Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Arja Lee. Show all posts
Showing posts with label Arja Lee. Show all posts
Ibu Arja Lee Meninggal Dunia
Ibu kepada pelakon Arja Lee iaitu Salmah Aziz, 60, meninggal dunia di Hospital Selayang dekat sini pada pukul 4 pagi Jumaat.
Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 30, melalui laman Twitter miliknya, memberitahu bahawa Allahyarham meninggal akibat kanser lelangit dan berada dalam keadaan kritikal sejak tiga minggu lalu.
"Bonda tercinta saya telah kembali ke rahmatullah jam 4 pagi tadi. Alhamdulillah ianya jatuh pada hari Jumaat dan pada bulan Ramadan yang masuk hari ke 25.
"Jenazah baru sahaja selesai dimandikan dan akan di sembahyangkan selepas solat Jumaat, Insyaallah segalanya berjalan dengan sempurna dengan izin Allah," tulisnya.
Allahyarham mengalami menderita penyakit kanser tersebut sejak 13 tahun lalu dan telah dipindahkan daripada Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang ke Hospital Selayang sejak Disember tahun lalu selepas kanser berkenaan merebak ke bahagian lain.
Jelas Arja, ibunya ditempatkan di Palliative Care Unit (PCU) hospital berkenaan namun keadaannya bertambah tenat sejak tiga minggu lalu.
Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Surau Al-Syakirin Seksyen 1 Bandar Mahkota Cheras dan dikebumikan di tanah perkuburan Cheras Perdana sebelum solat Jumaat.
Hubungan Bkay Nair & Arja Lee Renggang Tanpa Sebab
KUALA LUMPUR: Pelakon Bkay Nair berasa pelik kerana hubungannya yang rapat dengan aktor Arja Lee kira-kira setahun lalu menjadi renggang dan terputus tanpa alasan yang kukuh.
Bkay atau nama sebenarnya Tryambikay Vengades, 30, berkata keintiman mereka hanya dapat bertahan untuk seketika sebelum hubungan itu berlalu begitu sahaja sehingga dia sendiri tertanya-tanya apakah puncanya.
"Saya pun tidak pasti mengapa kami jadi renggang walaupun sebelum itu kami memang rapat. Kami tidak bergaduh atau berselisih pendapat sepanjang berkawan.
"Apa yang saya sedar, selepas beberapa bulan, hubungan kami mempunyai jurang dan tidak lagi berhubung antara satu sama lain.
"Mungkin faktor jarak jauh kerana dia belajar di Pulau Pinang sedangkan saya di sini menyebabkan kami tidak berhubung dan terputus begitu sahaja," katanya.
Bkay berkata demikian selepas pelancaran syarikat perunding imej miliknya, Bkay Nair Resources di Changkat Bukit Bintang di sini, petang Khamis.
Katanya, faktor kesibukan dengan komitmen hidup masing-masing antara punca masalah itu berlaku.
"Kami langsung tidak pernah bertemu atau berhubung sampai ke hari ini sejak hubungan kami renggang. Kami tidak bergaduh cuma tiada keserasian barangkali," katanya.
Mengenai syarikat perunding imej yang baru dilancarkan itu, Bkay berkata dia sudah lama berhajat untuk mengembangkan minat dan pengetahuan dalam aspek kecantikan kepada cabang perniagaan.
"Sejak usia 19 tahun lagi saya sudah cenderung pada ilmu penjagaan kecantikan dan penampilan diri.
"Berkat ilmu dan kemahiran daripada kursus yang saya ceburi serta pengalaman dalam bidang seni dan peragaan, saya nekad untuk fokus pada perniagaan ini pada tahun ini.
"Kalau diikutkan syarikat sudah beroperasi sejak empat tahun lalu, cuma pada penghujung tahun lepas baru saya yakin untuk bergiat sepenuh masa," katanya.
Katanya, syarikat itu bakal beroperasi di lokasi baru di Damansara Utama dekat sini selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
Untuk maklumat pakej dan harga kursus rundingan imej, boleh layari bkaynair.blogspot.com.
Arja Lee Akui Intim Dengan Bkay Nair
KUALA LUMPUR: Pelakon Arja Lee, 28, mengakui kesahihan gosip terbaru yang mendakwa dirinya sedang intim dengan aktres Bkay Nair, 29, seperti yang dilaporkan oleh media, baru-baru ini.
Menurut aktor filem ...Dalam Botol itu, mereka menjadi rapat sejak bulan Ramadan lalu tetapi buat masa ini keintiman tersebut hanyalah berlandaskan hubungan persahabatan sahaja.
“Saya akui memang rapat dengan Bkay sejak bulan Ramadan lalu. Memang benar dakwaan yang mengatakan kami dilihat keluar bersama.
“Bagaimanapun, buat masa ini kami belum sampai tahap bercinta lagi, hanya kawan biasa dan tiada ada apa-apa yang serius,” katanya yang ditemui mStar Online, baru-baru ini.
Arja berkata, walaupun masih terlalu awal untuk mengulas lanjut tentang hubungan tersebut, dia tidak menolak sekiranya mereka menjalani hubungan yang lebih serius pada masa hadapan.
“Saya selesa dengan Bkay kerana sikapnya yang terbuka dan ringkas. Kebetulan pula, kami sama-sama terlibat dalam bidang seni dan kedua-duanya sedang membina nama.
“Namun, keutamaan kini adalah terhadap kerjaya. Saya tidak menolak sekiranya ditakdirkan ia (hubungan) menjadi lebih serius di kemudian hari,” katanya.
Berkongsi perkembangan semasa, Arja berkata dia kini sedang sibuk menumpukan perhatian pada pengajiannya dalam jurusan seni persembahan di Universiti Sains Malaysia.
Justeru itu, katanya dia tidak dapat bergiat aktif dalam memenuhi tawaran lakonan sehinggalah pengajiannya tamat pada Jun tahun depan.
“Semester baru pengajian saya baru bermula. Saya perlu menumpukan perhatian kerana ini adalah semester terakhir.
“Insya-Allah saya akan kembali aktif sepenuh masa selepas pengajian berakhir pada Jun tahun depan,” katanya.
Arja Lee mula dikenali umum selepas menjayakan watak transeksual bernama Ruby dan berbogel dalam filem kontroversi ...Dalam Botol terbitan JAS Production Sdn Bhd, milik penerbit sensasi Raja Azmi Raja Sulaiman.
Filem yang ditayangkan pada 24 Mac lalu itu turut dibintangi Wan Raja, Diana Danielle, Fauziah Ahmad Daud, Normah Damanhuri dan Jalil Hamid. Ia diarahkan oleh Khir Rahman.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
