Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Akma AF3. Show all posts
Showing posts with label Akma AF3. Show all posts

KELUARGA BAHAGIA AKMA AF3

Gambar keluarga bahagia Akma AF3 (Asiahtunakma Abdullah) bersama suami Farih Hamshi, dan anak perempuannya yang kini berusia lebih dua bulan. Mereka berkahwin pada 30 Jun 2012 di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Kuala Lumpur. Untuk rekod, Akma sebelum ini terpaksa berhenti menyanyi untuk menjaga kesihatan. Ketika itu, dia telah bekerja sebagai cikgu sepenuh masa di Sekolah Beachon House, Sri Inai, Petaling Jaya, Selangor.

Suami Tunaikan Hasrat Akma Berbulan Madu Di Bali

KUALA LUMPUR: Bintang program realiti Akademi Fantasia iaitu Akma terharu apabila suaminya, Farih Hamshi Mohamad Fatmi memenuhi hasratnya untuk berbulan madu di Bali, Indonesia. Akma atau nama sebenarnya Asiahtunakma Abdullah, 27, berkata, dia berhasrat untuk ke sana kerana tidak pernah menjejakkan kaki ke kepulauan terkenal itu dan gembira kerana bakal berangkat ke sana pada 13 Julai depan. "Sejak awal dah beritahu suami nak berbulan madu di Bali kerana tidak pernah ke sana dan gembira dia merialisasikan impian saya. "Tambah seronok saya ke pulau itu bersama suami tersayang," ujarnya selepas ditemui sesudah mahlis akad nikah pasangan itu di sini pada Sabtu. Akma dan Farih selamat dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Abdullah Abdul Rahim di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohammad. Pengantin perempuan menerima RM 300 sebagai mas kahwin dan RM15,000 sebagai wang hantaran daripada pihak lelaki.
Dalam pada itu, Akma bersyukur mereka telah sah menjadi suami isteri dan menjelaskan masih rasa tidak percaya dengan status barunya itu. Akma berkata, dia bagaimanapun telah sedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri kepada Farih berbekalkan semua tunjuk ajar dan petua yang diberikan ibunya, Kharion Tan. "Emak banyak membimbing saya dan memberi pelbagai tips untuk menjadi seorang isteri yang baik dan saya telah bersedia," katanya. Sementara itu, Farih yang betugas sebagai seorang ekskutif di Petronas memberitahu, mereka selepas ini akan menetap di Putrajaya bagi memulakan kehidupan sebagai suami isteri. Farih turut memberitahu, dia tidak mempunyai sebarang masalah jika isterinya ingin meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian dan sentiasa menyokong pilihan isteri tercinta. "Kenapa saya mesti menghalang kerana sokongan akan saya berikan kepada isteri untuk meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi," ujarnya. Ditanya soal anak, Farih dan Akma memberitahu mereka inginkan keluarga yang besar dan berharap akan dikurniakan dengan cahaya mata secepat mungkin. "Saya tidak kisah berapa orang anak tetapi kami sukakan kepada keluarga yang besar kerana lebih meriah," ujar Akma. Menyifatkan suaminya seorang yang penyanyang, matang dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu, Akma berkata dia sangat bersyukur memiliki Farih dan berharap rumah tangga mereka akan berkekalan sehingga akhir hayat.

Putus Tunang Bukan Penyebab Akma (AF3) Segerakan Pernikahan

PETALING JAYA: Bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga, Akma berkata langkah untuk menyegerakan pernikahannya yang dijadualkan pada hujung Jun depan bukan kerana serik akibat pernah putus tunang. Akma atau nama sebenarnya Asiahtunakma Abdullah, 27, berkata keputusan itu dibuat kerana segala perancangan dan persiapan ke arah itu dilihat berjalan dengan lancar. “Saya mahu menyegerakan majlis pernikahan pada hujung Jun depan bukan sebab saya berasa serik apabila perancangan untuk bertunang sebelum ini pernah terbatal. “Secara kebetulan, perjalanan majlis merisik pada Mac lalu berjalan dengan baik sehingga kami memutuskan untuk bertunang pada 6 Mei ini dan bernikah pula pada hujung Jun depan,” katanya ketika dihubungi mStar Online, petang Rabu. Akma mengenali lelaki bernama Farih Hamshi, 28, kira-kira lima tahun lalu. Hubungan mereka mula rapat sejak lelaki itu pulang dari Melbourne, Australia selepas menamatkan pengajian di negara tersebut kira-kira setahun yang lalu. Berkongsi mengenai bakal tunangnya yang bekerja sebagai eksekutif di Petronas itu Akma berkata, faktor usia yang hanya berbeza setahun tidak menjadi masalah buatnya kerana kematangan dan sikap bertanggungjawab lelaki itu. “Walaupun jarak usia kami hanya berselang setahun, saya dapati dia (Farih) seorang yang matang melebihi umurnya. Sifatnya yang rapat dengan keluarga memberikan keyakinan untuk saya memilih dia sebagai calon suami. “Menariknya, dia juga seorang yang kelakar dan bijak mengambil hati keluarga saya,” katanya yang mendapat tajaan ketiga-tiga majlis itu daripada Butik Chantik. Ditanya mengenai perkembangan terbaru, Akma kini mengajar kursus vokal di One Music Academy Malaysia di Subang sejak tiga bulan lalu. “Saya mengajar secara separuh masa kerana memang sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi pensyarah vokal. Naluri saya memang suka mengajar. “Pendapatan saya mengajar ini dapat menambahkan lagi sumber kewangan saya,” katanya yang kini terlibat dalam Karnival Mesra Belia Satu Felda Satu Malaysia anjuran Kementerian Belia dan Sukan pada setiap hujung minggu.

Akma (AF3) Jaga Batas Selepas Bertudung


PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon yang dicungkil daripada program Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Akma, 26, lebih selektif dan menjaga batas sejak bertudung pada 13 Syawal lalu.

Menurutnya, atas sebab itu dia memilih untuk tidak beraksi keterlaluan semasa menyanyikan lagu dangdut berjudul Selamat Jalan Romeo yang dipertandingkan dalam Konsert Akhir Reunion Akademi Fantasia di AEON AU2, Setiawangsa baru-baru ini.

Konsert tersebut akan disiarkan di Astro Ria (saluran 104) pada 31 Disember depan, pukul 10 malam.

“Saya menerima pelawaan pihak Astro apabila diminta menyanyikan lagu tersebut kerana saya pernah mendendangkannya semasa konsert AF3 dahulu.

“Pada mulanya saya ingatkan persembahan biasa tetapi sehari sebelum konsert reunion itu berlangsung, baru saya tahu ia adalah sebenarnya sebuah pertandingan.

“Bagaimanapun, saya lakukan persembahan itu secara sederhana dan tidaklah beraksi keterlaluan. Cukuplah sekadar menghiburkan mereka yang hadir pada malam itu,” kata Akma kepada mStar Online.

Menyentuh tentang perubahan barunya itu, Akma pada mulanya mengenakan selendang tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk bertudung.

“Selain menjalankan kewajipan sebagai seorang Islam, saya juga lebih selesa berpakaian sebegitu kerana rasa lebih tenang. Alhamdulillah kerana Allah membuka hati saya untuk berubah ke arah kebaikan.

“Saya juga bersyukur apabila mendapat peluang untuk berniaga dengan menghasilkan coklat dari rumah yang dinamakan “Cocolycious by Akma”. Memandangkan sekarang sudah hujung tahun, saya mendapat banyak tempahan untuk majlis perkahwinan,” katanya yang turut memberi tumpuan kepada persembahan pentas.

Beralih kepada cinta, Akma akui belum menemui jodoh yang sesuai sebaliknya memohon agar semua peminat mendoakan kebahagiaannya.

Akma AF3 Kini Sudah Bertudung, Simpan Niat Sejak Setahun Lalu


Perubahan positif selebriti wanita mula bertudung hari ini seakan sudah menjadi satu trend. Bukan mempersoal niat murni orang lain.

Ia’nya sesuatu yang bagus kerana secara tidak langsung akan membawa angin perubahan yang sama ke’dalam hati peminat hiburan — selebriti juga mampu menjadi lebih positif.

Terbaru selepas Diana Amir yang kelihatan semakin hari semakin cantik dalam bertudung, Asiahtunakma Abdullah atau Akma AF3 mengikut jejak positif ini untuk sesuatu yang lebih baik dalam hidup.

Menurut Akma AF3 yang bercakap kepada KOSMO! hari ini, niat untuk bertudung itu sudah ada sejak setahun yang lalu namun ia’nya hanya terlaksana pada 13 Syawal baru baru ini.

Menjawab persoalan bertudung sebagai trend, Akma AF3 lantas menjawab yang peminat hiburan sepatutnya memandang perubahan selebriti sebagai sesuatu yang positif dan berdoa supaya ia’nya kekal.

Semenjak bertudung litup, Akma AF3 mengakui yang beliau ketagih untuk membeli belah aksesori tudung di Jalan Tunku Abdul Rahman jika ada kelapangan dan jenama bukan keutamaan beliau.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails