Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Boy Iman. Show all posts
Showing posts with label Boy Iman. Show all posts

Isteri Restu Hubungan Rapat Boy Iman & Effa Maembong

Pelakon Boy Iman menjelaskan isterinya, Kumala Dewi Anas tidak pernah menghalang malah merestui hubungan rapat dia dengan kakak kepada aktres Emma Maembong iaitu Effa Maembong yang sudah terjalin sejak tiga bulan lalu. Boy atau nama sebenarnya Norul Iman Abd Rahman, 35, berkata, keterbukaan isterinya terhadap hubungan rapat mereka menyangkal semua dakwaan kononnya Kumala mahu bercerai kerana dia curang. "Isteri tahu saya sedang berkawan dengan Effa dan mereka pernah bertemu semasa anak kami dimasukkan ke hospital dan isteri menerima kehadiran Effa dengan baik. "Paling mengejutkan saya, mereka berdua pula menjadi semakin akrab sejak pertemuan itu dan mereka juga pernah beberapa kali keluar bersama sehingga membuatkan saya keliru kerana isteri sepatutnya berasa marah terhadap saya.
"Tetapi penerimaan Kumala terhadap Effa menjawab punca kami ingin bercerai bukan disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi disebabkan masalah kewangan yang sedang kami hadapi seperti saya jelaskan sebelum ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat. Boy dan Kumala berkahwin pada 11 November 2011 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Norul Emmer berusia setahun enam bulan. Pasangan itu sepatutnya hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur dekat sini pada 2 April lalu untuk mendaftarkan permohonan bercerai namun tidak berbuat demikian. Boy bagaimanapun memberitahu dia akan membuat permohonan cerai di mahkamah sama pada Isnin ini. Dalam pada itu, Boy berkata, biarpun dia teragak-agak untuk bercerai namun kegagalannya membuat permohonan cerai sebelum ini memberi banyak hikmah kepadanya.
Jelas Boy, selain dapat berfikir kembali keputusannya itu dia kini sudah bersedia berbuat demikian kerana sudah tidak ada jalan untuk menyelamatkan rumah tangga mereka itu. "Isteri meminta saya mempercepatkan proses perceraian kami tetapi saya tidak mahu menceraikannya di luar mahkamah dan mahu mengikut saluran betul," katanya. Sementara itu, mengenai Effa, Boy berkata, masih terlalu awal untuk bercakap mengenai hubungan mereka namun tidak menyangkal mereka sedang mengenali hati budi masing-masing. "Sebenarnya saya sudah lama mengenali Effa tetapi kembali bertemu ketika menghadiri majlis perkahwinan kakaknya, Yaya Maembong akhir tahun lalu. Kami kembali rapat sejak tiga bulan lalu selepas saya meminta nombor telefonnya daripada adiknya, Emma Maembong. "Buat masa ini saya selesa berkawan rapat dengannya dan sedang mengenali hati budi masing-masing. Effa seorang yang baik dan memahami saya dan sentiasa berada di sisi saya ketika berada dalam kesusahan," katanya. Dalam perkembangan lain, Boy berkata, dia dan Effa bakal bekerjasama untuk membuka sebuah tapak gerai menjual pakaian jenama masing-masing di Pudu Uptown Kuala Lumpur pada 1 Jun depan.

Bisnes Tidak Menjadi Punca Keretakan Rumah Tangga Boy Iman

Pelakon Boy Iman mengesahkan bakal berpisah dengan isterinya Kumala Dewi Anas seperti mana yang dilaporkan dalam ruang pojok sebuah akhbar mingguan, Ahad lalu. Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abd Rahman, 35, berkata, punca keretakan rumah tangga yang dibina sejak tiga tahun lalu itu adalah disebabkan masalah kewangan yang sedang dihadapi mereka. "Apa yang dilaporkan tentang keretakan rumah tangga saya itu benar, saya sudah berusaha untuk selamatkannya dan pergi ke sesi kauseling pada awal bulan Februari lalu. "Namun, dia (isteri) tetap tidak mahu meneruskan hubungan ini dan telah memfailkan perceraian di mahkamah untuk berpisah," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Isnin. Tambahnya, kes perceraian akan disebut pada 2 April depan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Boy dan Kumala Dewi Anas berkahwin pada 11 November 2011 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Norul Emmer berusia setahun enam bulan.
Boy bersama isterinya ketika menyambut kelahiran bayi pertama mereka. Tambah Boy Iman, dia mengakui keretakan rumah tangga tersebut adalah berpunca daripada kegagalannya menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Dia juga gagal memberi nafkah terutama dalam menyelesaikan beberapa urusan kewangan sejak beberapa bulan selepas bisnes Celebrity Bazaar yang dianjurkan Oktober lalu gagal mendapat pulangan. "Perkara ini bermula sejak bisnes saya mula merosot, Celebrity Bazaar yang saya anjurkan pada 15 Oktober 2014 lalu di Dataran Underground, Dataran Merdeka gagal mendapat sambutan. "Disebabkan perkara itu, saya terpaksa menanggung kerugian sebanyak lebih RM65,000, apabila pihak Dataran Merdeka membatalkan kontrak dari tiga bulan kepada sebulan dan saya terpaksa memulangkan semula duit kepada lebih 70 peniaga," ujarnya. Tambahnya, lokasi perniagaan yang tidak strategik juga membuatkan kebanyakkan peniaga yang menyertai bazar tersebut menanggung kerugian. Celebrity Bazaar yang dilancarkan oleh bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar turut disertai oleh beberapa selebriti antaranya Afiq Muiz, Cha Cha Maembong, Sheera Iskandar dan ibunya, Aznah Hamid serta Sarah (MystarLG).

Gambar perkahwinan Boy Iman

Pelakon filem Bini-biniku Gangster, Boy Iman telah pun selamat dinikahkan oleh pasangannya pada tarikh 11.11.11 yang lalu. Walaupun terlambat sedikit nak updates sebab baru tahu dari sumber yang mengupload gambar ini. Details atau maklumat mengenai gambar ini juga masih samar-samar. Apa-apa pun, tahniah lah kepad Boy Iman semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.


[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails