Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Betty Benafe. Show all posts
Showing posts with label Betty Benafe. Show all posts
BETTY BENAFE SELAMAT LAHIRKAN BAYI PEREMPUAN
Setelah membuat maternity photoshoot pada November lalu, akhirnya Betty Benafe selamat melahirkan anak sulungnya. Apa yang menarik, anak sulung Betty adalah perempuan dan lahir semalam (1 Disember 2013).
"Alhamdulillah... Finally one happy family Insyallah.. Amin," ujar Betty penuh lega apabila anak yang dikandungnya selama ini selamat lahir ke dunia.
Betty Benafe Diserang Ibu Mertua
Disaat ini Betty Benafe dan suaminya, Bruce Darghous sedang melalui detik cukup bahagia dalam melayari rumah tangga mereka. Lebih-lebih lagi aktres dan penyanyi kacukan Melayu-Arab ini bakal bergelar ibu tidak lama lagi.
Bagaimanapun Betty mendedahkan baru-baru ini dia dimarahi oleh temannya, pelakon dan pengacara Yasmin Hani. Lebih malang, Betty yang kini hamil anak sulung telah diserang ibu mertuanya. Apa kes?
"Sebenarnya masa tiga bulan pertama hamil, saya memang sangat lemah. Asyik tidur dan murung saja. Tiada selera makan. Berat badan saya turun 4 kg. Tapi Alhmdulillah bila usia kandungan saya cecah empat bulan, saya mula ada tenaga dan aktif macam sewaktu anak dara dulu. Baru ada selera makan.
"Jadi bila dah ada tenaga, 1 Ramadan lalu saya berpuasa. Walaupun ibu mertua saya dah bagi amaran awal-awal supaya tak perlu puasa tapi saya puasa juga. Sebab saya fikir kalau tak puasa, nanti susah nak ganti semula.
"Hari kedua puasa, ibu mertua saya datang serang saya di rumah. Dia kata, kalau mengandung tak diwajibkan puasa. Tak perlu ganti pun tapi boleh bayar fidyah. Saya baru tahu tentang itu jadi saya tak puasa. Memang sepanjang saya berpuasa tu pun, saya berasa sangat dahaga yang luarbiasa dan cepat lapar", kata Betty Benafe kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui pada majlis berbuka Puasa Universal Music Malaysia dan Rumpun di Restoran Warisan, Dataran Merdeka semalam.
Pemilik nama sebenar Betty Ibtisam Abu Bakar Benafe ini bernikah dengan Bruce Darghous yang berdarah kacukan England dan Lebanon pada 8 Disember 2012.
Tak cukup 'diserang' ibu mertuanya, Betty juga mendedahkan dia teruk dimarahi oleh Yasmin Hani (Hani). Ini kerana pada peringkat awal kehamilannya hingga mencecah tiga bulan dia tidak mengambil vitamin kesihatan. Sehinggalah dia bertanyakan kepada Hani mengenai makanan kesihatan yang diamalkan oleh temannya itu.
"Hani hamil sebulan awal dari saya. Memamg masa tiga bulan tu saya tak bagi tahu sesiapa sebab ikut pesan orang tua-tua. Lagipun saya takut tak 'menjadi'. Tapi lepas tu saya ada tanya pada Hani, dia ambil vitamin apa? Hani terkejut bila dapat tahu yang saya mengandung. Dia mengamuk sebab saya tak ambil apa-apa vitamin.
"Hani cadangkan saya ambil vitamin, buat senaman yoga juga berenang. Pembaca berita TV3, Azwaliza Azman pun ada nasihatkan saya untuk ambil makan kesihatan. Saya banyak rujuk pada teman-teman yang berpengalaman sebab maklum lah anak sulung dan saya tak ada banyak pengetahuan tentang kehamilan", katanya.
Begitu pun Betty merahsiakan jantina bakal anak sulungnya itu kerana dia mahu mengumumkannya sewaktu kemunculan bersama Yasmin Hani menerusi sebuah program khas tentang ibu hamil, tidak lama lagi.
Dalam pada itu Betty turut berkongsi mengenai gelagat suaminya yang nyata begitu teruja bakal bergelar ayah. Beritahu Betty, sejak kebelakangan ini Darghous cukup mengambil berat tentang dirinya.
"Dia ekstra teruja! Dia layan saya sepenuh kasih sayang. Semasa jerebu hari tu, dia langsung tak bagi saya keluar rumah, dia suruh saya duduk dalam bilik saja", ujarnya.
Meskipun berbadan dua, Betty tetap aktif dan kini sedang menjalani penggambaran sebuah drama. Malah dia baru selesai menjalani penggambaran sebuah telemovie untuk saluran Suria TV. Selain itu dia baru saja mereleasekan single berjudul Tak Sengaja.
"Selagi saya kuat, saya akan bekerja. Lagipun saya dah biasa bekerja dan memang tak boleh duduk diam. Suami saya okay, dia tidak letakkan had. Cuma dia selalu ingaatkan saya yang saya sekarang sedang hamil. Sebab, kadang-kadang kerana asyik bekerja, saya terlupa saya ni hamil", katanya yang dijangka bersalin sekitar pertengahan Disember depan.
Betty Benafe Sah Bergelar Isteri Bruce Darghous
JOHOR BARU: Pelakon dan penyanyi Betty Benafe telah selamat dinikahkan dengan pasangannya Bruce Darghous di sebuah majlis kecil yang diadakan di kediaman keluarga di Kempas, dekat sini, Sabtu.
Pasangan ini telah dinikahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Johor, dengan sekali lafaz sahaja.
Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisam Abu Bakar, 33, berkata, dia gembira akhirnya dia dan lelaki kacukan England dan Lebanon itu bersatu sebagai suami isteri.
"Walaupun terdapat pasang surutnya sepanjang menjalinkan hubungan ini, namun saya gembira kerana ia berakhir menjadi sebuah ikatan suami isteri.
"Saya harap perkahwinan ini akan kekal sehingga akhir hayat," katanya.
Majlis pernikahan itu bermula pada pukul 2.30 petang dengan kehadiran tetamu yang terdiri daripada teman-teman rapat serta keluarga kedua-dua belah pihak pengantin dari Kuala Lumpur, Singapura, Jakarta dan England.
Betty yang tampak ayu mengenakan gaun panjang bewarna firus menerima sejumlah mas kahwin dan wang hantaran serta sebentuk cincin dan rantai tangan emas.
Bruce pula tampak kacak bergaya dengan sut hitam.
Majlis resepsi pula akan diadakan pada 12 Disember ini di Pusat Konvensyen Danga Bay dan merancang untuk berbulan madu di Pulau Sipadan, Sabah tidak lama lagi.
Selain sibuk dengan kerjaya seni, Betty juga merupakan seorang usahawan berjaya yang menjalankan perniagaan makanan iaitu restoran Benafee Village di Jalan Abdullah Tahir, di sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]



