Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Aishah Aziz. Show all posts
Showing posts with label Aishah Aziz. Show all posts

Aisyah Aziz Diminta Tukar Warna Rambut Ke Konsert Di Pedalaman

Penyanyi Aisyah Aziz memberitahu terdapat pihak yang memintanya untuk menukar warna rambut jika ingin terbabit dalam sebuah konsert jelajah. Aisyah atau nama sebenarnya Nur Aishah Aziz, 21, berkata, pihak itu memberitahu bahawa warna perang yang digayakannya tidak sesuai untuk persembahan nyanyian di segelintir kawasan pendalaman. "Ya, ada penganjur yang minta saya hitamkan semula rambut untuk sertai konsert jelajah, mereka kata warna rambut saya sekarang ini tidak sesuai dengan kawasan tersebut. "Saya baharu sahaja warnakan rambut ini tiga bulan lalu, tengoklah nanti sama ada mahu hitamkan atau akan menggunakan topi sahaja," ujarnya kepada mStar Online.
Selain itu, Aisyah menjelaskan, dia mewarnakan rambut perang bukan kerana mempunyai komitmen terhadap sesuatu produk atau drama, sebaliknya bagi memberi kelainan terhadap penampilan imej semata-mata. Dalam perkembangan lain, Aisyah berkata, dia kini sedang menjinak-jinakkan diri dalam bidang pementasan teater di negara asalnya Singapura. Dia juga baharu sahaja selesai dengan teater Great World Cabaret dan Nanyang: The Musical yang memerlukan dia memberi komitmen lebih tiga bulan di negara tersebut. "Alhamdulillah, walaupun saya melangkah sebagai penyanyi di Malaysia, namun kini masyarakat Singapura juga sudah menerima saya. "Saya juga ada terlibat untuk teater di sana dan memerlukan saya tinggal di negara kelahiran saya buat seketika untuk latihan. Ketika itu juga saya hanya ambil tawaran persembahan di sana sahaja," ujarnya. Tambah Aisyah, latihan persembahan teater sedikit sebanyak mampu membantu memberi keyakinan dirinya terhadap persembahan nyanyian di pentas. Sementara itu, Aisyah yang dicalonkan dalam empat kategori di Anugerah Planet Muzik 2005 (APM 2015) menganggap ia sebagai rezeki pendatang baharu untuk bersaing dalam industri muzik serantau. Dia juga tidak meletakkan sebarang harapan tinggi untuk memenangi kategori tersebut sebaliknya bersyukur tersenarai dalam pencaonan akhir berkenaan. "Saya sangat bersyukur kerana tersenarai dalam TOP 5 bagi kategori Artis Terbaik Wanita, Artis Paling Popular (Singapura), Lagu Paling Popular (Singapura) dan Kolaborasi Terbaik (Lagu). "Saya tidak harap untuk menang kerana saingan semua hebat-hebat dan mereka mempunyai pengalaman lebih lama dalam industri berbanding saya," ujarnya. APM 2015 bakal berlangsung pada 9 Oktober depan di Suntec Singapura dan disiarkan secara langsung di saluran Suria (Singapura), Astro Ria (Malaysia & Brunei) dan Net (Indonesia).

Aishah Aziz Enggan Tumpang Populariti Abang Sendiri

Bekas peserta program Akademi Fantasia 2013 (AF 2013), Aishah Azizi enggan melakukan kolaborasi dengan abangnya, penyanyi Aliff Aziz kerana tidak mahu dikatakan cuba menumpang populariti pemuda itu. Aisyah atau nama sebenarnya Nur Aishah Aziz, 20, berkata, dia mahu mencipta nama sebagai penyanyi atas usahanya sendiri dan bukannya kerana dia adalah adik kepada Aliff. Rasanya perancangan untuk berduet dengan Aliff bukan cadangan sesuai buat masa ini kerana dia berada di tahap yang lain dalam industri. "Tambahan pula saya tidak mahu dikatakan cuba menumpang popularitinya dan adalah lebih baik sekiranya saya berusaha sendiri untuk berjaya," katanya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Aishah berkata, itu tidak bererti dia tidak mahu bekerjasama dengan Aliff sebaliknya memberitahu akan berbuat demikian selepas namanya semakin kukuh.
"Biarlah nama saya kukuh terlebih dahulu dan baharu fikir untuk berduet dengan Aliff. Bukan tidak mahu cuma belum masanya. "Tapi kami ada bercakap mengenai hal ini tetapi ia lebih kepada perbincangan adik-beradik sahaja," ujarnya. Sementara itu, Aishah berkata, tahun 2015 bakal memperlihatkan karier nyanyiannya akan kembali rancak apabila dia bakal muncul dengan single terbaharu. Jelas Aishah, dia juga berharap dapat merakamkan album penuh namun akan memberikan fokus kepada penghasilan single terlebih dahulu. "Insya-Allah 2015 bakal menjadi tahun yang baik untuk karier saya selain single terbaharu juga akan dilancarkan," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails