Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Afdlin Shauki. Show all posts
Showing posts with label Afdlin Shauki. Show all posts

'Siapa Kata Saya Dan Hans Bermusuh?' - Afdlin Shauki

Pelakon dan pengarah Afdlin Shauki menafikan laporan dia tidak lagi bertegur sapa dengan rakan baiknya, Hans Isaac dan menganggap cerita berkenaan sebagai mengarut. Afdlin berkata, dia juga pelik bagaimanakah cerita berkenaan boleh timbul sedangkan tuduhan itu tidak pernah terjadi. "Saya dan Hans telah berkawan sejak kami bersekolah. Jika kami bergaduh pun ia hanya melibatkan tentang kerja dan selebihnya kami sangat rapat sehingga ke hari ini. "Cerita yang mengatakan kami bergaduh adalah mengarut sama sekali," katanya kepada mStar Online. Minggu lalu, sebuah akhbar melaporkan Afdlin kononnya berjauh hati dengan sikap Hans yang tidak membantunya ketika dia berada dalam keadaan susah selain kumpulan Boboi tidak dijemput menyertai pementasan Lawak Ker Der 3 (LKD3) di Istana Budaya. Menjelaskan hal berkenaan, Afdlin berkata, dia tidak dapat memberikan komitmen kepada pelawaan Hans untuk terlibat dalam LKD3 kerana terlibat dalam beberapa projek lain. Jelas Afdlin, Hans juga memahami mengenai situasi itu dan tidak pernah timbul sebarang isu tentang hal tersebut.
"Takkan la hanya kerana saya tidak dapat menyertai Lawak Ker Der! saya dituduh bermusuh dengan Hans. Sebenarnya jadual kerja kami benar-benar padat, itu sahaja," jelasnya. Lawak Ker Der 3 sedang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula Rabu lalu sehingga Ahad ini. Ia menampilkan Harith Iskander, Douglas Lim, Kuah Jenhan, Nabil dan kumpulan Jambu. Dalam pada itu, Afdlin berkata, dia masih belum bersedia untuk mengarah filem selepas menghasilkan Papadom 2 dua tahun lalu. Katanya, senario industri perfileman yang disifatkan sebagai tidak sihat membuatkan dia tidak berani untuk mengambil risiko. "Tindakan itu bukan bererti saya merajuk atau ingin bersara daripada dunia pengarahan cuma industri perfileman kita hari ini seperti tiada masa depan. "Saya tidak berani untuk mengambil risiko dengan mengarahkan filem buat masa ini tetapi jika ada karya yang baik mungkin saya akan lakukan," katanya. Papadom 2 menampilkan barisan artis seperti Liyana Jasmay, Khir Rahman, Hans Isaac, Johan (Raja Lawak), Vanidah Imran, Scha Al-Yahya, Riezman Khuzaimi dan Pete Teo. Ia bakal ditayangkan di pawagam bermula 12 Disember depan.

Afdlin Shauki Rancang Buka Klinik Perubatan Islam

Sejak berhijrah menjadi Muslim yang lebih bertakwa pada Februari lalu pelakon dan pengarah Afdlin Shauki mahu mengembangkan kerjayanya pula dengan mendalami ilmu-ilmu perubatan Islam. Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan, 42, berkata dia telah berniat untuk membuka sebuah klinik perubatan Islam yang menggunakan cara-cara rawatan mengikut sunnah Rasulullah SAW. "Sekarang ini saya banyak meluangkan masa membaca buku-buku ilmu Islam termasuklah kaedah perubatan mengikut sunnah. "Saya mahu mendalami perubatan itu agar dapat membuka sebuah klinik perubatan Islam untuk masyarakat kita. "Dengan adanya klinik perubatan ini, ia lebih mudah untuk sesiapa sahaja mendapatkan rawatan," katanya. Tambah duta kepada Aqsa Syarif Berhad ini, dia mempelajari ilmu-ilmu perubatan itu menerusi ustaz-ustaz dan mereka yang pakar dalam bidang berkenaan. Dalam pada itu berkongsi pengalamannya berhijrah Afdlin berkata, dia kini tidak lagi menonton persembahan kumpulan-kumpulan muzik di kelab-kelab malam seperti yang biasa dilakukannya dahulu. "Dulu saya suka dengar muzik di kelab-kelab malam. Suka melihat persembahan ‘band’ di sana. "Sekarang tidak lagi. Tapi ini tidak bermakna saya tidak sukakan muzik. Saya masih lagi dengar muzik, cuma konsep muzik saya kini lebih ke arah mesej pengajaran serta ketuhanan. "Malah saya juga mula menyimpan janggut sampaikan ibu dan isteri saya berasa janggal melihat wajah saya," selorohnya. Kata Afdlin, dia turut menonton semula filem-filem yang pernah diarahnya sebelum ini untuk menilai perkara baik dan buruk dalam karya berkenaan. Sementara itu, Afdlin yang juga kad prabayar Tune Talk mengajak masyarakat membantu rakyat Palestin dengan membeli kad berkenaan. ‘Bebaskan Palestin’. Berkonsepkan 'guna dan derma', kad yang diberi nama ‘Bebaskan Palestin’ itu dijual RM30 untuk kegunaan sebulan bagi membolehkan pembeli mendapat RM3 untuk disumbangkan kepada tabung amal Palestin tanpa menolak nilai kredit yang diberikan. Ia boleh didapati di syarikat produksi milik Afdlin iaitu Vision Works Sdn Bhd dan Aqsa Syarif yang mempunyai lebih daripada 14 cawangan di seluruh Malaysia.

Afdlin Shauki mahu jauhi politik

POLITIK dan bahang pilihan raya tidak hanya dirasai oleh ahli-ahli parti, bahkan golongan artis yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam politik negara juga berdepan impak yang sama. Video Bangkang Dari Longkang menjadi contoh paling dekat dan artis yang paling teruk terkena impak akibat penyiaran video-video berkenaan ialah penyampai radio popular, Salih Yaacob. Ketika Salih dilihat benar-benar dihimpit rasa kecewa dan mahu bersara daripada dunia seni gara-gara video lakonannya mendapat kecaman khalayak, khususnya daripada peminat yang terdiri daripada golongan pembangkang, Afdlin Shauki pula berbeza pendirian. Penerbit, pengarah, pelakon dan pelawak berkenaan menyifatkan penerbitan beberapa video Bangkang Dari Longkang itu sebagai sekadar video balas kepada video-video parodi yang pernah dihasilkan pihak pembangkang sebelum ini. "Video itu dihasilkan tahun lepas, ketika itu saya belum lagi pergi ke Gaza. Saya memang penyokong UMNO dan sudah tentu saya juga menyokong usaha kerajaan. Semasa ditawarkan untuk melibatkan diri dengan video berkenaan saya bersetuju asalkan ia berkaitan dengan isu dan fakta dan bukan satu serangan peribadi kepada mana-mana individu," lentur Afdlin yang turut didakwa menjadi orang yang bertanggungjawab atas penerbitan video-video berkenaan. "Itu semua fitnah. Saya cuma terlibat sebagai pelakon. Selepas Bangkang Dari Longkang, ada juga yang mendakwa saya sebagai pengarah sebuah lagi video iaitu Tongong. Video itu tiada kaitan dengan saya," katanya. Bagi Afdlin itu semua pendiriannya ketika belum mengunjungi Gaza pada hujung tahun 2012 dan awal Januari lalu. Umum semua tahu, Afdlin kini dalam proses penghijrahan dan sedang mendalami Islam untuk memperbaiki diri dan menjadi muslim yang dekat kepada Allah. "Sekarang saya mahu ambil pendekatan untuk cuba menjauhkan diri daripada politik. Saya melihat politik lebih banyak membiakkan kebencian. Memang kita berhak menyuarakan apa yang kita setuju dan apa yang kita tidak setuju. Media sosial hari ini semakin agresif membuka ruang kebencian kebanyakan komen-komen itu datang daripada orang-orang yang beragama Islam. "Sekarang saya cuba untuk tidak membangkitkan kebencian mana-mana pihak, di kalangan sesama Islam dan seluruh rakyat Malaysia. Saya mahu tumpukan pembelajaran saya untuk memperbaiki diri," katanya yang sedang muncul dengan filem Lawak Ke Der di pawagam ketika ini. Tidak pernah sesal kerana terbabit dalam video Bangkang Dari Longkang, Afdlin percaya tindakannya berlakon dalam video yang disifatkan sebagai menghina pembangkang itu bukan sesuatu yang menyalahi etika. "Kalau diminta buat video itu selepas saya kembali dari Gaza (ketika ini), mungkin saya tidak akan terlibat. Kalau boleh saya mahu menghindarkan budaya benci-membenci dalam kalangan rakyat Malaysia apatah lagi sesama Islam. "Kita boleh bersetuju dan tidak bersetuju dengan satu-satu perkara tapi janganlah keterlaluan sampai menimbulkan kebencian. Kebencian boleh menghuru-harakan, kita harus ambil iktibar apa yang berlaku di Gaza. Sekarang pun macam-macam komen negatif di media sosial berhubung tragedi di Lahad Datu," katanya sedikit beremosi. Membawakan karakter suara sebagai Sabuk dalam filem animasi Bola Kampung The Movie yang akan ditayangkan pada 21 Mac nanti, Afdlin juga tidak menjadikan penghijrahannya untuk menjadi muslim yang lebih baik menghalang dirinya untuk meneruskan kerja seni. "Cadangan saya menghasilkan sebuah filem genre Islamik sudah diterima oleh sebuah syarikat produksi, saya harap karya itu akan bercerita secara jujur. Kerja-kerja saya sekarang isu kemanusiaan dan keagamaan dan saya juga masih akan buat komedi cuma dalam versi yang melanggar batas moral," katanya yang merasakan kekosongan dalam diri selama ini semakin terisi.

Kerjaya Salih Yaacob Musnah,Afdlin Tulis Surat Pada Peminat

Kerjaya Salih Yaacob Musnah,Afdlin Tulis Surat Pada Peminat Bismillahhirahmannirrahim . Hayakumullah. Semoga Allah SWT memberkati kita semua kerana hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa yang baik untuk kita. Allah SWT ampunkanlah kesilapan dan kesalahan kami sesama manusia dan terus berikan kita kekuatan untuk menghadapi segala fitnah dan prasangka. Mungkin ada yang ingin sedikit pencerahan tentang tentang video-video Bangkang dari Longkang yg tersebar sekarang. Video-video ini di rakamkan pertengahan tahun lepas oleh sebuah syarikat produksi tempatan. Ia dirakamkan berberapa bulan sebelum saya pergi ke Gaza. Masih ada video-video yg belum keluar. Apa yang pernah saya buat dahulu, hanya Allah SWT akan menilainya. Di mana jiwa saya berada sekarang juga hanya Allah SWT yang tahu. Apa yang saya lakukan dahulu, saya lakukan kerana percaya dgn kebebasan bersuara bagi semua pihak. Kami pelawak masuk hanya sebagai pelakon. Sepertimana pembangkang juga membuat video-video mereka. Apa yg kami lakukan adalah satira kehidupan yg memaparkan isu-isu berbangkit politik. Satu yg kami pegang, kami tak akan menyerang sesiapa secara peribadi, sindiran mesti di buat berasaskan isu berbangkit yg ada faktanya, Kami tak mencarut, Kami tak menggunakan kata-kata kesat, kami tak mendoakan keburukan dan kematian ke atas sesiapa, kami tak sembunyikan identiti kami pasal ini adalah satu parody politik ringan. Artis-artis pihak pembangkang juga lantang bersuara mengutuk kerajaan dgn terang-terang jadi sayatak faham kenapa ada pihak yg kecoh pasal video BDL. Saya rasa takde kut pembangkang yg akan berpaling tadah join BN bila tgk video-video tu, hanya org BN je yg akan seronok tgk video tu. Selepas pulang dari GAZA, saya rasa ada benda lebih penting yg harus saya perjuangkan dlm hidup saya iaitu agama saya. Jika saya di suruh untuk buat video politik lagi, saya rasa saya tidak akan melakukannya lagi kerana saya tak berminat dgn dunia politik Malaysia yg penuh dgn kebencian ini. I don't believe in hate. I dislike people who are hate-mongers Government and Opposition alike. In hindsight, i guess what Malaysians cannot do is laugh at themselves. Everything must be black and white and there is no room for any grey area. All i hear is if you are UMNO you are a bad person! and some UMNO folks says the same thing about the folks in the opposition. I believe,there are good people on both sides and there are not so good people too but at the end of the day who are we to judge people? Isn't this god's work? i hear about Muslims praying in separate mosques just because of differing political beliefs? i don't think this is what Allah SWT intended. Saya rasa tak perlu ada keahlian parti Islam untuk menjadi seorang Islam dan memperjuangkan Islam. Perjuangan saya sekarang adalah membetulkan diri saya dan mendalami agama saya. Membantu umat Islam yg memerlukan bantuan. Saya tak suka dan bersedih apabila melihat orang Islam berpecah belah di Malaysia ini. Saya melihat Gaza dan saya lihat bagaimana bila ummah bersatu kita menjadi kuat dan bila kita berpecah kita menjadi sangat lemah. Sekali lagi saya tak membenci sesiapa dan saya doakan kesejahteraan ke atas semua umat Islam dan Rakyat Malaysia tak kira dari mana pihak pun. Agar politik ini di dalam Malaysia ni takkan terus memecah belah kan rakyat dan ummah. Saya berdoa Allah SWT memberi pengampunan dan memelihara kita semua. Even the cybertroopers. Wallahhualam Assalammualaikum WBT

Afdlin Shauki Dapat Hidayah Selepas Pulang Dari Gaza

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon filem Afdlin Shauki mengakui sudah berhijrah mendalami ajaran agama Islam agar menjadi Muslim yang benar-benar bertakwa. Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan, 42, perubahan itu berlaku selepas sebulan dia pulang dari melawat wilayah Gaza di Palestin pada Disember lalu. "Saya tidak tahu adakah kenyataan yang saya berikan ini adalah yang tepat. Tetapi memang benar, saya sudah berhijrah. "Apabila pulang dari Gaza, selama sebulan jiwa saya tidak tentu arah, tambah pula dengan memikirkan rakyat Palestin yang hidup susah di negara mereka. "Kemudian, saya terus berjumpa dengan seorang ustaz yang juga merupakan delegasi Aqsa Syarif (pertubuhan bukan kerajaan, NGO) menceritakan perkara yang berlaku dalam diri. Alhamdulilah, perbincangan kami telah menemui jawapan di mana diri saya sendiri yang ingin menuju ke jalan Allah," katanya. Tambah Afdlin, dia pada mulanya gusar, adakah dia patut meninggalkan dunia hiburan serta merta atau meneruskan perjuangan sebagai insan seni selepas menemui hidayah. Namun dia diberi nasihat untuk terus sambung berkarya tetapi dengan cara berdakwah pula. "Jika dahulu, selain minat berkarya, niat menghasilkan filem lebih berunsur perniagaan dan wang, tetapi sekarang ini saya mahu memberikan mesej pengajaran pada masyarakat. "Lagipun, jika dilihat pada filem-fielm saya terdahulu, ia sememangnya sudah ada unsur pengajaran. Cuma elemen karya yang akan dihasilkan pada masa akan datang nanti lebih kepada unsur agama, Insya-Allah," ujarnya. Beritahu Afdlin lagi, sejak mendapat hidayah, dia telah pun menghasilkan sebuah lagu untuk penyanyi Shila Majid berbentuk ketuhanan. Sementara itu, lakonan Afdlin bersama pelakon Harun Salim Bachik (Boboi) dapat disaksikan menerusi filem Lawak Ke Der 2 yang bakal menemui penonton di 70 pawagam di seluruh negara bermula 7 Mac depan. Lawak Ke Der 2 diambil daripada pementasan Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya (IB) pada tahun lalu dan dipadatkan dengan lawak-lawak terbaik yang dipersembahkan oleh kumpulan Boboi, Jozan, Harith Iskander dan Nabil.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails