Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Britney Spears. Show all posts
Showing posts with label Britney Spears. Show all posts

Britney Spears Dituduh Curang Dengan Bekas Adik Ipar

PENYANYI Britney Spears didakwa pernah berlaku curang dan menjalinkan hubungan dengan bekas adik iparnya iaitu Kevin Federline sehingga hamil dan melahirkan anak sulungnya. Perkara itu ditimbulkan Christopher Federline yang mengakui dia pernah meniduri Spears ketika masih bergelar isteri Kevin. Christopher mendakwa anak pertama penyanyi tersebut iaitu Sean Preston bukan anak Kevin tetapi hasil hubungan sulit mereka. “Saya akui pernah meniduri Britney dan saya adalah ayah kepada Sean Preston tapi orang tak perlu tahu,” katanya.

Penyakit Kulit Britney Spears Makin Parah

UKIRAN senyuman tidak pernah lepas daripada wajah cantik penyanyi Britney Spears. namun kali ini senyuman yang dibuat seperti terpaksa. Menurut laporan portal Dailymail, Britney telah hadir pada majlis perdana program x-Factor pada khamis lalu dengan penampilan yang manis sekali, namun apabila melihat kulit di pergelangan kakinya luka dan berkerak, ia ternyata menyakitkan.
Difahamkan Britney mengalami sejenis penyakit kulit yang dipanggil Psoriasis dan pergelangan kakinya terluka gara-gara memakai kasut tumit tinggi. Bagaimanapun penyanyi itu begitu profesional dan masih lagi berusaha untuk senyum walaupun sekali sekala dia gagal menyorokkan ekspresi rasa sakitnya itu.

Spears nafi bertunang


KHABAR pertunangan Britney Spears semakin kencang kedengaran. Lebih-lebih lagi apabila dia dilihat memakai cincin berlian yang dikenakannya di jari manis. Walau ada banyak bukti yang semakin menguatkan isu pertunangan tersebut, penyanyi itu dan kekasihnya, Jason Trawick, tetap menafikan hal tersebut.

Spears yang kini berada di London untuk menjalani pembikinan klip video terbaharunya, Criminal telah hadir ke BBC Radio hujung minggu lalu untuk satu temu bual. Sewaktu dikerumuni jurugambar, dia telah melambaikan tangan ke arah mereka. Pada waktu itu, gambar dia memakai cincin berlian di jari manis tangan kanannya telah dibidik jurugambar yang membuatkan isu dia telah bertunang dengan Trawick semakin hangat.

Insiden ini terjadi hanya beberapa hari selepas si kekasih, Trawick dilihat membeli sebentuk cincin di butik perhiasan Pascal Mouawad di Hollywood.

"Khabar mengenai cincin pertunangan ini sama sekali tak benar. Namun, memang Trawick di sana (kedai cincin) untuk berbincang masalah lain bersama Pascal, tapi bukan untuk kepentingan peribadinya," ujar jurubicara Spears.

Pernyataan yang dikeluarkan jurubicara Spears itu mungkin ada kebenaran, ini kerana sebelum ini penyanyi itu juga pernah memakai cincin berlian di jari manis seperti tanda bertunang.

Sementara itu, Trawick sendiri telah menafikan isu bertunang itu kepada Access Hollywood.

Britney Spears Dilarang Memiliki Telefon Bimbit


LONDON: Penyanyi Britney Spears, 29, telah dilarang daripada memiliki telefon bimbit sendiri untuk mengawal tingkah lakunya.

Larangan tersebut dilihat sebagai salah satu langkah yang diambil oleh individu terdekat dengan penyanyi itu bagi mengelak dia mengulangi kesilapan-kesilapan pelik sebelum ini.

"Orang yang paling rapat dengan Britney sentiasa memerhati gerak-gerinya bagi memastikan dia berada pada trek yang sepatutnya.

"Salah satu pendekatan yang diambil adalah melarangnya daripada memiliki telefon bimbit kerana ia membantu orang lain untuk mengawal dirinya," kata satu sumber seperti dipetik akhbar Sun.

Pada tahun lalu, bekas pengawal peribadinya Fernando Flores, 30, mendakwa penyanyi itu telah mengirimkan beberapa keping gambar bogel yang diambil sendiri menggunakan telefon bimbit.

Spears juga dituduh telah menunjukkan alat sulitnya dan melakukan bayaran pendahuluan yang tidak dikehendaki untuk rumahnya di Los Angeles.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Baby On More Time itu menyangkal semua dakwaan tersebut.

Bintang pop itu berada di bawah perlindungan undang-undang dan kerjayanya kini diuruskan oleh bapanya Jamie susulan kekalutan yang melandanya pada 2008.

Britney bawa kekasih


BERCUTI adalah jalan penyelesaian bagi Britney Spears yang sibuk dengan jadual seninya yang padat.

Istimewanya kali ini, penyanyi itu membawa keluarga dan kekasihnya, Jason Trawick terbang ke Mexico.

Ketenangan terpancar di wajah Britney yang mengenakan bikini berwarna hitam sambil berpegangan tangan dengan Jason di pantai. Kelihatan juga dua anak Britney berlari-lari anak bersama datuk dan nenek mereka.

“Percutian yang amat bermakna. Sangat gembira bila dikeliling orang yang paling disayangi,” kata Britney yang kini popular dengan lagu 3 Seconds di dalam laman web sosial, Twitter.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails