Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Cerita Artis. Show all posts
Showing posts with label Cerita Artis. Show all posts

Artis Sahut Cabaran Pilihan Raya & Janji Mengundi

Pembubaran Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Rabu akhirnya berjaya menghilangkan keresahan banyak pihak yang menanti untuk melakukan tanggung jawab terhadap Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Malah PRU13 ini dilihat sengit apabila golongan muda turut tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam menyokong perjuangan politik masing-masing. Para artis juga melihat sokongan terhadap pilihan raya umum adalah satu amanah yang penting untuk mereka membuang undi bagi memilih kerajaan memerintah. mStar Online mendapatkan pandangan beberapa golongan artis adakah mereka akan mengundi dalam PRU13 dan pandangan mereka terhadap kepentingan pilihan raya dalam sebuah negara demokrasi. Ikuti rangkuman temu bual yang dilakukan wartawan MOHD AL QAYUM AZIZ dan KEMALIA OTHMAN Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, 33, menganggap mengundi merupakan salah satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan sebagai seorang rakyat Malaysia. Zed yang juga Timbalan Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian Pergerakan Pemuda Umno melihat penglibatan ramai artis dalam PRU13 adalah sesuatu perkara yang baik. "PRU13 ini merupakan kali kedua saya mengundi, saya seorang yang patriotik dan sejak layak untuk mengundi saya sudah mendaftar iaitu pertama kali pada tahun 2008. "Biarpun ketika itu saya sibuk dengan penggambaran dan kerja namun saya sempat meluangkan masa. Ketika itu peti undian sudah mahu ditutup tapi alhamdulillah sempat juga akhirnya," katanya. Zed turut menyeru agar ramai artis yang sedar tentang kepentingan mengundi yang bukan sahaja menentukan pemerintahan negara malah membentuk suasana industri hiburan tanah air. "Saya tahu ramai artis muda yang tidak ambil peduli dengan hal ini, saya harap mereka sedar tentang mengundi dan kepentingan untuk industri kita," katanya. Pada PRU13 ini Zed akan mengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang bagi Parlimen Gombak. Sementara itu, bagi Intan Ladyana, 30, pilihan raya kali ini merupakan kali pertama dia akan menjalankan tanggungjawab untuk mengundi. "Sebelum ini saya tidak sempat untuk mengundi kerana berada di luar kawasan, insya-Allah kali ini jika tiada apa-apa halangan saya akan keluar membuang undi. "Saya akan mengundi di kawasan Parlimen, Ampang. Sebagai artis saya tidak menunjukkan sokongan kepada mana-mana parti kerana tidak mahu ada peminat yang berkecil hati," katanya. Bagi Pelakon dan pengacara Neelofa kesedaran dalam diri sendiri perlu ada untuk memilih pemerintah yang sesuai bagi negara ini. Neelofa, 24, berkata mungkin kerana memulakan kerjaya dalam usia muda membuatkan dia sedar bagaimana negara ini dicorakkan mengikut pemerintahan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. "Saya akan mengundi di Parlimen Pasir Mas, Kelantan. Ini merupakan kali pertama saya mengundi dan saya anggap ia penting bagi membentuk negara seterusnya kepada industri seni kita sendiri," katanya. Sementara itu, pelakon Ainul Aishah, 28, teruja untuk mengundi pada PRU13 kali ini. Dia yang juga penyokong kuat Umno ini mengakui akan membantu kempen pada pilihan raya yang akan berlangsung tidak lama lagi. "Ini merupakan kali kedua saya mengundi untuk DUN Bangi. Pada saya untuk kali ini lebih hangat berbanding pilihan raya lalu. "Ini tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia, tidak kira siapa pun kita, kita perlu tunaikan kewajipan itu," katanya. Pelakon dan pengarah, Khir Rahman berkata, adalah penting rakyat mendapat info yang tepat mengenai calon-calon mereka sebelum membuang undi. Ini kerana pengundi yang bakal membuat keputusan dan menerusi keputusan itu ia akan memberi impak dan perubahan kepada negara. Bakal mengundi buat kali ketiga di Parlimen Titiwangsa, Khir berkata mengundi adalah satu tanggungjawab besar dan ia perlu dilunaskan dengan sebaik mungkin. "Saya tiada sebarang pengalaman tertentu tetapi kali pertama mengundi rasa berdebar kerana sedar satu undi yang dibuat dapat mengubah sesuatu keputusan. "Mengundi adalah satu tanggungjawab yang besar," jelasnya. Sementara itu, penyampai radio Era FM, Dina Nazir, 28, yang bakal mengundi buat kali kedua di kampung halamannya di Parlimen Johor Bahru berkata, dia berasa gemuruh apabila pertama kali membuang undi pada PRU lalu. Bagaimanapun kata Dina, dia berbangga kerana telah melunaskan tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia dan tidak sabar untuk mengundi pada PRU kali ini. Pelakon Hairie Othman, 42, yang juga penyokong kuat PAS menganggap pilihan raya kali ini bakal menyaksikan perubahan daripada golongan muda dan semangat mereka untuk mengambil berat tentang pilihan raya. Bakal mengundi buat pertama kali di Parlimen Pandan, Hairie memberitahu dia tidak berasa gemuruh sebaliknya ingin melihat senario pada hari membuang undi. "Saya kagum dengan pengundi hari ini terutamanya golongan muda yang ramai akan memberi sokongan dalam PRU13," katanya.

Artis Sabah Rasa Bimbang Pencerobohan Lahat Datu

PETALING JAYA: Biarpun tidak bersama-sama untuk berjuang menentang penceroboh di Lahat Datu, namun sebahagian artis dari Sabah membantah kejadian itu selain memberi sokongan terhadap anggota keselamatan yang berjuang untuk negara. Penyanyi berasal dari Tambunan, Sabah, Jimmy Palikat, 34, menganggap peristiwa pencerobohan ini membuka mata masyarakat betapa besarnya pengorbanan dan perjuangan perajurit. "Saya sangat sedih mendengar ramai anggota polis kita yang mati dibunuh tentera Sulu, sebagai rakyat Malaysia, saya sangat menghormati dan menyanjung mereka yang terkorban sebagai wira negara. "Selama ini kita selalu mempertikaikan tugas-tugas anggota polis dan tentera, sekarang baru kita sedar betapa besarnya tanggungjawab yang mereka pikul untuk pertahankan negara," katanya kepada mStar Online, pada Jumaat. Tambah Jimmy, dia sering mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa tentang isu pencerobohan tersebut. "Selama ini kita hidup dalam keadaan aman damai, jadi bila timbul huru-hara seperti ini kita jadi panik dan ingin tahu. Lebih-lebih lagi tempat tinggal saya di Tambunan tidak jauh dari tempat kejadian," ujarnya. Kata Jimmy, dia dan keluarga sentiasa berhati-hati berikutan berita tentang penyamaran tentera pengikut individu yang mendakwa Sultan Sulu iaitu Sultan Jamalul Kiram III di perkampungan-perkampungan di Sabah. "Saya dengar penceroboh sudah merebak ke beberapa kawasan dan keluar dari Lahat Datu, oleh itu saya dan keluarga mengambil langkah berhati-hati dan berharap pencerobohan ini dapat diselesaikan dengan segera. Sementara itu, penyanyi Marsha Milan Londoh, 29, turut bimbang dengan perkembangan berita pencerobohan yang masih belum selesai. "Ketika menerima berita ini, saya sangat terkejut, selama ini kita hidup aman sejahtera dan tidak menyangka ia boleh jadi begitu serius. "Saya harap ia dapat diselesaikan secepat mungkin tanpa sebarang pertumpahan darah lagi. Tambah Marsha yang berasal dari Tamparuli, dia turut risau degan keselamatan ahli keluarga yang tinggal di bandar berhampiran iaitu Tawau. Bagi Penyanyi Adam (AF) yang berasal daripada Kota Kinabalu mengakui hanya mampu mendoakan yang terbaik dan keselamatan rakyat-rakyat penduduk Sabah dalam situasi ini. "Biarpun tempat saya dan Lahat Datu agak jauh namun ramai teman-teman rapat berada di sana dan bandar sekitarnya seperti di Samporna dan Tawau. "Buat masa ini saya hanya mampu berdoa dalam solat agar semuanya selesai cara baik. Saya juga terfikir untuk adakan solat hajat beramai-ramai supaya semua masalah ini dapat selesai secepat mungkin," katanya. Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 30, berkata dia ada bertanya khabar berita daripada rakan-rakannya di sana, dan kebanyakan mereka berada dalam keadaan bimbang, malah ada yang sudah berpindah ke tempat lebih selamat. "Ada rakan-rakan saya yang pindah buat sementara sehingga isu ini selesai bagi menjaga keselamatan keluarga, ada juga segelintir yang berada dalam keadaan ketakutan di sana," katanya. Sementara itu, pengarah dan pelakon Afdlin Shauki, 42, memohon untuk mendapatkan saluran bagi memberi bantuan kepada mangsa pencerobohan di Lahat Datu. Dia yang baru pulang dari melawat wilayah Gaza di Palestin pada Disember lalu, menzahirkan rasa bimbang dengan keselamatan rakyat Sabah kerana isterinya juga rakyat negeri itu. "Saya secara peribadi merasa amat bimbang dengan apa yang terjadi di Lahad Datu, Sabah. Saya harap ada saluran yang boleh saya beri bantuan dan pertolongan yang patut," katanya. Menurut Afdlin, isteri keluarganya dan rakan-rakan baik yang berada di Sabah memberitahu bahawa mereka berada dalam ketakutan. "Isteri saya mempunyai keluarga yang tinggal di sana dan juga kenalan terdekat. Mereka memberitahu bahawa mereka berada dalam ketakutan dan tidak senang duduk kerana bimbang keadaan yang semakin serius," katanya. Tambahnya, dia turut kesal apabila beberapa pihak mengambil kesempatan ini untuk mempolitikkan perkara ini untuk kepentingan peribadi. "Saya kecewa apabila ada pihak yang mengaitkan peristiwa yang telah pun mengorbankan beberapa orang anggota polis kita itu dengan politik. "Tolong lupakan sebentar agenda politik masing-masing dan jangan pedulikan dakwaan-dakwaan tersebut. Yang penting sekarang kita perlu bersatu demi kedaulatan dan keamanan negara kita. Beberapa artis dari Sabah lain seperti Ayu Damit, Stacy, Adira dan Wawa Zainal yang dihubungi tidak menjawab panggilan telefon untuk memberi komen berkaitan isu itu.

25 Gambar Red Karpet Dan Keputusan FFM 25

Sudah memasuki tahun yang ke 25, Festival Filem Malaysia (FFM) sekali lagi dianjurkan dan kali ini ianya lebih meriah dari tahun sebelumnya. Anugerah ini merupakan acara kemuncak bagi industri filem Malaysia dan diadakan bagi menghargai dan menilai mutu kerja filem sepanjang tahun. Sebentar tadi, anugerah ini telah berlangsung di Putrajaya International Convention Center (PICC) dan telah dihoskan oleh pelakon dan juga selebriti terkenal, Erra Fazira & Fahrin Ahmad. Berlangsung gilang-gemilang, anugerah ini telah meraikan jubli perak seiring dengan masuknya sambutan tahun yang ke-25. Anugerah ini turut diserikan dengan persembahan khas oleh bekas juara Akademi Fantasia iaitu Hazama dengan lagunya, ‘Aku Mahu Dia’, Ella, Rahim Maarof dan lain-lain lagi penyanyi popular. Berikut ialah senarai penuh pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM 25).-Ohbulan Filem Box Office – Ombak Rindu Penyunting Terbaik – Wong Hui Lynn (Songlap) Cerita Asal Terbaik – Dain Iskandar Said (Bunohan) Pelakon Harapan Wanita - Jojo Goh (29 Februari) Pelakon Harapan Lelaki – Izzue Islam (29 Februari) Lakon Layar Terbaik – Dain Iskandar Said (Bunohan) Sinematografi Terbaik – Haris Hue Abdullah (Songlap) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Normah Damanhuri (Songlap) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Syafie Naswip (Songlap) Pelakon Wanita Terbaik -update soon Pelakon Lelaki Terbaik - Pengarah Filem Terbaik - Filem Bukan Melayu Terbaik - Filem Terbaik -

Model Muslimah Yang Bengang Disuruh Seksi

Model Muslimah Yang Bengang Disuruh Seksi.. hehe peliknya dunia

Pengikut Twitter Lisa Surihani, Zizan & Aaron Lebih 1 Juta

PETALING JAYA: Tiga pelakon popular berjaya mengekalkan pengaruh menerusi laman sosial Twitter masing-masing apabila kekal dengan jumlah pengikut teramai iaitu melebihi sejuta orang. Pemantauan mStar Online sehingga pukul 2 petang pada Rabu mendapati pelakon Lisa Surihani yang sebelum ini berada pada tempat teratas mengekalkan kedudukannya apabila mencatatkan 1.17 juta pengikut. Lisa menggunakan nama @LisaSurihani menerusi akaunnya. Pelawak Zizan Razak menerusi akaun @zizanrajalawak pula berada pada kedudukan kedua dengan jumlah pengikutnya seramai 1.12 juta sementara bintang dari Singapura iaitu Aaron Aziz berada pada kedudukan ketiga. Aaron menerusi akaun @Aaron535Aziz mempunyai pengikut seramai 1.01 juta. Pelakon Shaheizy Sam pula menduduki tempat keempat dengan 898,775 pengikut manakala Datuk Siti Nurhaliza berada pada kedudukan kelima seramai 827,633. Bagaimanapun jumlah pengikut itu masih belum berjaya memintas pengikut Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu seramai 1.3 juta. Sementara itu mengulas mengenai kedudukannya yang berada pada tangga teratas Lisa, 26, berkata pada awalnya, dia membuka akaun Twitter adalah sekadar suka-suka seperti pengguna Twitter lain. Namun, maklum balas positif membuatkannya lebih aktif dalam berkongsi maklumat dan kegiatan harian kepada pengikut Twitter. "Saya mula buka akaun Twitter pada 2009, namun ketika itu tidak pernah terfikir untuk menulis dan berkongsi semua aktiviti saya kepada umum. "Saya juga tidak menjangkakan mendapat lebih sejuta followers seperti hari ini," ujarnya. Jelas Lisa, Twitter menjadi salah satu medium komunikasi antara dia dengan peminat-peminatnya secara tidak langsung. "Saya memang ada satu sesi menjawab soalan peminat, di mana dalam sehari saya akan luangkan sedikit masa untuk menjawab soalan-soalan daripada followers," katanya. Lisa yang mengakui kepentingan media sosial ini mengakui aktif dengan dunia media sosial seperti Facebook, Twitter dan kini Instagram. "Ketika awal menjadi pelakon saya aktif dengan Fan Page Facebook dengan menghantar video-video terkini yang saya rakam khas untuk peminat. "Kini dunia media sosial sibuk dengan Instagram pula, yang mana peminat lebih suka melihat gambar-gambar terbaru kita," katanya. Sementara itu, Zizan Razak, 29, juga menganggap Twitter sebagai cara dia mendekati peminat-peminatnya. "Jika saya ada masa terluang memang saya akan bertanya khabar dan berborak dengan pengikut-pengikut di Twitter. "Dari situ juga kita boleh tahu tahap penerimaan dan pandangan mereka terhadap kita, sebab di Twitter mereka akan cakap terus sama ada suka atau tidak," katanya. Ujar Zizan, Twitter juga boleh menjadi salah satu medium untuk dia mempromosi sesuatu filem atau aktiviti dilakukannya kepada peminat. "Peminat lebih mudah untuk mengikuti perkembangan saya dari semasa ke semasa, namun begitu apa yang saya perhatikan mereka lebih suka jika saya tulis perkara-perkara yang saya sedang hadapi. Contohnya seperti mengeluh tentang jalan sesak," katanya. Aaron Aziz tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen kerana berada di luar negara. Berikut ini senarai 10 pengikut teramai Twitter artis sehingga 2 petang, 27 Februari 2013. 1. Lisa Surihani – 1,179,061 2. Zizan Razak – 1,126,768 3. Aaron Aziz – 1,014,085 4. Shaheizy Sam – 898,775 5. Datuk Siti Nurhaliza – 827,633 6. Datuk Aznil Nawawi – 695,164 7. Wardina Safiyyah – 659,164 8. Nora Danish – 623,634 9. Irma Hasmie – 601,742 10. Fazura – 553,286

4 GAMBAR - AKSI PANAS ANAK PELAKON

Aksi panas anak pelakon yang pernah popular sekitar tahun 90-an berdarah kacukan Mat Salleh. Untuk pembayang, pelakon yang dimaksudkan pernah berlakon filem yang juga panas bersama pelakon lelaki yang kini popular sebagai penggali kubur. Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Mungkin pepatah tersebut bertepatan sekali dengan sikap sosial anaknya itu. Heh.

KENANGAN 2012: Kematian Tinggalkan Seribu Kenangan

PETALING JAYA: Bak kata pepatah, harimau pergi meninggalkan belangnya, manusia pergi meninggalkan nama yang akan dikenang sehingga ke akhir hayat. Kematian lapan anak seni tanah air pada 2012 meninggalkan karya yang akan menjadi tatapan kita dan generasi akan datang. Jumlah kematian itu mungkin tidak seramai tahun lalu tetapi kehilangan mereka begitu dirasai dan meninggalkan seribu kenangan yang tidak akan luput sampai bila-bila. Apa yang diharapkan, segala kebaikan dan jasa baik insan-insan terpilih ini akan mengiringi mereka di alam sana. Al-Fatihah. Kita imbas kematian artis pada tahun ini.
Izwan Pilus Meninggan dunia : 20 Januari 2012 (32 tahun) Kematian penyanyi lagu Kembali Senyum ini amat mengejutkan industri hiburan. Ketika 2012 baru membuka tirainya, kita dikejutkan dengan berita kematian Izwan pada 20 Januari lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan terkena virus kencing tikus yang serius. Sebulan sebelum pemergiannya, Allahyarham bersama adiknya, penyanyi Aril (Akademi Fantasia 7) pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi dekat sini akibat demam panas yang berpanjangan. Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka dan dikebumikan di sana pada pagi 21 Januari lalu. Latif Ibrahim Meninggal: 20 Februari 2012 (60 tahun) Penyanyi dan pelakon veteran Abdul Latif Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung. Penyakit jantung yang dihadapi sejak 12 tahun lalu semakin serius pada tahun lepas sehingga memaksa Allahyarham dikejarkan ke IJN sebanyak tiga kali akibat serangan yang sama. Allahyarham yang juga abang kepada penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim cukup disayangi kerana keletah dan sikap yang lucu dan menggemari makanan. Kematian penyanyi lagu Nora itu menimbulkan perasaan terkilan kepada keluarga kerana beliau menghembuskan nafas terakhir tiga hari sebelum sambutan hari lahir ke-60, selain tidak sempat mengerjakan umrah bersama seluruh keluarga. Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Keramat dekat sini pada 21 Februari lalu.
smail Haron Meninggal: 9 April 2012 (66 tahun) Penyanyi veteran yang mendapat jolokan Tom Jones Singapura ini meninggal dunia dalam tidur di rumah kakaknya di Jurong West, Singapura kira-kira pukul 2 petang, 9 April lalu. Allahyarham tidak pernah berkahwin dan tinggal bersama adik-beradiknya sejak pulang dari Brisbane, Australia pada tahun 2003 selepas 28 tahun berada di negara itu. Beliau merupakan anak keempat daripada 12 beradik. Jenazah penyanyi lagu Delailah ini dikebumikan di Pusara Abadi 2, Jalan Bahar, Jurong, Singapura pada pukul 10 pagi 10 April lalu. Bob Kuman Meninggal: 3 Mei 2012 (41 tahun) Pemilik nama sebenar Husni Mohd Rawi ini disahkan meninggal dunia pada petang 3 Mei lalu akibat komplikasi jantung, darah tinggi dan paru-paru berair di kediamannya di Kota Damansara, di sini. Pelawak ini menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Norma Ibrahim dan beberapa kenalan rapat. Kesihatan Allahyarham dilaporkan mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama pada 2010. Terdahulu, Bob pada 21 April lalu kesal apabila ada pihak menyebarkan fitnah mengatakan dia telah meninggal dunia sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan masyarakat. Sam D’lloyd Meninggal: 9 Jun 2012 (64 tahun) Vokalis kumpulan terkenal era tahun 70-an iaitu D’lloyd, Syamsuar Hasyim atau lebih dikenali sebagai Sam menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.15 pagi, 9 Jun lalu akibat penyakit jantung dan kanser paru-paru yang dihadapinya sebelum ini. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Kusir, Jakarta. Ketika hayatnya, Allahyarham dan D’lloyd begitu ‘digilai’ bukan sahaja di Indonesia malah Malaysia, Singapura dan Brunei. Alunan suara mendayu Allahyarham dalam lagu-lagu antaranya Keagungan Tuhan, Tak Mungkin, Oh Di Mana dan Semalam di Malaysia akan terus dikenang selamanya.
Osman Kering Meninggal: 29 Jun 2012 (58 tahun) Pelakon dan pelawak veteran ini meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, dekat sini kira-kira pukul 3.45 petang, 29 Jun lalu akibat kegagalan fungsi otak. Terdahulu, Allahyarham mengalami batuk berdarah di rumahnya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada 11 Jun lalu. Terdahulu, terdapat khabar angin berita kematian Allahyarham tetapi pelakon itu hanya dimasukkan ke Unit Penjagaan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana berada dalam keadaan kritikal dan bergantung pada alat bantuan pernafasan di hospital berkenaan. Allahyarham yang berasal dari Bachok, Kelantan mula menceburi bidang lakonan secara serius selepas dinobatkan naib juara pertandingan Bakat TV di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1979. Pada awal pembabitannya, Allahyarham menggunakan nama Osman Kassim tetapi kurang dikenali ramai. Nama jolokan Osman Kering yang diberikan secara spontan oleh pelawak Mek Habsah ketika mereka mengadakan persembahan pentas pada pertengahan 1980-an, terus melekat dan membawa tuah kepadanya sehingga kekal digunakan ke akhir hayatnya.
Datuk Ismail Hutson Meninggal: 21 Julai 2012 (73 tahun) Datuk Ismail Hutson atau nama sebenarnya Ismail Omar menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.13 pagi 21 Julai lalu akibat komplikasi penyakit jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya. Ismail dimasukkan ke Unit Rawatan Kritikal (CCU) pusat perubatan itu sejak Selasa lalu selepas 10 hari mengalami demam panas yang teruk. Allahyarham yang juga Presiden Persatuan Artis Veteran meninggalkan dua balu, Hafidzah Khasbullah dan Zaiton Osman serta tujuh orang anak. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara, Seksyen 9 dekat sini pada hari yang sama. Berpengalaman hampir 20 tahun dalam bidang lakonan, filem terakhirnya adalah Mr Cinderella pada 2003. Raja Hamidah Meninggal: 12 September 2012 (80 tahun) Seniwati veteran ini menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Klang Gate Baru, dekat sini pada pukul 7.05 malam 12 September lalu, selepas tidak sedarkan diri dipercayai akibat kesan penyakit kanser dihidapinya. Anak seni yang mesra disapa Mak Lenggang ini disemadikan di Tanah Perkuburan Klang Gate Hulu Kelang pada 13 September lalu. Balu kepada seniman serta pengarah filem 1940-an hingga 1980-an, Allahyarham Salleh Ghani itu menceburi bidang lakonan pada 1948 melalui filem Kampung Sentosa arahan B Reaves E Elliot terbitan Sound Master Of New York Ins. Selain berlakon, Raja Hamidah juga pernah menjadi penari dan penyanyi latar di Shaw Brothers serta pemimpin kumpulan muzik Seni Wanita. Hasil perkahwinannya dengan Salleh Ghani pada 1955, pasangan itu dikurniakan 12 anak termasuklah pengarang di akhbar Harian Metro, Adam Salleh serta 24 cucu.
J. Kamisah Meninggal: 21 November 2012 (64 tahun) Penyanyi era 60-an ini meninggal dunia kira-kira pada pukul 1.20 pagi, 21 November lalu kerana komplikasi pelbagai penyakit termasuk jantung. Menurut anak angkatnya Rahimah Rahim, 41, Allahyarham yang juga bekas anggota kugiran The Wisma, menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarganya di Bukit Panjang, Singapura. Allahyarham yang popular menerusi lagu Jelingan Manja meninggalkan suami, Mohd Kadar Sultan dan tiga anak yang berusia di antara 36 hingga 43 tahun. Jenazahnya dikebumikan di Pusara Aman Tanah Perkuburan Islam, Choa Chu Kang, Singapura sebelum solat Zuhur pada hari yang sama.

KENANGAN 2012: Pencapaian Merosot Wajar Diperbaiki

PETALING JAYA: Saban tahun, dunia seni tempatan sering diwarnai dengan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang mampu menjadi kebanggaan. Namun sepanjang 2012, tidak banyak pencapaian yang benar-benar memberi impak terhadap dunia seni selain daripada penyanyi Shila Amzah yang berjaya meraih pelbagai trofi tidak kira di dalam mahupun luar negara. Walaupun pencapaian agak merosot, ia haruslah dijadikan panduan agar 2013 mampu memberi sinar baru bagi memulihkan semula segala kelemahan yang telah berlaku. Berikut adalah antara pencapaian yang harus dibanggakan.
1. Shila Amzah harumkan nama di luar negara Kejayaan anak kepada penyanyi ND Lala ini sangat luar biasa. Penyanyi berusia 22 tahun itu telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan Asian Wave Berlangsung di Shanghai, China, sekali gus menjadi juara menewaskan penyanyi-penyanyi hebat dari pelbagai negara lain yang berlangsung pada 20 September 2012 lalu. Kemudian, lagu ciptaannya Patah Seribu turut diangkat sebagai Lagu Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 19 (AIM 19) yang berlangsung pada 17 November lalu. Shila mencipta sejarah untuk dirinya sendiri apabila kali pertama menerima pengiktirafan di negara sendiri selepas menjadi juara dalam Asian Wave 2012. Selain itu, Shila turut disenaraikan sebagai calon di kategori Artis Wanita Terbaik Dunia (World's Best Female Artist) dan Penghibur Terbaik Dunia untuk Tahun 2012 (World's Best Entertainer Of The Year) di World Music Awards. Anugerah berprestij yang akan diadakan di Miami, Florida, Amerika Syarikat turut mencalonkan nama-nama besar dunia seperti Adele, Taylor Swift, Madonna, Rihanna dan Kelly Clarkson.
2. M.Nasir ungguli kutipan royalti Sejak mula diadakan pada tahun 1995, penulis lirik, komposer, dan penyanyi tersohor dalam industri muzik tempatan, Datuk M. Nasir masih lagi mengungguli Anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak, Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) buat kali ke-13 berturut-turut. Ini memperlihatkan sepanjang 2012, M.Nasir mendapat kutipan royalti tertinggi menerusi karya-karya ciptaannya. Ternyata lagu-lagu penyanyi yang dipanggil 'Sifu' ini masih lagi menyengat halwa telinga pendengar.
3. Bunohan dicalonkan dalam Academy Awards Filem arahan Dain Said yang diterajui Faizal Hussein dan Zahiril Adzim ini telah dicalonkan untuk kategori “Best Foreign Language Film” dalam Academy Awards ke 85 yang akan berlangsung pada tahun hadapan. Bunohan tersenarai bersama 70 buah filem lain dari pelbagai negara seluruh dunia untuk merebut anugerah berprestij tersebut Februari 2013 nanti. Biarpun belum pasti tentang nasibnya, tetapi pencalonan ini adalah satu kebanggaan terhadap negara. Filem ini turut meraih kemenangan sebagai Filem Terbaik pada Anugerah Skrin 2012 (ASK2012).
4. Yuna muncul di stesen TV Amerika Syarikat Bukan senang untuk artis Malaysia dijemput untuk membuat persembahan di salah satu rancangan paling popular di Amerika Syarikat (AS). Yuna, penyanyi kelahiran Perak ini telah membuat persembahan pertamanya di stesen televisyen nasional negara itu dalam rancangan Conan O’Brien dengan membawakan lagu single pertamanya Live Your Life pada 2 April lalu. Antara selebriti yang pernah muncul dalam rancangan kendalian Conan O’Brien ini termasuklah Jeniffer Garner, Shaquille O’Neal, Marisa Miller, Lindsay Lohan dan juga Tom Hanks. Selain itu, penyanyi itu turut membuat persembahan di rancangan popular AS CBS This Morning: Saturday menerusi lagu Lullabies.
5. Kemenangan berganda Khabir Bhatia Drama terbitan Filmscape Sdn Bhd berjudul Di Telapak Kaki Bonda, diangkat sebagai Drama Terbaik ASK 2012 pada 9 November lalu. Diterajui oleh pelakon hebat seperti Diana Danielle, Sherry Merlis, Munif Isa dan Izreen Azmindar, karya arahan Khabir Bhatia itu menewaskan drama lain seperti Ku Petik Dosa, Parut Ashikin, Parit Jawa, Pelarian dan Maharku Untukmu. Kemenangan berganda turut diraih drama ini apabila Kabir turut menerima trofi Pengarah Terbaik Drama dan dua kategori lain iaitu Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama menerusi oleh Sherry Merlis dan Lakon TV Terbaik.
6. Salam Muzik buat kejutan AIM19 Penyanyi berkumpulan Salam Musik membuatkan ramai yang terkejut apabila mereka meraih kemenangan bagi Album Terbaik menerusi Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19). Terpaksa akur apabila lagu-lagu mereka lebih dikenali berbanding anggota kumpulan itu sendiri, kumpulan yang dianggotai seramai sembilan orang itu sebenarnya popular dengan lagu Alamak, Cerita Kedai Kopi dan Alamak. Kumpulan itu terdiri daripada Tahlal Sahnan, Eyza Bahra, M.Irhas (Payung), Bulya, Firdaus Aziz (Djambul), Ferdaus Nadzir (Ferdy). Ammmar Habir dan Kamal Razali.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails