Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Asfan Shah. Show all posts
Showing posts with label Asfan Shah. Show all posts

Abaikan Isteri, Punca Asfan 'Makan' Penumbuk Adik Ipar

Sikap penyanyi Asfan yang masih berlagak seperti orang bujang dengan mengabaikan isteri dan anak-anak menjadi punca dia terpaksa "makan" penumbuk adik iparnya, pelakon Bil Azali dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA pada Sabtu lalu. Bil yang sebelum ini enggan bercerita punca kejadian itu terpaksa buka mulut selepas Asfan atau Norasfan Shah Shah Rudin, 31, dalam sebuah akhbar pada Rabu menasihati abang iparnya itu agar tidak masuk campur urusan rumah tangganya. "Memang betul, saya tidak patut campur tangan dalam urusan rumah tangga mereka, tetapi apabila ada satu kes yang timbul dan tidak diberi penjelasan yang betul kepada keluarga saya, maka saya sebagai seorang adik perlu masuk campur hal mereka. "Pada mulanya, saya tidak percaya dengan kata-kata orang. Tetapi apabila ada saksi dan bukti yang sahih, saya rasa dia (Asfan) perlu bertanggungjawab. Ini soal hormat, adab, tanggungjawab dan janji yang telah dia langgar. Itu yang buatkan saya geram," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Rabu.
Pada Sabtu lalu, Bil atau namanya Mohd Nabil Razali, 23, dikatakan telah menumbuk Asfan beberapa kali pada bahagian muka dan badan. Kejadian tersebut berlaku ketika Asfan sedang menunggu isterinya yang juga kakak kepada Bil dan anak-anak pulang bercuti dari Perancis di balai ketibaan, lapangan terbang berkenaan. Asfan dalam sebuah akhbar mempelawa Bil datang berkunjung ke rumahnya untuk melihat kebahagiaan dia bersama isteri dan dua anak mereka. Sementara itu ditanya apakah punca pergaduhan itu tercetus dan adakah ia berkaitan dengan orang ketiga, kata Bil, sikap Asfan sendiri yang dianggap tidak bertanggungjawab kerana masih lagi seperti orang bujang. "Apabila sudah bergelar suami, buat cara seperti seorang suami. Bukan berangan macam orang bujang. Nak buat perangai jangan sampai kantoi dan apabila saya dapat tahu, faham-fahamlah. "Nak ada orang ketiga, jangan sampai abaikan isteri dan anak-anak. Sila hormat orang yang telah merestui dia berkahwin dengan kakak saya. Jelaskan perkara yang ditimbulkan. Jangan lari," tegasnya. Bil berkata, walaupun dia sedar tidak patut masuk campur urusan rumah tangga Asfan, namun dia sudah tidak tahan apabila melihat kakaknya dianiaya penyanyi itu.

Asfan Terkilan Masih Tidak Popular


PETALING JAYA: Penyanyi baru, Asfan atau nama sebenarnya Norasfan Shah Shah Rudin, 27, terkilan kerana kurang dikenali berbanding lagunya berjudul Terhenti Di sini yang begitu popular di corong-corong radio.

Asfan berkata, Terhenti Di Sini mula popular selepas ia dijadikan sebagai lagu runut bunyi dalam drama “Asmara 2” menerusi saluran TV3 sebelum stesen radio memutarkan lagu tersebut.

"Saya tidak sangka lagu tersebut boleh jadi popular tetapi yang peliknya orang tidak tahu siapa penyanyinya.

"Itu yang membuatkan saya sedikit terkilan kerana ia membuatkan kerjaya seni saya baru hendak menapak ini sukar berkembang daripada segi tawaran membuat persembahan dan sebagainya," katanya yang bernaung di bawah label Alibi Music.

Tambah Asfan, lebih mengejutkan dirinya ialah apabila lagu yang dihasilkan oleh Aryan Siswanto Kamsani itu turut popular di Singapura.

Dalam pada itu, tidak lama lagi Asfan bakal muncul dengan “single” lagu kedua pula yang berjudul Aku Tak Sempurna hasil ciptaannya sendiri.

"Saya harap lagu ini boleh diterima ramai sama seperti “single” pertama saya itu.

"Kalau nak tahu saya hampir putus asa kerana menyangka lagu saya tidak akan diterima ramai. Ketika itu saya membuat perancangan dengan membuka perniagaan rekaan dan cetakan. Alhamdulillah, kini saya mempunyai dua kerjaya iaitu menjadi seorang penyanyi dan peniaga," tuturnya.

Ditanya siapakah penyanyi idolanya yang menjadi inspirasi untuknya berkarya, kata Asfan, dia begitu meminati David Cook, Adam Lambert dan Daughtry.

"Terlalu banyak perkara yang saya perlu terokai dalam bidang muzik ini dan pada masa yang sama saya mempunyai pelbagai inspirasi tidak kira dari penyanyi tempatan mahupun luar negara.

"Mungkin dengan bakat yang dikurniakan Tuhan, saya dapat memberikan kualiti muzik yang terbaik buat semua," ujarnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails