Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Ana Syuhada. Show all posts
Showing posts with label Ana Syuhada. Show all posts

Ana Syuhada Bertuah Dapat Bimbingan Ajai

Penyanyi Ana Syuhada mengakui hampir berputus asa untuk mengejar impiannya dalam bidang nyanyian selepas menjadi peserta pertama disingkirkan menerusi program Mentor musim keenam tahun lalu. Ana atau nama sebenarnya Ana Syuhada Noor Asram, 22, bagaimanapun berkata, dia tidak menyangka komposer terkenal iaitu Ajai mempercayai bakat nyanyiannya dan telah melamarnya untuk menghasilkan album dengan syarikat rakaman Wake The Baby. "Saya cukup bertuah kerana seorang komposer terkenal seperti Ajai mempercayai bakat saya dan ingin bekerjasama dengan saya. "Pelawaannya itu saya ambil dengan tangan terbuka walaupun pada masa itu saya menganggap kerjaya nyanyian sudah berakhir ekoran disingkirkan pada minggu pertama program Mentor," katanya kepada mStar Online. Ana memberitahu dia juga baharu sahaja tampil dengan single solo pertamanya yang berjudul Ada Cerita ciptaan Ajai dan pernah tampil dengan lagu duet bersama mentornya Ramlah Ram menerusi Takdir Cinta.
Dalam pada itu, Ana berkata, Ramlah juga menyokong keputusannya untuk bergerak sendiri dalam mencorakkan hala tuju karier seninya. Malah kata Ana, hubungan dengan mentornya itu masih kekal baik dan Ramlah sentiasa memberi nasihat kepadanya setiap kali bertemu. "Kak Ramlah sentiasa menyokong apa juga keputusan saya dan sepanjang menjadi protoge dia saya banyak menimba ilmu dan semakin yakin untuk bergerak sendiri," jelasnya. Sementara itu, Ana berkata, dia bersyukur apabila single solo pertamanya itu semakin mendapat sambutan hebat daripada pendengar dan menyimpan hasrat untuk tampil dengan album penuh pada masa hadapan.

Ana Syuhada Enggan Heboh Bercinta Dengan Anas Ridzuan

KUALA LUMPUR: Penyanyi baharu Ana Syuhada (gambar) enggan menghebohkan percintaannya dengan penyanyi Anas Ridzuan yang juga lahir daripada rancangan Mentor 6 kerana tidak pasti kesudahan hubungan itu. Ana Syuhada Noor Asram, 22, berkata, dia mengambil pendekatan itu memandangkan hubungan mereka baharu terjalin sejak kira-kira enam bulan lalu. "Saya dan Anas memang okey buat masa ini. Kami berkawan macam biasa tetapi saya tidak mahu kecoh-kecoh. "Yang mana sudah tahu tak apalah tetapi bagi yang tidak, rasanya tidak perlu untuk uar-uarkan pula. "Kita taka tahu apa kesudahan hubungan ini nanti sebab masih terlalu baharu," jawabnya ketika ditemui mStar Online di sini, petang Selasa. Ana hadir pada majlis pelancaran album mentornya iaitu Ramlah Ram dengan ditemani Anas. Ditanya reaksinya berhubung dakwaan kononnya dia menjadi punca keretakan hubungan Anas sebelum ini, Ana berkata, soal hati dan perasaan adalah ketentuan Tuhan. "Memang ramai yang bertanyakan kepada saya kesahihan cerita itu (perampas kekasih) tetapi saya ambil pendekatan mudah. "Senang cakap soal jodoh dan perasaan adalah ketentuan Tuhan. Ia bukan sesuatu yang kita rancang. Daripada persahabatan, kami semakin serasi bersama," katanya. Mengenai kerjaya, Ana bakal mempertaruhkan lagu terbaharu berjudul Ada Cerita ciptaan Ajai dalam masa terdekat. "Lagu Ada Cerita bakal jadi lagu kedua selepas lagu duet saya bersama kak Ramlah (Ram) iaitu Takdir Cinta. "Saya bersyukur dengan peluang berduet dengan Kak Ramlah kerana dapat juga tumpang popularitinya untuk saya bertapak dalam industri," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails