Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Agnes Monica. Show all posts
Showing posts with label Agnes Monica. Show all posts
Agnes Monica Belum Terfikir Soal Cinta
PENYANYI bertaraf antarabangsa, Agnes Monica menjelaskan masih belum memikirkan soal cinta kerana buat masa ini lebih mementingkan soal kerjaya.
Agnes berkata, dia juga tidak mahu bercakap soal lelaki kerana menganggap ia adalah isu peribadi.
"Saya tidak mahu bercakap mengenai soal cinta atau lelaki secara terbuka kerana perkara itu bukan untuk pengetahuan umum dan mereka tidak berhak untuk mencampuri urusan peribadi saya.
"Bagaimanapun buat masa sekarang perkara itu tidak menjadi keutamaan kerana kerjaya adalah lebih penting," katanya kepada media Indonesia.
Penyanyi lagu Matahariku itu turut mengakui dia tidak memikirkan tentang cinta kerana masih belum bertemu dengan pasangan yang sesuai dengannya.
Ditanya mengenai pasangan idamannya, Agnes enggan menjawab secara spesifik soalan tersebut sebaliknya memberitahu lelaki itu nanti mestilah sesuai dengan keperibadiannya.
Agnes masih bercinta
PEMAIN bola keranjang terkenal Indonesia, Denny Sumargo menafikan desas-desus mengatakan hubungannya dengan penyanyi terkenal, Agnes Monica sedang berantakan.
Malah, Danny juga menafikan dia kini sedang menjalin hubungan dengan wanita lain. Menurut Danny, hubungannya dengan Agnes masih lagi berjalan seperti biasa.
“Tuduhan itu tidak berasas sama sekali, saya tidak pula pernah terbaca mengenai berita tersebut.
“Rasanya perkara ini tidak perlu dilayan dan dihebahkan lagi, ternyata berita saya sedang bersama dengan wanita lain itu tidak benar sama sekali,” ujar Denny.
Jelas Denny lagi, ketika ini dia dan Agnes masih lagi menjalinkan hubungan seperti biasa dan tiada perkara yang buruk berlaku di antara mereka.
Subscribe to:
Comments (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
