Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Azwan Ali. Show all posts
Showing posts with label Azwan Ali. Show all posts

HANYA KERANA SALAH FAHAM - AZWAN ALI SEKALI LAGI MAKI PEMINAT

Masih ingatkah lagi anda pasal isu Menate? Terkini perkara tersebut berulang lagi apabila Azwan Ali atau Diva AA ini memaki hamun peminatnya hanya kerana salah faham dengan perkataan singkatan bagi negeri Johor Bahru iaitu JB. Semua berpunca apabila seorang peminat bertanya jika rendang hasil air tangan Diva AA yang cukup terkenal dan popular sekarang boleh dijual sehingga ke Johor Bahru. Tanpa sebarang usul periksa, Azwan menggeluarkan kata-kata kesat kepada peminat di Instagram beliau selepas menyangka individu tersebut mempersoalkan jika Azwan kini sudah tidak ada 'job'. Alahai Azwan kan dahulu sudah minta maaf pasal isu Menate kenapa lah perlu ulang lagi? Kami rasa ramai je yang tahu maksud singkatan JB tu kan? Apa salahnya tanya apa maksud perkataan itu kalau tak faham, peminat itu pun nak sokong produk jualan anda bukan nak cari gaduh.

Azwan Ali Sudah Serik, Mahu Hentikan Semua Kontroversi

PETALING JAYA: Pengacara dan personaliti televisyen, Azwan Ali menegaskan dia sudah serik dan tidak mahu lagi terbabit dengan sebarang perbalahan dan kontroversi seperti sebelum ini. Azwan berkata, dia berharap kemunculan semulanya di persada hiburan tanah air selepas empat tahun setengah menyepi dapat dimanfaatkan untuk menghasilkan program televisyen dan kerja seni yang baik kepada masyarakat. “Empat tahun setengah saya mendiamkan diri tetapi masih ramai peminat yang menantikan dan merindui kemunculan saya. Saya sedar ada segelintir pihak yang tidak suka tetapi saya tidak peduli mengenai perkara itu. “Kalau boleh, pada tahun ini saya sudah tidak mahu lagi terlibat dalam kontroversi atau pergaduhan dengan mana-mana individu. Saya mohon kemaafan pada semua atas kesilapan saya dan mahu hentikan semua kontroversi yang pernah saya cetuskan sebelum ini,” katanya kepada mStar Online. Pengacara program Cit Cat Azwan Ali itu berkata demikian ketika ditemui pada acara jelajah program MasterChef Selebriti di pusat belah belah One Utama di sini, baru-baru ini. Azwan berkata, dia berasa bersyukur dan gembira kerana kemunculannya semula dalam industri hiburan mula mendapat respons yang positif daripada pelbagai pihak termasuk stesen televisyen dan media. “Saya bersyukur dengan reaksi positif sejak saya muncul semula dalam beberapa program televisyen pada tahun ini. Stesen televisyen dan media yang pernah bersikap dingin kepada saya sebelum ini mula memberikan peluang. “Saya bakal terlibat dalam beberapa projek program televisyen swasta dalam waktu terdekat. Malah, saya juga mula mendapat liputan daripada media kebelakangan ini. Ia perkembangan yang baik,” katanya. Ditanya mengenai kritikan penonton berhubung kontroversi yang dicetuskan dalam program MasterChef Selebriti yang kini ditayangkan di Astro Ria, Azwan berkata dia hanya menjadi dirinya sendiri sepanjang terlibat dalam program realiti masakan itu. “Saya tidak perlu hipokrit atau menjadi orang lain hanya kerana terlibat dalam program realiti. Apa juga yang dilihat dalam program itu adalah warna sebenar saya dan bukan gimik yang diaturkan oleh Astro. “Rasanya ramai sudah tahu perangai sebenar saya. Walaupun ramai yang mencemuh dan mengkritik, ada juga yang suka dan menonton kerana ingin melihat kerenah dan perangai telus saya dalam program itu,” katanya. Selain Azwan, antara barisan selebriti yang turut serta adalah Raja Azmi, Juliza Adlizan, Datuk Fazley, Dr Faiz, Angah (Raja Lawak), Farouk Hussain dan Siti Sarah Raisuddin. MasterChef Selebriti kini disiarkan pada setiap Sabtu hingga Selasa pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Azwan Ali Berdamai & Mohon Maaf Terhadap Umie Hafilda


PETALING JAYA: Bekas pengacara televisyen, Azwan Ali, membuat aku janji dan memohon maaf secara terbuka kepada adiknya, Ummi Hafilda Ali termasuk para pemimpin politik dan artis yang selama ini tersinggung dengan mesejnya menerusi laman sosial Twitter.

Azwan turut berjanji tidak akan menghantar sebarang Twitter mengenai politik dan isu-isu semasa pada masa akan datang.

Azwan juga mengaku terpengaruh dengan hasutan daripada pelbagai sudut dan mereka yang berkepentingan politik ketika menghantar entri menerusi Twitter kepada para pemimpin Barisan Nasional (BN).

Beliau turut mengaku pernah mencanangkan abangnya, Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Parlimen Gombak bakal menjadi Menteri Besar Selangor.

Perkara tersebut dilakukan atas keghairahannya dengan rasa bangga apabila mendapat maklumat itu yang didakwanya diberitahu sendiri oleh ‘seseorang dalam Kerajaan Negeri Selangor’.

Ummi Hafilda dan Azwan, kedua-duanya tampil mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur pada Rabu.

Azwan melakukan akuan bersumpah itu kerana mengakui dirinya dalam kekhilafan.

“Saya melakukan akuan bersumpah ini kerana saya akui yang saya terkhilaf dan kerana bersandarkan hasil hasutan-hasutan... Sidang media ini adalah untuk jernihkan keadaan.

“Dia (Ummi Hafilda) bukan wanita keji. Saya mohon maaf kepada Ummi juga kerana tuntutan ibu yang tabah menghadapi dugaan kerana pergolakan anak-anak,” katanya lagi.

Sementara itu Ummi Hafilda akan menarik balik laporan polis yang dibuat Azwan.

Tindakan itu diambil selepas Azwan memberi jaminan akan melakukan akuan bersumpah di hadapan media dan memastikan keselamatannya terjamin.

“Berkat doa ibu. Kami yang hampir tujuh tahun tidak bertegur sapa dan daripada musibah ini, kami berdamai. Saya bersyukur, Allah makbulkan doa ibu,” katanya.

Polis pada Jumaat lalu menahan Azwan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan jenayah yang dipercayai dilakukan terhadap adiknya, Ummi Hafilda.

Ummi Hafilda membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada hari yang sama yang antara lain mendakwa Azwan membuat ugutan untuk membunuh dan membakarnya melalui Twitter.

Namun, kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kerana kejadian tersebut berlaku di kediaman Ummi Hafilda di Kota Damansara di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, susulan laporan itu, polis memanggil dan menahan Azwan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah terhadap Ummi.

Difahamkan, berdasarkan keterangan yang diambil daripada Azwan pada hari berkenaan, beliau mendakwa ugutan itu dibuat atas arahan abangnya, Azmin Ali dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kandungan Twitter berkenaan.

Buku 'Selamat Tinggal Dunia Pondan' singkap sejarah hidup Azwan?


Suasana rumah terbuka Hari Raya Azwan Ali. -Foto THE STAR oleh SHAARI CHE MAT

APA yang menyebabkan selebriti terkenal Azwan Ali tiba-tiba ingin menulis buku tentang kisah pondan? Dan apa agaknya yang begitu menarik tentang pondan yang mencuit hati Azwan sehingga terpanggil untuk menulis catatan tentang kaum ini.

Bagi Azwan, tidak timbul samada kisah pondan adalah kisahnya. Ini adalah kerana semua itu hanya akan terjawab bila buku itu dibaca nanti.

"Kebetulan sebelum saya pergi umrah tempoh hari pihak Karangkraf ada berbincang tentang hasrat mereka untuk menerbitkan buku saya. Jadi saya terfikir tentu menarik kalau kandungan buku saya itu menyingkap kisah hidup pondan," jelas Azwan yang selalu dilanda kontroversi disebabkan kelantangannya menyuarakan sesuatu pandangan.

Menurut Azwan, dia sengaja memilih judul yang sensasi begitu untuk menarik perhatian orang membaca.

"Terpulanglah...kalau orang nak kata saya propa atau sengaja mencari sensasi. Yang penting buku itu akan memuatkan kisah hidup seorang pondan. Saya begitu teruja untuk menyiapkan buku ini kerana subjeknya very interesting walaupun intipatinya saya tidak mahu dedahkan.

"Ianya kisah sebenar, ada unsur sindiran dan juga sensasi. Dan tentu sekali kontroversial. Sekali imbas tajuknya saja sudah cukup membuat pembaca tertanya-tanya apa agaknya kandungan buku ini," kata Azwan yang mendapat idea menulis buku ini dari pengamatan kisah hidup kawan-kawan dan pembacaan.

Yang menguatkan Azwan untuk berkarya ialah kerana dia semakin seronok dalam bidang penulisan ini. Tambahan bila laman webnya (silaserazwanali.blogspot.com) mendapat sambutan yang hangat sejak akhir-akhir ini.

"Saya cukup teruja menulis kerana banyak bahan-bahan di keliling saya. Ada saja ilham yang datang. Salah satu ialah bahan untuk dimuatkan di dalam buku itu.

"Biarlah pembaca sendiri yang menilai hasil tulisan saya. Yang pasti isi kandungannya sesuatu yang dinanti-nantikan. Saya sendiri dapat rasa yang kehidupan saya semakin indah sejak saya berubah. Keindahan itu hanya saya dan orang-orang yang rapat dengan saya dapat rasakan," kata adik kepada ahli politik Azmin Ali ini.

Azwan Ali semasa sesi fotografi di Menara Star pada awal tahun ini. -Foto THE STAR oleh AZLINA ABDULLAH

Kemungkinan besar, buku itu akan siap pada awal tahun depan dan dilancarkan pada bulan Ramadhan.

"Saya ingin lancarkan pada bulan Ramadhan sempena genap setahun 'penghijrahan' saya," katanya lagi.

Azwan tidak gusar seandainya ada orang yang berkata buku itu adalah satu eksploitasi Azwan Ali.

"Tak apa lah...saya dah masak dengan cakap-cakap orang. Saya akan berkongsi 'eksploitasi' ini bersama peminat-peminat. Bila saya 'terjebak' dan dikelilingi pondan-pondan, ramai peminat saya lahirkan rasa terkilan.

"Semua ini disampaikan kepada saya dan ianya mendatangkan satu keinsafan. Dan rentetan terakhirnya ialah penghasilan buku ini," jelas Azwan. Sambungnya lagi, "Dunia Mak Nyah terlalu rumit untuk dirungkai. Sedikit masa dulu, cerita-cerita macam ini mendapats ambutan dalam drama, filem dan teater. Saya harap pihak tertentu tidak akan prejudis dengan buku ini.

"Perkara-perkara yang mengaibkan dan tidak manis atau yang berkait tentang seks, saya tidak akan sentuh. Saya tidak begitu terbuka. Semua itu akan dibatasi dengan berhemah," kata selebriti berusia 43 ini.

Jadi apakah sebenarnya dunia pondan yang dimaksudkan Azwan?

"Buku 'Selamat Tinggal Dunia Pondan' adalah satu keterbukaan yang ikhlas. Diharap peminat-peminat di luar sana akan nantikan kemunculannya," kata pengacara popular lulusan undang-undang Universiti Malaya ini.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails