Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Ashraf Muslim. Show all posts
Showing posts with label Ashraf Muslim. Show all posts

Ashraf Muslim timang anak keempat


NAMA ANAK KEDUA ASHRAF MUSLIM

Menerusi laman IG Ashraf Muslim, dia telah memberitahu nama penuh anak keduanya yang lahir pada 14 September lalu. "Assalammualaikum. Nama sy ADAM ASHRAF BIN MOHD ASHRAF," tulis Ashraf di laman IGnya. Difahamkan, semalam anak lelaki Ashraf telah tahnik oleh Habib Ali Zainal Abidin di Masjid TTDI. Dulu anak pertamanya, Sarah juga tahnik dengan Habib.

GAMBAR - ISTERI KEDUA ARHRAF MUSLIM TUNJUK 'BABY BUMP'

Gambar isteri kedua Ashraf Muslim, Wan Sakinah yang baru-baru ini bercuti romantik di Langkawi bersama suaminya. Paling menarik, Wan Sakinah yang kini hamil kira-kira 7 bulan sempat menayangkan 'baby bump' nya untuk tatapan umum. Waahhh... bukan main besar perut Wan Sakinah yang bakal menimang cahaya mata sulung itu. Heh.
TERKINI... KOMEN WAN SAKINAH "Salam utk sahabat, stalkers & haters. Maaf psl gmbr yg menayangkn gmbr perut sy tu. Terlalu excited tgk perut boyot, tu yg pi upload tu. Bknnya nk show off bagai. Tau, org lain pun pregnant jgk. Tp sblm ni, pantang naik perut sket pi gym la. jog la. Sit up la. Tp now rs lain, bila tau pregnant je, dok tgu bila perut nk besaq. "Time makan pun tak kira. Asal lapaq, makan! Lgpun org dok kata perut sy kecik. Tp bl hmpir 7 bln ni tb2 dia besaq! Tgk dlm gmbr lg nmpk besaq! Tu yg sy pi upload tu. Xrs seksi pun. cuma excited tang perut. xde niat nk sakitkn hati sape2.. Sy dh delete gmbr tu. Terima kasih atas teguran. "InsyaAllah xkn berlaku lg upload gmbr bkn2. Sy mengaku sy salah. Selain mintak ampun kat Allah, mntk maaf pd suami, sy jg mntk maaf pd anda semua. Sy jgk maafkn anda yg xpenat dok maki hamun. Tak pyh la cari kat padang masyar. Jenuh. Ramai org. Ssh nk jmp. Kira 0-0 kat sini je la yea. Satu lg, jgn la hentam suami sy tu teruk sgt. Dia usaha jd suami yg terbaik utk kami berdua. Bkn setakat cukup mkn pakai. Agama pun dia bg. Tp tu la, dlm dok kawal, terlepas jgk.. Hehe. "Sy mntk doakanlah kebahagiaan kami bertiga (Dayana, Ashraf & Sakinah). Doa anak yg bakal dilahirkn nnt jd ank soleh atau solehah, yg sihat tubuh bdnnya & cergas akal fikirannya. Doakn jg Ashraf & teman baik sy, Dayana selamat tb di Mekah & dpt menunaikan ibadat umrah yg mabrur. Salam. -peace-".

IMPIAN JADI KENYATAAN - ISTERI PERTAMA ASYRAF MUSLIM KINI SAH HAMIL

Selepas empat tahun menunggu, akhirnya isteri pertama Asyraf Muslim, 34, iaitu Noor Dayana Lokman, 28, disahkan hamil. Difahamkan, usia kandungan Dayana kini sudah memasuki usia empat bulan. "Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana setelah empat tahun menunggu, Dayana kini hamil anak pertama hasil perkahwinan kami. Saya sangat gembira dengan kehamilannya ini," ujar Asyraf dipetik sebagai berkata. Teruja dengan kehamilan Dayana, Ashraf bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak menghebahkan kandungan Dayana di awal usia kehamilan. "Saya tidak mahu memaklumkan kehamilan Dayana di awal usia kandungannya kerana saya sendiri takut timbul rasa riak atau perkara-perkara lain yang tidak sepatutnya. Kini kedua-dua isteri saya sedang hamil," jelasnya. Ashraf yang bakal menerima kehadiran dua orang anak sekaligus pada tahun ini juga mendedahkan yang dia akan menjaga kedua-dua isterinya itu dengan adil dan saksama.
"Kandungan Dayana sudah memasuki bulan keempat manakala isteri kedua saya pula sedang sarat mengandung lapan bulan. Saya akan jaga kedua-dua isteri saya dengan sebaiknya. Tiada berat sebelah antara saya dengan mereka," katanya. Untuk rekod, Ashraf mendirikan rumah tangga dengan Dayana, seorang siswazah bidang perubatan pada 30 Ogos 2011 di Mekah. Selepas itu, Asyraf mencetuskan kontroversi apabila mengahwini Wan Sakinah Ahmad Saburi, 31, sebagai isteri keduanya di Thailand pada 7 Julai 2013. Hasil perkahwinan Ashraf dengan Wan Sakinah, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Sarah Ashraf yang kini berusia satu tahun. Tahniah diucapkan!

Dua Isteri Ashraf Muslim Kecil Hati Dikritik

Pelakon Ashraf Muslim, 34, memberitahu masyarakat masih lagi tidak berhenti mengkritik tindakannya berpoligami sehingga perkara itu menggores hati kedua-dua isterinya. Ashraf berkata, dua isterinya iaitu Noor Dayana Lokman, 28, dan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 31, amat berkecil hati apabila pemilik media sosial iaitu netizen sering membuat perbandingan mengenai mereka berdua. "Saya anggap ini dugaan untuk saya dan isteri-isteri. Tetapi kebanyakan kritikan telah mengguriskan hati mereka. "Walaupun mereka faham suami mereka selebriti dan sudah bersedia menghadapi cabaran dan dugaan, tetapi disebabkan hati perempuan, macam mana pun mereka tetap akan sedih," katanya kepada mStar Online. Tambah pelakon dan juga penerbit drama ini, sebagai seorang suami dia akan memujuk isteri-isterinya itu supaya tidak terlalu sensitif dengan hal berkenaan. Malah Ashraf juga meminta mereka untuk tidak membaca komen-komen negatif tersebut sekiranya tidak mahu berasa sakit hati. "Kita manusia, kadang-kadang ada rasa ingin tahu. Tetapi saya sudah pesan pada mereka jangan baca. Sebab komen-komen itu buatkan mereka sedih. "Cuma sekiranya kutukan itu terlalu melampau, saya akan membalas balik komen berkenaan dengan cara yang berhemah. Itu sahaja yang mampu saya lakukan. Apa-apapun saya anggap perkara tersebut adalah dugaan hidup berpoligami," ujarnya.
Ashraf dan Dayana mendirikan rumah tangga pada 30 Ogos 2011 di Mekah dan belum dikurniakan cahaya mata. Bagaimanapun pelakon itu pada 25 Julai 2013 membuat kejutan ramai apabila mengumumkan telah berkahwin buat kali kedua dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013 di Pattalung, Selatan Thailand. Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang anak iaitu Sarah Ashraf yang berusia setahun dua bulan. Dalam pada itu, Sakinah kini sedang mengandung anak kedua. Sementara itu dalam perkembangan lain, Ashraf berkata dia kini sibuk dengan kerja-kerja belakang tabir menerusi syarikat produksi miliknya iaitu Al Hidayah Production Sdn Bhd. Terbaharu produksinya baharu saja selesai penggambaran telefilem Hari Raya Pelangi Kita bagi siaran TV Alhijrah. Dalam pada itu, bagi yang rindu melihat aksi lakonannya, Ashraf telah membintangi drama Imam Muda Dari Cairo yang akan disiarkan di RTM tidak lama lagi.

BILA ANAK ASHRAF MUSLIM HISAP JARI KAKI

Nampaknya, pejam celik... dah makin besar anak Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Namun ramai yang berdoa dan berharap, akan datang mungkin rezeki Dayana Lokman pula menimang cahaya mata yang secomel Sarah Ashraf. Untuk info, Sarah kini makin aktif dan usianya sudah menjangkau 5 bulan. Lebih menarik, Sarah juga sudah pandai hisap ibu jari kaki. Amboiii... macam confirm nak dapat adik baru je! Heh. Jom tengok!

NOOR DAYANA, ISTERI PERTAMA ASHRAF MUSLIM MENGANDUNG?

Walaupun foto keluarga Ashraf Muslim menyambut aidilfitri baru-baru ini dikritik oleh segelintir pihak kerana didakwa lebih condong arah isteri kedua, namun itu mungkin hanya anggapan semata-mata. Bukan apa, takkan bergambar begitupun nak dijadikan isu ya tak? Terkini, ada berita baru yang disampaikan pada media, Noor Dayana Lokman didakwa kini sedang hamil. Bagaimanapun, sejauh mana kebenarannya kami belum pasti kerana hanya Dayana sahaja yang boleh mengiyakan berita gembira tersebut
Namun yang menarik dan seolah membenarkan berita itu, Dayana ada meminta peminat dalam laman sosialnya supaya mendoakan agar Sarah Ashraf dapat adik baru tahun ini. Jika benar, tahniah diucapkan buat Dayana. Moga ia menjadi satu anugerah paling berharga buat keluarga mereka.

ASHRAF MUSLIM BERAYA BERSAMA 2 ISTERINYA

"Sehari suntuk beraya. Sampai tertidur la sementara tunggu makanan sampai tadi," demikian usik Wan Sakinah terhadap suaminya Ashraf Muslim yang terlelap bersama anak sulung mereka. Nampaknya, Ashraf makin bahagia menyambut Aidilfitri bersama dua isterinya iaitu Wan Sakinah dan Noor Dayana Lokman. Doa kita, moga kebahagian tersebut akan kekal hingga ke jannah. Amin.

ASHRAF & WAN SAKINAH SANDING 'BERTIGA'

Gambar majlis persandingan Ashraf Muslim dengan isteri keduanya, Wan Sakinah yang dikhabarkan berlangsung di Ipoh perak. Meskipun awal daripada tekaan media iaitu pada bulan November, namun mereka nampak manis dan sepadan apabila memakai pakaian sedondon warna hijau. Apa yang menarik, mereka bukan bersanding berdua, tetapi bertiga apabila Wan Sakinah disahkan hamil baru-baru ini. Apa-apapun, tahniah diucapkan. Moga Ashraf bahagia menempuh kehidupan bermadu yang sememangnya penuh cabaran.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails