Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Atie AF. Show all posts
Showing posts with label Atie AF. Show all posts
Selepas lima tahun - Atie AF
BERTAHUN-tahun menunggu akhirnya Atie AF atau nama sebenarnya Suriati Abu Bakar selamat melahirkan anak perempuan, 8 Januari lalu di Hospital Ampang, Selangor.
Berkongsi pengalaman kali pertama ini, Atie menjelaskan ketibaan anak sulungnya ini hadir dengan pelbagai dugaan. Walaupun begitu, permata hati yang diberi nama Zara Rijwani berjaya memberi makna baru buat kehidupannya bersama suami, Saiful Annuar Baharim.
Berkongsi pengalaman pertama kali bergelar ibu, Atie memberitahu ia adalah perasaan yang tidak mungkin sama sekali dapat dibeli dengan wang ringgit.
"Alhamdullilah, setelah lima tahun mencuba, memang ini merupakan waktu yang saya dan suami nantikan. Bercakap soal pengalaman itu memang ini merupakan kali pertama buat Atie.
"Namun boleh Atie katakan ia merupakan antara pengalaman paling indah, terutamanya untuk merasai sendiri saat menyusukan anak," katanya.
Bagaimanapun pengalaman indah ini tidak hadir begitu mudah untuk Atie. Menurut penyanyi yang lahir dari program realiti Akademi Fantasia musim pertama ini, dia terpaksa berada di hospital untuk tempoh selama 37 hari akibat masalah kandungan yang dihadapinya.
"Saya berada di hospital selama sebulan lebih, kerana kandungan saya mengalami masalah, Placenta Previa Type 3.
"Keadaan ini berbahaya untuk kandungan, dan jika berlaku pendarahan doktor terpaksa melakukan pembedahan pada bila-bila masa sahaja," katanya.
Terus berkongsi pengalaman kali pertamanya itu, menurut Atie dia amat bersyukur sepanjang melalui tempoh sukar tersebut suami serta rakan-rakannya yang sering menjadi pembakar semangatnya.
"Suami banyak membantu saya, malah rakan-rakan juga sering hadir melawat ketika di hospital.
"Pada mulanya agak bosan kerana berada sebulan lebih di sana. Bukan mudah sebenarnya namun demi kelancaran waktu bersalin, saya gagahkan juga diri untuk berada di hospital,' katanya yang mengetahui tentang masalah kandungannya itu ketika usianya tiga bulan.
Scrambler jadi teman Atie AF

MINAT terhadap sukan permotoran telah lama berputik di hati, namun kesempatan untuk terjun ke arena berkenaan tidak kesampaian disebabkan teman sejiwa untuk bersama menghabiskan masa mengemudi kuda besi yang diidamkan.
Bagaimanapun, keinginan untuk mencuba dunia scrambler tidak pernah luntur dari hati Suriati Abu Bakar atau lebih dikenali dengan nama seninya Atie AF.
Hajatnya untuk menunggang motosikal jenis scrambler itu akhirnya tercapai apabila suami yang dikahwininya empat tahun lalu membeli sebuah motosikal Kawasaki KLX 150 setahun lalu.
Bermula dengan jelingan - jelingan manja melihat cara dan skill suaminya, Saiful Ibrahim menunggang motosikal berkenaan, Atie memberanikan diri mencuba menunggang Kawasaki hijau milik suaminya itu.
“Suami pada awalnya tidak benarkan Atie menunggang motor ini, tetapi sebab teringin sangat Atie senyap-senyap bawa tanpa pengetahuan suami.
“Apabila suami pergi kerja, Atie pun ambil kunci dan mula memberanikan diri membawa motor pusing-pusing kawasan rumah,” cerita Atie membuka bicara ketika ditemui di rumahnya di Hulu Klang, baru-baru ini.
Tambah Atie, dia sebenarnya baru lagi belajar menunggang motosikal berkenaan dan belum berani untuk menunggang jauh dari kawasan rumah.
“Mula-mula dulu memang suami tidak mahu ajar Atie kerana risau kalau Atie sudah tahu menunggang, nanti Atie akan menunggang motor pergi ke set penggambaran.
“Tetapi kini, setelah Atie bersungguh-sungguh mahu belajar, hatinya jadi lembut dan mula mengajar perkara-perkara asas dahulu,” akui Atie yang turut minat melukis lukisan abstrak.
Cerita bekas pelajar program realiti Akademi Fantasia itu lagi, minatnya terhadap sukan berkenaan bermula sejak kecil tatkala bersama dengan rakan-rakannya menunggang basikal jenis BMX di kampung.
Selain itu jelasnya minatnya semakin meluap-luap apabila melihat peminat-peminat sukan berkenaan yang sering berulang-alik melalui kawasan rumahnya di Janda Baik, Bentong, Pahang.
“Apabila melihat ‘geng-geng’ scrambler itu lalu depan mata Atie terutamanya ‘geng’ wanita, Atie rasa tercabar dan kalau boleh ingin bersama menyertai mereka.
“Tapi itulah Atie tidak jumpa dan tidak tahu bagaimana untuk menyertai mereka,” jelas Atie jujur kepada S3.
Dalam pertemuan kira-kira tiga jam petang itu, semangat Atie untuk menyelami dunia scrambler jelas kelihatan apabila Atie diperkenalkan dengan beberapa orang ahli kumpulan UK The Bike Racing Team.
Lantas Atie tidak melepaskan peluang untuk bermesra-mesra dengan trek yang menjadi port lepak kumpulan berkenaan di Kemensah yang tidak berapa jauh dari rumahnya.
“Atie selalu nampak mereka di hujung simpang jalan hendak masuk ke rumah Atie tetapi tidak berani hendak bertegur sapa.
“Sekarang ini sudah berkenalan insya-Allah lepas ini akan selalulah Atie turun ke sini untuk berguru dengan mereka,” ujar Atie bersungguh.
Kesempatan turun ke trek petang itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Atie apabila bersama dengan dua ahli wanita kumpulan berkenaan iaitu Suzana Shamsudin, 35, dan Juliana Kamaruddin,24, untuk mendalami selok-belok dunia scrambler.
“Seronok sangat dapat masuk trek. Walaupun ini kali pertama Atie bawa motor jauh dari rumah namun Atie rasa lebih yakin untuk menunggang.
“Selepas ini, Atie ingin membeli kelengkapan pula seperti jaket, seluar dan kasut yang sesuai untuk scrambler.
“Mungkin selepas itu nanti boleh berlumba dengan suami pulak,” seloroh Atie.
Selain Suzana dan Juliana, Atie petang itu turut diberikan penerangan berkenaan dengan dunia scrambler oleh orang-orang kuat UK Dirt Bike Racing Team terutamanya Ahmad Nizam Mansjur.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
