Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Along Raja Lawak. Show all posts
Showing posts with label Along Raja Lawak. Show all posts

Comelnya Anak Along Cham & Zila AF4

Setelah setahun berkahwin, Along Cham dan isterinya, Zila AF4 menimang cahayamata pertamanya pada 12 November yang lalu.

Bayi lelaki mereka dilahirkan seberat 2.55 kilogram secara normal di Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi, Selangor.


Anak pertama ini diberi nama Ahmad Danial.

Along Cham adalah pelakon filem komedi Adnan Sempit.

Comelnya Anak Along Cham & Zila AF4

Setelah setahun berkahwin, Along Cham dan isterinya, Zila AF4 menimang cahayamata pertamanya pada 12 November yang lalu.

Bayi lelaki mereka dilahirkan seberat 2.55 kilogram secara normal di Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi, Selangor.


Anak pertama ini diberi nama Ahmad Danial.

Along Cham adalah pelakon filem komedi Adnan Sempit.

Along RL Kongsi Pengalaman Isteri Bersalin


Pelakon Muhammad Nizamudin Ahmad, 28, atau lebih dikenali sebagai Along Raja Lawak mengakui lebih menghargai pengorbanan seorang wanita selepas melihat penderitaan isterinya, Zila AF4 melahirkan anak sulong pada 12 November lalu.

Kata Along, pengalaman tersebut telah menginsafkan dirinya untuk menjadi seorang anak dan suami yang lebih baik.

"Saya ada bersama Zila saat-saat dia ingin melahirkan anak kami, tuhan saja yang tahu perasaan takut ketika itu.

"Saya tidak sanggup melihat keperitan dia kerana sebelum ini saya tidka pernah melihat dia sakit sebegitu dan ketika itu juga saya rasa sangat bersalah pada ibu.

"Sekarang saya faham kenapa syurga itu di bawah tapak kaki ibu kerana pengorbanan mereka melahirkan kita hanya bertarung dengan maut," katanya ketika ditemui di sidang media, Anugerah Bintang popular, di sini, Rabu.

Zila atau nama sebenar Nur Azilah Seeron melahirkan anak lelaki mereka pada pukul 2 petang dengan berat 2.5 kilogram.

Bayi yang diberi nama Ahmad Danial itu dilahirkan secara normal di sebuah hospital swasta di Bangi.

Kata Along, pada asalnya kandungan tersebut kembar, namun seorang daripadanya gugur pada usia dua minggu usia kandungan tersebut.

"Saya agak terkilan kerana kalau tidak kerana lebih berhati-hati saya mungkin dapat anak kembar, namun itu semua adalah rezeki daripada Allah.

"Apa pun yang lebih penting anak dan isteri saya selamat," tuturnya.

Jelas Along, sejak mengetahui isterinya mengandung dia sudah bekerja lebih keras daripada biasa.

"Saya tahu tanggungjawab saya lebih besar dan perbelanjaan juga akan meningkat, saya mesti berusaha lebih kuat untuk keluarga kami," katanya.

Dr. Fadzillah Beri Nama Bayi Along Raja Lawak


Datuk Dr. Fadzillah Kamsah bukan sahaja dikenali ramai sebagai pakar motivasi tanah air tetapi dia juga diberi kepercayaan memberi nama kepada bakal anak sulung Along Raja Lawak yang dijangka dilahirkan pada hujung bulan ini.

Menurut Along atau nama sebenarnya Muhammed Nizamudin Ahmad, 28, dia setuju dengan nama Ahmad Danial yang dicadangkan oleh Dr. Fadzillah itu di mana isterinya, Zila iaitu bekas bintang Akademi Fantasia kini sedang sarat mengandungkan anak pertamanya.

“Sekarang ini kandungan isteri saya sudah berusia 35 minggu di mana dia dijangka melahirkan bayi pertama kami pada pertengahan bulan ini atau selewat-lewatnya pada hujung bulan ini. Kami setuju dengan nama yang diberikan oleh Dr. Fadzillah Kamsah tersebut.

“Ini kerana, saya dan isteri saya memang suka dengan nama Ahmad Danial kerana ia ada kena mengena dengan nama nabi atau pemimpin terkenal di zaman silam,” katanya kepada para wartawan sewaktu ditemui di Subang Parade, Subang Jaya, Selangor semalam.

Pada pertemuan sebelum pratonton filem terbaru lakonan Along berjudul Alamak Toyol! itu, dia seperti tidak sabar menantikan saat kelahiran bayi sulungnya yang disahkan doktor sebagai bayi lelaki selepas dia dan Zila atau Nur Azilah Siron, 23, berkahwin pada Januari tahun lalu.

“Saya memang tidak sabar untuk menjadi bapa di mana sebab itu kalau boleh saya tidak mahu berenggang dengan isteri saya. Saya mahu lihat sendiri kelahiran bayi sulung saya itu. Terima kasih juga kepada Dr. Fadzillah yang saya anggap seperti bapa saya sendiri,” ujarnya lagi.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails