Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Ady Putra. Show all posts
Showing posts with label Ady Putra. Show all posts

Ady Putra Sah Fail Cerai

PETALING JAYA: Pelakon kacak, Adi Putra mengesahkan telah menfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya, Aida Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei. Akhbar Harian Metro pada Khamis melaporkan, Adi, 31, berkata, dia dan isterinya telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik dan tindakan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal. "Ketika saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini, saya mohon segala yang baik daripada Allah terutama kebahagian dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami," katanya. Dalam pada itu, Adi turut menafikan penceraian itu disebabkan oleh isu anak atau pihak ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk diceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain. "Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya. "Tiada sefahaman itu pasti dan selebihnya saya tidak mahu bercerita panjang," ujarnya.

Ady Putra Terpaksa Kuruskan Badan


PETALING JAYA: Pelakon Ady Putra, 30, sedang dalam proses menguruskanbadan untuk menjayakan sebuah filem aksi komedi pada tahun ini.

Dari berat 73 kilogram, kini dia telah berjaya mengurangkan berat hampir 4 kilogram kepada 69 kilogram.

Ini kerana pelakon filem Haq dan Don 2 itu mahu meringankan badannyaagar dapat menjayakan adegan yang berkehendakkan dia melompat.

"Saya hanya makan seperti biasa tanpa berpantang dan banyak melakukan senaman “kardio” untuk membakar lemak dalam badan bermula Disember lalu.

"Demi menjayakan sesuatu watak itu, saya sanggup buat apa sahaja asalkan tidak melanggar akidah," katanya ketika sidang media drama Mantera Anjasmoro di Garden Cafe, One Utama, di sini, Selasa.

Selepas lapan tahun menceburi industri seni ini, Ady akui belum puas dengan kerja yang dilakukan dan mahu meningkatkan mutu lakonannya dari semasa ke semasa.

"Azam saya sempena hari jadi ke-30 pada 26 Februari ini adalah untuk meningkatkan tahap lakonan saya untuk menjadi pelakon berwawasan dan menjadi khalifah yang baik.

"Saya juga masih menunggu zuriat selepas lima tahun berkahwin dan mana tahu jika diizinkan Allah saya mendapat hadiah anak," ujarnya yang akan memasuki penggambaran drama Suria Di Cordova.

Drama tersebut merupakan salah sebuah projek Astro Megadrama dan akan menjalani pembikinan di Kuala Lumpur dan Sepanyol.

Menyentuh tentang Mantera Anjasmoro, Ady akui tertarik dengan kesan khas visual, kemahiran dan teknikal dalam drama tersebut yang menjadi perkara baru kepada dirinya.

Selain itu, dia sempat berkongsi tentang pengalamannya yang perlu berimaginasi seperti dalam kesakitan apabila ada sesuatu yang duduk di atas bahunya serta badan dicangkuk dengan besi.

Babak ranjang lumrah - Ady


PROFIL kerjaya aktor kacak, Ady Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim dilihat cukup konsisten. Sudah pelbagai watak yang dibawakannya, antaranya anak derhaka, guru, remaja nakal dan terbaru Ady muncul untuk karakter antagonis sebagai Bad menerusi filem Haq.

Namun, bagi mereka yang telah menonton sedikit sedutan filem tersebut pada majlis sidang media baru-baru ini, dua perkara yang hangat diperkatakan. Pertama, sosok tubuh Adi yang sasa dan kedua, adegan asmara antara Ady dan aktres Nanu Baharuddin.

Tertawa saat dipersoalkan tentang dua perkara tersebut, Ady menjelaskan adegan atas katil yang secara automatik diklasifikasikan sebagai adegan panas itu merupakan suatu kebenaran dan lumrah dalam alam realiti.

Dalam nada berani, Ady memberitahu dia ada sebab menerima dan melakonkan adegan panas itu.

"Adegan seperti itu adalah kebenaran. Saya berani melakonkan adegan itu selepas meneliti skrip dan ingin tunjukkan perkara sebenar kepada masyarakat. Saya tidak boleh cerita sejauh mana panasnya adegan itu kerana penonton kena saksikannya sendiri.

"Saya juga secara berterus terang mengakui itu adalah cara untuk melariskan filem. Meskipun memiliki adegan panas, filem ini mempunyai mesej yang ingin disampaikan ia bukan sekadar cerita kosong," ujarnya.

Sedar dia mungkin akan dihujani kritikan selepas filem yang menelan belanja sebanyak RM2.5 juta itu ditayangkan kelak, Ady pasrah dan yakin peminatnya akan mengerti.

"Sebelum ini saya banyak juga bawa watak jahat tetapi Alhamdulillah peminat dapat bezakan diri saya di dalam filem dan di luar filem.

"Saya pernah didatangi peminat yang terdiri daripada mak cik-mak cik yang marah dan geram dengan watak lakonan saya tetapi mereka puji mutu lakonan saya itu yang menurut mereka mampu membuatkan mereka sakit hati. Sebagai pelakon tidak mungkin saya akan bawa watak baik sahaja kerana peminat sekarang sudah pandai menilai," tuturnya.

Tayang badan

Menerusi filem Haq juga, Ady tanpa segan menayangkan tubuhnya yang sasa untuk tatapan penonton. Gembira dengan hasilnya, Ady menerangkan dia berusaha membuat latihan bina badan semata-mata mengikut tuntutan watak.

"Sebenarnya saya dan pihak produksi berbincang bagaimana untuk menggambarkan watak Bad ini dengan baik. Menerusi perbincangan itu, keputusannya adalah saya harus membuat latihan bina badan selama dua bulan sebelum penggambaran bermula untuk mendapatkan tubuh yang sasa.

"Sebelum ini berat badan saya 71 kilogram (kg), selepas dua bulan berat badan saya bertambah kepada 81 kg. Selain bersenam saya juga mengamalkan diet yang seimbang dan mengambil banyak protein dan kurangkan karbohidrat," ceritanya.

Tambahnya, dia seorang pelakon yang sanggup untuk mengubah berat badan semata-mata untuk memenuhi tuntutan watak dan dia menggalakkan pelakon lain turut melakukan hal yang sama.

"Saya sanggup naik dan turunkan berat badan sebab saya ikhlas dengan apa yang saya lakukan. Pelakon antarabangsa juga lakukan hal yang sama. Kalau dalam filem Haq saya bertubuh sasa tetapi dalam filem Hanyut saya turunkan berat badan.

"Jadi, penonton boleh bezakan watak saya dengan melihat saiz badan. Setakat hari ini saya tidak ada sebarang masalah kesihatan, saya juga mempunyai jurulatih peribadi yang membantu saya untuk turun dan naikkan berat badan," katanya.

Bertutur empat bahasa

Haq menyaksikan Ady bertutur dalam empat bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Kantonis dan Perancis. Bagi Ady, perkara itu agak mencabar kredibiliti dirinya.

Jelas Ady, meskipun membawa watak antagonis, namun karakter itu merupakan seorang yang bijak dan terpelajar.

"Bila saya bertutur dalam bahasa yang tidak begitu lazim, kalau tersalah sikit nanti orang akan gelak. Jadi, ketika ada skrip yang memerlukan saya bertutur dalam bahasa Perancis, mesti akan ada orang Perancis yang memantau sebutan saya supaya disebut dalam nada yang betul," terang aktor berusia 29 tahun itu lagi.

Filem arahan Jumaatun Azmi dan C.L Hor itu merupakan filem tentang superhero pertama yang dilakonkan Ady. Tidak memerlukan sebarang kostum seperti filem superhero yang lain, Ady tampil cukup segak dengan hanya mengenakan baju kemeja dan kot.

"Skrip filem ini cukup menarik, mereka mempunyai kuasa luar biasa dan Bad dengan wajah menarik serta nampak baik tetapi dalam hati dia inginkan kuasa yang lebih tinggi tetapi berbalik kepada asas, yang berada paling atas adalah Allah.

"Walaupun ada yang cakap filem ini seperti drama bersiri Heroes, itu adalah nilai komersialnya. Saya cukup seronok sepanjang berlakon dalam filem ini bersama Zul Huzaimy dan seluruh tenaga produksi. Secara jujur meskipun belum lihat secara keseluruhan, saya cukup kagum dengan hasil filem Haq," terangnya.

Isteri Gugur, Hasrat Ady Putra Dapat Bayi Kembar Tiga Musnah


PETALING JAYA: Hasrat pelakon Ady Putra untuk bergelar bapa tidak kesampaian apabila isterinya Aida Yusof yang mengandung kembar tiga mengalami keguguran buat kali keempat, tiga hari lalu.

Keguguran itu berlaku ketika kandungan Aida baru masuk tiga bulan.

Menurut Ady yang ditemui di Menara Star, Khamis, berita itu amat menyedihkannya kerana sebelum ini sudah tiga kali dia dan isteri diuji dengan kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, berita tersebut tidak membuatkan pelakon filem Hanyut itu kecewa dan luluh hati kerana dia semakin tabah dan kuat selepas beberapa kali hasratnya untuk bergelar bapa tidak menjadi kenyataan.

"Ini semua sudah tertulis dan ketentuan tuhan. Sebagai hambanya, saya reda dan menerima berita itu dengan hati terbuka. Saya memang bersedih tetapi tidak sampai ke tahap kecewa atau luluh.

"Memandangkan sudah tiga kali isteri saya mengalami keguguran sebelum ini, jadi untuk kali ini saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Kalau ada rezeki, memang saya terima sepenuh hati tapi kalau memang belum rezeki, saya terimanya dengan hati yang terbuka," katanya yang telah berkahwin dengan Aida selama empat tahun.

Mengulas tentang keguguran yang dialami isterinya itu, Ady berkata, perkara itu berlaku disebabkan oleh faktor kandungan yang tidak kuat.

"Mujur juga ia gugur secara keseluruhan, di mana gumpalan daging yang baru berusia tiga bulan itu jatuh sepenuhnya.

"Jika tidak, mungkin isteri saya akan lebih sakit lagi sebab terpaksa melalui pelbagai proses rawatan susulan. Ketika kejadian itu, saya memang kebetulan berada di rumah. Jadi, keadaan lebih terkawal dan dapat hantar isteri ke hospital secepat mungkin. Dia kini berehat di rumah," katanya.

Ady dan isterinya menjalani kaedah persenyawaan luar rahim ataupun In vitro Fertilization (IVF) selepas mereka gagal mendapat anak sejak sekian lama.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails