Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Aliff Aziz. Show all posts
Showing posts with label Aliff Aziz. Show all posts

Aliff Aziz Bertunang Disember Ini, Kahwin Tahun Depan

Penyanyi Aliff Aziz sudah memilih tarikh untuk mengadakan majlis pertunangannya dengan Bella Astilla iaitu pada 12 Disember depan. Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 25, berkata, keluarganya ketika ini sedang sibuk menguruskan persiapan majlis pertunangannya selain keterujaan dia untuk menantikan hari bahagia tersebut. "Saya akan bertunang pada 12 Disember ini. Tarikh itu dipilih memandangkan angkanya iaitu 12.12.2015 nampak cantik. Tambahan pula ia jatuh pada hari Sabtu. "InsyaAllah pertunangan ini akan diikat selama setahun dan kemudian kami akan melangkah ke fasa perkahwinan pula," katanya kepada mStar Online. Bella merupakan penuntut di Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) dalam bidang penyiaran dan juga kakak kepada penyanyi Didi Astilla. Sementara itu, penyanyi yang popular dengan lagu Jangan Ganggu Pacarku ini tidak peduli dengan kritikan orang ramai yang menganggap foto mesranya bersama Bella di Instagram dikatakan terlalu intim seperti pasangan suami isteri. Katanya, kebanyakan gambar yang dimuat naik di Instagram dianggap tidak berlebih-lebihan dan menyifatkan komen-komen yang diberikan itu sekadar pendapat seorang peminat. "Apabila orang komen kami dilihat seperti suami isteri, saya senyum sahaja. "Saya dan pasangan masih tahu batasan yang perlu dijaga. Kami masih lagi ada ibu bapa yang perlu dijaga hati mereka. "Gambar yang dimuat naik sekadar perkongsian dengan peminat dan bagi saya, semua orang berhak memberi pendapat masing-masing," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Aliff juga bakal melancarkan album terbaharu berjudul Rebirth pada Disember depan. Album tersebut memuatkan sebanyak lapan buah lagu antaranya Coba, Selayaknya Aku, Novela dan Setelah Kau Pergi.

Kekasih Ajar Aliff Aziz Buat Kuih Raya

Penyanyi Alif Aziz mendedahkan buat pertama kalinya dia cuba mempelajari cara membuat kuih raya sempena sambutan Aidilfitri kali ini. Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 25, berkata, kekasihnya, Bella Astillah yang mengajar dia membuat beberapa jenis kuih dan ia disifatkan sebagai pengalaman baharu yang cukup teruja. "Jujurnya saya tak pernah ingin tahu cara membuat kuih dan tak pernah uli tepung pun. Tapi Bella telah membuka mata saya bahawa membuat kuih adalah perkara yang menyeronokkan. "Saya diajar membuat karipap serta beberapa kuih lain. Alhamdulillah, satu pengalaman baru yag saya tak sangka ia begitu menyeronokkan," katanya kepada mStar Online. Sementara itu, Aliff turut menyifatkan sambutan Aidilfitri pada tahun ini lebih menyeronokkan kerana dapat diraikan bersama kekasihnya, Bella Astillah, buat pertama kali. "Pada sambutan raya pertama, saya akan bawa Bella ke Singapura untuk menyambut raya di sana. Kiranya, kali kedua saya bawa dia berjumpa dengan keluarga. "Kemudian saya akan mengikut dia pulang ke Sabah pula. Alhamdulillah, raya saya pada tahun ini sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya," tutur Aliff. Dalam perkembangan lain, Aliff kini sedang giat mempromosikan single terbaharu berjudul Selayaknya Aku, ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan.

Aliff Aziz & Pelajar Kolej Bertunang Disember Depan

Penyanyi dari Singapura Aliff Aziz merancangkan akan mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Bella Astillah pada Disember depan. Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 25, berkata, keputusan itu dibuat selepas merasakan dia sudah bersedia untuk melangkah ke fasa baharu sebelum ke alam perkahwinan. " InsyaAllah saya merancang untuk bertunang dengan Bella pada Disember ini. Cuma tarikhnya belum ditetapkan lagi. "Keputusan ini dibuat selepas merasakan Bella adalah wanita idaman saya yang sebenar untuk dijadikan bakal isteri," katanya kepada mStar Online. Aliff Aziz ditemui pada majlis pelancaran rancangan istimewa Hari Raya Astro di Hotel The Majestic di sini pada Selasa. Bagaimanapun kata Aliff, mereka belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini. Mengenai Bella, dia merupakan penuntut di Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) dalam bidang penyiaran dan juga kakak kepada penyanyi Didi Astilla. Sementara itu, Aliff berkata dia kini sedang berusaha untuk kembali membersihkan namanya yang selama ini sering dianggap penyanyi tidak berdisiplin dan mempunyai masalah sosial. Malah dia juga sudah berazam untuk berhenti berhibur di kelab malam kerana ingin menjadi seorang penyanyi yang bersih daripada sebarang isu dan kontroversi. "Sudah tiba masanya untuk saya berubah menjadi lelaki yang budiman dan berdisplin dalam melakukan sesuatu perkara. "Jujurnya, Bella juga banyak mengubah saya menjadi seorang yang lebih baik. Saya tidak mahu lagi isu-isu buruk tentang saya diceritakan lagi," ujarnya.

Foto Mesra Bersama Kekasih, Aliff Aziz Mohon Maaf

Penyanyi Aliff Aziz memohon maaf kerana memuat naik foto-foto mesra bersama kekasih di akaun Instagram miliknya sehingga mengundang rasa kurang senang segelintir pihak. Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 23, berkata , dia tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk namun sekadar ingin berkongsi rasa bahagianya itu bersama peminat-peminat.
"Sebagai artis, saya tahu tidak boleh terlalu berlebih-lebih dalam melakukan sesuatu perkara kerana boleh mengundang cakap-cakap orang. "Dan kekerapan memuat naik foto mesra kami bukan kerana mahu menunjuk-nunjuk, tetapi ini adalah cara saya menyampaikan rasa cinta pada dia (Bella) dan pada masa sama ingin berkongsi detik bahagia ini bersama peminat," katanya yang dihubungi mStar Online pada Selasa. Ahad lalu, akhbar mingguan menerusi ruangan pojok melaporkan Aliff bersikap terlalu terbuka apabila memuat naik foto-foto mesranya sehingga mengundang rasa kurang senang pelbagai pihak. "Saya seorang yang terbuka dengan komen-komen nasihat serta kritikan yang diberi tetapi laporan yang ditulis terlalu keras dan bagi saya bukan cara itu nak beri nasihat. "Ia ditulis seolah-olah kami berkelakuan tidak senonoh, bukan itu caranya jika ingin memberi nasihat. Kasihanilah keluarga kami yang pastinya akan terkena tempias hanya kerana laporan itu. "Saya tahu reputasi saya bukannya bagus sangat tetapi tidak bermakna kisah kami boleh ditulis begitu. Lagipun saya sedang berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik," ujarnya.

Aliff Aziz Jawab Insiden Mengamuk, Tumbuk Pekerja Hotel

Penyanyi Aliff Aziz menimbulkan kontroversi baharu apabila dia dikatakan bergaduh di sebuah hotel dekat sini sehingga didatangi pihak polis untuk meleraikan keadaan. Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 23, bagaimanapun tidak menafikan perkara berkenaan sebaliknya mendakwa semasa kejadian dia tidak sedarkan diri akibat terkena sampuk. "Ketika kejadian, saya memang tidak ingat apa yang berlaku. Saya mula sedarkan diri selepas semuanya sudah selesai. "Sepupu saya memberitahu, saya dah kena sampuk. Memang saya ada masalah lemah semangat sejak kecil lagi,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu. Dalam kejadian pada Isnin lalu, Aliff dikatakan mengamuk di sebuah hotel yang menjadi lokasi penginapannya sempena Anugerah Industri Muzik ke 21 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu lepas. Semasa kejadian Aliff kononnya berada dalam pengaruh dadah sehingga pihak hotel terpaksa memanggil polis bagi meleraikan keadaan apabila dia dilaporkan menumbuk pekerja hotel berkenaan. Situasi itu dikatakan turut disaksikan oleh penggiat-penggiat seni yang berkampung di hotel tersebut sempena penganjuran AIM 21 itu. Dalam pada itu Aliff yang ketika ini berada di Singapura berkata, adalah tidak logik baginya menimbulkan isu baharu sedangkan dia berusaha membersihkan namanya yang dilanda pelbagai kontroversi sebelum ini. Dia juga mahu menjaga nama baiknya apatah lagi bakal muncul dengan album baharu pada awal tahun depan. "Bagi sesiapa yang telah menyaksikan kejadian itu, mungkin mereka akan memberi pelbagai persepsi terhadap tingkah laku saya itu. “Tetapi nak buat macam mana, ia adalah hari yang malang buat saya," katanya kepada mStar Online. Sementara itu Aliff berkata, dia kini sedang melakukan rawatan tradisional bersama seorang ustaz di Singapura bagi mengembalikan semangatnya yang telah hilang. Malah Aliff juga sanggup menjalani ujian darah jika ada mana-mana pihak masih menuduhnya mengambil dadah. "Biarlah orang nak cakap apa! Sekarang ini saya sedang menjalani rawatan bersama seorang ustaz. "Jika ada pihak mempertikaikan perkara ini lagi, saya sanggup mengambil ujian darah untuk membuktikan bahawa saya tiada pengaruh dadah," ujarnya.

Aliff Aziz Dedah Tidak Terlibat Curi Telefon Bimbit

Penyanyi Aliff Aziz menafikan dia telah mencuri dua buah telefon bimbit namun mengakui ditahan pihak berkuasa Singapura bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. Aliff, 22, memberitahu, ketika kejadian dia berada di tempat yang salah dan menjadi polisi biasa pihak berkuasa di Singapura untuk menahan semua suspek yang berada di lokasi serbuan bagi menjalankan siasatan. "Saya mengaku ditahan oleh pihak berkuasa ekoran kes kecurian telefon bimbit seperti mana didakwa tetapi saya tidak melakukan kesalahan itu. "Saya berada pada waktu dan tempat yang salah ketika kejadian itu dan saya telah memberikan kerjasama kepada polis untuk mereka menjalankan siasatan sepanjang kes itu," katanya ketika menghubungi mStar Online di sini. Akhbar Berita Harian Singapura pada Selasa melaporkan Aliff dikenakan denda sebanyak $2,000 dolar Singapura (RM5,138) pada Jumaat lalu atas kesalahan mencuri dua buah telefon bimbit dan boleh dipenjarakan selama 20 hari sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Menurut laporan itu lagi, Aliff melakukan kesalahan itu pada Mei lalu apabila dia dan seorang lagi rakannya dikatakan mencuri telefon berjenama HTC One dan Samsung Note 1 milik dua individu berbeza. Aliff dilaporkan telah didakwa pada 16 Ogos lalu atas kesalahan tersebut. Dalam pada itu, Aliff berkata, akibat kejadian itu pasport perjalanan antarabangsanya dirampas pihak berkuasa Singapura sejak tiga bulan lalu namun ia akan dikembalikan dalam masa seminggu lagi. "Akibat kes tersebut saya terpaksa dipanggil ke balai polis untuk membantu siasatan dan memberi keterangan di mahkamah namun Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. "Orang yang bertanggungjawab dalam kes berkenaan telah pun menerima akibatnya dan pasport saya bakal dipulangkan dalam masa seminggu lagi," katanya. Sementara itu, Aliff berkata, kejadian itu juga adalah antara sebab dia menghilangkan diri selama beberapa bulan kerana dia tidak dibenarkan meninggalkan negaranya selagi kes berkenaan tidak selesai. Jelas Aliff, dalam tempoh itu juga dia banyak bermuhasabah diri tentang pelbagai perkara termasuk pergaulannya dengan rakan-rakan yang memberikan impak negatif kepadanya. "Bukan saya ingin salahkan kawan-kawan dengan apa yang terjadi tetapi sudah tiba masanya saya menjauhi mereka yang mampu memberi impak negatif kepada saya. "Kejadian tersebut banyak mengajar saya supaya lebih berhati-hati pada masa hadapan," jelasnya. Aliff menjelaskan dia bakal kembali ke Malaysia selepas sambutan Hari Raya Aidiladha untuk menyiapkan proses rakaman album terbaharunya yang kini dalam proses akhir. "Sudah tiba masanya saya kembali fokuskan kepada kerjaya nyanyian tambahan pula album terbaharu akan keluar tidak lama lagi. "Saya kini sudah bebas dan akan kembali ke Kuala Lumpur dalam masa dua minggu lagi," katanya.

Pasport Aliff Aziz ditahan

Tidak habis lagi rupanya masalah yang ditimbulkan penyanyi muda yang berasal dari negara jiran ini. Terbaru khabar yang Aida dengar, Aliff Aziz tidak lagi dibenarkan menjejakkan kaki bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara lain gara-gara pasport miliknya kini ditahan pihak berkuasa negaranya. Sedikit kisah yang diceritakan kepada Aida, katanya Aliff kini berhadapan dengan tuduhan mencuri telefon bimbit. Tetapi bukanlah bermakna dia yang melakukan jenayah tersebut. Dengar cerita akibat terlalu percaya dengan rakan Aliff pula yang kena tuduh. Mungkin pada waktu pemeriksaan pihak berkuasa, barang bukti itu berada di badan Alif, mahu tidak mahu terpaksa jugalah dia disiasat kini. Menurut penyampai ini kejadian itu berlaku di Singapura, jadi buat masa sekarang semuanya masih berada dalam siasatan. Setakat ini pihak pengurusan Aliff di Malaysia masih kunci mulut tentang kejadian ini, mungkin mereka juga masih bingung untuk membantu. Sudah tentu perkara ini membabitkan undang-undang, kasihan juga melihat pihak Sony Music sendiri pasti ini sedikit sebanyak memberi kesan buat penyanyi di bawah naungan mereka itu. Kalau ikutkan ini bukan kali pertama Aliff dikaitkan dengan kontroversi, tetapi itulah peminat di Malaysia sikap maaf itu akan sentiasa wujud selagi penghibur macam Aliff sedia berubah. Cuma kali ini Aida tidak tahu berapa lama Aliff dilarang keluar dari Singapura, mungkin selepas siasatan agaknya. Kalau benar Aliff berada di pihak yang benar Aida pasti lebih cepat Aliff akan kembali ke dalam industri kita. Tetapi ini prosedur biasa agaknya di sana cuma apa yang Aida faham kalau kes yang membabitkan penahanan pasport ini ia lebih kepada jenayah berat. Kalau kes mencuri telefon, ada ke tindakan sampai sebegitu? Hmmm, sendiri mahu jawablah. Kita doa-doa sahaja Aliff cepat kembali bukan apa sayanglah untuk melihat penyanyi berbakat sepertinya lupus dek kerana kesilapan pada usia muda yang tidak berbaloi. Mungkin saat ini Aliff lebih risaukan masa hadapannya dari karier seorang penyanyi ialah tidak penting lagi sebuah populariti memandangkan Aliff kini pasti lebih mahu kebebasan hakiki.

Aliff Aziz Muncul Jelaskan Kemana 'Hilang'

Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz yang sebelum ini dikatakan 'hilang' akhirnya muncul dengan janji untuk berubah selepas menyepikan diri sejak sebulan lalu. Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 23, berkata, dia kini sedang menguruskan beberapa hal berkaitan peribadi termasuk menggunakan waktu tersebut untuk berehat bersama keluarga di tempat kelahirannya itu. "Saya tidak hilang, bersembunyi atau melarikan diri daripada sesiapa atau pun mempunyai masalah kewangan. Saya cuma berehat daripada industri seni buat sementara bagi menguruskan beberapa hal peribadi. "Apabila sudah bersedia nanti saya akan kembali semula, namun buat masa ini saya mahu berehat secukupnya dan meluangkan masa bersama keluarga," ujarnya ketika menghubungi mStar Online, di sini, Khamis. Aliff berkata demikian bagi menjelaskan keadaannya yang dikhabarkan menghilangkan diri sehingga gagal dihubungi oleh beberapa pihak yang ingin berurusan dengannya sejak sebulan lalu. mStar Online pada Rabu lalu melaporkan tindakan Aliff yang gagal dihubungi menimbulkan masalah kepada syarikat rakamannya iaitu Sony Music apabila banyak jadual berkaitan sesi fotografi dan undangan persembahan terpaksa dibatalkan. Dalam pada itu Aliff berkata, dia sudah pun menghubungi pihak pengurusannya bagi menjelaskan perkara itu. Tambahnya, ini merupakan kali pertama dia mengambil tindakan untuk berehat sementara daripada industri hiburan sejak menceburi bidang nyanyian bermula pada tahun 2007. "Saya rasa ini masa yang paling sesuai kerana selama ini saya sudah bekerja keras sepanjang berkecimpung dalam industri ini dan saya rasa ingin berehat sekejap untuk mencari ruang untuk diri saya sendiri," ujarnya. Sementara itu, ketika ditanya tentang tindakannya membuang gambar-gambar di laman sosial Instagram, Aliff berkata, dia hanya ingin memulakan hidup baharu. Dia juga akan kembali semula dalam industri hiburan dengan semangat baharu tanpa melihat kembali kontroversi yang pernah dilaluinya sebelum ini. "Saya padam semua gambar-gambar di Instagram kerana ingin mulakan hidup baru, saya tidak mahu lagi mengenang apa yang berlaku dulu. "Saya berjanji untuk kembali semula dengan Aliff yang baru dan saya harap peminat menerimanya," ujarnya.

"Ahh... Mereka Buat Kerja Merepek" - Aliff Aziz Tempelak Syarikat Produksi

Penyanyi dan pelakon Alif Aziz sangat kecewa dengan tuduhan tidak berdisiplin selain dikatakan menjadi punca penggambaran sebuah drama yang dibintanginya tidak dapat ditamatkan mengikut masa. Aliff atau nama sebenar Mohamad Aliff Aziz, 23, berkata, masalah itu timbul apabila produksi tersebut tidak mempunyai cara kerja yang sistematik sehingga menyusahkan banyak pihak terutamanya pelakon. "Saya kecewa bila mereka menuding jari dan meletakkan semua kesalahan atau kelewatan drama adalah disebabkan saya. Walhal apa yang berlaku adalah kerana cara kerja mereka yang banyak menyusahkan semua pelakon. "Mereka beri jadual yang tidak masuk akal dan sering kali bertukar. Pada awal penggambaran lain disuruh dan bila produksi terpaksa menambah jumlah hari penggambaran. Ahh... mereka buat kerja lagi merepek,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin. Aliff berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar pada Ahad lalu tentang dakwaan dia tidak berdisiplin dan memberi masalah kepada produksi ketika penggambaran sebuah drama. Bagaimanapun, Aliff berkata, dia turut mengaku kesalahannya iaitu agak sukar untuk bangun pagi sehingga terlewat datang ke lokasi. "Ya, saya mengaku beberapa kali datang lambat kerana terlajak tidur dan memang saya susah nak bangun pagi dan mereka ada menegur kesilapan saya itu. "Saya terima teguran itu dan bersedia memperbaiki untuk datang awal pada keesokannya, tetapi mereka pula yang selalu lewat sehingga kadang-kala tiada babak langsung untuk saya. "Apa salahnya buat jadual betul-betul dan jika tiada adegan saya tidak perlulah saya datang awal. Kadang-kadang saya terpaksa tidur di set seharian tanpa buat apa-apa kerja," katanya. Tambah Aliff, sebagai pelakon baharu, dia sedar tidak setaraf dengan pelakon popular yang tidak perlu menunggu, namun dia kesal apabila ada pihak produksi yang menimbulkan isu ini. Kejadian itu membuatkan dia serik untuk berlakon dengan syarikat produksi tersebut. Dalam pada itu, ditanya tentang peristiwa dikejarkan ke Hospital Selayang minggu lalu, Aliff berkata, dia hanya mengalami lemah badan, tidak sihat dan hanya mendapat rawatan luar. "Saya tidak dapat pergi penggambaran itu hanya sekali sahaja kerana saya tidak sihat dan lemah anggota badan. "Itu pun bukan saya minta untuk tidak sihat, kalau boleh semua orang tidak mahu sakit," katanya.

Marah Aliff Aziz

"MEMANG kami marah sangat dengan dia. Sebab dia buat hal, seluruh produksi kena tanggung. Jadual berubah, terpaksa tunda shooting hari lain pula," kata seorang kru drama kepada Syed baru-baru ini. Alamak, apa yang tak kena sampai kru produksi marah-marah? Apa yang Aliff Aziz buat sampai ada yang serik nak ambil dia berlakon lagi? Syed mula-mula tak faham sangat sebab apa. Tapi apabila dirisik-risik memang Aliff banyak sangat buat hal di lokasi sampaikan orang produksi sudah tak tahan dengan perangainya. Betul ke macam itu? Setahu Syed, Aliff ini tak seteruk yang disangka. Kalau orang yang rapat dengan dia tentu tahu yang dia memang lelaki yang baik dan hormat orang. Tapi apa yang diceritakan oleh kru itu kepada Syed berlainan benar. Sebab mereka memang marah dan tak berapa kuasa nak layan perangai Aliff yang digambarkan cukup teruk. "Sepatutnya shooting berakhir dalam masa tiga hari. Tapi hari kedua dia hilang terus dari set. Hari ketiga semua jadual pelakon terpaksa diubah sebab Aliff buat hal. "Bukan sahaja kru mengamuk tapi pelakon lain juga terpaksa datang hari lain untuk habiskan penggambaran. Ada pelakon yang sepatutnya masuk set penggambaran lain tapi apabila Aliff tak datang terpaksa mereka jadualkan semula tugas. "Cuma masing-masing tak kuasa nak marah-marah sebab Aliff bukan budak kecil lagi. Dah boleh fikir kesan kepada orang lain apabila dia tak datang lokasi," bentak kru ini lagi. Setahu Syed, Aliff memang ada ada masalah kesihatan sampaikan dia terpaksa dikejarkan ke hospital baru-baru ini. Tapi khabarnya tak ditahan di wad pun cuma masalah biasa-biasa sahaja. Tapi ada orang kuat sebuah stesen televisyen membisikkan sesuatu pada Syed baru-baru ini. Katanya mereka memang sudah bersedia dengan kes-kes macam ini. Maknanya apa itu?

Tanam Cincin Cara Aliff Aziz Lupakan Cinta Lama

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mengambil langkah melupakan kisah cinta silam dengan menanam dua bentuk cincin yang pernah menjadi tanda ikatan cintanya dengan bekas kekasih. Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 22, berkata, dia menanam cincin tersebut sebagai menghormati zaman percintaannya dengan bekas kekasih (yang enggan didedahkan namanya) dan ia juga sebagai cara bagi melupakan kenangan-kenangan manis bersama. "Saya seorang yang sangat menghargai setiap perhubungan yang dijalinkan dan tidak akan buang cincin dalam tong sampah seolah-olah hubungan itu langsung tidak bernilai. "Jadi saya ambil pendekatan menanam kedua-dua cincin tersebut bersama-sama dengan memori lama untuk memulakan hidup baru. "Sedikit sebanyak dengan cara ini ia dapat melegakan hati ini. Saya sifatkan kegagalan cinta lalu sebagai proses pelajaran untuk menjadi lelaki lebih sempurna," katanya yang dihubungi mStar Online petang Ahad. Minggu lalu, Aliff telah memuat naik foto dua bentuk cincin yang mahu ditanamnya dengan kapsyen berbahasa Inggeris, 'Time to bury something that means nothing to me now. Moving on..R.I.P (Rest In Peace)' pada laman Instagram miliknya. Tambah Aliff, dia berharap foto yang dimuatkannya itu tidak memberi gambaran negatif kepada mana-mana pihak yang merasakan dirinya sengaja ingin mencari publisiti murahan, sebaliknya laman sosial itu merupakan tempat dia meluahkan perasaan hati, untuk berkongsi bersama peminat-peminat. Sementara itu, menerusi ruangan pojok yang dilaporkan oleh sebuah akhbar mingguan pada Ahad, Aliff dikatakan sekali lagi mempunyai masalah disiplin di lokasi penggambaran sehingga membuatkan produser menangis gara-gara kelakuan Aliff yang tidak menepati masa. Sehinggakan salah seorang kru produksi terpaksa mengetuk bilik Aliff berjam-jam dan hal itu membuatkan pelakon lain turut bengang dengan sikap Alif. Bagaimanapun, Aliff menyifatkan khabar angin yang mengatakan dirinya tidak berdisiplin sehingga membuatkan produser menangis adalah tidak masuk akal. "Saya mengaku pada kejadian itu, saya tidur berjam-jam kerana tidak sihat dan telah pun mendapat sijil sakit (MC) daripada doktor untuk berehat secukupnya. "Tetapi saya tidak sangka, apabila kru produksi sanggup masuk ke rumah saya dan cuba mahu membuka pintu bilik saya menggunakan kad, seperti pencuri pula dibuatnya. "Lebih pelik lagi, apabila pengurus saya menunjukkan surat MC, kru itu berkata, tiada istilah MC dalam bidang lakonan ini. Apakah maksudnya itu? Dan kenapa mahu menyebarkan cerita yang berlebih-lebihan kononnya sikap saya membuatkan produser menangis? Rasa macam tidak masuk akal," tegasnya. Aliff berkata lagi, dia pelik apabila dirinya sering menjadi sasaran kontroversi yang melibatkan kelakuannya itu sedangkan dia cukup berjaga-jaga dan profesional dalam bekerja.

Aliff Aziz Mengaku Cepat Jatuh Cinta

Penyanyi Aliff Aziz menjelaskan dia seorang yang cepat jatuh cinta apatah lagi jika berkenalan dengan mana-mana wanita yang serasi dengannya. Bagaimanapun Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 22, berkata, perasaan itu tidak akan terjadi jika dia sudah mempunyai kekasih kerana dia merupakan seorang yang benar-benar setia dalam perhubungan. "Dalam ramalan mengenai sifat diri saya yang Aquarius, saya seorang lelaki jenis yang mudah jatuh cinta tetapi akan setia pada yang satu. "Apabila membaca ramalan itu, saya terasa ia benar-benar berkaitan dengan diri saya," katanya. Tambah Aliff, dia juga senang apabila berada di samping wanita yang dicintai yang mampu memberikan sokongan tatkala dilanda susah dan senang. Sementara itu, Alif memberitahu, dia seorang yang sangat terbuka dalam berkongsi hal peribadi menerusi laman sosial agar peminat-peminat dapat mengenalinya dengan rapat. "Saya seorang yang jujur apabila menceritakan hal peribadi dan sangat terbuka tentang perkara itu. "Tetapi keterbukaan itu hanya dilakukan dalam laman sosial seperti di Twitter dan Instagram sahaja. Ia ibarat sebuah diari untuk kita meluahkan rasa sedih dan gembira," tuturnya. Bagaimanapun, kata penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Sayang ini, perkongsian yang dibuat itu bukan kerana ingin mencari publisiti murahan.

Aliff tak mati tanpa cinta

KONTROVERSI percintaan penyanyi muda kelahiran Singapura ini, bukan hanya sekali. Namun, setelah beberapa bulan digosipkan sedang bercinta, Aliff Aziz sekali lagi mengalami peristiwa pahit dalam kisah cintanya bersama penyanyi genit, Adira. Sebelum itu, episod kisah cintanya bersama pelakon, Anne Ngasri juga bukan lagi sebuah rahsia. Aliff secara terbuka menceritakan hasrat dirinya ingin mengahwini janda beranak tiga dan kesudahannya, putus di tengah jalan. Ada yang berkata, perasaan yang mudah jatuh cinta menyebabkan dirinya kecewa beberapa kali dalam percintaan. Namun, akui Aliff, dia bersyukur kerana diberi dugaan pada usia muda dan mahu belajar daripada kesilapan yang telah dilakukan. Ikuti temu ramah Kosmo! bersama pemuda berusia 21 tahun ini yang ditemui di majlis makan tengah hari di Hotel Royal, Kuala Lumpur, semalam, tentang kisah hatinya. Kosmo!: Bolehkah Aliff ceritakan tentang perkembangan anda sekarang? Saya kini terlibat dengan penggambaran drama gandingan bersama Aida Aris yang berjudul Nurul Kasih. Selain itu, saya juga terbabit dengan drama Epilog Cinta Kirana dan Gerhana. Kenapa terima banyak tawaran dalam satu masa sehingga anda tidak terkejar dengan semua beban kerja? Ini kerana saya sudah lama bercuti dan sudah puas berehat. Kini tiba masa untuk saya penuhkan jadual kerja. Saya akan buktikan pada semua orang saya juga bagus dalam bekerja, bukan hanya kontroversi kisah cinta. Ada gosip yang mengatakan anda lambat ke set penggambaran dan kurang berdisiplin. Boleh komen? Saya tidak menafikan, memang sekali dua saya ada terlewat kerana mungkin saya belum biasa dengan beban kerja yang sibuk seperti ini. Saya juga perlu beri masa untuk membiasakan diri saya sendiri. Ini bukan satu alasan, tapi saya terlajak tidur memang tidak disengajakan. Memang kadang-kadang, saya hanya dapat tidur selama tiga hingga empat jam sahaja. Bagaimanapun, saya tidak mahu merungut, kerana ini juga merupakan sumber rezeki buat diri saya sebagai anak seni. Boleh komen tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Adira baru-baru ini. Adakah mungkin selama ini, dia tidak cintakan anda dan menganggap anda sebagai rakan sahaja? Saya rasa biarlah kami berdua sahaja yang mengetahui status hubungan kami. Mungkin ada yang berkata, saya syok sendiri, tapi sekali lagi, biarlah kami berdua sahaja tahu apa yang terjadi di antara kami. Ini kerana perkara ini terlalu peribadi buat diri saya. Sebelum ini, anda berdua tidak pernah menyatakan tentang status sebenar perhubungan. Jadi, sebenarnya bagaimana tahap perhubungan itu? Saya tidak mahu menjadikan perkara tersebut sebagai satu alasan kerana memang kami tidak pernah menyatakan bagaimana perhubungan kami. Namun, ramai yang telah lihat gambar-gambar saya dan dia di blog, tentang cincin dan sebagainya. Biarlah orang yang nampak itu, faham sendiri apa yang terjadi antara kami. Saya tidak mahu berbicara terlalu banyak, tapi kami memang sangat rapat satu ketika dahulu. Apakah yang membuatkan perhubungan anda menjadi semakin renggang? Mungkin terlalu banyak halangan untuk kami teruskan hubungan rapat ini. Saya tidak mahu terlalu berbicara kerana kelak perkara ini tidak akan punya penghujung kerana mungkin kami akan saling berbalas kenyataan. Jadi, perkara yang sudah berlalu, biarlah ia berlalu. Kini, kepentingan utama saya ialah tujuan saya datang ke Malaysia adalah untuk mencari rezeki. Bagaimana pula dengan status di laman Twitter anda? Saya tidak menyatakan nama sesiapa dan ia boleh jadi sesiapa pun. Sejujurnya, perkara tersebut, bukan untuk publisiti kerana saya bukan jenis yang mahu meraih populariti melalui kontroversi sedemikian. Ia tidak berbaloi langsung untuk karier saya. Kini, tanggungjawab saya ingin tunjukkan kepada keluarga dan peminat saya yang saya memang punya bakat dalam apa yang saya lakukan. Adakah anda seorang yang mudah jatuh cinta, terutamanya cinta lokasi bersama artis? Saya seorang yang manja dan suka berkongsi masalah dengan seseorang yang rapat. Ada yang pernah berkata, saya kalau tidak ada cinta, umpama saya boleh mati. Maknanya, anda harus punya seseorang, tidak boleh hidup solo? Bukan begitu, saya masih ada keluarga saya. Saya bukan seorang yang taksub bercinta. Saya ialah seorang yang mudah menyukai orang dan mungkin kini saya sudah mula tahu belajar untuk mengawal perasaan kerana sudah terkena. Adakah anda serik untuk bercinta lagi? Saya tidak mahu kata serik, saya tidak mahu pula menjadi bujang terlajak. Ini ialah ketentuan Tuhan, walau kita sudah jadi sebaik mungkin, jika tidak ditakdirkan bersama, maka tidak jadi juga.

Aliff Aziz Mengaku Gagal Urus Masa Sehingga Timbul Masalah

Sikap menerima terlalu banyak tawaran berlakon dan nyanyian dalam satu-satu masa telah membawa padah kepada Aliff Aziz sehingga dia gagal menguruskan masa dengan sempurna dan dituduh tidak berdisiplin. Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 22, berkata, akibat hal itu juga dia kadang kala tidak cukup tidur sehingga sering lewat ke lokasi penggambaran. "Saya akui mempunyai sedikit masalah dengan pengurusan masa gara-gara berkejar sana-sini bagi memenuhi kerja-kerja lakonan daripada produksi yang berlainan. "Kerana itu saya juga sering bangun lambat dan sampai ke set penggambaran lewat," katanya kepada mStar Online yang ditemui pada majlis Jom Santai Makan Tengah Hari di Hotel Royal Kuala Lumpur, di sini, Khamis. Bagaimanapun tambah Aliff, pihak produksi sepatutnya faham dan memberikan kelonggaran sedikit memandangkan syarikat rakamannya, Sony Music Malaysia sudah menjelaskan mengenai kesibukan jadual kerja-kerja lakonan dan nyanyian sebelum membuat sebarang persetujuan. "Mereka (produksi) sepatutnya sudah tahu dengan jadual kerja saya di mana saya sudah merancang masa penggambaran untuk setiap produksi yang menawarkan saya berlakon. "Malah ketika penggambaran, ada kalanya saya terpaksa keluar sekejap untuk memenuhi jemputan nyanyian pula. "Apabila isu saya bangun lambat diperkatakan, sebenarnya bukanlah saya tidur lewat kerana bersosial sana sini, tetapi saya bekerja sehingga ke pagi dan kadang-kala hanya dapat lelap tidak sampai tiga jam pun," ujarnya. Beritahu Aliff lagi, masalah yang berlaku itu memberi pengajaran besar kepadanya dan dia akan berbincang dengan pihak Sony Music supaya dapat menyusun semula jadual kerja-kerja lakonan yang diterimanya. "Sebenarnya saya yang mula-mula minta pihak Sony penuhkan hari saya dengan kerja-kerja lakonan kerana saya mahu berada dalam keadaan sibuk dan tidak mahu memikirkan hal-hal sedih yang berlaku pada diri saya. "Tapi lain pula berlaku apabila ada yang tidak senang dengan cara kerja saya. Saya tidak boleh menutup mulut orang. Jadi, jalan terbaik adalah menjadi lebih matang dalam hal pengurusan masa pula," tuturnya. Sementara itu, ditanya adakah benar dia dan Adira telah putus cinta seperti yang didakwa beberapa pihak, kata Aliff, dia enggan memanjangkan hal itu memandangkan dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai status hubungan mereka. Namun, Aliff mengaku dia dan Adira pernah berkawan rapat tetapi dek kerana kesibukan kerja serta beberapa dugaan dan halangan yang tidak dapat dielakkan, hubungan mereka tidak lagi seperti dulu. Mengenai aktiviti Jom Santai Makan Tengah Hari di Hotel Royal, ia merupakan sebuah majlis bersempena dengan minggu setiausaha, hari wanita dan penjenamaan semula hotel tersebut yang sebelum ini dikenali sebagai Hotel Coronade. Selain Aliff, pengacara dan penyanyi Kelly Azman mengendalikan acara itu bersama dengan Kiah Propa.

Aliff Aziz nafi 'lalok'

SEPANJANG bergelar artis dan mengembangkan kerjaya di Malaysia, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz sememangnya tidak sudah-sudah dilanda dengan pelbagai kontroversi. Siapa yang boleh lupa kontroversi membabitkan gambar Aliff bercium mulut dengan seorang gadis yang tersebar di internet Ditambah pula isu pergaduhan Aliff dengan pelakon kontroversi Zarina Anjoulie, percintaannya bersama pelakon Anne Ngasri yang kemudian putus dan hubungan mesranya bersama penyanyi Adira. Terkini, Aliff sekali lagi disambar kontroversi apabila dalam ruangan gosip sebuah akhbar baru-baru ini menampilkan cerita kurang enak mengenai masalah disiplin artis kelahiran Singapura itu. Aliff dikatakan selalu berada dalam khayal atau 'lalok', menghilangkan diri dari lokasi penggambaran, datang lambat ketika membuat persembahan nyanyian dan enggan menghadiri sesi fotografi yang diaturkan. Bagi mendapatkan penjelasan sebenar mengenai perkara tersebut, Kosmo! telah menghubungi Aliff yang menjawab dengan profesional terhadap segala tuduhan yang dilemparkan kepada dirinya itu. Dia juga turut memberikan komen tentang status terkini hubungannya dengan Adira. Kosmo!: Adakah benar dakwaan yang mengatakan Aliff kini selalu khayal atau lalok? ALIFF: Tentang tuduhan yang mengatakan saya khayal atau lalok itu, saya anggap itu semua berpunca daripada salah sangka. Mungkin orang yang melihat saya berkeadaan sebegitu tidak tahu bahawa saya berada dalam keadaan yang terlalu letih. Sejak awal tahun ini tawaran yang saya terima sama ada membuat persembahan nyanyian dan berlakon memang tidak putus-putus dan sekarang saya terlalu sibuk dengan kerja. Bolehkah komen tentang ada pihak yang tidak berpuas hati apabila Aliff dikatakan sering hilang daripada lokasi penggambaran? Sebenarnya perkara itu merupakan salah faham kerana sekiranya hendak pergi ke mana-mana, saya akan minta izin terlebih dulu kepada penolong pengarah. Lagipun saya menghilangkan diri bukanlah semasa waktu bekerja. Misalnya, kalau saya berada di lokasi penggambaran pukul 3 petang, tetapi babak penggambaran yang membabitkan diri saya ditangguhkan kepada pukul 6 petang, saya akan minta izin untuk pergi ke mana-mana dan akan kembali semula ke lokasi tepat pada masanya. Cuma berkenaan dengan datang lambat semasa membuat persembahan nyanyian, perkara itu memang berlaku dan bukanlah selalu terjadi. Namun begitu, ia terjadi kerana saya terlajak tidur akibat terlalu penat bekerja dan saya ingin meminta maaf atas segala kejadian yang berlaku sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati banyak pihak. Apakah yang membuatkan Aliff bersetuju menerima setiap tawaran dalam kerjaya seni? Pada tahun ini seboleh-bolehnya saya mahu memberi fokus yang lebih banyak kepada kerjaya seni. Mungkin orang akan melihat saya tamak, tetapi ia merupakan salah satu cara untuk saya melupakan segala kontroversi yang berlaku dahulu. Adakah Aliff kini mahu melupakan bidang nyanyian setelah sering berlakon? Sudah tentu nyanyian masih lagi menjadi keutamaan buat diri saya, cuma saya kini berasa semakin seronok berlakon. Pada tahun ini, saya bakal melahirkan album keempat dan ia sedang dalam proses pembikinan. Ceritakan sedikit tentang perkembangan terkini kerjaya lakonan Aliff? Saya baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri Epilog Cinta Kirana bersama beberapa pelakon lain seperti Nazim Othman dan Tasha Shilla. Drama berkenaan bakal disiarkan bermula 10 April ini di TV3. Selain itu, saya juga memegang watak utama dalam telefilem bertajuk Nurul Kasih bergandingan dengan Aida Aris dan kini sedang menjalani penggambaran drama berjudul Gerhana untuk RTM. Bagaimanakah pula status terkini hubungan Aliff dengan Adira khususnya apabila Adira baru-baru ini digosip keluar dating dengan seorang lelaki sambil diiringi dua pengawal peribadi? Apa yang saya boleh katakan saya dan Adira masih lagi berkawan seperti biasa dan tiada sebarang hubungan istimewa yang terjalin antara kami setakat ini.

Aliff lelaki yang baik - Adira

HUBUNGAN rapat dan mesra antara penyanyi genit Adira dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz bukan lagi rahsia. Mereka berdua juga tidak lagi menyembunyi hubungan rapat itu, malah telah memuat naik gambar bersama di Instagram baru-baru ini. Jika diselak lipatan sejarah, kedua-dua mereka sememangnya mempunyai rekod percintaan yang pernah mencetuskan kontroversi. Adira pernah dikaitkan dengan Hafiz manakala Aliff sudah tentu 'meletup' dengan cintanya bersama pelakon Anne Ngasri yang musnah di pertengahan jalan. Tidak mengambil pusing sejarah silam masing-masing, baik Adira mahupun Aliff mengakui serasi bersama. Kata Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi ketika ditemui pada majlis makan malam bersama peminatnya di Hotel De Palma, Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini, dia cukup selesa berkawan dengan Aliff dan menyifatkan Aliff sebagai lelaki yang baik. "Saya selesa berkawan rapat dengannya, bagi saya dia seorang lelaki yang baik, berfikiran terbuka dan mudah dibawa berbincang," akui Adira. Bagaimanapun kata Adira, hubungan mereka menjadi rapat selepas kontroversi cinta Aliff dan aktres Anne Ngasri berakhir. Enggan mengambil pusing kata-kata orang sekeliling, Adira mahu menjalani kehidupannya dengan cara sendiri. "Ya, orang pasti tidak berhenti bercakap tentang kisah silam saya mahupun Aliff kerana karier kami sebagai artis. Selagi kami selesa berkawan rapat, saya tidak lihat ia satu kesalahan," tutur penyanyi yang berasal dari Ranau, Sabah itu lagi. Disoal tentang gambar mereka memakai cincin yang sama dimuat naik ke Instagram, Adira enggan mengulas lanjut kerana bimbang jawapannya akan dijadikan spekulasi pada kemudian hari. "Itu hanyalah gambar biasa sahaja, jika saya ulas mengenainya, akan timbul pula spekulasi yang baharu. Saya hanya berkawan rapat dengannya, itu sahaja yang boleh saya beritahu," jelas Adira. Ditebak lagi dengan soalan jika enggan mendedahkan hubungan rapat mereka kepada khalayak kenapa pula dia mengundang Aliff ke majlis makan malam bersama peminatnya yang turut dihadiri ahli keluarga termasuk ibu Adira sendiri? "Memang saya yang jemput dia atas sebab dia kawan saya. Selain dia, saya juga jemput ramai rakan artis yang lain bukan dia seorang sahaja. Tidak ada sebarang agenda sebalik itu. Hubungan Aliff dengan keluarga saya biasa-biasa sahaja tidaklah terlalu rapat," ujarnya. Idam konsert solo Jika dilihat perjalanan kerjaya seni Adira, dia antara penyanyi yang cukup bertuah kerana mempunyai deretan lagu popular sejak keluar daripada program Akademi Fantasia musim kelapan. Popular dengan lagu Ilusi dan Ombak Rindu, kerjaya Adira dilihat antara penyanyi yang berjaya berbanding rakan seperjuangannya yang lain. Pada majlis makan malam yang pertama kali dianjurkan oleh kelab peminatnya itu, persembahan Adira persis mengadakan mini konsert solo dengan menyanyi lapan buah lagu. Tersenyum mendengar pujian itu, anak bongsu daripada lapan adik-beradik itu memberitahu sebagai penyanyi dia turut mengidam untuk mengadakan sebuah konsert solo suatu hari nanti. "Memang saya simpan cita-cita dan impian untuk mengadakan sebuah konsert solo jika diberi peluang. Cuma sekarang saya tidak berani meletakkan sebarang sasaran untuk mengadakan konsert kerana belum ada sebarang perancangan ke arah itu. "Kalau diberi peluang dan mempunyai penaja, memang saya teringin sangat. Itu kemuncak kerjaya seorang penyanyi, saya ingin berjaya seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Anuar Zain yang berjaya mengadakan konsert solo. Mungkin perjalanan ke arah itu masih panjang tetapi saya tidak akan berhenti berusaha," ujarnya tegas. Tahun ini, penyanyi putih melepak ini bertambah sibuk apabila album penuh pertamanya dijangka keluar pada tahun ini. Ceria bercerita tentang albumnya, katanya, sudah lama dia menantikan kemunculan sebuah album sejak bergelar penyanyi. "Akhirnya, album pertama saya akan berada di pasaran pada tahun ini juga. Terdapat lima buah lagu lama dan lima buah lagu baharu. Pembikinan album sudah hampir selesai, malah kulit album juga sudah ada. "Jujurnya, memang saya tidak sabar untuk mempunyai album penuh sendiri. Saya harap apabila album ini keluar kelak, peminat akan menyukainya kerana saya telah meletakkan fokus saya seratus peratus ketika proses rakaman dan keseluruhan pembikinan album," luahnya. Selain menyanyi, Adira juga telah bergelar pelakon selepas berlakon dalam beberapa drama khas untuk keluaran raya dan juga drama bersiri pertamanya iaitu Tiara lakonan bersama Aliff. Masih belajar tentang ilmu lakonan beritahu Adira, dia hanya berlakon jika mempunyai kemampuan sahaja. "Saya suka berlakon tetapi saya masih perlu banyak belajar tentang lakonan. Selepas Tiara saya belum terlibat dalam mana-mana drama kerana apabila berlakon saya harus memberi fokus seratus peratus. Penggambaran drama Tiara dilakukan ketika bulan Ramadan, waktu itu jadual nyanyian saya agak kosong, sebab itu saya boleh berlakon. "Buat masa sekarang disebabkan jadual saya yang padat, saya tidak mampu untuk beri komitmen. Saya tidak mahu menerima tawaran tetapi akan menyusahkan orang lain dan tidak mampu berlakon dengan baik. "Sudahlah saya baharu nak belajar berlakon, kalau terikat dengan kerja lain, saya kepenatan dan tidak dapat beri fokus sebab itu buat masa ini saya fokus pada nyanyian terlebih dahulu," tuturnya. Rai bersama peminat Bercerita lanjut mengenai majlis makan malam bersama peminat, katanya itu adalah kali pertama majlis seumpama itu diadakan bersama kelab peminatnya, Adira Fans Club. Sudah lama dirancang sejak bulan Disember tahun lalu, Adira berpuas hati apabila dapat membuat persembahan khas buat peminatnya sahaja. "Sebenarnya peminat yang beri cadangan untuk anjurkan majlis seperti ini. Melihat kepada sambutannya, saya terharu kerana ada yang datang dari Sabah dan negeri-negeri lain semata-mata untuk bersama saya dalam majlis ini," katanya lagi. Meskipun bayaran RM80 dikenakan pada setiap orang, majlis itu penuh dengan 400 orang peminat, malah pada saat-saat akhir mereka terpaksa menambah meja untuk memenuhi kehadiran di luar jangkaan itu. "Tidak sangka ramai yang datang hari ini sampai terpaksa ditambah meja. Bagi saya majlis ini sangat berjaya dan selepas ini saya akan mengadakan majlis yang sama di negeri kelahiran saya di Sabah. Rasanya sudah lama peminat di sana menantikan majlis seumpama ini," tuturnya. Selain persembahan Adira, majlis malam itu turut diserikan dengan persembahan penyanyi veteran Uji Rashid dan celoteh pengacara majlis Sharifah Shahora yang mencuit hati. Cuma apa yang kurang disenangi adalah persembahan tidak sopan dan keterlaluan penari-penari maknyah yang dikenali sebagai paper doll. Mengulas lanjut mengenai persembahan kurang sopan itu, kata Adira, dia sendiri tidak menyangka persembahan tersebut akan diadakan dan meminta maaf bagi pihak penganjur. "Saya tahu akan ada persembahan paper doll tetapi kami tidak sempat nak berlatih kerana pada waktu siang dewan itu digunakan untuk sebuah majlis perkahwinan, Kami hanya masuk pada pukul 6 petang sahaja. "Jadi, saya tidak tahu bagaimana corak persembahannya. Memang saya juga terkejut kerana pakaian mereka agak terdedah. Saya minta maaf sangat, selepas ini saya akan lebih berhati-hati supaya kejadian yang sama tidak akan berulang," ungkapnya.

Cincin Aliff buat Adira

BERTEMU dengan penyanyi muda Aliff Aziz dalam satu sesi fotografi baru-baru ini terlihat riak gembira pada wajahnya meskipun tahun lalu namanya terpalit dengan kontroversi hangat bersama bekas kekasihnya aktres, Anne Ngasri. Tutup buku kisahnya bersama Anne, Aliff enggan lagi menoleh ke belakang. Terbaharu, jiwa laranya kembali terisi dengan bunga cinta wanita bernama Adira. Sebelum ini jejaka berusia 22 tahun itu memberitahu, pengalaman yang lalu banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati untuk berkongsi kisah cinta dengan khalayak. Namun baru-baru ini. Aliff sendiri yang memecahkan tembok rahsia hatinya pada khalayak dengan memuat naik gambar-gambar dirinya bersama Adira dengan jari manis masing-masing menyarung sepasang cincin menerusi Instagram. Secara tidak langsung, ia telah menimbulkan pelbagai spekulasi. "Sebenarnya gambar-gambar saya dan Adira yang dimuat naik ke dalam Instagram itu bukanlah gambar yang tertulis I Love You, jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk. "Itu sekadar gambar bersama orang yang paling rapat dengan saya. Saya sedar tindakan saya itu telah menimbulkan banyak spekulasi dan saya tidak salahkan sesiapa. "Saya tidak mahu berbohong atau menipu. Terpulang kepada mereka di luar sana untuk membuat sebarang andaian. Apa yang saya harapkan, doakan yang terbaik untuk saya," tuturnya. Akui Aliff tanpa berselindung, penyanyi genit yang bergandingan dengan dirinya dalam drama Tiara itu menjadi temannya yang paling rapat saat dirinya dilanda duka. "Memang Adira merupakan rakan dan teman yang paling rapat dengan saya. Kami mula rapat selepas saya pulih daripada kekecewaan dan membuat kemunculan semula. "Waktu keluarga saya berada jauh di Singapura, dia merupakan teman yang paling banyak membantu menguatkan semangat saya dari segi mental," kata Aliff. Disoal adakah pengalaman lepas membuatkan dirinya serik untuk bercinta sesama artis, dia tertawa seketika sebelum menegaskan bahawa dia juga manusia biasa yang mempunyai perasaan seperti orang lain. "Saya pun manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Jika kita sudah suka seseorang, sukar untuk saya melawan perasaan itu. Kami selesa bersama dan mempunyai keserasian. "Jika sudah tertulis jodoh saya dengan artis saya mahu buat macam mana? Saya harus reda. Kalau boleh, saya mahu berkahwin sebelum usia mencecah 30 tahun. "Sebelum itu, saya harus memantapkan diri dari segi ekonomi sebelum meminang anak dara orang. Jadi, sekarang fokus saya hanya pada kerjaya," balasnya. Misi Aliff Sudah cukup dengan kontroversi, 2013, ujar Aliff, merupakan tahun kelahiran semulanya dalam industri seni tempatan. Selepas jatuh dan kecundang tahun lalu, Aliff menyatakan dia kini harus merangkak semula untuk kembali mengukuhkan namanya. "Saya belajar daripada kesilapan lalu, walaupun saya bercinta, saya harus ingat tujuan asal saya datang ke Malaysia adalah untuk bergelar penyanyi. "Cabaran untuk diri saya sendiri adalah menjadi orang yang berbeza dan lebih baik daripada sebelum ini. Apa yang kurang pada diri akan saya perbaiki. "Kalau boleh, saya mahu tahun 2013 nama saya bersih daripada sebarang kontroversi dan ingin menjadi artis yang berada pada tahap lebih tinggi daripada apa yang saya ada hari ini," katanya yang akan pergi menunaikan umrah pada 15 Mac depan bersama keluarganya. Bagi memantapkan kerjaya nyanyiannya, penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Sayang dan Jangan Ganggu Pacarku itu ingin menyambung pelajaran dalam bidang muzik jika berpeluang. "Saya bolehlah bermain gitar tetapi kena belajar lagi. Sekarang tengah belajar dengan penyanyi Awi Rafael sebab saya ada niat untuk mencipta lagu sendiri. "Bukan mudah untuk mencipta sebuah lagu yang sedap dan dapat dihayati oleh pendengar. Jika saya cipta lagu selepas ini, saya akan lebih ke genre pop balada," ujarnya. Aliff telah muncul dengan tiga buah album sebelum ini iaitu Aliff (2007), It's Aliff's Time (2010) dan Aliff Aziz 2012 sebelum ini dan tidak lama lagi bakal muncul dengan album keempatnya. Kini, Aliff sedang mengumpul material untuk album keempat yang dijangka berbeza dengan lagu-lagu yang pernah dilahirkan sebelum ini. "Sekarang, saya tengah promosi lagu Keajaiban Cinta duet bersama Adira. Selepas itu baru akan keluarkan single demi single. "Lagu-lagu saya sebelum ini semuanya lagu cinta yang 'comel-comel' sesuai untuk remaja tetapi selepas ini, hala tuju muzik saya akan sedikit berbeza. "Saya mula jadi penyanyi pada usia 16 tahun, sekarang sudah mencecah 22 tahun, harus ada perbezaan kerana saya sudah dewasa dan lebih matang. Begitu juga dengan lagu yang akan dimuatkan dalam album keempat, berlaku transformasi," ulasnya. Suka berlakon Bukan sekadar nyanyian, Aliff juga ingin memantapkan kerjaya lakonannya yang baru sahaja bermula. Selepas berlakon dalam drama Tiara, Antara Kita, Sepai dan Cinta Vlog, Aliff bakal berlakon dalam telefilem, Saya, Kamu dan Dia. "Saya akan memulakan penggambaran telefilem Saya, Kamu dan Dia bersama pelakon Emma Maembong pada 16 Februari ini. Memang saya akui seronok berlakon kerana boleh menjiwai pelbagai watak yang berbeza dengan diri saya sendiri," katanya. Meskipun semakin aktif berlakon, Aliff yang ingin berjaya seperti aktor Aaron Aziz suatu hari nanti, sebenarnya mahu dirinya lebih dikenali sebagai penyanyi berbanding pelakon. "Saya seronok berlakon dan memang satu cabang seni yang bagus untuk kerjaya saya. Setiap kali berlakon saya akan beri fokus seratus peratus. "Memang lakonan dan nyanyian berbeza. Lakonan lebih memenatkan daripada nyanyian kerana banyak menunggu. Bagaimanapun, saya dapat lebih kepuasan daripada lakonan terutama apabila melihat drama lakonan saya sendiri di kaca televisyen (ketawa). "Sungguhpun begitu, saya bermula sebagai penyanyi, jadi lebih baik terus dikenali dengan status penyanyi kerana muzik masih nombor satu di hati saya," tuturnya.

Aliff Aziz Mengaku Pernah Kritik Kerjaya Pelakon

PETALING JAYA: Penyanyi Aliff Aziz mengakui sebelum ini pernah mengkritik lakonan segelintir pelakon di televisyen (TV) dan filem apabila melihat aksi mereka yang kelihatan kaku. Bagaimanapun, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 21, berkata, pandangan skeptikal itu terus berubah apabila dia mula menjinakkan diri dalam bidang seni. "Sebelum ini saya selalu mengutuk lakonan segelintir pelakon di TV dan filem. Kemudian baru saya sedar yang saya tidak patut bersikap menghakimi tanpa mengambil tahu betapa sukarnya mereka bekerja sepanjang penggambaran sesebuah penerbitan. "Ada yang tidak tidur dan bersengkang mata sehingga waktu Subuh kerana ingin menghabiskan babak lakonan mereka. "Namun, sejak menjinakkan diri dalam bidang lakonan, baru saya faham cara mereka bekerja, rupa-rupanya bukanlah senang. Saya tabik dengan insan seni bernama pelakon," katanya. Tambah Aliff yang sudah pun membintangi drama Antara kita, Sepai dan Cinta VeLog dia juga agar sukar mahu membiasakan diri dengan kerja-kerja lakonan yang membabitkan masa kerja yang sangat panjang. "Tidak seperti kerja-kerja nyanyian, kita hanya dipertanggungjawabkan menyanyi masa itu sahaja dan selepas itu dah boleh balik. "Lain pula buat pelakon, Mereka kena tunggu giliran babak masing-masing selain perlu bersabar menunggu krew produksi menyediakan set penggambaran terbabit," ujarnya. Sementara itu, Aliff juga mengakui kagum dengan pencapaian pelakon kelahiran negaranya, Singapura iaitu Aaron Aziz yang berjaya melakar nama di industri seni tempatan dan menjadikan lelaki itu sebagai inspirasi untuk memajukan diri. Malah jatuh bangun karier Aaron menjadi panduan buat Aliff agar dirinya juga sentiasa kuat dan tabah mengharungi pelbagai dugaan yang bakal tiba. "Mencari rezeki di negara orang bukannya senang kerana ada yang tidak senang dengan kehadiran artis Singapura seperti kami ini cuba merampas periuk nasi artis-artis tempatan. "Namun, Aaron berjaya membuktikan yang dia hanya bekerja di negara ini demi mencari rezeki yang halal dan lihatlah lakaran nama yang dia telah buat. Saya juga ingin menjadi seperti Aaron satu hari nanti," tuturnya.

Aliff Aziz Sudah Bangkit Selepas Kemusnahan Cinta

PETALING JAYA: Penyanyi Aliff Aziz enggan mengenangkan memori dan kekecewaan daripada kegagalan hubungan cinta dengan pelakon Anne Ngasri kerana menganggap kisah itu sudah menjadi sejarah. Pemilik nama sebenar Mohammad Aliff Aziz, 21, ini berkata, dia sudah bangkit daripada kegagalan itu dan mahu lebih fokus pada diri, keluarga dan kerjaya bermula 2013. “Yang lepas biarlah lepas. Kisah saya dengan Anne Ngasri sudah bernoktah dan berakhir. Saya tidak mahu fikirkan lagi. “Saya mahu meningkatkan kekuatan mental dan fizikal agar lebih fokus pada diri sendiri, kerjaya dan keluarga bermula tahun hadapan,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini. Hubungan Aliff dan Anne berakhir pada September lalu selepas hampir lapan bulan menjalin hubungan. Kurang dua bulan selepas itu, Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 28, membuat kejutan apabila dia mengikat tali pertunangan dengan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Sumali Reduan, 40, pada 11 November lalu.
Pasangan itu memilih 22 Disember ini untuk diijabkabulkan. Jejaka kelahiran Kota Singa ini berkata, dia berterima kasih kepada penyanyi Adira kerana banyak memberikan semangat ketika dia dalam kemurungan selepas hubungan dengan Anne berakhir. “Bohonglah kalau saya tidak kecewa dengan apa yang berlaku tetapi saya dapat kekuatan untuk bangkit daripada Tuhan, rakan-rakan dan keluarga. “Ketika saya berduka dan murung, Adira adalah kawan yang banyak memberikan sokongan dalam segenap aspek. “Saya perlu beri penghargaan setinggi-tingginya kepada Adira kerana dia seorang rakan yang baik dan memahami,” jelasnya sambil menegaskan hubungan mereka hanya berlandaskan persahabatan. Ditanya mengenai pengajaran diperoleh daripada keretakan hubungan itu, Aliff berkata, peristiwa itu mengajarnya untuk tidak menyesali setiap kesilapan yang dilakukan kerana ia mengenali realiti kehidupan. “Saya tidak pernah kesal dengan apa juga kesilapan yang berlaku kerana ia membuka mata untuk mengenali kehidupan sebenar. “Pada usia yang muda iaitu 21 tahun saya dapat mengenali pelbagai ragam manusia dan dapat melihat sikap hipokrit manusia. “Mungkin pada keadaan tertentu saya terpaksa bersikap hipokrit tetapi hipokrit terburuk apabila kita menggunakan platform agama untuk nampak baik,” ulasnya yang semakin aktif membina otot badan di gimnasium. Aliff kini sedang popular dengan lagu berjudul Keajaiban Cinta duet bersama Adira yang juga lagu tema drama bersiri Tiara.

Aliff Aziz meluah isi hati

PERTEMUAN setelah beberapa minggu memencilkan diri daripada media pada petang kelmarin sempena sebuah majlis sidang akhbar di Holiday Villa Subang Jaya, Selangor baru-baru ini memperlihatkan sisi Aliff Aziz yang berbeza - kurang ketawa, serius dan sugul. Terasa kekecewaan dan kesan perpisahannya dengan pelakon Anne Ngasri atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 28, sehingga menampakkan Aliff kurang bermaya bersama wajahnya yang terhias beberapa titik jerawat. Ditanya mengenai kadar kesihatannya kini selepas keluar daripada wad kerana disyaki menghidap serangan palpitasi jantung (denyutan jantung tidak teratur) pada awal bulan Oktober lalu, jawab Aliff dia kini sedang dalam peringkat pemulihan. "Saya dinasihatkan untuk berehat seketika dan Alhamdulillah kini sudah sihat. Baru-baru ini demam sekejap mungkin disebabkan keadaan cuaca sekarang yang tak menentu. "Sekarang, saya sedang berusaha untuk kurangkan merokok dan kurangkan berfikir sampai jadi stres," katanya. Tanpa berselindung, kisah perpisahannya dengan Anne menjadi pokok bicara. Ujar Aliff atau nama sebenarnya Muhamad Aliff Aziz, 21, dia kini sedang berusaha untuk kembali ke trek asal iaitu mengejar kejayaan dalam karier sebagai penyanyi serta berbakti kepada keluarga. "Saya cuba elakkan untuk berfikir perkara yang boleh mengusutkan minda saya terutama kisah perpisahan kami. Buat masa sekarang saya mahu terus fokus kepada prioriti iaitu keluarga dan kerjaya serta menerima perpisahan ini seadanya," ulasnya. Anne enggan balas SMS Aliff bagaimanapun memilih untuk tidak mendedahkan punca perpisahannya dengan Anne namun masih sudi berkongsi secebis cerita proses perpisahannya dengan pelakon itu. "Beberapa minggu lepas kami ada sedikit perselisihan faham dan memutuskan untuk memberi ruang kepada diri masing-masing seketika, sehinggalah pada hari dia bertunang, saya dimaklumkan oleh peminat melalui Twitter mengenai majlis itu. "Kalau orang tanya apakah puncanya kami berpisah, saya tidak rasa signifikan untuk saya memberitahu sebabnya, biarlah ia kekal rahsia antara kami. Kami manusia biasa yang tidak dapat lari daripada kesilapan. "Susah untuk dijelaskan tetapi saya pasti tiada siapa mahu rasa apa yang sedang saya rasa sekarang," cerita Aliff menahan sebak. Tambahnya, seminggu sebelum berpisah, Aliff dan keluarga Anne masih berhubung rapat malah Anne sendiri pernah menghubungi bapa Aliff untuk bertanya khabar. "Kami memang ada buat perancangan untuk berkahwin pada bulan Disember, tapi jodoh tak kesampaian. Dalam proses pemulihan, tiba-tiba saya dapat tahu yang dia sudah bertunang dan akan berkahwin. Jujur, ia benar-benar membuatkan hati saya terluka. "Sepanjang perkenalan kami, dia tak pernah melakukan kesalahan. Dia memang jaga segalanya termasuk pemakaian saya. "Anne ada bertanyakan khabar saya melalui bapa saya menerusi panggilan telefon lebih kurang seminggu sebelum bertunang tapi dia tidak memaklumkan akan majlis yang bakal berlangsung itu. "Kata Anne, dia tak mahu membalas semua SMS saya sebab enggan melihat saya lebih sakit dan cara itu katanya boleh membantu saya untuk melupakan dia," ujar pelantun lagu Sayang Sayang itu. Selepas majlis itu, Aliff mengakui ada menghantar ucapan tahniah melalui Twitter namun tidak mendapat respons daripada Anne. Menyifatkan Anne sebagai seorang wanita yang paling sempurna yang pernah dipertemukan sepanjang hidup, jelas Aliff dia tidak menyesal mengenali Anne. "Saya sangat bersyukur dipertemukan dengan dia dan dia salah seorang wanita yang paling sempurna bagi saya. Saya tidak menyesal mengenali dia kerana dia telah banyak mengajar saya erti cinta dan kehidupan. "Baru kini saya rasa betapa pedihnya apabila perlu berpisah dengan orang yang kita sangat sayang dan baru sekarang saya faham apa ertinya cinta," tambah Aliff. Adakah Aliff sudah serik untuk bercinta selepas ini? Jawabnya: "Ikutkan hati apabila melalui sesuatu yang memberikan impak dan membuatkan kita rasa sedih sudah pasti akan rasa fobia. Tapi ini lumrah hidup yang telah ditetapkan Tuhan namun, buat masa sekarang saya belum fikir untuk mencari pengganti dia." Alih perhatian
Pastinya setiap hati yang baru remuk dihentam bahana cinta akan melalui pengalaman berbeza untuk memulihkan diri dan jiwa daripada peristiwa pedih seperti yang dilalui Aliff. Pilihan dirinya adalah dengan menyibukkan diri bersama keluarga dan karier yang dirasakan tepat untuk melupakan kisah sedemikian. "Kini saya lebih banyak luangkan masa dengan keluarga dan ke gimnasium untuk mengalihkan perhatian daripada situasi sebegini. "Ibu saya selalu nasihatkan saya, katanya kalau sudah bukan jodoh saya tiada apa boleh buat. Terima hakikat dan reda," katanya yang mengambil keputusan untuk tidak berhubung dengan keluarga Anne. Bagaimanapun, Aliff memanjatkan rasa terima kasih kepada keluarga Anne berikutan sokongan dan kasih sayang sepanjang tempoh awal dia mula bertapak di Malaysia. "Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada baba (panggilan Aliff kepada ayah Anne) dan keluarganya yang selama ini mendidik saya serta menjadi keluarga saya di sini. "Halalkan makan minum saya dan saya minta maaf sekiranya terkasar bahasa dan ada sikap yang tidak menyenangkan keluarga baba," tutur bicaranya perlahan. Pesanan untuk Anne Aliff mengakui dia tidak akan sesekali melupakan kenangan bersama Anne. Katanya, memori bersama Anne akan disimpan buat panduan pada masa akan datang. "Saya akan menjadikan kisah ini sebagai pengajaran untuk masa akan datang dan saya akan menggunakan memori ini agar tidak mengulangi perkara yang sama berulang kali. "Ini adalah pengajaran yang besar buat saya kerana selama ini bersikap endah tak endah terhadap wanita yang pernah bertakhta dalam hati saya. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Saya berharap dengan mendoakan kebahagiaan Anne, kesakitan ini dapat dikurangkan. Bagaimanapun, Aliff mempunyai sedikit pesanan dan kata-kata akhir kepada Anne. "Saya tidak mahu runtuhkan kebahagiaan yang dia sedang kecapi, memandangkan dia juga sibuk dengan persiapan perkahwinan cukuplah saya mengatakan saya bertuah dipertemukan dengan dia. Semoga kehidupannya berjalan lancar. "Saya mahukan yang terbaik untuk dia dan kini doa saya telah dimakbulkan untuk melihat dia bahagia cuma bukan dengan saya. Saya doakan yang terbaik buat dia," ungkap Aliff. Gerhana cinta yang sedang dilalui oleh pucuk muda yang barangkali dilabelkan masih mentah untuk memahami makna cinta itu ditepis perlahan-lahan. Noktah yang adakalanya tidak menghadiahkan kebahagiaan hanya mampu diharungi dengan motivasi dan sokongan sekeliling. "Saya mula merasakan saya kini telah kehilangan sesuatu yang amat besar, tapi selagi ada keluarga, peminat dan kerjaya tiada apa yang mampu menghalang saya," tegasnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails