Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Audy Item. Show all posts
Showing posts with label Audy Item. Show all posts
Badan Makin Berisi, Audy Item Enggan Berdiet
JAKARTA: Penyanyi Audy Item yang kelihatan semakin berisi sejak berkahwin dengan aktor Iko Uwais enggan mengamalkan diet kerana bimbang dia akan jatuh sakit.
Penyanyi berusia 29 tahun itu berkata, perubahan pada fizikal bukan satu isu buat dirinya kerana baginya yang lebih penting adalah memiliki tubuh badan yang sihat.
“Saya tidak kisah mengenai badan makin naik kerana yang penting saya sihat. Bagi saya, kalau badan makin berisi tapi cantik dipandang, ia tidak mengapa.
“Daripada saya bersusah payah mengamalkan diet dan mungkin akan menjejaskan kesihatan pula, lebih baik begini sahaja,” katanya seperti dilaporkan Kapanlagi.
Audy dan Iko berkahwin pada 25 Jun lalu di Hotel Gran Mahakam di sini.
Sebelum ini, timbul desas-desus yang mendakwa perubahan pada fizikal penyanyi lagu Bila Saja itu berpunca daripada kehamilan. Namun, Audy menyangkal dakwaan itu sekeras-kerasnya.
“Kalau benar saya hamil, sudah tentu saya akan ubah penampilan. Tapi buat masa ini, saya belum hamil. Lihatlah, saya masih memakai seluar jeans dan tiada apa-apa yang berubah,” katanya.
Raya tanpa suami - Audy item
KEMATANGAN yang ditonjolkan dirinya seperti memberi isyarat dia bukan seorang yang rapuh ketika membuat keputusan. Pengalaman selama 12 tahun bergelar penyanyi cukup mendewasakan wanita ini.
Audy Item atau nama sebenarnya Paula Allodya Item, 29, merupakan penyanyi dari negara seberang. Berkunjung ke negara ini baru-baru ini untuk mempromosikan album terbarunya bertajuk Selalu Terdepan, Audy memberitahu, walaupun kebangkitan pemuzik di Indonesia agak ligat, namun itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus berkarya.
"Memang Indonesia banyak melahirkan penyanyi baru.
"Namun saya tidak pernah rasa tercabar dengan peningkatan itu. Bagi saya apa yang penting keikhlasan untuk berkarya," katanya.
Merupakan album keempat darinya, menurut Audy album itu sebenarnya sudah berada di pasaran Indonesia sejak 2010. Memuatkan 10 buah lagu, ia mendapat sambutan yang baik di negara kelahirannya.
Ditanya perbezaan antara album terdahulu, Audy memberitahu kali ini konsep live band yang diketengahkan banyak membuka ruang untuk dirinya memperkenalkan kekuatan muzik secara berkumpulan.
"Alhamdulillah album ini mendapat sambutan yang baik di Indonesia. Kali ini saya dapat mengetengahkan band yang mengiringi saya lebih sedikit," katanya.
Ditanya mengapa agak lewat untuk mempromosikan albumnya itu di Malaysia, Audy berkata, dia tidak mempunyai kuasa untuk menjawab persoalan tersebut.
Namun, dia pasti album ini dapat mengubat rindu peminatnya di sini.
Bagaimanapun menurutnya, untuk tahun ini dia juga bakal muncul dengan album kompilasi lagu-lagu terbaik darinya.
"Saya juga bingung mengapa album ini baru memulakan promosi di negara ini. Namun saya harap ia dapat mengubat rindu peminatnya di sini," katanya.
Audy Item Sedih Berpuasa Tanpa Suami Di Sisi
PETALING JAYA: Penyanyi Indonesia Audy Item meluahkan rasa sedih apabila suaminya, pelakon Iko Uwais tiada di sisi ketika menjalani ibadat berpuasa sepanjang bulan Ramadan ini.
Audy atau nama sebenarnya Paula Allodya Item, 29, berkata, Iko terpaksa memenuhi jadual penggambaran sebuah filem arahan pelakon Keanu Reeves di Amerika Syarikat (AS).
"Kesibukannya bersambung-sambung sejak mendirikan rumah tangga pada 25 Jun lalu. Sebelum ke AS, penggambarannya dijalankan di Hong Kong.
"Jadi, pertama kali menjalani ibadah puasa sebagai isteri tanpa suami di sisi membuatkan perasaan saya sedikit sedih dan sebak.
"Namun saya bersikap positif dengan memikirkan kesibukan yang dilaluinya adalah untuk kami sekeluarga," katanya.
Tambah Audy, memandangkan perasaan rindu semakin membuak-buak, dia mungkin akan ke AS meluangkan masa bersama.
Dalam pada, ketiadaan suami di sisi tidak bermakna dia melalui bulan Ramadan dengan keadaan yang sedih.
Sebaliknyan kegemaran Audy yang suka memasak membuatkan dia gemar menjemput rakan-rakannya ke rumah untuk berbuka puasa bersama.
"Saya seorang yang gemar memasak dan inilah aktiviti saya jika tiada kerja-kerja nyanyian.
"Antara masakan kegemaran yang sering dibuat ialah makanan barat seperti daging panggang serta masakan Sunda," tuturnya.
Tuduhan Hamil Sebelum Nikah, Audy Bidas Media Indonesia
PETALING JAYA: Penyanyi Indonesia, Audy Item membidas kenyataan daripada media negaranya yang menuduh dia telah mengandung sebelum bernikah dengan pelakon Iko Uwais pada 25 Jun lalu.
Audy atau nama sebenarnya Paula Allodya Item, 29, berkata, berita itu hanyalah gosip rekaan media negaranya yang gemar membuat tuduhan sekiranya terdapat artis yang bernikah tanpa membuat sebarang pengumuman.
"Itu hanya gosip. Di Jakarta, apabila pasangan artis itu berkahwin secara tiba-tiba, pihak media di sana akan membuat pelbagai tuduhan termasuklah menuduh kita hamil sebelum nikah.
"Sama juga dengan saya di mana mereka lihat kami baru sahaja menjalinkan hubungan cinta pada awal Februari lalu dan kini, sudah bergelar suami isteri.
"Bagaimanapun, seperti yang anda lihat, saya tidak hamil, tetapi saya teringin untuk mendapatkan anak bersama Iko nanti," selorohnya.
Audy ditemui pada sesi ramah mesra bersama media bagi mempromosi album terbarunya berjudul Selalu Terdepan di Red Box The Gardens di sini baru-baru ini.
Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Untuk Sahabat itu, walaupun pelbagai spekulasi dan tuduhan yang dilemparkan dia tidak mengambil endah masalah berkenaan.
Sebaliknya, dia mahu memberi fokus kepada kehidupan baru bagi menggalas tanggungjawab sebagai isteri terhadap suaminya.
"Jujur saya katakan, kami sangat bahagia dan rasanya, perkenalan yang singkat bukanlah penghalang untuk kami mempunyai hubungan akrab dan saling mencintai antara satu sama lain.
"Bagaimanapun, sekarang ini saya bersendirian kerana Iko sedang sibuk dengan penggambaran filem arahan pelakon Keanu Reeves di Hong Kong. Rindu sangat pada dia," ujarnya.
Mengenai album terbaru Audy, ia telah dipasarkan di Indonesia pada hujung tahun 2010.
Memuatkan sebanyak 10 buah lagu, Audy berkata, lagu yang paling disukainya adalah Pencuri Hati, yang ditujukan khas buat Iko.
"Lagu Pencuri Hati dihasilkan ketika saya baru sahaja putus cinta dan lagu tersebut seperti mendoakan supaya saya mendapat jodoh yang baik dan menemui insan yang menyayangi saya.
"Alhamdulillah, doa itu termakbul dan kini Iko adalah teman sehati sejiwa saya," tuturnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
