Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Adlin Aman Ramlie. Show all posts
Showing posts with label Adlin Aman Ramlie. Show all posts
Adlin Aman Ramlie Larang Emelda Rosemila Aktif Berlakon
Pelakon Emelda Rosemila memberitahu suaminya aktor Adlin Aman Ramli tidak menggalakkan dia untuk terlalu aktif dalam bidang lakonan.
Emelda atau nama sebenarnya, Emelda Rosmila Abdul Hamid, 34, berkata, disebabkan perkara itu, dia terpaksa memilih watak yang terbaik dan benar-benar ingin dilakonkan sahaja.
"Sejak berkahwin suami tidak benarkan saya untuk berlakon, cuma kalau ada cerita dan watak yang bagus dan saya ingin berlakon sahaja dia benarkan.
"Dia tidak mahu saya susahkan diri terutama apabila watak-watak berat yang akan memenatkan saya," katanya kepada mStar Online.
Emelda berkata demikian ketika ditemui selepas tayangan telefilem Oh My English: Villa Isabellaaa!, di GSC Signature, The Gardens, Rabu lalu.
Telefilem komedi ini bakal bersiaran pada 27 Disember ini, pukul 9 malam di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya (saluran 135).
Dalam pada itu, tambah Emelda, dia tidak pernah menerima tawaran lakonan yang berkehendakkan dia berada di luar Kuala Lumpur dan Selangor.
Sementara itu, bercerita tentang watak telefilem terbaharunya itu Emelda berkata, dia menerima watak sebagai Puan Ponti berikutan watak tersebut belum pernah dibawa sebelum ini.
Dia juga tidak mahu melepaskan peluang untuk berlakon dalam drama siri popular yang juga menjadi kegemarannya iaitu Oh My English.
"Saya suka tengok cerita ini sebab itu ketika ditawarkan saya terus terima. Lebih-lebih lagi watak seram saya dalam telefilem itu sangat menarik," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Emelda kini berjinak-jinak dalam bidang rekaan baju di bawah label sendiri iaitu 'Emelda Rose Kuala Lumpur.'
Bisnes yang sudah hampir tiga tahun itu kini semakin berkembang dan dia mula membuat rekaan untuk pakaian pengantin dan tajaan baju artis di acara hiburan tertentu.
"Alhamdulillah label pakaian saya iaitu Emelda Rose semakin berkembang dan saya kini akan keluar pakaian pengantin serta gaun petang.
"Setakat ini saya banyak menaja baju-baju selebriti untuk hadir ke majlis-majlis hiburan," ujarnya.
Emelda mendirikan rumah tangga dengan Adlin Aman Ramlie pada 22 Mei 2009.
Penonton Jelik Persembahan Adlin Sebagai Maria Dalam Maharaja Lawak Mega?
Sebetulnya kami agak terkejut juga menonton persembahan terbaru Adlin Aman Ramlie dalam Maharaja Lawak Mega. Sewaktu berbual dengan seorang rakan, kami telah membincangkan Adlin. Rakan kami berpendapat yang kelihatan seperti ‘cakap tak serupa bikin’ berbanding komen-komen yang pernah dikeluarkannya dalam rancangan Akademi Fantasia persembahan lawaknya sebagai Maria, seorang ahli pasukan sorak yang berminat dengan pemain bola sepak era 80-an, Subadron Aziz. Persembahan lawaknya disifatkan lucah oleh sesetengah pihak. Adlin bagaimanapun memberitahu melalui Facebooknya:
Walaupun Maria ‘period’ semalam, alhamdulillah Maria berjaya membuat persembahan yang agak ‘fair’ dan tidak tercampak keluar! Terima kasih kepada Dato’ Hj Hasbullah Awang, Salwa Abdul Rahman dan Subadron Aziz kerana bersetuju bekerjasama dengan Maria secara langsung dan tidak langsung! Kepada penyokong dan peminat, terima kasih tidak terhingga kerana terus menjadi ‘pompom’ pada Maria.
memang ‘payah’ Maria nak mencuri perhatian penonton malam tadi sebab rata-rata persembahan peserta lain agak baik, selain ramai yang terlebih dulu muncul sebagai ‘gadis / pompuan’ sebelum Maria, sebab Maria ditempatkan second last dalam turutan persembahan. Dahlah Maria buat solo, penonton semua pun dah puas ketawa terbahak-bahak dari persembahan yang bagus macam Boboi dan Osbon sampai penat…, maka bila Maria muncul, ternampaklah oleh juri yang show Maria tu macam ‘flop’.
Bak kata abang JH, harus peka dan tahu untuk mengukur kekuatan persembahan solo dan berkumpulan. Kalau sekali pandang, memang terlalu sukar untuk bertanding dengan pasangan berkumpulan, namun Maria tetap yakin pakai skirt pendek dan kangkang!!! Hehehe!
Maria jugak sedar tak ramai yang tahu siapa Subadron Aziz dan Salwa Abdul Rahman…., tapi itulah yang Maria ingin ‘kongsi’ sebagai penghargaan kepada dunia bolasepak dan nyanyian tanahair.
Sekali lagi…, terima kasih kerana memberi perhatian kepada Maria.
Love, Maria Cordoba!
Bagi kami, perempuan ‘period’ pun tidak bersikap seperti Maria yang digambarkan oleh Adlin, dan kami tidak pasti siapa contoh perempuan ‘period’ yang pernah beraksi sebegitu di hadapan Adlin, tetapi bagi kami pernyataan itu seksis, dan Adlin perlu mengenal pasti garisan antara ‘lawak’ dengan ‘over’. Terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
