Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Afgan Syah Reza. Show all posts
Showing posts with label Afgan Syah Reza. Show all posts
Cinta dulu berapi-api - Afgan
Afgan Mahu Sambut Tahun 2013 Di New York
JAKARTA: Penyanyi Afgan memberitahu akan menyambut kedatangan tahun 2013 di New York, Amerika Syarikat bersama ahli keluarga selama seminggu.
Afgan memberitahu mereka membuat keputusan untuk meraikan tahun baru di negara itu kerana mereka sekeluarga belum pernah ke sana selain ingin merasai kemeriahan sambutan di New York.
"Sudah lama kami merancang untuk ke New York dan saya paling teruja untuk ke sana kerana sebelum ini ahli keluarga lain pernah ke sana," katanya ketika ditemui di Studio 6 RCTI.
Penyanyi kacak itu turut memberitahu pemergiannya ke sana adalah sebagai hadiah selepas bekerja keras sepanjang 2012 untuk membina kerjayanya.
"Sepanjang tahun saya bekerja keras dan sudah tiba masanya untuk saya berhibur sebagai hadiah untuk diri sendiri," jelasnya.
Afgan Susah Dekati Wanita Malaysia
JAKARTA: Sejak menyambung pelajaran di sebuah universiti swasta di Malaysia pada Februari lalu, Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai Afgan mengakui susah untuk bergaul dengan wanita di negara itu.
Kata Afgan dia lebih banyak belajar berdikari dan menghabiskan masa dengan menumpukan perhatian terhadap pelajarannya.
"Setakat beberapa bulan berada di Malaysia saya belum mempunyai ramai kawan terutamanya kawan-kawan perempuan di sana," katanya yang dipetik DetikHot.com.
Penyanyi lagu Terima Kasih Cinta ini mengambil kursus Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) di University of Sunway Monash, kampung Kuala Lumpur selama dua tahun.
Jelas Afgan, dia mahu menghabiskan pengajiannya secepat mungkin dan menjaga ibunya yang berada di Indonesia.
"Sekarang tanggungjawab saya ialah menjaga ibu saya yang tinggal di sini, kalau boleh mahu cepat-cepat habis kuliah," katanya.
Afgan seronok duduk Malaysia

Afgan Syah Reza atau Afgan yang baru memulakan pengajian di Universiti Monash di Kuala Lumpur mengaku dia seronok tinggal di Malaysia.
Mengambil jurusan pemasaran perniagaan dan muzik, penyanyi ini mengaku, apa yang paling menyeronokkan dirinya tentang kehidupan baru di Malaysia adalah dia mampu hidup sendiri dan berdikari tanpa bantuan keluarga.
"Saya seronok tinggal di Malaysia kerana boleh berdikari. Saya menguruskan semua hal secara sendiri termasuk soal membeli perabot dan memilih kediaman tanpa bantuan keluarga," katanya yang baru dua minggu menjadi pelajar di universiti tersebut.
Ditanya tidakkah dia berasa rindu dengan Indonesia, Afgan menjawab: "Tidak. Itu yang pelik. Tak padahal sewaktu mahu berangkat dulu, saya menangis."
Tambah Afgan, merantau ke negeri orang membuat dia harus bertanggung jawab atas dirinya. Meski berusaha sendiri, namun terkadang ketika menemui kesulitan Afgan tak segan bercerita kepada orang tuanya.
"Walaupun saya sedang belajar berdikari, jika mempunyai masalah, saya tetap mengadu kepada keluarga. Tetapi satu yang pasti, saya belajar untuk lebih bertanggungjawab terhadap semua perkara yang saya lakukan," katanya yang tinggal bersama seorang pembantu rumah.

Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]