ini. Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah, 45, berkata, mengambil keberkatan bulan Ramadan dia sudah pun memaafkan pihak terbabit dan sentiasa berdoa agar individu tersebut mendapat hidayah atas kesalahan yang dilakukannya. "Saya lakukan tiga solat sunat bukan sahaja untuk mendapat petunjuk malah berdoa agar individu berkenaan diberikan hidayah agar dia insaf terhadap perbuatannya terhadap saya. "Saya tidak mahu berdendam dan telah pun memaafkan atas perkara yang dilakukan terhadap saya sehingga menyebabkan saya dikecam dan periuk nasi saya sebagai pelakon terganggu," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis. April tahun lalu Adam pernah membuat laporan kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) selepas hilang punca pendapatan hampir RM40,000 gara-gara tiada tawaran berlakon selepas tersebar gambar kononnya dia menyertai Pas oleh pihak tersebut. Kata Adam, gara-gara kejadian tawaran berlakon yang sepatut diterimanya semakin berkurangan dan keadaan itu masih berlarutan sehingga ke hari ini. "Sehingga ke hari ini kejadian itu masih memberi kesan kepada periuk nasi saya tetapi tidak mengapa kerana rezeki itu ditentukan Allah," ujarnya. Dalam pada itu, Adam berkata, pihak berkenaan tidak pernah tampil memperbetulkan keadaan apatah lagi meminta maaf kepadanya atas kesalahan itu. "Pihak yang menabur fitnah terhadap saya itu sehingga hari ini tidak meminta maaf kepada saya apatah lagi untuk berjumpa saya. "Saya tidak pasti sama ada dia sengaja mengelak daripada bertemu dengan saya atau sebenarnya malu untuk berbuat demikian,” katanya. Dalam perkembangan lain, Adam berkata, selepas tujuh tahun bergelar seorang mualaf dia kini semakin selesa dan yakin menjalani ibadah puasa berbanding semasa mula-mula memeluk agama itu kerana pengetahuan mengenainya masih cetek. Jelas Adam lagi, setiap kali tiba Ramadan dia sentiasa cuba meluangkan masa untuk solat Terawih berjemaah di masjid berdekatan. "Menjalani ibadah puasa, saya tiada masalah kerana sejak kecil memang sudah terbiasa ikut berpuasa jika tiba Ramadan cuma pengetahuan tentang solat Terawih dan perkara-perkara lain membuatkan saya kekok kerana tiada yang membimbing saya. "Alhamdulillah selepas tujuh tahun saya semakin selesa dan yakin untuk menjalani ibadah berkenaan dan sentiasa ternanti-nantikan waktu solat Terawih," katanya. Corrie memeluk Islam pada 13 Julai 2007 sebelum berkahwin dengan Fazema Mohd Fuad, 35, pada 2008. Selain aktif sebagai pereka tari, Corrie juga telah berlakon lebih 10 buah filem yang kebanyakannya untuk watak antagonis ataupun gengster Cina. Antara filem lakonan beliau ialah Paloh, Spinnng Gasing, KL Gangster, KL Gangster 2, Libas, Bohsia:Jangan Pilih Jalan Hitam, Gangster Celop dan Darah Panas.

Pelakon Popular Tutup Rezeki Adam Corrie

“Dia kawan yang busuk hati kerana nak tutup rezeki saya!” Kenyataan itu cukup menggambarkan kekecewaan hati pelakon antagonis, Adam Corrie Lee Abdullah yang sedih apabila mendakwa ‘ditikam’ kawan baik sendiri. Adam Corrie, 45, berkata, seorang pelakon lelaki yang pernah memenangi anugerah telah menabur pasir dalam periuk nasinya dengan menyebarkan cerita buruk agar dia tidak diambil berlakon dalam mana-mana produksi filem menyebabkan peluangnya tertutup. “Saya benar-benar kecewa dan sedih. Kenapakah pelakon itu sanggup berbuat demikian kepada saya? Apa salah saya? Dia lebih hebat daripada saya kerana telah menang anugerah. Kenapa hendak dengki dan busuk hati dengan saya?” ujarnya kepada mStar Online. Adam yang juga seorang koreografer berkata, pada mulanya dia tertanya-tanya kenapakah tawaran berlakon yang sepatut diterimanya semakin berkurangan sehinggalah ada pihak memberitahu, terdapat seorang pelakon cuba mempengaruhi pengarah dan produser agar tidak mengambilnya berlakon. Katanya, cerita berkenaan disampaikan oleh beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan sikap pelakon berkenaan kerana cuba membawa budaya tidak baik dalam produksi. Malah katanya, ketika nama dia dimasukkan dalam senarai bagi watak antagonis, individu tersebut berjaya meyakinkan pengarah dan pihak produksi supaya menggugurkan namanya tanpa sebab yang munasabah. “Lebih menyedihkan pelakon itu sanggup kata ‘kenapa nak ambil Cina ni (berlakon)’ bila dia nampak nama saya. Saya memang sedih,” jelasnya. Ditanya adakah dia mempunyai apa-apa masalah peribadi dengan pelakon itu Corrie berkata, dia tidak pernah bermusuhan dengan individu tersebut malah mereka adalah kawan baik.
Katanya, pelakon itu juga tidak menunjukkan sifat membencinya malah cuba berpura-pura baik setiap kali mereka bertentang mata. “Apabila jumpa saya, dia selalu tepuk bahu saya dan berborak macam biasa. Tapi apabila di belakang saya dia cuba buat perkara yang tak elok. Mungkin dia cemburukan saya,” katanya. Walaupun begitu kata Corrie, dia bersyukur kerana Allah telah membuka jalan dengan memperluaskan rezekinya dalam bidang lain iaitu sering dijemput dalam majlis-majlis agama yang tidak melibatkan politik. Corrie dijemput untuk berkongsi rahsia bagaimana hatinya terbuka iaitu untuk memeluk Islam. “Saya dapat banyak undangan ceramah agama. Sebelum menerima pelawaan, saya akan pastikan jemputan untuk saya itu tiada kaitan dengan apa juga elemen politik,” katanya. Pelakon ini memberitahu, hasratnya untuk berlakon tidak pernah padam dan berharap agar mana-mana produser terus memberi ruang untuknya aktif semula dalam dunia seni. Malah dalam masa yang sama dia meminta agar mereka tidak terus terpedaya dengan kata-kata buruk individu tertentu mengenai dirinya. “Jika ada pengarah hendak tahu sesuatu cerita yang benar mengenai saya, tanyalah saya sendiri. Jangan mudah terpedaya dengan cakap-cakap orang,” rayunya. Corrie yang memeluk Islam pada 13 Julai 2007 telah berkahwin dengan wanita Melayu iaitu Fazema Mohd Fuad, 35, pada 2008. Selain aktif sebagai pereka tari, Corrie telah berlakon lebih 10 buah filem yang kebanyakannya untuk watak antagonis ataupun gengster Cina. Antara filem lakonan beliau ialah Paloh, Spinnng Gasing, KL Gangster, KL Gangster 2, Libas, Bohsia:Jangan Pilih Jalan Hitam, Gangster Celop dan Darah Panas. Pada 25 April lalu Corrie membuat laporan kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) selepas hilang punca pendapatan hampir RM40,000 gara-gara tiada tawaran berlakon selepas tersebar gambar kononnya dia menyertai Pas.

Adam Corrie Hilang Pendapatan Selepas Dituduh Sertai PAS

Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah hilang mata pencarian sehingga kerugian RM40 ribu gara-gara terdapat laporan mengatakan kononnya dia menyertai parti pembangkang iaitu PAS. Adam Corrie, 45, berkata, dia telah dianiaya oleh individu tidak bertanggungjawab yang merakamkan gambarnya dalam sebuah ceramah agama di Taiping, Perak yang disertai Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din. "Salah ke saya menghadiri ceramah agama? Kenapa mereka perlu memanipulasikan gambar ketika saya berada di situ? Saya mahu berjumpa Haron Din untuk bertanya kepadanya petua mendapatkan anak cara Islam,” katanya kepada mStar Online pada Khamis. Adam Corrie ditemui di pejabat Persatuan Seniman Malaysia di Taman Melawati di sini selepas membuat laporan berhubung perkara itu kepada presiden persatuan berkenaan, Zed Zaidi. Katanya, pada majlis agama itu, dia tidak sempat berjumpa dengan pemimpin PAS berkenaan tetapi agak terkejut apabila gambarnya telah dimanipulasikan di Internet oleh pihak-pihak tertentu sehingga menyebabkan syarikat produksi drama di negara ini enggan menawarkannya berlakon Akibat insiden berkenaan dia juga terpaksa menganggur sejak empat bulan lalu yang mengakibatkan dia kehilangan pendapatan kira-kira RM40,000 dalam tempoh berkenaan. Tambah Corrie, gambarnya dengan salah seorang ahli PAS itu turut dimanipulasikan. "Apabila keadaan ini berlaku, ia sedikit sebanyak mengganggu pendapatan saya yang mana saya mengharapkan daripada sumber berlakon untuk menyara isteri dan keluarga. "Saya mahu jelaskan di sini bahawa saya tidak berpihak kepada mana-mana parti politik kerana saya seorang yang neutral. "Tujuan saya menghadiri ceramah hanya ingin mendapatkan ilmu sebagai seorang mualaf," ujarnya.

Corrie berpuasa sebelum masuk Islam


TANGGAL 13 Julai 2007 adalah tarikh keramat buat Adam Corrie Lee. Itu adalah tarikh dia memeluk agama Islam. Mulai saat itu, bermulalah kehidupan baharunya sebagai umat Islam.

Pelakon dan koreografer itu sama seperti umat Islam lain yang turut memikul tanggungjawab sebagai seorang Muslim termasuklah berpuasa setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Sungguhpun baru empat tahun memeluk Islam tetapi bagi Corrie, 43, ibadat puasa bukan asing bagi anak kelahiran Pulau Pinang yang dibesarkan di Port Dickson, Negeri Sembilan ini.

Menurut Corrie atau nama asalnya Lee Choon Kooi, sejak kecil lagi dia belajar berpuasa kerana dibesarkan dalam kalangan kawan-kawan dan keluarga yang beragama Islam.

“Saya mula belajar berpuasa ketika umur saya belasan tahun sewaktu tinggal di Kem Sungala, Port Dickson. Saya tinggal di kem askar itu kerana mengikuti bapa saya seorang askar.

“Di kem itu kebanyakan askar yang tinggal bersama-sama keluarga mereka adalah orang Melayu. Apabila tibanya bulan puasa maka saya juga akan berpuasa dengan mereka.

“Apatah lagi, kawan baik saya semasa kecil, Rahim merupakan anak seorang ustaz. Saya tertarik dengannya kerana dia tidak pernah tinggal solat dan perangainya juga baik.

“Rahim juga banyak memberi pendedahan kepada saya tentang agama Islam,” katanya kepada S3 sewaktu ditemui di kedai miliknya, Just Muffin di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Corrie, dia bukan setakat pernah berpuasa sebelum memeluk Islam, malah takbir Hari Raya yang berkumandang sewaktu zaman remajanya juga banyak meninggalkan kesan kepadanya.

Kata anak keempat daripada 11 adik beradik ini, biarpun dia tidak memahami maksud takbir raya tetapi setiap kali mendengar hatinya menjadi sayu.

“Sewaktu tinggal di Kem Sungala, rumah keluarga saya tidak jauh dari masjid. Jadi, setiap kali takbir raya berkumandang di pagi hari, ia boleh didengari dan saya akan terjaga daripada tidur.

“Secara tidak langsung, itu antara pendedahan awal yang saya lalui sebelum saya mendalami dan memeluk Islam empat tahun lalu,” ujarnya yang juga merupakan seorang usahawan.

Pada pertemuan di kedai menjual kek muffin, Just Muffin yang diusahakannya sejak Februari lalu itu, Corrie berkata, dia bersyukur kerana hasratnya memeluk Islam mendapat restu keluarganya.

Malah, dia yang mendirikan rumah tangga dengan Fazima Fuad, 33, pada 21 November 2008, berkata, ibu bapanya turut mempunyai hubungan yang baik dengan orang Melayu.

Paling mengejutkan Corrie apabila ibu bapanya pernah memberitahu bahawa mereka pernah menyerahkan salah seorang adiknya untuk dipelihara oleh sebuah keluarga Melayu.

“Ibu bapa saya pernah menyerahkan seorang adik saya yang ketika itu masih kecil kepada sebuah keluarga Melayu kerana kesempitan hidup. Adik saya itu diberi nama Sharizan Husain.

“Selepas sekian lama terpisah, adik lelaki saya yang kini berusia 36 tahun telah dipertemukan semula dengan ibu bapa saya pada Tahun Baru Cina 2009.

“Sharizan bukan sahaja menjalani kehidupannya sebagai seorang Islam, malah dia juga tidak boleh berbahasa Cina kerana tinggal dengan ibu bapa angkatnya sejak dari kecil,” ceritanya.

Selain itu, pengalaman hidupnya merantau ke Kuala Lumpur pada tahun 1980 kerana mahu mencapai cita-citanya sebagai seorang chef banyak membantunya mengenal agama Islam.

Kata pelakon filem KL Gangster ini, dia banyak belajar daripada pengalaman pahit manisnya ketika itu.

“Sewaktu berhijrah dari Port Dickson ke Kuala Lumpur, saya hanya berbekalkan wang RM30. Ketika itu, saya melakukan pelbagai pekerjaan termasuklah bekerja di kelab malam.

“Saya juga menyertai pelbagai pertandingan tarian dan daripada situlah saya memulakan kehidupan sebelum terbabit dalam bidang tarian dan lakonan sehinggalah ke hari ini,” katanya lagi.

Selain pernah menjadi koreografer dalam Akademi Fantasia musim kedua (AF2) dan AF4 serta Mari Menari, Corrie juga pernah berlakon dalam filem Spinning Gasing dan Libas.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails