Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari. Show all posts
Showing posts with label Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari. Show all posts

Ashraf takut potong tali pusat


TANGGAL 22 September menjadi hari keramat buat pasangan Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair apabila bayi sulung mereka selamat dilahirkan sekitar pukul 1.15 tengahari (waktu Indonesia) di Brawijaya Women and Children Hospital, Jl. Brawijaya, Cipete, Jakarta Selatan, Indonesia.

Dikurniakan bayi lelaki seberat 3.5 kilogram yang dilahirkan secara pembedahan, Ashraf yang dihubungi Kosmo! memberitahu masih tidak percaya dirinya kini sudah rasmi bergelar bapa.

Begitu berbangga dengan Bunga yang telah melahirkan anak mereka dengan selamat, katanya: "Walaupun kami sudah berada di wad pada pukul 1 pagi dan Bunga hanya bersalin pada pukul 1.15 tengahari malah terpaksa menjalani pembedahan, syukur, semuanya berjalan lancar.

"Saya begitu berbangga kerana kini sudah menjadi seorang bapa. Rasa seperti tidak percaya apabila melihat bayi sendiri."

Menceritakan pengalamannya menemani Bunga sepanjang berada di dalam bilik pembedahan, Ashraf mengaku dia sedikit cemas.

"Saya begitu cemas sewaktu berada di dalam bilik pembedahan sehingga tidak berani memotong tali pusat anak kami. Sebaliknya, saya serahkan semua hal tersebut kepada doktor.

"Tetapi sebaik semuanya selesai, keluar daripada bilik bedah, saya banyak menghabiskan masa berbual dengan bayi sementara Bunga berehat," katanya yang turut memberitahu sepanjang hamil, mereka dua kali pulang ke Malaysia kerana Bunga mengidam roti canai dan indo mee daging di Hartamas, Kuala Lumpur selain ke Singapura dan Bali.

Tidak mempunyai perancangan khusus buat anaknya, sebaliknya Ashraf hanya mahu anak sulungnya itu akan mendapat pendidikan yang sempurna.

Ashraf & Bunga Dapat Anak Lelaki


PETALING JAYA: Penyanyi Bunga Citra Lestari,27, selamat melahirkan bayi lelaki, pada pukul 2 petang (3 petang waktu malaysia) seberat 3.5 kilogram di Rumah Sakit Brawijaya, Jakarta, Rabu.

Isteri kepada pelakon Ashraf Sinclair, 31, itu bersalin melalui proses pembedahan dan kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.

Menurut pengurus Bunga, Doddi, Bunga ditemani kedua ibu bapanya serta Ashraf ketika proses kelahiran anak sulung pelakon itu.

"Bunga telah masuk ke hospital pada pukul 3 pagi (4 pagi waktu Malaysia) dan atas nasohay doktor Bunga disarankan untuk melahirkan anak secara pembedahan walaupun Bunga mahu melahirkan secara normal.

"Ibu bapa Ashraf turut berada di sini dan mereka datang dari Kuala Lumpur ke Jakarta pada Sabtu lalu. Apa yang pasti, Ashraf dan Bunga begitu gembira dengan kelahiran anak sulung mereka," katanya.

Pasangan tersebut telah bernikah pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta.

Sementara itu, adik kepada Ashraf iaitu Aishah Sinclair juga melahirkan anak perempuan yang dinamakan Soraya Ann pada 15 Ogos lalu.

Bunga Kuat Merajuk, Kongkong Ashraf?


Sesudah berkahwin, nampaknya pelakon filem pasangan Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari kelihatan sangat bahagia. Kemesraan mereka dapat dilihat ketika Anugerah Planet Muzik 2009 (APM2009) berlangsung di Jakarta, baru-baru ini di mana mereka datang bersama dan meraikan kejayaan Bunga yang berjaya menewaskan Dato' Siti sebagai penyanyi wanita terbaik.

Murai Batu dengar-dengar juga daripada rakan yang pulang bertugas di sana, kedua-dua mereka memang laris sebagai pelakon iklan komersial di Indonesia. Mungkin rezeki bertambah selepas mereka berumah tangga. Baguslah tu sebab wajah kedua-dua mereka pun cukup komersial. Mungkin sebab itu juga Ashraf pun makin suka menetap di Jakarta kerana hidupnya lebih ceria bersama Bunga.

Namun dalam pada itu, terdengar cerita Bunga yang khabarnya agak mengongkong Ashraf, suka merajuk dan marah-marah. Yelah, pada malam mereka bersanding di Subang Jaya lagi ramai dah nampak perangai Bunga yang macam lekas merajuk. Lagipun kita tahu suami Bunga itu kacak, mestilah dijaga betul-betul, takut nanti dicilok atau dikebas orang!

Murai Batu tak kisahlah di mana Asraf hendak menetap atau bagaimana stail loghat yang Ashraf nak cakap, tapi Murai Batu harap Ashraf akan dapat menjadi ketua keluarga yang bagus dan tegas. Mana-mana yang kurang sesuai janganlah jadi Pak Turut, sepertimana aksi mereka dalam satu majlis seperti yang dipaparkan dalam sebuah majalah fesyen Indonesia, baru-baru ini. Ia kurang sesuai dengan budaya ketimuran tetapi mungkin sebab di tempat orang, belasah ajelah.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails