Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Aweera. Show all posts
Showing posts with label Aweera. Show all posts
"Orang Lain Buat Salah Nama Saya Busuk" - Aweera
Penyanyi Aweera menyedari ada pihak tidak berpuas hati dengannya apabila dia dikatakan mungkir janji dan sering membatalkan persembahan di saat-saat akhir jika mendapat tawaran lebih lumayan.
Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham, 25, berkata, tuduhan berkenaan tidak adil kerana dia juga mangsa dalam situasi itu kerana kebanyakan urusan persembahan diuruskan oleh pihak syarikat rakamannya, Sony Music.
"Saya sebenarnya sudah letih apabila pelbagai tuduhan dilemparkan kepada saya tanpa orang tahu mengenai situasi sebenar.
"Tetapi kesalahan yang dibuat oleh pihak lain dituding jari ke arah saya tetapi sebenarnya saya juga mangsa keadaan.
"Tuduhan itu tidak adil kerana saya bukan seperti didakwa malah ada tawaran dibuat syarikat pengurusan saya sendiri tidak dimaklumkan tetapi akhirnya nama saya yang busuk," katanya.
Dalam pada itu, Aweera berkata, dia juga tidak pernah bersikap 'demand' terhadap tawaran diberikan kerana sedar dia bukan seorang penyanyi bertaraf kelas atas untuk berbuat demikian.
Malah kata Aweera, selain persembahan diuruskan pihak Sony Music, dia bersama pengurusnya turut mencari tawaran dan ia bukan datang bergolek kepadanya.
"Saya bukan penyanyi yang bayarannya sekali menyanyi boleh menapung perbelanjaan untuk sebulan tetapi orang salah faham ingat saya bersikap 'demand' dan sesuka hati membatalkan persembahan.
"Saya cari tawaran sendiri kerana ini punca rezeki saya dan takkan saya hendak buat seperti apa yang didakwa itu. Apa yang berlaku adalah masalah komunikasi," katanya.
Sementara itu, Aweera berkata, dakwaan dan kontroversi yang melandanya sebelum ini banyak mengajar dia menjadi lebih matang.
"Hendak kata saya lama atau baru sangat sebagai penyanyi tidak juga tetapi banyak saya belajar dan ia mematangkan saya.
"Saya tidak pernah anggap diri saya besar dalam industri dan tahu kedudukan saya," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Aweera berkata, dia bakal muncul dengan single terbaharunya selepas sambutan hari raya nanti.
Aweera Sangkal Putus Rezeki Selepas Kontroversi Mojo
Penyanyi Aweera menyangkal dakwaan kononnya dia kini tidak mempunyai sebarang tawaran persembahan selepas dilanda kontroversi bersama kumpulan Mojo akhir tahun lalu.
Aweera atau nama sebenar Nasharul Aweera Noriyissham, 24, berkata, perjalanan karier nyanyian solonya semakin rancak malah baharu sahaja melancarkan single berjudul Terhakis.
"Alhamdulillah setakat ini tawaran masih ada biarpun pelbagai tohmahan negatif yang saya terima selepas 'drama' bersama Mojo sebelum ini.
"Dakwaan kononnya saya langsung tidak mendapat tawaran itu adalah sama sekali tidak benar," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.
Bercakap lanjut mengenai perkara itu, Aweera berkata, sebagai seorang penyanyi dia tidak boleh berpeluk tubuh dan menanti tawaran datang sebaliknya perlu berusaha untuk memajukan diri.
Bagaimanapun kata Aweera, dia tidak dapat berbuat apa-apa sekiranya ada pihak enggan memanggilnya mengadakan persembahan hanya kerana kontroversi sebelum ini.
"Pada saya perkara itu terpulang kepada diri sendiri kerana jika kita berusaha Insya-Allah, Tuhan akan membuka rezeki kita.
"Bagaimanapun pada pihak yang tidak mahu memanggil saya mengadakan persembahan itu saya tidak boleh berkata apa-apa," ujarnya.
Sementara itu, Aweera berkata, dia enggan mengenang tentang kontroversi melandanya sebelum ini kerana mahu memulakan kehidupan baru menerusi karier solonya.
Jelas Aweera, dia juga enggan mempedulikan kata-kata negatif dilemparkan kepadanya kerana sedar tidak dapat memuaskan hati semua pihak.
"Saya tidak terkesan dengan apa yang orang hendak perkatakan tentang saya kerana paling penting saya tahu kedudukan sebenar," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Aweera berkata, dia kini giat mempromosikan lagu Terhakis dengan membuat kemunculan dalam program televisyen dan temubual radio.
Lagu itu ditulis dan digubah sendiri oleh Aweera dengan bantuan rakannya yang juga komposer, Amir Syawal.
"Sebelum kedatangan bulan Ramadan saya kini sedang bersungguh-sungguh untuk mempromosikan Terhakis dan Alhamdulillah ia mendapat sambutan baik daripada peminat," katanya.
Aweera jawab gosip
MENGANGGAP tuduhan meminta bantuan kewangan VIP sebagai cerita tidak berasas dan fitnah, Aweera menafikan sekeras-kerasnya cerita yang disiarkan oleh Pancaindera minggu lalu.
Baginya, dakwaan tersebut mengarut dan dia sendiri tidak mengetahui siapakah VIP yang dimaksudkan dalam rencana itu.
"Semua itu fitnah dan tuduhan yang mengarut. Saya tak pernah minta bantuan kewangan mana-mana VIP. Perkara ini sangat memalukan saya sebagai anak seni.
"Buruk sangatkan bekerja sebagai penyanyi sehingga perlu minta duit VIP? Saya tak pernah lagi buat kerja macam itu dan saya anggap ini untuk menyebar cerita negatif tentang saya," tegas Aweera.
Menjelaskan lebih lanjut perkara berkenaan, Aweera tidak menafikan yang dia cukup malu dengan pandangan masyarakat tentang isu tersebut. Lebih memalukan apabila dia sendiri tidak pernah berbuat demikian.
Paling dikesalkan apabila keluarganya di kampung turut terkena tempias dan terkejut dengan gosip tersebut. Namun awal-awal lagi dia telah menjelaskan perkara sebenar untuk meleraikan kekusutan.
"Kalau benar saya ada ada berhutang atau ada minta bantuan VIP kenapa VIP berkenaan tak jumpa saya? Kenapa tak tanya saya sendiri kalau ada masalah atau tak puas hati.
"Jika saya pernah berurusan dengan dia sepatutnya dia jumpa saya terus. Tak payah nak libatkan pihak media untuk mengaibkan saya kalau benar saya pernah berurusan dengannya," tegas Aweera tetapi tidak menyebut siapa VIP yang dimaksudkan itu.
"Saya jenis orang yang gentleman kalau rasa tak puas hati, apa kata datang jumpa saya dan cakap depan-depan. Saya anak jantan. Kita berterus terang dan kita selesai baik-baik.
"Ini melibatkan maruah saya. Mana nak letak muka apabila bertemu peminat dan masyarakat? Satu kerja pula saya nak terangkan perkara sebenar," luah Aweera lagi.
Mengakui sedikit tertekan dengan tuduhan tersebut, Aweera berkata cerita ini mungkin berpunca daripada orang yang sakit hati dan dengki dengan dirinya.
Walaupun kerjaya seninya tidak segah penyanyi popular yang lain namun tegasnya dia belum sampai ke tahap untuk meminta-minta.
"Saya masih ada undangan menyanyi dan bukan tak berduit langsung. Walaupun tak banyak tapi tak sampai mengharapkan duit mana-mana VIP untuk menyara kehidupan saya.
"Kalau saya minta duit mereka sudah lama saya kaya. Tak payah menyanyi dan boleh hidup mewah dengan cara macam itu. Senang kerja kalau main minta-minta wang orang ini," katanya penuh makna.
Diisytiharkan Muflis, Aweera Mahu Peminat Ambil Iktibar
Vokalis kumpulan Mojo iaitu Aweera, meminta orang ramai terutamanya golongan muda mengambil iktibar berhubung isu dia diisytiharkan muflis.
Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham, 22, berkata, kejadian itu memberi pengajaran yang besar buatnya di mana dia tidak akan terpedaya dengan tawaran-tawaran melibatkan pinjaman bank lagi pada masa akan datang.
"Apa yang telah berlaku ini memberikan pengajaran sangat besar buat diri saya. Walaupun ia berkaitan hutang lama, kesannya sampai bila-bila.
"Selepas berita mengenai pengisytiharan saya muflis dipaparkan di media, saya harap orang ramai terutamanya golongan muda jangan mudah terpedaya dengan pelbagai skim pinjaman bank tanpa usul periksa.
"Lebih-lebih lagi apabila kita tidak memiliki kewangan yang stabil atau rasa tidak yakin untuk membayar semula hutang," katanya.
Aweera ditemui pada majlis pelancaran lagu tema filem Vikingdom dan penyerahan anugerah platinum yang diterimanya sebanyak lima kali dari Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).
Nama Aweera hangat diperkatakan apabila dia diisytiharkan muflis sejak 11 Julai lalu dan dilaporkan dalam sebuah akhbar pada 4 Ogos lalu.
Bekas peserta finalis One In A Million 3 (OIAM3) itu bagaimanapun enggan mengulas panjang berkenaan isu tersebut dan akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Insolvensi mengenai hutang berkenaan.
Tambah Aweera, berita dirinya muflis juga sedikit sebanyak membuatkan dia segan untuk berdepan dengan orang ramai namun akur dengan keadaan tersebut.
"Perkara ini memang sangat peribadi. Apabila ia dihebohkan, rasa segan itu memang ada. tetapi nak buat macam mana? Saya hanya mampu berfikiran positif dan pandang ke hadapan serta berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini," ujarnya.
Saya telah disabotaj rakan sendiri - Aweera
USIANYA baru sahaja mencecah 22 tahun, tetapi vokalis kumpulan Mojo, Aweera berhadapan dengan pengalaman pahit apabila telah diisytiharkan muflis.
Perkara berkenaan tersebar menerusi satu notis yang telah dikeluarkan oleh sebuah akhbar pada 11 Julai lalu, malah pemilik nama sebenar Nasharul Aweera Norhissham turut mengakuinya.
Berkesempatan bertemu dengannya semasa majlis rumah terbuka anjuran KRU Studios di Cyberjaya baru-baru ini, pelantun lagu Andaiku Bercinta Lagi itu enggan mengulas lanjut.
Tegasnya, dia mahu semua permasalahan yang melanda dirinya itu diselesaikan terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan kepada mana-mana pihak.
Kosmo!: Kalau tidak keberatan, boleh Aweera jelaskan dengan lebih lanjut berhubung pengisytiharan muflis tersebut?
AWEERA: Saya ingin memohon maaf kerana tidak boleh bercerita dengan lebih mendalam. Apa yang boleh saya katakan, ia masih lagi dalam proses untuk diselesaikan.
Ketika ini saya masih lagi berbincang dengan pihak bank dan mencari jalan supaya perkara ini dapat diselesaikan. Kalau sudah ada keputusan muktamad dibuat, barulah saya akan buat kenyataan.
Apakah tujuan Aweera membuat pinjaman?
Rasanya ia terlalu peribadi untuk diceritakan kepada umum, namun ia merupakan pinjaman peribadi yang dibuat ketika saya berusia 19 tahun dan sudah bekerja di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di unit kebudayaan.
Adakah Aweera telah ditipu oleh mana-mana pihak sehingga tidak mampu membuat bayaran dan diisytiharkan muflis?
Semasa bekerja dahulu tidak dinafikan memang ada rakan sekerja yang mempunyai hasad dengki. Saya akui semua yang terjadi ini akibat daripada sabotaj oleh rakan sendiri.
Adakah masalah ini telah menjejaskan karier Aweera selaku seorang penyanyi?
Apabila ramai yang sudah mendapat tahu mengenai perkara ini terdapat sedikit tekanan yang saya rasai, terutamanya ada yang telah bertanya mengenainya.
Jadi, untuk menghilangkan rasa tekanan yang dialami itu, saya lebih fokus kepada kerja. Saya tidak mahu terlalu memikirkan sangat dan berharap semuanya dapat diselesaikan.
Adakah pihak KRU Studios turut campur tangan dengan masalah yang dihadapi Aweera?
Memandangkan ini merupakan masalah peribadi saya sendiri, mereka langsung tidak masuk campur. Namun begitu, mereka telah menasihati saya supaya mencari jalan terbaik dan tenang berhadapan dengan segala cabaran yang dilalui ini.
Bagaimanakah pula dengan perkembangan Aweera bersama Mojo sekarang?
Ketika ini kami baru sahaja selesai merakamkan lagu runut bunyi untuk filem Vikingdom yang berjudul Dark Clouds. Lagu hasil ciptaan Edry dan Yusry Abdul Halim itu boleh dikatakan single terbaharu Mojo selepas Andaiku Bercinta Lagi.
Isu Muflis: Aweera Bincang Dengan Bank, Akui Karier Terjejas
Beberapa minggu lalu peminat hiburan tanah air dikejutkan dengan beritabahwa vokalis kumpulan Mojo, Aweera, mengakui namanya tertera dalam notis isytihar muflis ekoran menanggung beban hutang lama.
"Saya tak mahu libatkan peribadi dalam karier saya. Perkara itu (muflis) masih lagi dalam proses perbincangan. Jadi saya tak boleh nak komen lebih sebab saya sedang cuba berbincang dengan pihak bank.
"Saya buat pinjaman tersebut sewaktu umur saya 19 tahun dan ketika itu saya bekerja di Unit Kebudayaan di Universiti Sains Malaysia Perlis (UniMAP). Untuk apa pinjaman tu? Saya tak boleh beritahu sebab ia terlalu peribadi.", katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai hal itu.
Pemilik nama Nasharul Aweera NorHissham, 22, ditemui pada Majlis Rumah Terbuka KRU Studios, di Cyberjaya, petang semalam.
Pada 5 Ogos lalu sebuah akhbar melaporkan Aweera diisytiharkan muflis sejak 11 Julai 2013. Dalam notis yang disiarkan akhbar itu, satu mesyuarat akan diadakan bersama dengan Jabatan Insolvensi mengenai sejumlah hutang yang dibuat oleh Aweera dengan salah sebuah bank tempatan pada 23 Ogos depan bagi membincangkan hal berkaitan.
Dalam pada itu Aweera mengakui isu yang sedang dihadapinya ini sikit sebanyak menjejaskan karier seninya.
"Karier sikit terjejas lah. Tapi saya tak kisah, apa yang orang nak cakap, biar lah mereka cakap. Ini juga satu pengajaran buat saya", katanya.
Sementara itu mengenai perkembangan terkini Mojo, kumpulan yang popular dengan lagu Andai Ku Bercinta Lagi ini baru saja muncul dengan single terbaru, Dark Clouds. Lagu tersebut merupakan lagu runut bunyi bagi filem terbaru terbitan KRU Studios, Vikingdom yang akan ditayangkan di pawagam pada September depan.
"Dah lebih kurang setahun Mojo tak ada single baru. Kami baru saja muncul dengan single Dark Clouds. Lagu ni berentak Rock klasik, ala-ala Muse sikit. Selain tu kami juga akan releasekan single ketiga berjudul Roman Cinta", katanya.
- mD
Kenyataan Disalah Erti, Aweera Tidak Tiru Awie
PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Mojo iaitu Aweera terkilan apabila kenyataannya dalam sebuah akhbar mingguan minggu lalu telah disalah erti sehingga menimbulkan salah faham dikalangan peminatnya dan penyanyi rock, Awie.
Aweera atau nama sebenar Nasharul Aweera Noriyissham berkata, dia tidak pernah memberitahu meniru cara nyanyian Awie ketika ditanya mengenai persamaan yang berlaku di antara mereka sebaliknya mengagumi dan menjadikan penyanyi itu sebagai idola.
"Saya cuma kata Awie adalah idola saya dan bukannya meniru gayanya. Kalau bercakap pasal nak jadi seperti Awie dan menyanyi sepertinya memang tidak akan ada orang boleh lawan beliau.
"Saya sebagai penyanyi baru memang kagum dengannya dan meminatinya sejak kecil," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.
Dalam pada itu, Aweera berkata dia tidak pernah berniat untuk menimbulkan kontroversi dengan kenyataannya itu sebaliknya cuba bekerjasama dengan wartawan apabila ditanya pelbagai soalan.
Aweera mengakui, sikapnya yang suka bergurau mungkin telah menyebabkan salah faham dengan apa yang dikatakannya sehingga dipandang serius oleh sesetengah pihak.
"Bukan nak salahkan sesiapa tetapi memang tiada niat untuk cetuskan apa-apa kontroversi sebegini dan perkara ini juga saya sudah dijelaskan kepada wartawan yang menulis artikel itu," katanya.
Sementara itu, Aweera yang bakal muncul dengan filem pertamanya berjudul Left Wings memberitahu ingin lebih serius dalam dunia lakonan selepas ini dan berharap filem berkenaan akan mendapat sambutan baik daripada peminat.
Dia mengambil keputusan untuk serius dalam bidang lakonan kerana ingin mengembangkan kerjaya seninya selain nyanyian.
"Saya mendapat tawaran berlakon filem berkenaan selepas menghadiri uji bakat yang diadakan dan apabila merasai pengalaman berada di set penggambaran saya jadi seronok dan ingin melakukannya lagi," katanya.
Bagaimanapun kata Aweera, itu bukan bererti dia akan meninggalkan dunia nyanyian kerana baginya kumpulan Mojo adalah keutamaannya buat masa ini.
Filem arahan Faisal Caal Ahmad itu turut menampilkan pelakon Shikin Kamal dan akan ditayangkan pada 30 Ogos ini.
Dalam perkembangan lain, Aweera akan menyambut Hari Raya di kampung halamannya di Kangar, Perlis selama seminggu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]

