Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Ako Mustapha. Show all posts
Showing posts with label Ako Mustapha. Show all posts

Ako Mustapha Kecewa Masih Dibayar Rendah

PETALING JAYA: Pelakon Ako Mustapha berasa kecewa dengan sikap sesetengah produser yang masih tidak menaikkan bayaran hasil kerja lakonannya sejak terlibat dalam bidang seni hampir 15 tahun lalu. Ako atau nama sebenarnya, Muhaizad Ahmad Mustapha, 41, berkata, sebagai pelakon senior dia bukan meminta untuk disanjung namun berharap bayaran diberikan setimpal dengan usaha yang telah dicurahkan. "Saya bukan seorang pelakon yang 'demand' tentang bayaran tetapi jika tawaran yang diterima masih sama seperti saya mula-mula berlakon dulu, itu adalah tidak adil. "Jika saya masih bujang mungkin saya tidak kisah sangat tetapi kini saya mempunyai tanggungan yang perlu diberi perhatian," jelasnya kepada mStar Online. Bagaimanapun kata Ako, dia bersyukur di sebalik isu tersebut dia masih lagi menerima banyak tawaran berlakon daripada produksi tempatan. Dalam pada itu, menyedari hakikat keadaan industri seni yang tidak menentu, Ako berkata sejak dua tahun lalu dia telah menceburi bidang perniagaan bagi memastikan masa depan dua puterinya, Merissa Tempawan, 3, dan Myra Fatimah yang berusia 7 bulan terjamin. Bagaimanapun dia mengakui bukan mudah untuk berjaya dalam bidang tersebut dan masih berusaha keras bagi memastikan perniagaan berkenaan berjaya. "Selepas berkahwin saya perlu memikirkan mengenai keluarga dan bukan hanya mementingkan diri sendiri dan sebab itu saya perlu buat sesuatu bagi menjamin masa depan anak-anak saya dan tidak hanya mengharapkan kepada lakonan semata-mata. "Lakonan adalah hobi bagi saya yang bertujuan untuk membolehkan saya menjelaskan bil bulanan," ujarnya tanpa berselindung. Sementara itu, Ako berkata, bergelar suami dan bapa kepada dua cahaya mata telah banyak mengubahnya kepada seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab dan memikirkan keluarga daripada dirinya sendiri. Dia juga berasa puas apabila dapat melakukan sesuatu untuk keluarga dan mereka adalah perkara penting buatnya. "Saya sudah tidak kisah mengenai populariti kerana ia bukan lagi keutamaan saya kerana keluarga adalah tunjang utama hidup saya kini," katanya. Dalam perkembangan lain, Ako sibuk di lokasi drama bersiri Kerana Sarah selain beberapa projek yang masih dalam perbincangan.

Ako nafi disenarai hitam


SEMENJAK dibebaskan daripada hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya kerana kesalahan khalwat pada tahun lalu, pelakon Muhaizad Ahmad Mustapha atau lebih dikenali sebagai Ako Mustapha dilihat sudah jarang muncul di kaca televisyen.

Sedangkan dia antara pelakon lelaki yang kerap menjadi pilihan pengarah untuk membintangi watak utama dalam beberapa buah drama seperti Halimah Jongang selain pernah tampil di layar perak.

Justeru, adakah nama Ako Mustapha sudah disenarai hitam oleh pihak penerbit drama dan filem tempatan?

Kosmo! segera menemu bual pelakon berusia 21 tahun yang juga suami kepada Katrina Shuaib Abdullah itu sewaktu ditemui di set penggambaran drama bersiri Bukan Untukmu di Setiawangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kosmo!: Adakah Ako sudah tidak aktif lagi dalam bidang lakonan?

AKO: Sebenarnya saya masih lagi aktif berlakon sehingga sekarang dan sangat berterima kasih kepada beberapa orang pengarah yang tetap memberi kepercayaan kepada saya, meskipun saya pernah dilanda kontroversi sebelum ini.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, saya lebih gemar untuk menerima tawaran sebagai watak pembantu dan beberapa kali pernah menolak untuk memegang watak utama.

Sudah lebih setahun saya tidak muncul sebagai watak utama dalam mana-mana drama dan kali terakhir menerusi drama Halimah Jongang.

Apakah yang membuatkan Ako menolak untuk membintangi watak utama yang ditawarkan?

Kalau boleh saya mahu menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga. Sekiranya menerima tawaran memegang watak utama dalam sesebuah drama, saya terpaksa berada di lokasi penggambaran dalam tempoh yang agak lama.

Lagipun anak saya iaitu Merissa Tempawan masih lagi bayi dan pastinya dia perlu mendapat lebih banyak perhatian dan kasih sayang seorang ayah. Jadi, dengan menerima watak pembantu, saya ada lebih masa untuk bersama-sama isteri dan anak.

Sewaktu dikenakan tuduhan khalwat dahulu, ada rakan-rakan yang menjauhkan diri?

Sememangnya saya sangat bersyukur kerana mempunyai ramai rakan-rakan yang sentiasa menyokong, meskipun saya berhadapan dengan masalah yang berat. Malah, ada yang sanggup menghulurkan bantuan kewangan untuk membayar kos guaman sehingga peguam saya sendiri terkejut.

Apakah yang membuatkan Ako tertarik menerima tawaran sebagai watak utama dalam drama Bukan Untukmu?

Saya tertarik dengan jalan cerita drama ini kerana ia mengisahkan tentang amalan cina buta yang jarang-jarang dipaparkan.

Saya memegang watak sebagai Iskandar yang hidup bahagia bersama isteri iaitu Nadia (Memey Suhaiza), namun secara tidak sengaja Iskandar telah melafazkan talak lima terhadap isterinya.

Bagi saya, drama ini dapat memberi banyak pengajaran yang berguna kepada para penonton supaya tidak memandang mudah tentang lafaz cerai.

Walaupun lafaz dibuat secara tidak sengaja, tetapi penceraian akan tetap berlaku akibat terlanjur kata-kata.

Sebagai contoh, dalam drama ini Iskandar terlepas kata apabila menceraikan Nadia dengan talak lima, namun secara tidak langsung talak tiga tetap jatuh ke atas isterinya itu sehingga mereka terpaksa mencari jalan untuk kembali bersama dan cuba melakukan cara cina buta.

Bagaimana pula dengan gandingan Ako bersama Memey dalam drama ini?

Saya melihat Memey merupakan seorang pelakon wanita yang cukup bagus dan tiada masalah untuk kami mencari keserasian.

Malah, pengarah drama ini iaitu Along Kamaruddin juga banyak membantu kami untuk memantapkan lagi watak masing-masing.

Sebelum ini saya dan Memey pernah berlakon beberapa buah drama bersama-sama ketika dia mula-mula menceburi bidang lakonan dahulu.

Kini, saya lihat mutu lakonannya semakin meningkat dan tidak hairanlah dia semakin mendapat perhatian pengarah.

Adakah Ako akan lebih kerap menerima tawaran memegang watak utama selepas ini?

Semuanya bergantung kepada tawaran yang akan diberikan kepada saya nanti. Bukan saya mahu terlalu memilih sangat, cuma saya ingin mendapat watak yang sesuai serta jalan cerita yang lebih menarik. Pada tahun ini juga sasaran saya mahu berlakon sekurang-kurangnya sebuah filem.

Lupakan kisah ''hitam'' itu - Ako



DAHULU saya pernah melakukan kesilapan. Sudah pasti saya tidak mungkin melakukannya semula. Saya enjoy puas-puas pada usia muda saya, dan berkahwin walaupun agak lambat. Bagaimanapun, kehidupan saya berubah 100 peratus selepas bergelar suami kepada Kartina Abdullah dan bapa kepada Merissa Tempawan yang baru berusia setahun pada 31 Disember lalu.

''Anak kecil itu telah mengubah seluruh kehidupan saya. Jadi lebih bertanggungjawab dan memikirkan tentang keluarga semata-mata. Kehadiran Merissa ke bumi ini cukup bertuah, membawa masuk rezeki kepada kedua-dua belah keluarga termasuk keluarga mentua.

''Tidak keterlaluan kalau saya cakap bahawa saya sudah tidak kisah dengan apa yang berlaku di keliling saya. Sebab saya sudah punya Merissa dan isteri yang cukup memahami keadaan saya selama ini,'' jujur Ako Mustapha tatkala berbicara mengenai kehidupannya masa kini.

Pelakon drama Halimah Jongang di Astro juga bertuah kerana suri hatinya yang berusia 31 itu bertindak menyokong dan penasihat atas apa sahaja yang diingini.

Wanita yang senang disapa Tina itu juga bertindak sebagai pembantu peribadi, mengingatkan skrip sebelum berlakon dan menyediakan keperluan peribadi suaminya sebelum ke set lokasi.

Sebab itu, pelakon yang bakal menginjak usia 40 tahun pada Februari depan amat memerlukan kehadiran Kartina pada setiap saat.

Baginya, wanita kelahiran Sandakan, Sabah itu juga sangat mustahak untuk sebarang perbincangan, perkongsian pendapat atau apa sahaja demi masa depan keluarga.

Pada masa yang sama, pemilik nama sebenar Muhaizad Ahmad Mustapha ini juga tidak peduli dengan pandangan serong pihak yang masih tak boleh menerima kehadirannya dalam industri dek peristiwa hitam kira-kira tiga tahun lalu.

Tatkala dia terlibat dalam satu kes khalwat dengan seorang jurusolek bukan Islam yang memberi kesan keseluruhan buat suratan hidupnya.

''Manusia selalunya terkeliru dengan apa yang mereka ingini dan begitu juga dengan saya. Selama berada dalam industri 15 tahun ini, saya belajar banyak benda. Mengenali hati sebenar orang bukan satu perkara yang mudah. Sebab itu, saya terima kekhilafan diri ini dan berazam tidak mengulanginya.

''Saya juga tidak hairan kalau ada orang tidak suka dengan saya. Itu adalah hak mereka dan saya tidak punya kuasa untuk menghalang mereka,'' bicaranya dalam nada cukup berhati-hati pada setiap soalan yang dilontarkan.

Dihimpit persoalan sama ada pelakon drama kanak-kanak, Bius Batang Pisang di RTM ini menyesal menjadi figura awam, Ako menafikan sekeras-kerasnya.

Katanya, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dia memilih bidang seni kerana itu adalah minatnya sendiri dan tidak ada sesiapa yang menghalangnya.

Sementelah sudah lama berada dalam industri memungkinkan Ako berpatah semula ke kehidupan orang biasa sebelum ini. Apa yang dilakukan kini adalah membiarkan dirinya 'hanyut' mengikuti peredaran waktu.

Saat ditanya tentang rancangan Ako masa kini setelah mendiamkan diri seketika dari panahan lensa kamera media, lelaki ini memberitahu dia bakal menjadi ahli perniagaan tidak lama lagi.

''Ia masih dalam peringkat perbincangan. Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara ini. Cukuplah untuk mengatakan bahawa ia sudah cukup untuk menjamin kehidupan kami sekeluarga,'' katanya jujur.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails