Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Asmidar Ahmad. Show all posts
Showing posts with label Asmidar Ahmad. Show all posts
Keluarga Asmidar Kekalkan Tradisi Anyam Ketupat
Penyanyi Asmidar menyifatkan sambutan Aidilfitri tidak akan bermakna buat dia serta keluarga sekiranya aktiviti tahunan mereka iaitu menganyam ketupat beramai-ramai tidak dilakukan.
Asmidar atau nama sebenarnya Nor Hasmidar Ahmad, 28, berkata, aktiviti itu sudah menjadi tradisi mereka sejak dahulu lagi dan mereka lebih gemar membuat sendiri ketupat tersebut berbanding membeli yang sudah siap dibungkus di pasaraya.
"Sebenarnya sambutan raya kami bersifat sederhana sahaja tetapi yang menjadi meriahnya apabila semua orang wajib ditugaskan menganyam ketupat.
"Apabila ramai-ramai yang buat, nak makan pun rasa seronok. Kami akan diberi pembahagian tugas untuk menganyam dan mengisi beras," katanya kepada mStar Online.
Tambah Asmidar yang akan pulang ke kampung halaman ayahnya di Kampung Gadik, Melaka, selain menganyam ketupat, mereka juga akan meluangkan masa beramai-ramai bermain bunga api di halaman rumah.
"Jujurnya, suasana seperti itu sukar untuk kita rasai di bulan-bulan lain selain Syawal. Sebab itu saya akan pastikan untuk meluangkan masa lebih bersama keluarga setiap kali sambutan Aidilfitri," ujarnya.
Sementara itu, Asmidar berkata, dia hanya akan mengambil cuti seminggu pada tahun ini kerana ingin kembali memberi fokus terhadap kerja nyanyiannya lebih-lebih lagi, dia kini sedang sibuk mempromosikan lagu single terbaharunya, Bila Cinta Ada.
"Sebenarnya, selepas cuti raya, jadual saya cukup padat bagi mempromosikan lagu baru saya itu.
"Maklumlah, kerja tidak boleh dilengah-lengahkan. Saya pelru berusaha keras kerana ada misi yang perlu saya capai," tuturnya.
Asmidar Mahu Kembangkan 'Murtabak Mat Labu'
Penyanyi Asmidar tidak malu untuk berniaga bagi membantu keluarganya menjual murtabak di bazar Ramadan Wangsa Maju sepanjang bulan Ramadan ni walaupun sudah popular.
Asmidar atau nama sebenarnya Nor Hasmidar Ahmad, 28, berkata, gerai yang dikenali sebagai Murtabak Mat Labu itu sudah diusahakan sejak 20 tahun lalu dan kerana hasil titik peluh ibu dan ayahnya itu membuatkan namanya dikenali dalam industri hiburan tempatan.
"Popular ke? Haha... Memang sejak kecil lagi saya dibesarkan hasil daripada perniagaan murtabak ibu dan ayah saya. Apabila dewasa, saya pun turut membantu mereka dalam menyambung tradisi perniagaan keluarga itu.
"Tiada apa yang perlu dimalukan kerana ia rezeki halal. Kalau tidak berniaga, pastinya saya akan berasa pelik," katanya kepada mStar Online.
Selain itu, Asmidar turut menjual mi rebus dan roti canai di gerai bazaar Ramadan tersebut.
Tambah Asmidar, dia bakal menyertai sebuah kursus usahawan muda untuk mengembangkan perniagaannya itu menjadi sebuah francais menjual produk sejuk beku murtabak serta roti canai pada empat tahun akan datang.
"Sebagai seorang anak, saya kasihankan ibu dan ayah yang masih bertungkus lumus mencari rezeki berniaga di gerai.
"Jadi saya meletakkan tempoh empat tahun untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan menjadikan murtabak dan roti canai ayah saya menjadi produk sejuk beku untuk difrancaiskan.
Dalam perkembangan lain, Asmidar yang bernaung di bawah Warner Music Malaysia baru saja muncul dengan single lagu baharu Bila Cinta Ada.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
