Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Aidil Zafuan. Show all posts
Showing posts with label Aidil Zafuan. Show all posts

TAHNIAH - ZAREMA ZAINAL BERSALIN ANAK LELAKI MELALUI PEMBEDAHAN?

Isteri kepada pemain bola sepak Aidil Zafuan iaitu Zarema Zainal dikatakan telah selamat melahirkan anak lelaki pada Khamis 5 Februari secara pembedahan di Hospital Columbia Asia, Klang. Bagaimanapun, maklumat tersebut tidak dapat disahkan buat sementara ini kerana tiada apa-apa kenyataan rasmi yang dibuat oleh mereka. Apa yang ada hanyalah sekeping gambar Aidil bergambar dengan seorang doktor di hospital terbabit. Untuk info, pasangan ini berkahwin pada 14 Mac 2014 dan telah membuat majlis baby shower pada penghujung Januari lalu. Jika benar telah selamat bersalin, tahniah diucapkan

Aidil Zafuan Sokong Rita Rudaini Lapor Ugutan Bunuh

Bintang bola sepak Aidil Zafuan berkata, adalah wajar untuk Rita Rudaini mengambil tindakan terhadap pengikut Instagram bernama ‘Hanifhafizul’ yang telah mengugut agar bekas isterinya itu dibunuh. Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27, berkata perbuatan seperti itu tidak wajar dilakukan oleh mana-mana pengikut laman sosial artis kerana ia adalah satu perbuatan jenayah. "Bagi saya, tindakan Rita membuat laporan polis untuk mengambil tindakan terhadap pengikut laman Instagram saya itu adalah patut kerana ia boleh mengancam keselamatan dia dan anak-anak," kata Aidil kepada mStar Online pada Isnin. Pada Sabtu lalu, Rita telah membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak dekat sini berhubung komen pengikut Aidil yang menulis cadangan meminta Aidil agar mengupah orang untuk membunuh Rita bagi menyelesaikan masalah mereka berdua. Ia berikutan Aidil memuat naik paparan skrin slip pembayaran nafkah anak kepada Rita sebagai bukti dia tidak mengabaikan anak-anaknya selepas bercerai. Dalam pada itu Aidil berkata, dia terkilan apabila aktres itu menuduhnya tidak mengambil serius tentang ugutan bunuh itu disebabkan dia tidak menyekat komen berkenaan. "Saya sibuk dengan kerja, tak mungkin saya ada masa untuk membaca kesemua komen di Instagram. Cuma apabila saya terbaca, diakui memang saya terkejut kerana individu itu berani memberi komen seperti itu. Dan baru-baru ini saya telah buang komen berkenaan. "Tetapi takkanlah perkara ini pun jadi salah saya? Hanya kerana saya tidak membuang komen itu?" soalnya.
Sementara itu, Aidil mendedahkan dakwaan Rita kepada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Jumaat lalu yang dia tidak pernah menuntut cerai terhadap Aidil adalah tidak benar. Katanya, semasa mereka bergelar suami-isteri, Rita kerap kali meminta untuk dilepaskan. "Saya tidak faham dengan permainan dia. Kenapa dia tidak sudah-sudah mahu mencari kesalahan dan mengaibkan saya. Apa lagi yang dia mahu? "Kalau nak diikutkan, ketika kami masih suami-isteri, sudah lebih dua kali dia minta cerai daripada saya. Semakin saya diam, semakin menjadi-jadi pula tuduhan dia. Jangan sampai saya bersikap tegas dengan mengambil tindakan terhadap setiap tuduhannya itu," ujarnya. Rita dan Aidil bernikah pada 25 Februari 2008 di Selatan Thailand dan disahkan bercerai talak satu pada 5 September 2013 iaitu selepas lima tahun berkahwin. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna, yang masing-masing berusia lima dan tiga tahun. Aidil yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) kemudiannya bernikah dengan Zarema Zainal, 28, pada 14 Mac lalu.

"Sudah-Sudahlah Rita Jangan Asyik Cari Salah" - Aidil Zafuan

Pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan berasa kesal dengan sikap bekas isterinya, Rita Rudaini Mokhtar yang tidak habis-habis mencari salah termasuklah memburukkan isterinya iaitu Zarema Zainal kerana dikatakan menjadi punca dia tidak menjenguk dua orang anaknya sejak mendirikan rumah tangga pada Mac lalu. Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27, yang menghubungi mStar Online berkata, sebagai seorang suami, dia perlu mempertahankan isterinya daripada tuduhan-tuduhan yang dilemparkan Rita kepada pihak media pada Rabu lalu. Malah Aidil yang juga pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) turut berharap penjelasan yang diberikannya ini sedikit sebanyak dapat membersihkan nama baiknya dan isteri yang selama ini sering dikecam masyarakat. Rita dan Aidil sah bercerai talak satu pada 5 September 2013 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan selepas lima tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna yang berusia tiga tahun. Berikut ini penjelasan hati Aidil kepada mStar Online: Betul ke Zarema tidak benarkan kamu berkomunikasi dengan Rita seperti yang Rita perkatakan? Saya sebenarnya terkejut apabila Rita mengaitkan isteri saya (Zarema) dalam masalah kami. Apabila dah jadi macam ini saya perlu mempertahankan isteri saya yang tidak ada kena mengena pun dengan perkara ini. Selama ini isteri saya tidak pernah menghalang saya untuk berjumpa dengan anak-anak. Saya terkejut apabila Rita menuduh isteri saya pula menyekat (block) aplikasi WhatsApp dan WeChat saya agar tidak dapat berhubung dengannya. Rasanya tuduhan Rita itu sudah melampau. Andai kata memang benar WhatsApp dan Wechat disekat, SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) kan ada? Kenapa dia tak boleh SMS atau telefon saya terus? Apabila Rita membuat kenyataan kepada media, ia telah memburukkan nama baik isteri saya yang mana dia turut dihentam oleh orang ramai di laman sosial. Rita juga berkata sejak Aidil berkahwin dengan Zarema pada Mac lalu, Aidil langsung tak jenguk anak-anak? Diakui memang sejak berkahwin ini, saya tidak berkesempatan berjumpa dengan anak-anak kerana saya kini menetap di Johor. Sebab itu saya jarang jumpa anak-anak. Tetapi saya ada tanya khabar mereka kepada Rita. Dia yang tidak balas mesej saya. Masa anak saya, Arjuna sakit pun dia tidak beritahu. Saya dapat tahu pun selepas Rita memuat naik gambar anak di Instagram dan apabila saya mesej dia tanya betul ke anak masuk hosiptal? Dia tak jawab pun.
Oh... Iya ke? Aidil bengang dengan sikap Rita itu? Sebagai ibu kepada ana-anaknya, dia mesti beritahu saya apa-apa masalah berkaitan dengan anak-anak. Tetapi dia buat tak tahu sahaja. Dan kemudian lain pula jadinya apabila orang hentam dan tuduh saya langsung tidak pedulikan anak. Kenapa dia mesti burukkan nama saya? Itu yang membuatkan saya lagi geram. Di mahkamah, saya mengalah dan beri hak penjagaan anak-anak kepada dia. Tetapi apabila anak sakit, dia tak cakap apa-apa pun kepada saya. Kesal dengan tindakan Rita? Saya memang kesal dengan sikapnya yang tidak sudah-sudah mahu memburukkan saya. Saya menghubungi kamu (mStar Online) pun bukan sengaja mahu cari publisiti. Saya tak ada tempat untuk luahkan perasaan. Saya bukannya artis. Tetapi apabila nama saya tidak sudah-sudah diburukkan dan sekarang ini dia mahu babitkan Zarema sekali, rasanya ia agak melampau. Dari dulu sampai sekarang dia selalu memburukkan nama saya. Pada hal isteri saya tidak masuk campur tentang perkara ini. Bagaimana dengan isu nafkah anak-anak? Kalau nak tahu, ada masanya Zarema yang tolong masukkan nafkah anak-anak (bank-in) kerana saya sibuk dengan kerja. Tak kisahlah orang nak cakap saya bapa yang bertanggungjawab atau tidak. Biar Allah yang menilaikannya. Sudah-sudahlah nak memburukkan saya. Biarkan saya dengan kehidupan baru. Jika benarlah dia masih tidak berpuas hati dengan saya kononnya saya tidak bertanggungjawab terhadap anak-anak, tunjuk buktinya. Saya dah penat dah asyik kena cacian daripada orang sahaja. Adakah Aidil akan mengambil sebarang tindakan terhadap Rita berkenaan isu ini? Tuduhan itu lebih ditujukan kepada isteri saya. Sekiranya isteri mahu mengambil tindakan, terpulang kepada dia.

Rita Rudaini Dedah Aidil Zafuan Dikongkong Isteri

Pelakon Rita Rudaini Mokhtar meminta suaminya, Adil Zafuan berubah untuk menjadi suami yang tegas dalam rumah tangga dan tidak membiarkan menjadi 'mangsa' dikongkong oleh isteri baharunya. Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 38, berkata, bekas suaminya itu akan terus berhadapan dengan masalah jika niatnya untuk berjumpa anak-anak terus dihalang. "Saya sangkakan Aidil sudah berubah (perangai) lamanya. Rupa-rupanya tidak! Saya minta jadilah suami yang tegas. Awak kena ingat, awak tu bekas duda yang ada anak," sindir Rita. Rita berkata demikian ketika menghubungi mStar Online pada Jumaat sebagai mengulas permintaan Aidil atau nama sebanrnya Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27, yang meminta agar Rita tidak berterusan memburuk-burukan nama bekas suami sendiri dalam media massa.
Aidil turut meminta Rita tidak menyalahkan isteri yang baru dikahwininya iaitu Zarema Zainal yang dikatakan menjadi punca dia sudah lama tidak berjumpa anak sendiri. Terdahulu menerusi mStar Online Khamis lalu Rita mendedahkan Aidil sudah lupa tanggungjawabnya untuk menjenguk anak-anak sejak mendirikan rumah tangga. Dalam perkambangan berkaitan Rita mendedahkan Aidil pernah mengadu sikap Zarema yang telah menyekat aplikasi WeChat dan WhatsApp mereka berdua kerana cemburu. Malah Zarema juga menurut Rita bimbang seandainya Aidil masih menghubunginya untuk bertanya khabar sehinggakan semua mesej di telefon bimbit Aidil diperiksa oleh wanita itu. "Saya tak akan mereka cerita sendiri tetapi perkara ini didedahkan oleh Aidil kepada saya. Aidil dan isterinya pernah bergaduh besar kerana sikap Zarema yang cemburu sehinggakan segala mesej di telefon Aidil disemaknya. "Pernah pada satu malam saya mendapat banyak kali panggilan telefon daripada salah satu daripada nombor milik Aidil tetapi apabila saya jawab, tiada suara yang menyahutnya,” kata Rita. Jelasnya, selepas membuat panggilan menerusi satu lagi nombor telefon Aidil dan memberitahu kejadian itu, Aidil agak terkejut sambil memberitahu kad sim untuk nombor telefon berkenaan dipegang oleh Zarema. Rita turut menambah, Zarema pernah mengawal telefon milik Aidil terutamnya semasa sambutan ulang tahun Rita yang ke 38 pada 11 April lalu kerana bimbang Aidil akan menghantar mesej ucapan "happy birthday" untuk Rita. "Selepas dari tarikh 11 April itu, Aidil tidak lagi menghubungi saya untuk bercakap atau pun membuat panggilan video dengan anak-anaknya yang berada bersama saya. Jadi, saya fahamlah dia sudah sukar untuk berhubung dengan anak-anaknya kerana masalah berkenaan,” dedah Rita lagi.
Lebih memeranjatkan kata Rita dia pernah menegur bebeapa status di Instagram (G) milik Aidil yang mendapat komen negatif pengikut-pengikutnya tetapi beritahu Aidil, akaun IG berkenaan sebenarnya dikemaskini oleh isterinya sendiri. Malah Aidil juga tidak tahu kata laluan IG berkenaan. "Selama ini orang ingat status di IG Aidil itu di’upadate’ oleh Aidil tetapi bukan dia yang buat sebaliknya orang lain. Ini semua Aidil mengadu kepada saya. Kalau tidak macam mana saya tahu?” soalnya. Ditanya apakah tujuan mendedahkan cerita ini Rita berkata, dia berbuat demikian kerana marah dengan sikap Aidil yang tidak bercakap benar mengenai kegagalannya untuk bertemu anak-anak sedangkan dia sudah bersumpah untuk berbuat demikian sebelum menikahi Zarema. Tambah Rita, ketika anak-anak mulai ada perasaan sayang terhadap bapa sendiri selepas sekian lama ditinggalkan, seharusnya Aidil mengambil peluang berkenaan untuk bersama mereka dan bukannya menghilangkan diri. "Saya mengambil masa untuk yakinkan anak-anak agar menyayangi ayah mereka dan Alhamdulillah, ia berjaya. Sebelum ini sembilam bulan Aidil tak ambil tahu tentang mereka dan sekarang dia buat balik perangai lamanya,” ujar Rita. Rita dan Aidil bernikah pada 25 Februari 2008 di Selatan Thailand dan disahkan bercerai talak satu pada 5 September 2013 iaitu selepas lima tahun berkahwin. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, yang berusia tiga tahun. Aidil yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) kemudiannya bernikah dengan Zarema Zainal pada 14 Mac lalu.

Rita Rudaini Kesal Aidil Tidak Jenguk Anak

Pelakon Rita Rudaini kesal dengan sikap bekas suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abd. Radzak yang langsung tidak menjenguk dua anak mereka sejak mendirikan rumah tangga dengan Zarema Zainal pada Mac lalu. Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 38, berkata, Aidil tidak menunaikan janjinya untuk meluangkan masa dan menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kandung terhadap anak-anak biarpun diberi peluang berbuat demikian. "Saya berasa marah apabila dia tidak menunaikan janjinya untuk meluangkan masa lebih banyak bersama anak-anak kerana selepas berkahwin dia langsung tidak datang bertemu mereka. "Saya sendiri tidak pasti mengapa tetapi anak kedua kami iaitu Arjuna yang semakin rapat dengannya mula bertanya mengapa ayahnya tidak datang lagi," katanya kepada mStar Online.
Rita ditemui pada majlis Seindah Ramadan & Syawal Media Prima Berhad di Hotel One World di sini pada Rabu. Pasangan itu sah bercerai talak satu pada 5 September tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3. Dalam pada itu, Rita berkata, dua minggu sebelum melangsungkan perkahwinan, Aidil ada menghantar mesej kepadanya meminta untuk bertemu dengan anak-anak namun dia tidak segera membalas kerana bimbang Aidil tidak mengotakan keinginannya. Bagaimanapun kata Rita, dia tidak mahu memutuskan ikatan di antara anak dengan bapa dan sanggup mengenepikan perasaan sendiri bagi memastikan Aidil dapat berbaik-baik dengan anak-anak mereka. "Alhamdulillah dua minggu sebelum dia berkahwin dia hari-hari datang berjumpa dengan Rayyan dan Arjuna malah saya menjelaskan situasi kepada anak-anak bahawa Aidil adalah bapa kandung mereka dan perlu memanggilnya 'Daddy'.
"Biarpun Rayyan agak sensitif namun hubungan mereka semakin rapat terutamanya Arjuna yang tidak pernah mengenali bapanya sebelum ini sudah mula dapat menerima Aidil. "Saya gembira dengan perubahan Aidil sebab sebelum ini kasih sayang seorang bapa dan lelaki tiada dalam diri anak-anak, apabila ada kesungguhan daripada bekas suami untuk rapat dengan mereka sudah tentu saya seronok. Namun entah mengapa lepas kahwin dia terus berubah," katanya. Dalam perkembangan lain, Rita bakal muncul dengan sebuah telefilem istimewa bersempena Hari Raya Aidilfitri iaitu Pontianak Teng Teng pada Hari Raya pertama menerusi TV9. Pelakon itu turut muncul dalam sebuah drama bersiri 20 episod berjudul Azam Ramadan Su pada setiap hari Isnin hingga Khamis, 12.30 tengah hari di TV3.

Tuduhan Berlakon Kerana Terpaksa Cari Duit Nafkah Mengarut - Aidil Zafuan

Pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan menyifatkan tuduhan dia melibatkan diri dalam bidang lakonan bagi menambahkan pendapatannya agar dapat membayar nafkah tertunggak kepada bekas isteri, Rita Rudaini adalah mengarut. Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27, berkata, dia terkejut apabila ada pihak tidak bertanggungjawab sengaja mencetuskan kontroversi sedangkan penglibatannya dalam lakonan baru-baru ini sekadar ingin mencuba bidang baru. "Tuduhan saya mahu tambah pendapatan kerana perlu membayar nafkah sangat mengarut. Saya terkejut apabila ada pihak yang sengaja mahu memanaskan isu. "Sedangkan apa yang saya lakukan sekarang ini (berlakon) sekadar suka-suka. Tak ada kena mengena dengan nafkah. Gaji saya sebagai pemain bola sepak sahaja dah cukup untuk beri nafkah anak," katanya kepada mStar Online. Pada Rabu lalu, Aidil telah memuat naik foto dia seperti sedang berlakon di sebuah lokasi penggambaran dengan meletakkan kapsyen 'At the set with wife @zaremazaina. #TheGlups'. Menerusi foto tersebut ramai yang memberikan komen positif tanda mereka menyokong Aidil melibatkan diri dalam dunia lakonan. Dalam pada itu, ada juga pihak yang memberikan komen kononnya Zafuan menerima tawaran berlakon kerana ingin membayar nafkah tertunggak kepada bekas isterinya kira-kira RM100,000 itu.
Sementara itu, Aidil berkata dia enggan mengambil serius tentang komen-komen tersebut kerana menganggap ia tidak memberikan sebarang faedah dan hanya akan menambahkan masalah kepadanya. Bagaimanapun Aidil mengakui dia kini terlibat dengan sebuah penggambaran, namun enggan mendedahkan secara terperinci sama ada ia sebuah drama ataupun filem. "Sebelum ini diakui, saya pernah ditawarkan berlakon tetapi masa itu saya tidak menerima tawaran tersebut. Entah kenapa kali ini apabila ditawarkan berlakon saya setuju. "Cuma saya tidak boleh mengulas dengan lebih lanjut tentang karya ini. Nantikan sahaja sidang media yang akan diadakan tidak lama lagi," ujarnya. Ditanya adakah dia akan mula bergiat aktif di bidang lakonan pula, kata Aidil: "Apa-apapun karier sebagai pemain bola sepak diutamakan dahulu sebelum menerima apa-apa tawaran lain."

Aidil jadi balik suami

TAHNIAH buat Aidil Zafuan yang baru sahaja menamatkan zaman dudanya pada 15 Mac lalu. Memilih Zarema Zakaria sebagai isteri baharu, semoga perkahwinan ini kekal membahagiakan dan menamatkan segala spekulasi yang timbul. Maklum sajalah dulu kedua-duanya beria-ia benar menafikan saling bercinta (ketika Aidil belum bercerai dengan bekas isteri), sekarang sudah terbukti apa yang diperkatakan selama ini betul belaka. Joyah juga teruja bila dapat tahu yang perkahwinan ini disokong penuh oleh keluarga Aidil. Ternyata kini Aidil sedar, restu ibu bapa merupakan perkara penting dalam kebahagiaan selain kematangan sebagai suami dalam mentadbir rumah tangga. Kisah antara bekas isteri dengan Aidil juga sudah berakhir. Rita Rudaini kini bukan lagi sesiapa dalam hidup Aidil. Bagaimanapun, Aidil perlu terus menjadi bapa yang baik buat anak-anaknya, Rayyan dan Arjuna yang sebelum ini amat jarang diziarahi. Nasihat ini Joyah panjangkan juga kepada Zarema kerana sudahpun bergelar ibu tiri kepada dua anak suaminya itu. Kenalah ingat, Zarema sendiri memilih untuk berkahwin dengan duda punya anak dua. Jangan buat-buat lupa pula tau. Mungkin tanggungjawab itu tidak seberat ibu kandung tetapi gelaran ‘ibu’ itu sendiri sudah memerlukan Zarema memberi secebis kasih sayang buat kedua anak tirinya itu. Kepada Aidil juga, harap segeralah selesaikan segala kes di mahkamah yang tertangguh. Bukan apa, agak tidak manis kalau kisah Aidil ‘lokek’ terhadap susu dan lampin pakai buang anak-anak terus diperkatakan, setelah buat majlis pernikahan ‘gah’ di tiga lokasi berbeza. Banyak duit Aidil sebenarnya tu!

KEMESRAAN AIDIL ZAFUAN DENGAN 'SI DIA'

Gambar mesra pemain bola sepak Aidil Zafuan yang juga bekas suami Rita Rudaini dengan seorang wanita yang dipercayai bernama Zarema Zainal. Menariknya, jika dulu mereka hanya memberi pembayang... tetapi kini mereka sudah mula memberi respon positif. Mungkinkah ini menandakan mereka berdua bakal memulakan hidup baru tidak lama lagi? Jika ya, marilah kita doakan agar mereka bahagia hingga ke jinjang pelamin hendaknya.

Aidil Zafuan Cerai Rita Rudaini Talak Satu Melalui SMS

Pemain pertahanan Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak akhirnya menceraikan pelakon popular, Rita Rudaini dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang Ahad. Akhbar Berita Harian melaporkan, Aidil membuat keputusan itu selepas dia dikatakan bengang dengan Rita berhubung artikel 'Rita bengang skandal terbaru Aidil' disiarkan menerusi ruangan pojok Desas-Desus terbitan B*POP pada Ahad. Rita mengesahkan kepada akhbar tersebut bahawa dia menerima kiriman SMS itu daripada Aidil petang Ahad selepas berlaku 'perang SMS' di antara mereka sebelum itu. Antara butiran SMS Aidil kepada Rita: "Aku ceraikan kau talak satu."
Rita yang kini berada di kampungnya di Perlis untuk sambutan Aidilfitri berkata, dia reda menerima keputusan itu. Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun. Sebelum ini, Aidil pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan aktres, Jue Aziz tetapi menafikan dia mengenali wanita itu. Terbaru, dia digosipkan menjalin hubungan dengan seorang gadis dikenali sebagai Zarema Zainal.

Tak Jadi Cerai,Rita Dan Aidil Akan Cuba Disatukan Semula

Rita mahu mengetahui apakah kesalahannya sehinggakan plaintif mahu menceraikannya. “Apa salah saya. Tiada perbincangan dibuat. Tiada alasan dia (Aidil) keluar dari rumah dan tinggalkan anak macam itu sahaja. Sebagai seorang isteri saya mempunyai hak untuk mengetahui sebab saya diceraikan,” katanya. Sementara itu, Aidil berkata, sekiranya dia (Rita) masih sayangkan keluarga, maruah suami perlu dijaga. SEREMBAN - Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, gagal dalam sebutan permohonan cerai isterinya yang juga pelakon, Rita Rudaini Mokhtar di Mahkamah Rendah Syariah Seremban dekat sini, semalam. Hakim Syarie Hamizan Mohd Nor memerintahkan jawatankuasa khas pendamai ditubuhkan yang diwakili seorang keluarga terdekat kedua-dua pihak dilantik dan menetapkan 8 Mac depan sebagai tarikh baru sebutan kes yang turut dihadiri pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (JHEAINS). Mohd Aidil 26, dan Rita 37, hadir di mahkamah untuk mendengar sebutan permohonan cerai yang dikemukakan Aidil selaku plaintif. Hamizan dalam penghakimannya berkata, memandangkan seorang bersetuju dan seorang lagi tidak bersetuju, maka jawatankuasa khas pendamai perlu ditubuhkan. “Ini mungkin boleh mewujudkan rasa sayang semula. Sekiranya jawatankuasa khas pendamai tersebut gagal menemui jalan penyelesaian juga, barulah proses cerai dilakukan,” katanya. Terdahulu, dalam prosiding, Rita diwakili peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Md Zain, menuntut jawatankuasa khas pendamai ditubuh mengikut Seksyen 47 kerana tidak bersetuju dengan permohonan cerai kali kedua difailkan Aidil pada 31 Januari lalu. “Ini kerana tiada perbincangan pernah dilakukan sebelum ini dan beranggapan dengan perbincangan secara formal menerusi jawatankuasa khas pendamai ditubuhkan akan membolehkan perbincangan dibuat secara menyeluruh. Bagaimanapun, peguam syarie, Noor Ariff Delia Ramli yang mewakili Aidil memberitahu mahkamah bahawa penubuhan jawatankuasa khas mahkamah tidak perlu kerana kes ini sudah lama berlarutan. “Daripada perbincangan dengan anak guam saya, tiada jalan penyelesaian didapati dan memohon penceraian secara baik dapat dilakukan di sini,” katanya. Hamizan kemudiannya bertanya kepada Rita dan Aidil, sama ada kedua-dua mereka masih mempunyai rasa sayang di antara satu sama lain. Hakim syarie: Sayang lagi tak kat isteri? Aidil: Tak (merujuk kepada Rita). Saya dah tak sayangkan dia lagi dan saya dah tak inginkan dia. Hakim syarie: Sayang tak kat suami? Rita: Saya sayang keluarga saya. Selagi bergelar suami, saya sayang. Hakim syarie : Nak cerai dah? Aidil: Ya (angguk) Dalam pada itu, Rita turut mahu mengetahui apakah kesalahannya sehinggakan plaintif mahu menceraikannya. “Apa salah saya. Tiada perbincangan dibuat. Tiada alasan dia (Aidil) keluar dari rumah dan tinggalkan anak macam itu sahaja. Sebagai seorang isteri saya mempunyai hak untuk mengetahui sebab saya diceraikan,” katanya. Sementara itu, Aidil berkata, sekiranya dia (Rita) masih sayangkan keluarga, maruah suami perlu dijaga. “Saya anggap kes ini berlarutan. Sudah dua kali dia minta diceraikan, tetapi masa itu saya masih boleh bersabar. Ada tak dia pernah menjaga maruah saya sebagai suami selama ini,” katanya. Rita berkata, dia tidak terkejut dengan permohonan cerai kali kedua yang difailkan Aidil. “Kalau boleh, siapa nak cerai. Buat perbincangan dulu, ikut 'step' sekiranya tidak boleh barulah cerai. Nanti menyesal tidak guna. Kena fikir panjang, jangan fikir pendek,” katanya. Rita juga menafikan dakwaan beliau dua kali meminta cerai.

Tuduhan Rampas Kekasih, Aidil Zafuan Tuntut Mohd Nazmi Mohon Maaf

PETALING JAYA: Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak menuntut bintang bola sepak kelab SC Beira-Mar Portugal, Mohd. Nazmi Faiz Mansor membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menuduhnya menjalinkan hubungan sulit dengan gadis, Tengku Fiella. Aidil, 25, yang juga pemain bola sepak pasukan negeri Johor berkata, tuduhan Mohd Nazmi, 19, yang dibuat menerusi Twitter miliknya itu telah memburukkan lagi keadaan Aidil yang masih berhadapan masalah rumah tangga dengan pelakon Rita Rudaini. “Masalah saya dengan Rita masih belum selesai, timbul pula hal baru yang tidak benar.
"Saya tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita dan saya minta Mohd Nazmi memohon maaf kerana tuduhannya itu,” kata Aidil kepada mStar Online yang dihubungi di sini petang pada Isnin. Mohd Nazmi yang juga bintang bola sepak remaja kebangsaan menerusi Twitter miliknya pada Isnin telah menuduh Aidil Zafuan mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya sehingga sanggup memberikan wang RM1,000 untuk berbelanja. Bagaimanapun, kira-kira pukul 9.30 pagi Isnin, Mohd Nazmi telah memadamkan komen-komennya menerusi Twitter yang telah dimuat naik tetapi sempat disalin oleh pihak mStar Online. Tambah Aidil, dia telah menghubungi Mohd Nazmi yang kini berada di Portugal pada petang Isnin untuk mendapatkan gambaran kenapakah dia memuat naik status tersebut.
Katanya, Mohd Nazmi memberitahu dia berbuat demikian kerana begitu marahkan bekas teman wanitanya itu selain terlalu mendengar cakap rakan-rakan mengenai hal berkenaan. "Nazmi menjelaskan bahawa dia tidak fikir panjang apabila mendapat tahu kononnya saya mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya selain tidak memikirkan kesan daripada tindakannya memuat naik status tidak benar itu. “Dia sudah memohon maaf daripada saya dan sebagai orang yang lebih tua daripadanya, saya memaafkan dia walaupun yang nampak buruknya akan terkena pada saya. Maklumlah (dia) darah muda. "Cuma saya mahu dia bersihkan nama saya. Lagipun kami tidak bermusuhan pun," ujarnya.
Aidil turut memberitahu dia tidak mengenali gadis yang dimaksudkan Mohd Nazmi manakala jumlah RM1,000 yang dikatakan itu juga tidak benar. Sementara itu Tengku Fiella yang merupakan gadis kelahiran Kelantan berkata Mohd Nazmi merupakan seorang yang kuat cemburu dan meminta semua pihak tidak mengambil serius kenyataan itu. “Jangan ambil serius apa yang Nazmi Faiz tulis di Twitter kerana dia sendiri belum matang dan mungkin dalam keadaan tertekan dengan kelab di portugal,” katanya seperti dilaporkan portal rotikaya.com. pada Isnin. Malah gadis tersebut juga berkata dia tidak pernah mengenali Aidil Zafuan dan bersimpati kerana turut dikaitkan dalam isu itu. Dalam perkembangan terbaharu, Mohd Nazmi telah membuat permohonan maaf menerusi Twitter miliknya kira-kira pukul 9 malam Isnin dan meminta semua pihak tidak menyalahkan Aidil. "Saya minta maaf mengenai perkara yang lepas, jangan salahkan Aidil Zafuan. Dia tiada kaitan dalam hal ini," katanya.

Aidil Kecewa, Rita Dakwa Suami Tidak Cakap Benar

PETALING JAYA: Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak mengakui kecewa apabila isterinya, Rita Rudaini Mokhtar sering mengeluarkan kenyataan kononnya dia tidak pernah mempedulikan dua anaknya. Aidil, 25, berkata, sebagai seorang bapa, dia sedih dengan kenyataan sebegitu seolah-olah dia tidak mempunyai perasaan terhadap dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun. "Bapa mana yang tak sedih apabila Rita pernah berkata anak-anak tidak pernah bertanyakan tentang saya. "Saya percaya anak-anak tidak tahu apa-apa jika tidak diajar mengenai sesuatu perkara," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin. Beritahu Aidil, walaupun masalah dia dan Rita masih lagi belum selesai, dia tetap akan berusaha untuk mendapatkan hak melawat anak-anaknya itu. "Walau apa pun terjadi, saya akan pastikan dapat berjumpa dengan anak-anak. Saya tidak sanggup kehilangan mereka. "Saya sanggup membuat apa sahaja untuk mendapatkan hak sebagai seorang bapa," tegasnya. Ditanya adakah Aidil akan meneruskan kes penceraiannya dengan Rita, dia enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut. Dalam pada itu, dia juga turut kesal apabila diberitahu Rita dan anak-anaknya kini berada di Australia tanpa pengetahuannya. "Sepatutnya, Rita perlu memberitahu setiap perkara yang dibuat bersama anak-anak terutamanya apabila melibatkan ke luar negara. "Sebagai seorang bapa yang masih memberikan nafkah, saya berhak tahu setiap pergerakan anak-anak," tuturnya dengan nada kesal.
Sementara itu Rita Rudaini dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online memberitahu, Aidil tidak jujur dalam memberikan kenyataan. Kata Rita dia tidak pernah menghalang Aidil untuk berjumpa anak-anaknya tetapi dia yang bertindak keluar dari rumah kelamin mereka di Damansara, dekat sini tanpa sebab. Tegasnya juga jika Aidil seorang yang bertanggunjawab, sudah tentu dia akan hadir ke mahkamah apabila diarahkan berbuat demikian sebelum ini untuk menyelesaikan kes mereka tetapi sudah beberapa kali dia tidak muncul. “Dia bagi alasan sibuk kerana bermain bola sepak. Dari situ kita boleh mengukur kejujuran kata-kata Aidil itu,” katanya. Lebih menyedihkan Aidil juga didakwa Rita tidak memberi nafkah kepada anak-anak sehingga memaksanya menghantar saman melalui peguamnya kira-kira dua bulan lalu untuk tuntutan tersebut tetapi bintang bola sepak itu memberi alasan tidak menerima saman berkenaan. Katanya, alasan itu tidak benar sama sekali kerana keluarga Aidil pernah berhubung dengan wakil peguam Rita yang melahirkan rasa kurang senang selepas menerima saman berkenaan. “Saya mahu Aidil bercakap benar. Jangan putar belitkan cerita. Saya akan tetap meneruskan tindakan saya untuk menuntut keadilan,” katanya. Rita, 35 dan Aidil, 25, bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah yang berpanjangan.

Permohonan Nusyuz Batal, Aidil Zafuan Terpaksa Tanggung Kos

PETALING JAYA: Hasrat Aidil Zafuan Abd. Radzak yang mahu menuntut isterinya pelakon Rita Rudaini Mokhtar agar kembali taat (nusyuz) tidak menjadi selepas mahkamah rendah syariah di sini pada Rabu menerima permohonan Rita bagi membatalkan permohonan tersebut. Malah lebih malang lagi Aidil yang juga pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu selaku plaintif diperintahkan untuk membayar segala kos mahkamah. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Saharuddin Selamat selepas meneliti kesilapan pada isu alamat pemastautin Aidil, 25, yang dikemukakan dalam permohonan tersebut yang difailkan pada 15 Mei lalu. "Selepas meneliti permohonan plaintif (Aidil) yang difailkan pada 15 Mei lalu, didapati pihaknya meletakkan alamat yang tidak lengkap terhadap permohonan kembali taat yang dikemukakan terhadap pihak defendan (Rita). "Jadi, pihak mahkamah memutuskan bantahan awal yang difailkan defendan pada 3 Julai lalu diluluskan," katanya pada prosiding yang diadakan pada Rabu.
Saharuddin, turut memaklumkan, peguam Aidil iaitu Ahmad Nazib Johari telah menarik diri daripada mewakili plaintif yang dibuat pada 30 Oktober lalu. Sementara itu Rita, 35, yang berbaju hitam dengan tudung biru hadir ditemani Mohd Ihsan Mohd Daud mewakili peguam syarienya Datuk Mohd Zaidi Zain yang terpaksa menghadiri perbicaraan lain di Mahkamah Tinggi Syariah, Kota Bharu, Kelantan. Rita yang ditemui di luar mahkamah bersyukur apabila bantahan awal yang difailkannya diluluskan mahkamah dan akan meneruskan kes cerai yang masih lagi belum selesai. "Alhamdulillah, saya bersyukur apabila mahkamah tidak menangguhkan keputusan kes bantahan awal ini meskipun tanpa kehadiran dia (Aidil). "Saya hanya ingin mempertahankan diri dan hak saya bersama anak-anak. Apabila sudah sampai di tahap ini (membawa kes ke mahkamah), maksudnya saya sudah mula berjuang dan tidak akan menoleh ke belakang. "Selepas ini, peguam saya akan selesaikan status perhubungan kami pula. Tunggu sahaja nanti," ujarnya. Aidil pada Rabu tidak hadir ke mahkamah walaupun telah diberi peringatan semasa sebutan kes pada 3 Oktober lepas. Aidil telah meninggalkan rumah kelaminnya di Sunway Damansara di sini kira-kira lima bulan lalu untuk tinggal berasingan di kediaman yang disediakan oleh pihak ATM di USJ Subang Jaya, di sini. Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun. Pada Januari lalu Aidil bertindak keluar dari rumah mereka di Damansara dekat sini ketika Rita bersama anak-anak pulang ke kampung halamannya di Perlis.

HakimTegur Aidil Zafuan Tidak Hadir Mahkamah

PETALING JAYA: Mahkamah Rendah Syariah di sini, Rabu menetapkan 7 November depan sebagai tarikh keputusan berhubung bantahan awal dibuat pelakon Rita Rudaini Mokhtar terhadap permohonan kembali taat oleh suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak. Menurut laporan Sinar Harian, pada Khamis, Hakim Syarie, Saharuddin Selamat menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Datuk Zaidi Mohd Zain yang mewakili Rita memaklumkan pihaknya sudah memfailkan afidavit balasan terhadap jawapan Aidil mengenai bantahan isterinya itu. Bantahan dibangkitkan Rita adalah berhubung kesilapan pada isu pemastautin Aidil yang dikemukakan dalam permohonan tersebut. Peguam syarie, Ahmad Nazib Johari juga mewakili Aidil memaklumkan anak guamnya tidak dapat hadir. Ahmad Nazib kemudian menyerahkan dokumen pengesahan ketidakhadiran Aidil ke mahkamah kerana anak guamnya menjalani latihan bola sepak selama dua minggu di Austria. Tindakan itu mendapat teguran daripada Saharuddin kerana Aidil, selaku plaintif sebelum ini, tidak pernah langsung menghadirkan diri untuk kes itu atas alasan mempunyai jadual perlawanan ketat. “Pada tarikh lalu anak guam tidak hadir, hari ini (Rabu) pun tidak hadir. Peguam tolong nasihatkan anak guam baik-baik. “Sepatutnya bila tidak hadir terus kemukakan dokumen sebagai bukti kerana perlawanan sudah ditetapkan lebih awal,” katanya. Saharuddin berkata demikian selepas menerima jadual perlawanan bola yang diserahkan Ahmad Nazib.

Aidil Zafuan Gagal Dapat Hak Lawatan, Bermalam Bersama Anak

SHAH ALAM: Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada Selasa gagal dalam cubaannya untuk mendapatkan hak lawatan serta bermalam bersama dua anaknya hasil perkahwinan dengan pelakon Rita Rudaini Mokhtar. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Mohamed Fouzi Mokhtar memutuskan untuk menolak permohonan Mohd Aidil, 24, selepas menerima bantahan awal yang difailkan Rita, 36. Mohamed Fouzi juga mengarahkan Mohd Aidil membayar RM3,000 kepada Rita sebagai kos mahkamah. Pemain bola sepak itu hadir di mahkamah bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari. Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.
Mohd Aidil selaku plaintif memfailkan permohonan hak lawatan serta bermalam pada 20 Jun lepas dan afidavit telah diserahkan kepada Rita, pada 27 Jun lalu. Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, bagaimanapun mengemukakan bantahan melalui peguamnya Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain atas alasan mahkamah itu tidak mempunyai “locus standi” atau bidang kuasa untuk mendengar kes berkenaan. Ini kerana, Mohd Aidil membuat permohonan menggunakan alamat pemastautin di rumah yang turut diduduki Rita dan anak-anaknya di Damansara dekat sini.
Mohd Zaidi ketika ditemui pemberita selepas prosiding berakhir menjelaskan isu dibangkitkan anak guamnya dalam bantahan itu membabitkan alamat tempat tinggal Mohd Aidil. Beliau berkata ketika memfailkan permohonan hak penjagaan anak, Mohd Aidil menggunakan alamat rumah yang didiami Rita di Damansara sedangkan beliau mengakui sudah meninggalkan rumah itu, sejak Januari lepas. "Beliau (Mohd Aidil) kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau sudah berpindah ke USJ1, Subang Jaya, tetapi tidak pernah pada bila-bila masa memberikan alamat rumahnya di USJ1 dalam dokumen yang digunakan dalam prosiding mahkamah," katanya. Sementara itu, Rita ketika ditemui melahirkan rasa kesyukuran terhadap keputusan mahkamah itu. "Jika beliau maklumkan kepada saya untuk jumpa anak, saya akan benarkan jika saya dan anak ada di rumah," katanya. - BERNAMA

Rita minta Aidil jangan jadi lalang

KEMELUT rumah tangga Rita Rudaini Mokhtar, 36, dan pasangannya, Aidil Zafuan Abd. Razak boleh dikatakan sudah sampai ke penghujungnya apabila pelakon itu mengakui hatinya sudah tiada untuk pemain bola sepak kebangsaan itu setelah dua kali hampir diceraikan. Kali pertama Rita diceraikan Aidil Zafuan ketika mengandungkan anak keduanya iaitu Airit Rafqa, 1, dan kemudiannya Aidil Zafuan menarik balik perceraian tersebut. Lapan bulan selepas penarikan cerai tersebut Rita sekali lagi diceraikan Aidil Zafuan apabila menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada suaminya bahawa dia tidak boleh hidup sebumbung lagi bersama pelakon itu. Namun, Khamis lalu, ramai yang terkejut apabila Aidil Zafuan sekali lagi menarik balik permohonan cerai yang difailkan terhadap Rita. Kosmo! menghubungi Rita untuk mendapatkan maklum balas penarikan cerai tersebut dan dengan nada kesal, Rita memberitahu: "Saya sudah tak ada hati untuk dia dan serahkan semuanya kepada Allah. Hati saya sudah remuk apabila dua kali diceraikan tanpa sebab." Ikuti temu bual Kosmo! bersama Rita selanjutnya. Kenapa anda menyatakan sudah tiada hati untuk Aidil Zafuan sedangkan sebelum ini anda juga merayu minta jangan diceraikan? Saya tidak pernah merayu minta jangan diceraikan. Saya cuma mahu hak saya dan nak dia beri alasan yang kukuh kenapa dia mahu tinggalkan saya dan anak-anak. Jika dulu anda terima semula Aidil Zafuan, kenapa tidak kali ini? Ini bukan kali pertama dia nekad mahu ceraikan saya tapi sudah dua kali. Kalau dia ada pendirian dan mahu betul-betul berubah, benda macam ini (permohonan cerai) tidak akan terjadi lagi. Saya minta dia jangan jadi macam lalang membiarkan orang lain yang masuk campur urusan rumah tangga kami. Pertama kali dulu dia ceraikan saya ketika sedang mengandungkan anak kedua. Tiba-tiba dia tarik balik. Walaupun masa itu hati saya dah hancur tapi bila fikirkan pasal anak, saya terima semula. Saya ingatkan dia dah sedar dan berubah tapi lapan bulan selepas itu dia sekali lagi tinggalkan saya dan anak-anak selama empat bulan tanpa beri nafkah dan tiba-tiba hantar SMS kata mahu bercerai. Adakah anda takut untuk terima dia kali ini kerana takut kes ini (cerai) berlaku semula? Ya, memang saya takut benda ini akan berlaku semula walaupun sebelum ini dia pernah bersumpah dan berjanji tidak akan menceraikan saya. Dia juga pernah berjanji tidak akan membiarkan orang lain yang menguruskan hal rumah tangga kami. Buat masa ini anda kata tiada hati lagi untuk dia, tetapi dalam masa yang sama menyerahkannya kepada Allah. Jadi, adakah anda akan menerima atau menolak untuk bersama Aidil Zafuan? Saya akan pergi menunaikan umrah selama 14 hari bermula esok (22 Mei) dan mahu memohon petunjuk terhadap masa depan rumah tangga saya. Jika Aidil Zafuan tidak memudaratkan saya, saya minta dia didekatkan dengan saya dan begitu juga sebaliknya. Aidil Zafuan pernah membuat kenyataan bahawa anda yang mahu mempercepatkan perceraian, namun selepas itu dia membatalkan permohonan perceraian yang dibuatnya sebelum ini dan meminta anda kembali taat. Apa komen anda? Demi Allah saya tidak pernah minta cerai dengan dia. Lagi satu kenapa dia minta saya taat sedangkan saya tidak pernah meninggalkan rumah. Dia yang keluar daripada rumah meninggalkan saya dan anak-anak selama empat bulan tanpa nafkah. Saya cuma SMS dia beritahu dia pasal taklik. Seorang suami tak boleh tinggalkan isteri selama tiga bulan tanpa beri nafkah zahir dan batin. Selepas itu saya cakap kalau awak tak mahu saya lagi, jangan buat macam ini. Kemudian, terus dia SMS saya beritahu bahawa dia sudah ke mahkamah failkan permohonan perceraian. Kenapa pula dia minta saya kembali taat. Siapa yang nusyuz sekarang? Bila kes anda akan disebut semula? Sebutan semula kes permohonan perceraian saya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 18 Jun ini.

Aidil Zafuan Akan Beri Kenyataan Dalam Waktu Terdekat


PETALING JAYA: Ruzie Abd. Radzak,39, iaitu kakak kepada bintang bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan,23, akan berbincang berhubung kemelut rumah tangga yang dihadapi adiknya itu dengan isteri, pelakon Rita Rudaini Mokhtar,35.

Ruzie berkata, selepas perbincangan itu dibuat, Aidil akan membuat satu kenyataan dalam waktu terdekat bagi menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Ruzie berkata, Aidil juga meminta agar ahli keluarga bertenang dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh memburukkan lagi keadaan buat masa ini.

"Ya, kami sekeluarga akan berbincang tentang perkara ini dalam masa terdekat dan segala kenyataan akan dikeluarkan oleh Aidil sendiri.

"Aidil ada beritahu kami agar tidak mengulas apa-apa kepada media sebelum berbincang dengannya. Dia juga meminta agar keluarga bersabar dan tidak tertekan dengan masalah ini," katanya.

Dalam pada itu, Ruzie juga enggan mengulas lanjut tentang beberapa tuduhan yang dikeluarkan oleh Rita Rudaini terhadap keluarga mereka.

"Kami agak terperanjat dengan berita-berita yang keluar beberapa hari ini, bagaimanapun kami tidak tertekan dan tidak mahu mengulas apa-apa yang boleh mengeruhkan keadaan,

"Bagi saya, terpulang kepada dia (Rita Rudaini) untuk berkata apa-apa sekalipun yang dia mahu," ujarnya.

Sebelum ini, Ruzie dalam satu kenyataan kepada mStar Online meminta supaya Rita memaafkan keluarganya berhubung pernikahan dia dengan Aidil yang tidak direstui mereka.

Bagaimanapun, dalam laporan sebuah akhbar, Isnin, Rita memberitahu keluarga suaminya tidak perlu meminta maaf, sebaliknya menerima dia seadanya dalam keluarga tersebut.

Rita dan Aidil telah bernikah pada pertengahan Februari 2008 di Songkhla, Thailand. Perkahwinan itu mendapat tentangan keluarga pihak lelaki.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails