Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Caroline Mentor. Show all posts
Showing posts with label Caroline Mentor. Show all posts
Caroline elak sombong
DENGAN lambakan bintang realiti nyanyian yang dilahirkan, kadangkala, populariti peserta atau juara khususnya hanya mampu bertahan semasa pertandingan berlangsung. Namun selepas seketika, nama mereka seakan-akan terus lenyap daripada persada muzik tanah air.
Setelah enam musim berlalu, saluran TV3 berjaya menarik perhatian orang ramai dengan pertandingan realiti Mentor. Ada yang berpendapat kemungkinan populariti tersebut sebenarnya diraih menerusi penyanyi yang menjadi mentor kepada protege pada setiap musim.
Namun, bagi juara Mentor musim keenam, Caroline ataupun nama sebenarnya, Puteri Caroline Mohd Kamel, dia sudah mempunyai perancangan sendiri. Walaupun Mentor 6 sudah berlalu, ujar anak didik Ella ini, mentornya masih memantau dirinya dalam membina karier sebagai seorang penyanyi.
Sementara belum stabil, anak kelahiran Tanah Merah, Kelantan ini dijaga rapi oleh Ella yang telah dianggap seperti adiknya sendiri. Namun, persoalannya, sehingga bilakah gadis berusia 20 tahun ini akan bergantung kepada Ella dalam mengharungi karier yang ingin dibinanya itu?
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Caroline baru-baru ini.
Kosmo! : Caroline, adakah Mentor 6 membantu dalam menaikkan nama anda?
CAROLINE: Memang betul. Ia memang banyak membantu menaikkan nama saya. Daripada tidak dikenali, dan kini saya telah dikenali. Alhamdulillah, ramai juga yang mendoakan kejayaan saya di bidang seni suara ini. Malah selepas bergelar artis, saya bersyukur sangat kerana akhirnya dapat bantu keluarga saya dan pikul tanggungjawab sebagai anak yang penuh bertanggungjawab. Alhamdulillah, banyak juga jemputan persembahan yang diterima.
Bagaimana dengan perkembangan karier anda?
Saya sudah siap merakamkan single terbaharu berjudul, Melawan Arus Cintamu yang dibuat oleh Ajai. Kini saya hanya tunggu masa untuk lagu tersebut diputarkan di corong-corong radio sahaja dalam waktu terdekat ini.
Apakah perubahan ketara selepas menjadi juara dan dikenali ramai?
Paling ketara sudah tentu saya kini lebih dikenali. Dari segi nyanyian, saya sudah banyak mengalami peningkatan termasuk gaya persembahan ketika menyanyi. Dari segi kehidupan pula, Alhamdulillah, kini saya sudah tinggal di Kuala Lumpur kerana senang untuk bekerja.
Di Kuala Lumpur Caroline tinggal bersama siapa?
Buat sementara waktu, saya tinggal bersama Kak Ella di rumahnya. Oleh kerana jadual suami Kak Ella yang padat, jadi kadangkala, Kak Ella hanya berada di rumah pada hujung minggu. Jadi, bolehlah saya menjadi peneman Kak Ella apabila suaminya tidak berada di rumah.
Adakah anda rasa selesa tinggal bersama Ella, maklumlah dia seorang bintang terkenal?
Alhamdulillah, selesa kerana dia sudah menganggap saya seperti adiknya sendiri. Dia layan saya dengan baik dan tidak mengongkong saya untuk membuat apa jua keputusan. Cuma dia banyak menasihati saya supaya jadi seorang yang profesional. Dia juga seorang yang sangat bertanggungjawab. Walaupun Mentor 6 sudah habis, dia masih mengambil berat tentang diri saya. Dia masih ambil tahu tentang perkembangan diri saya.
Sehingga bila anda mahu duduk bersama Ella. Tak teringin untuk berdikari?
Memang bukan selamanya saya akan tinggal bersamanya. Saya punya rancangan lain dan hidup berdikari. Cuma buat sementara ini, dia minta saya tinggal bersamanya kerana risau akan keadaan saya apabila berjauhan. Ini kerana dia masih ingin memberi tunjuk ajar dan menjaga saya. Mungkin setelah stabil, barulah dia akan yakin dengan saya untuk berdikari.
Apa yang kita dapat lihat, bintang realiti kini hanya kekal dalam tempoh masa yang singkat. Mungkin mereka buat kesilapan. Jadi, apa yang akan anda lakukan supaya tidak melakukan kesilapan yang sama?
Apabila dikenali, prinsip yang saya pegang ialah jangan sombong dan bongkak dengan orang. Ini kerana menjadi terkenal, apa juga kesilapan kita akan dilihat oleh masyarakat. Selain itu, untuk populariti, saya akan berbincang bersama kak Ella tentang karier saya yang bakal meningkat ini. Saya akan sentiasa berusaha untuk mengekalkan nama saya dalam industri dan tidak akan terhenti separuh jalan.
Rezeki Nyanyian Caroline Dikongsi Dengan Keluarga
PETALING JAYA: Juara program Mentor musim keenam, Caroline bersyukur rezekinya dalam bidang nyanyian semakin bertambah kerana ia dapat membantu keluarganya di kampung.
Caroline atau nama sebenarnya Puteri Caroline Mohd Kamel berkata, sejak awal penglibatannya dalam dunia nyanyian dia berhasrat untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga dan syukurlah apabila dia dapat membuktikan hasrat itu.
"Alhamdulillah saya dapat menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang anak kepada ibu bapa dan keluarga di kampung.
"Walaupun tidak banyak tetapi sebagai permulaan bolehlah membantu meringankan beban mereka," ujarnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Caroline berkata, dia mengakui semakin selesa apabila mula dikenali ramai dan menganggap perkara itu sebagai tanda baik untuk peningkatan kerjayanya sebagai penyanyi.
Caroline berkata, dia berharap populariti itu tidak akan menghanyutkan dirinya dalam dunia seni yang diterokainya ini.
"Mulanya saya agak kekok dengan dunia glamor yang saya tempuhi tetapi apabila semakin ramai orang mengenali dan menegur saya ketika berada di luar, saya mula berasa selesa.
"Harap-harap ia akan memberikan petanda baik buat kerjaya saya dan bukannya hanya bersifat sementara," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai keputusannya untuk tinggal bersama mentornya iaitu Ella, Caroline berkata, ia dibuat kerana Ella tidak membenarkan dia tinggal bersendirian atas faktor keselamatan.
Caroline memberitahu, Ella yang telah dianggap sebagai kakak itu cukup mengambil berat dan dia sentiasa berterima kasih dengan kebaikan penyanyi itu.
"Namun bukanlah selama-lamanya saya akan tinggal dengan Ella kerana dia pun sudah berkahwin, cuma ia hanya sementara waktu.
"Saya sendiri takut tinggal sendirian di kota besar dan kalau dah mula biasa dengan keadaan di sini mungkin saya akan berpindah," katanya.
Sementara itu, Caroline sedang menunggu single pertamanya yang berjudul Melawan Arus Cintamu dimainkan di stesen radio tempatan dalam masa terdekat.
Dia juga tidak sabar untuk melihat reaksi pendengar terhadap lagu ciptaan komposer terkenal, Ajai itu.
Caroline Mula Terikut Tabiat Ella
PETALING JAYA: Juara program Mentor musim keenam, Caroline semakin terikut-ikut dengan Ella yang lebih gemar duduk di rumah jika tidak melakukan sebarang aktiviti.
Caroline atau nama sebenarnya Puteri Caroline Mohd Kamel berkata, dia yang kini tinggal bersama mentornya itu turut terpengaruh dengan sikap dan personaliti penyanyi popular tersebut.
"Kak Ella gemar menghabiskan masa di rumah apabila dia tidak mempunyai sebarang aktiviti dan saya mula terbiasa dengan tabiatnya itu.
"Bagaimanapun kami sering melakukan pelbagai aktiviti di rumah bagi mengelakkan daripada kebosanan," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Caroline berkata, walaupun personaliti Ella kelihatan manja tetapi sebenarnya penyanyi lagu Permata Biru itu sangat bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap orang lain.
Ia merupakan sifat tersembunyi ratu rock negara itu yang mungkin tidak diketahui oleh masyarakat dan peminatnya.
"Mungkin apa yang orang nampak mengenai dirinya bukan mewakili siapa dia yang sebenarnya kerana Ella adalah seorang wanita yang sangat sensitif dan sentiasa mengambil berat terhadap orang lain," katanya.
Sementara itu, Caroline sedang menunggu untuk single pertamanya yang berjudul Melawan Arus Cintamu dimainkan di stesen radio tempatan dalam masa terdekat ini.
Dia juga tidak sabar untuk melihat reaksi pendengar terhadap lagu ciptaan komposer terkenal, Ajai itu.
Caroline perlu kerja kuat
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
