Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Ajai. Show all posts
Showing posts with label Ajai. Show all posts

12 PHOTO RAYA - AJAI & FAMILY

Jika Nurul Wahab berbahagia dengan suami baru dari Perancis, bekas suaminya Ajai atau nama sebenarnya Faizal Maas turut berbahagia dengan isteri kedua Norliza Ilyas. Lebih bahagia ialah apabila mereka dapat beraya bersama anak hasil perkahwinan terdahulu. Waaahhh... nampaknya sudah besar anak Ajai dan Nurul bernama Ayu Nazirah ni. Dan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Heh.

Gosip Dapat Gelaran Datuk Mengarut - Ajai

PETALING JAYA: Komposer Ajai menyifatkan gosip kononnya dia akan mendapat darjah kebesaran bergelar Datuk dalam waktu terdekat merupakan khabar angin yang mengarut. Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, 36, berkata, gosip tersebut benar-benar membuatkan dia dan isterinya, Norliza Ilyas, terkejut, apatah lagi dia tidak pernah menerima apa-apa surat bagi memaklumkan hal berkenaan. "Kami baru sahaja membaca gosip tersebut dan ia tidak benar sama sekali. Saya terkejut dengan khabar angin ini, kelakar pun ada juga. "Saya pun tak tahu daripada mana berita itu diperoleh. Entahlah, mungkin terdapat mana-mana pihak yang tersilap memberi pendapat,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Ahad. Sebuah akhbar mingguan pada Ahad menerusi ruangan pojok melaporkan Ajai kononnya akan menerima penganugerahan yang membawa kepada gelaran seperti rakan seperjuangannya iaitu Datuk M.Nasir dan Datuk Ramli MS. Bagaimanapun tambah Ajai, dia tidak ada masalah berhubung dengan gosip tersebut kerana menganggap ia merupakan salah satu rencah normal yang harus ditempuhi bagi seorang artis. "Memang gosip ini mengarut, tetapi saya tak ambil pusing pun. Jika nak dibandingkan dengan gosip-gosip yang terkena pada saya dahulu lagi teruk. Saya tak kisah. "Namun, gosip seperti ini bukanlah perkara yang boleh dimain-mainkan kerana ia turut akan melibatkan pihak lain," tuturnya. Dalam pada itu, ditanya adakah Ajai pernah mengimpikan untuk mendapatkan gelaran tersebut, katanya, dia belum bersedia untuk menerima penganugerahan besar itu. "Pada saya, gelaran Datuk adalah satu penghargaan yang sangat besar dan ia diperoleh apabila seseorang itu telah melakukan sesuatu yang besar dan berjasa kepada negara. "Dan rasanya tidak terlintas pun di fikiran untuk mengejar gelaran itu. Saya belum bersedia untuk bergelar Datuk. Kalau datuk kepada cucu saya mungkin ya," selorohnya. Mengenai perkembangan terbaru, Ajai bakal muncul dengan sebuah album khas berjudul Satu dengan menampilkan penyanyi Ella, Azlan The Typewritter dan Kris Dayanti.

Suara Nabil Sesuai Rap - Ajai


WALAUPUN tidak 'menang tangan' dengan tawaran berlakon dan pengacaraan, pelawak popular, Ahmad Nabil juga tidak mahu melepaskan peluang merakamkan album sendiri.

Raja Lawak yang juga sering dihimpit kontroversi itu bakal keluar dengan album sulungnya tidak lama lagi.

Album yang diterbitkan oleh komposer terkenal, Ajai memuatkan sebanyak lima buah lagu dan akan keluar dengan single pertamanya berjudul Lu PikirLah Sendiri pada akhir bulan ini.

Menurut Ajai, proses rakaman telah selesai dilakukan dan hanya beberapa proses lagi bagi sentuhan terakhir sebelum diedarkan ke stesen-stesen radio.

"Saya baru selesai proses rakaman dengan Nabil, album penuhnya memuatkan lima buah lagu baru. Namun begitu, kita akan keluarkan single terlebih dahulu bertajuk Lu PikirLah Sendiri.

"Album ini lebih berkonsepkan rap kerana suara Nabil tidak sesuai untuk menyanyi, Suara dia hanya boleh rap. Jadi saya buat lagu yang sesuai dengan suara dia.

"Untuk album ini, dua artis akan turut telibat iaitu Daly Ahli Fikir dan Joe Too Phat. Insya-Allah akhir bulan ini akan keluar single dan album pula dijangka pada bulan Mei akan datang," ujarnya ketika ditemui di studio Wake The Baby.

Tambahnya lagi, dia masih dalam proses memperkemaskan lagi album tersebut memandangkan Nabil sibuk dengan penggambaran dan aktiviti kerjayanya.

Manakala, Ajai yang kini telah menerbitkan album beberapa orang artis iaitu Anis Aneesa, Ilyka, Nabil, dan Sani memberitahu, setiap lagu yang diciptanya adalah berdasarkan kualiti suara penyanyi itu sendiri.

"Saya tidak ada stock lagu untuk mereka pilih tetapi saya akan ubah lagu tersebut mengikut kesesuaian suara mereka dan konsep yang mereka mahukan," ujarnya.

Rezeki berganda buat Ajai


LANGKAH komposer terkenal, Ajai kini diperkembangkan pula ke bidang perniagaan. Jika sebelum ini, dia begitu terkenal dengan lagu-lagu ciptaannya yang meletup, kini dia yang juga penyanyi lagu Keliru itu membuka Celebrity Kopitiam bersaama dua lagi rakan kongsinya, Andrew Yong dan Erwan Azizi.

Berkonsepkan hiasan ala kolonial disulami gaya kontemporari yang elegan, pelbagai hidangan menarik lagi enak mampu memikat selera anda.

Antaranya, nasi lemak, Char Kuey Teow serta hidangan barat.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran Celebrity Kopitiam bertempat di The Strand, Kota Damansara baru-baru ini, Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas berkata, dia dan rakan-rakannya telah berbincang melahirkan kopitiam tersebut sejak setahun lalu.

"Sebenarnya, konsep kopitiam ini hampir sama dengan kopitiam lain, cuma bezanya, kita memberi peluang kepada beberapa selebriti untuk menampilkan bakat memasak serta membuat persembahan di Celebrity Kopitiam.

"Selain mencuba menu istimewa daripada artis kesayangan, peminat juga dapat berhibur dengan persembahan artis di sini," katanya.

Bercerita perihal menu istimewa daripada artis jemputan, menurut Ajai, nama dan jenis masakan daripada artis dan selebriti akan di senaraikan dalam senarai menu istimewa setiap bulan.

"Bagaimanapun, setiap bulan tidak tertakluk kepada masakan selebriti sahaja, mungkin mereka juga boleh membuat persembahan di sini.

"Peminat mereka mungkin sudah terbiasa dengan aksi lakonan atau nyanyian mereka tetapi pasti ramai yang tidak tahu bahawa selebriti-selebriti ini mampu melakukan sesuatu yang lain dari segi masakan mahupun persembahan di kopitiam ini," katanya.

Cawangan

Tambah menarik, mereka yang gemar berkaraoke, set karaoke juga disediakan bagi mereka yang berminat.

Kata Ajai lagi, nyanyian daripada pengunjung Celebrity Kopitiam akan direkodkan oleh petugasnya dan sekiranya dirasakan berbakat, kemungkinan besar akan diangkat sebagai penyanyi di bawah label syarikatnya.

Tambah Ajai, tidak lama lagi, dia bakal membuka cawangan niaganya di beberapa lokasi tanah air termasuk Johor dan Melaka.

Bercerita tentang penglibatan selebriti sebagai tarikan utama kopitiam tersebut, kata Ajai: "Artis yang terlibat bukan setakat memasak atau mengadakan persembahan secara percuma.

"Kami akan membayar kepada selebriti yang terlibat dan secara tidak langsung mereka boleh jadikan penglibatan mereka sebagai pendapatan sampingan," ujarnya lagi.

Selain bertindak sebagai salah seorang orang kuat kopitiam tersebut, Ajai juga merupakan ikon kepada Celebrity Kopitiam.

Antara selebriti yang hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Mawi dan Ekin, Faradhiya, Farah, Mila, Misha Omar, Dr. Fazley, Norish Karman dan Chaq Mentor.

Untuk mengetahui lebih banyak maklumat serta informasi terkini berkaitan selebriti yang terlibat, sila layari laman sesawang www.celebritykopitiam.com.

Rezeki anak

Langkah pertamanya di bidang perniagaan umpama rezeki berganda buat Ajai dan isterinya, Liza Illias.

Apa tidaknya, dalam sibuk merancang perniagaan, Liza disahkan hamil 7 minggu beberapa minggu lalu.

Wajah gembira Ajai dan isterinya itu jelas terpancar ketika di temui pada majlis tersebut.

Malah, ketika diheret pertanyaan perihal kehamilan isterinya itu, komposer ternama itu sambil menyulam senyuman berkata, itu sudah rezeki anaknya.

"Terus terang saya gembira dengan berita ini. Sudah tentu ini juga rezeki anak saya," ringkas jawapan yang terbit dari bibir Ajai.

Dipanjangkan dengan pertanyaan berkaitan alahan yang dialaminya, akui Ajai, selain pening kepala, berbanding isterinya, dia kerap muntah dan mengalami loya.

"Setakat ini isteri saya tidak mengidam apa-apa. Namun, yang paling ketara, saya yang dahulunya tidak suka minum kopi kini sudah mula menyukai kopi," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails