Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Aishwarya Rai. Show all posts
Showing posts with label Aishwarya Rai. Show all posts

Aishwarya Rai Sedia Bertemu Bekas Kekasih Suami

KEBANYAKAN wanita akan memilih untuk mengelak daripada bertemu dengan bekas kekasih mahupun isteri pasangannya. Begitu juga dengan bintang Bollywood, Aishwarya Rai yang sering berbuat demikian. Bagaimanapun, menurut laporan One India, aktres itu akan bertemu dengan bekas kekasih suaminya, Abishek Bachchan, iaitu Karishma Kapoor di acara Award Gala yang akan diadakan di Dubai nanti. Kedua-dua pelakon itu telah mendapat undangan acara berprestij itu, malah telah mengesahkan kehadiran masing-masing.
Sebelum ini, Aishwarya sering mengelak daripada bertemu dengan Karishma. Bagaimanapun bagi Award Gala kali ini, sekiranya dua aktres ini bertembung, wajah canggung mereka pasti tidak dapat disembunyikan lagi.

Aishwarya gembira jadi ibu

16 November ini, anak sulung pasangan selebriti terkenal Bollywood, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan yang diberi nama Aaradhya Bachchan akan genap berusia setahun. Selepas hampir setahun, barulah aktres Aishwarya atau Aish sudi untuk berkongsi cerita tentang Aaradhya. Sebelum ini, dia dan suaminya mengelak untuk bercakap tentang puteri kesayangan mereka itu. Dalam satu temu bual bersama One India, Aish memberitahu dia sangat bahagia bergelar seorang ibu. "Abhishek telah memberi saya anugerah (Aaradhya) yang paling indah dalam hidup. Saya cukup teruja menjalani kehidupan sebagai seorang ibu," ujarnya. Aktres tersebut turut memberitahu mereka mengalami kesukaran untuk memilih nama Aaradhya sewaktu dia dilahirkan. Ujarnya: "Selepas empat bulan dia dilahirkan, kami masih belum mendapat nama yang baik buatnya. Namun akhirnya kami sepakat untuk memilih Aaradhya sebagai nama bayi pertama kami. "Aaradhya bermaksud berharga dan nama seperti ini yang memang kami idamkan selama ini."

Aishwarya Rai Tampil Langsing Di Cannes 2012

SELEPAS beberapa bulan melahirkan anak pertamanya, pelakon jelita Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan mengambil keputusan untuk membuat kemunculan pertamanya selepas bersalin di Festival Filem Cannes 2012. Isteri kepada Abhishek Bachchan itu sebelum ini telah dikritik hebat oleh media antarabangsa apabila masih gagal mengembalikan bentuk badan asalnya selepas melahirkan seorang anak perempuan pada November tahun lalu. Bagaimanapun, Aishwarya telah mengejutkan para peminat apabila tampil lebih langsing pada acara karpet merah dan mendapat pujian daripada pelbagai pihak.
Tampil dalam busana rekaan Abu Jani-Sandeep Khosla, bekas ratu cantik dunia itu kelihatan menawan dan telah memukau hadiran yang terlihat kelibatnya. "Walaupun masih kelihatan sedikit berisi auranya sudah cukup untuk membuatkan orang lain terpukau dan Aishwarya cukup cantik," ujar salah seorang peminatnya. Aishwarya dalam satu temubual sebelum ini pernah memberitahu dia sangat bahagia bergelar seorang ibu dan tidak kisah mengenai masalah berat badan yang sedang dihadapinya.

Nama anak Aishwarya daripada peminat


PASANGAN sensasi Bollywood, Abhishek Bachchan dan isterinya, Aishwarya Bachchan sentiasa memikirkan para peminat termasuk dalam berkongsi kegembiraan menyambut cahaya mata sulung mereka.

Bagi menghargai sokongan peminatnya, Abhishek memberi peluang kepada peminat untuk mencadangkan nama yang sesuai buat puterinya.

Portal berita Internet Apunkachoice melaporkan, Abhishek menerusi laman sosial Twitter meminta peminatnya agar mencadangkan nama untuk anaknya yang lahir pada 16 November lalu.

Bagaimanapun, Abhishek memberi syarat bahawa ejaan nama anaknya itu mestilah bermula dengan huruf A.

Antara nama-nama yang dicadangkan oleh peminatnya termasuklah Ava, Aadya, Avisha, Aaliya dan Anaya.

Menurut satu sumber lain, pasangan itu khabarnya bakal mengumumkan dan memberi nama bayi tersebut pada sambutan Hari Natal ini.

Aishwarya Rai Dapat Anak Perempuan


BINTANG Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan, 38, telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Rabu.

Jurucakap produk L'Oreal itu dan suaminya pelakon Abhishek Bachchan, 35, menyambut kelahiran bayi mereka di Hospital Seven Hills, Mumbai.

Abhishek memberitahu mengenai berita kelahiran anak pertama mereka melalui laman Twitter dengan menulis: 'Bayi perempuan'.

Bapa mentua aktres itu, pelakon Amitabh Bachchan, 69, juga melahirkan rasa gembira dengan kelahiran cucunya itu melalui laman Twitter.

Aishwarya berkahwin dengan Abhishek pada tahun 2007 dinamakan sebagai salah seorang wanita paling cantik di dunia dengan memulakan karier lakonan pada pertengahan 90-an.

Aishwarya tarik minat kaki judi


AISHWARYA RAI yang dijadual melahirkan anaknya menjelang bulan November ini bukan sahaja mengujakan kaum keluarga, sahabat dan para peminatnya tetapi juga golongan kaki judi.

Ini kerana aktres jelita itu kini semakin hampir kepada tarikh untuk melahirkan anak sulungnya hasil perkahwinannya dengan aktor Abhishek Bachchan yang dijangka sekitar minggu kedua bulan November nanti.

Sumber berkata: "Kaki judi kini sedang sibuk untuk bertaruh bahawa Aishwarya akan melahirkan anak sulungnya itu menjelang 11 November ini kerana taksub dengan tarikh yang boleh ditulis sebagai 11.11.11 itu."

"Satu lagi tarikh yang menjadi pilihan kaki judi dalam bertaruh untuk kelahiran anak sulung Asihwarya adalah pada tarikh yang jatuh pada Hari Kanak-Kanak iaitu pada 14 November ini."

Aishwarya Rai Hamil Anak Pertama


PASANGAN selebriti Bollywood, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan sedang melalui saat-saat bahagia apabila dikhabarkan bakal menimang cahaya mata pertama.

Kehamilan Aishwarya Rai telah diumumkan oleh ayah Absishek, Amitabh Bachchan melalui akaun Twitter miliknya.

"Berita! berita! berita! Saya akan menjadi datuk. Aishwarya hamil... sangat bahagia dan tak sabar," tulisnya seperti dipetik dailymail.uk.

Dalam pada itu, Aishwarya yang diwawancara oleh David Letterman memberitahu tidak akan berpindah ke Hollywood biarpun namanya sudah dikenali di sana.

Dia yang telah membintangi beberapa buah filem di sana memilih untuk tinggal di India bersama keluarga tercinta.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails