Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Ainul Aishah. Show all posts
Showing posts with label Ainul Aishah. Show all posts

Ainul Aishah Serik Kongsi Gambar Di Instagram

Pelakon Ainul Aishah kini kurang memuat naik gambar-gambarnya di laman sosial Instagram bagi mengelakkan komen-komen negatif dan perbalahan peminat selepas insiden gambar 'bikini' menjadi kontroversi. Ainul, 30, berkata, prinsip itu dilakukannya selepas berasa serik apabila gambar yang dimuat naik dikritik selepas dia dianggap berpakaian kurang sopan, biarpun gambar tersebut hanya menggunakan teknik pengubahsuaian menerusi aplikasi telefon semata-mata. "Selepas kejadian itu saya jarang berkongsi gambar sebab ramai sangat yang nak beri teguran sehingga membuatkan kita rasa seperti tidak layak hidup. "Bila saya nak kongsi gambar, saya akan fikir beberapa kali dan pastikan gambar tersebut tidak menimbulkan fitnah," katanya kepada mStar Online. Ainul berkata demikian ketika diminta mengulas apabila gambarnya dikritik kerana dikatakan berbikini ketika sedang bercuti di sebuah pulau pada Mac lalu. Tambah Ainul, perkara tersebut membuatkan dia berbalah dengan pengikut-pengikutnya bagi menjelaskan kejadian sebenar.
Sementara itu, Ainul berkata sehingga kini masih ada segelintir pengikutnya yang masih menulis dan mengkritik tentang gambar itu di Instagram. "Mereka semua cari sebab sahaja, hingga sekarang ada lagi yang beri komen negatif dan bertelagah pendapat pada gambar saya walaupun di bulan puasa ini," ujarnya. Dalam pada itu, bercerita tentang bisnes perniagaan biskut Ainul A. Cookies, Ainul berkata, dia sudah memasarkan biskut tersebut di sebuah pasaraya di Singapura sejak awal Julai lalu. Dia kini berehat daripada sebarang aktiviti seni bagi menumpukan perhatian terhadap perniagaan tersebut. "Alhamdulillah ia semakin berkembang dan sudah ada permintaan untuk dipasarkan di pasaraya Takashimaya di Singapura bermula Julai ini. "Sekarang saya sudah ada lokasi membakar biskut iaitu di Taman Tun Dr Ismail dengan beberapa pekerja," ujarnya. Tambah Ainul, dia merancang untuk mengembangkan lagi pasaran biskutnya di Indonesia dan Brunei.

Ainul Aishah Jual Biskut Selepas Belajar Di YouTube

Pelakon Ainul Aishah mengakui langkahnya mempelajari resipi membuat biskut menerusi laman YouTube memberi pulangan menggalakkan apabila beberapa jenis biskut yang dijualnya mendapat sambutan luar biasa. Kata Ainul, 28, disebabkan perkara itu dia terpaksa menggaji seorang pembantu kerana perlu memenuhi permintaan dan tempahan daripada orang ramai. “Pada mulanya saya buat biskut untuk suka-suka sahaja dengan mempelajarinya di YouTobe dan tidak sangka pula apabila saya jual, ia mendapat sambutan yang menggalakkan sekali. “Biskut-biskut itu saya jual dengan cara meletakkannya di bazar-bazar tertentu serta kedai runcit sekitar Bangi (Selangor) serta di Rasta, Taman Tun Dr Ismail (Kuala Lumour),” ujarnya yang menamakan biskut-biskutnya Ainul A Cookies. Selain perniagaan berkenaan, Ainul juga menolong keluarganya membuka cawangan Tutty Fruity di Bangi, dekat sini dan Nilai, Negeri Sembilan. Sehubungan itu tambah pelakon drama Begitulah Cinta ini, dia merancang untuk membuka sebuah kafe tidak lama lagi bagi mengembangkan perniagaan tersebut. Jelas Ainul, disebabkan ingin memberi fokus terhadap dunia perniagaan membuatkan dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon terutamanya drama bersiri. "Saya memang tidak ambil tawaran yang memerlukan komitme tinggi seperti drama bersiri. Kalau sedikit sahaja dan watak yang bagus saya akan terima. "Bukan apa, umur saya sudah 28 dan saya perlu mempunyai pendapatan yang tetap dan fikir masa depan, kalau berlakon tidak menjanjikan masa depan yang baik untuk saya," katanya. Ainul yang baru selesai penggambaran filem Pilot Cafe mengakui menerima tawaran tersebut kerana ingin berlakon di bawah arahan Osman Ali. "Saya sudah lama teringin untuk berlakon dengan Osman Ali, ini peluang baik yang tidak boleh dilepaskan biarpun watak saya hanya sekadar pembantu sahaja. "Lagi pula filem ini merupakan lakonan saya selepas kira-kira setahun saya menyepi kerana sibuk dengan bisnes," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails