Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Berita Dunia. Show all posts
Showing posts with label Berita Dunia. Show all posts

Ferrari jadi 'besi buruk'



DURHAM - Sebuah kereta sport Ferrari 360 Modena yang berharga kira-kira £110,000 (RM601,269) bertukar menjadi 'besi buruk' selepas kenderaan itu terlibat dalam kemalangan ngeri, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta itu terbabas ketika melalui selekoh di sebatang jalan dekat sini sebelum ia terbalik beberapa kali dan terbakar pada Ahad lalu.

Seorang pemilik trak penunda, Eddie Jeacock berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian dia menyangka bahawa nahas jalan raya itu merupakan satu kemalangan maut.

Bagaimanapun, pemandu kereta itu yang berusia 32 tahun dan berasal dari sini cuma mengalami patah buku lali dan dirawat di Hospital Diraja Sunderland.

Kecederaan penumpang Ferrari tersebut iaitu seorang wanita berusia 37 tahun pula lebih serius tetapi tidak mengancam nyawa.

"Sukar untuk percaya bahawa seseorang masih hidup selepas terbabit dalam kemalangan dahsyat seperti ini," kata Jeacock. - Agensi

Lelaki rakam video bogel dilarang layari Internet



CHICAGO - Seorang eksekutif insurans di Illinois, Amerika Syarikat (AS), Michael David Barrett yang merakamkan video bogel pengacara terkenal, Erin Andrews dibebaskan dengan ikat jamin kelmarin tetapi dilarang melayari Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Barrett, 47, dari Westmont diikat jamin sebanyak AS$4,500 (RM15,600) selepas dia dituduh merakamkan secara sembunyi video bogel Erin yang berumur 31 tahun.

Hakim Mahkamah Majistret AS, Arlander Keys turut memerintahkan Barrett memakai gelang pemantauan di kaki selain menjalani perintah berkurung yang ketat. Tertuduh dipercayai merakamkan video mangsa yang merupakan seorang wartawan sukan popular stesen ESPN ketika wanita itu menyewa sebuah bilik hotel di Tennessee dan Milwaukee.

Penolong Pendakwa Raya AS, Steven Grimes berkata, Barrett amat berbahaya dan dia juga didapati mempunyai banyak lagi video bogel beberapa wanita lain yang disebar menerusi Internet.

"Dia menggunakan dua buah komputer dan pelbagai telefon bimbit berkamera yang bakal menjadi bukti mahkamah dengan merakamkan video mangsa melalui sebuah lubang kecil di pintu," kata Grimes.

Video itu kemudian dijual kepada TMZ, sebuah laman web gosip selebriti di Los Angeles yang boleh dimuat turun menerusi Internet. - AP
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails