Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Cha Cha Maembong. Show all posts
Showing posts with label Cha Cha Maembong. Show all posts

Chacha Maembong Tidak Sedar Aksi Mesra Dirakamkan Kamera

Pelakon Chacha Maembong memberitahu aksi mesra yang disaksikan penonton ketika program Maharaja Lawak 2014 pada 21 November lalu tiada niat untuk menunjuk-nunjuk kebahagiaanya di khalayak. Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 18, berkata, dia langsung tidak menyedari kemesraan antara dia dan teman lelakinya itu dirakam kamera. "Saya tiada niat pun mahu menunjuk-nunjuk aksi mesra itu. Saya pun tidak perasan yang kami dirakam kamera pada acara itu. "Kalau tengok betul-betul pun kami tidaklah terlalu rapat sehingga nampak seperti berbaring seperti diperkatakan di sebuah portal hiburan," ujarnya kepada mStar Online pada Selasa.
Chacha berkata demikian ketika diminta mengulas aksi mesranya bersama teman lelaki yang dirakamkan kamera apabila duduk di belakang juri tetap Taufik Batisah ketika siaran langsung program Maharaja Lawak 2014 pada 17 November lalu. Tambah Chacha, ketika aksi tersebut dirakamkan dia sedang bercakap dengan pemuda tersebut ketika keadaan dalam dewan agak bising. "Orang ramai nampak saya rapat kerana ketika itu saya ingin bercakap sesuatu kepada dia dan keadaan pula terlalu bising. Biasa la orang luar kalau nampak kita rapat sikit mula bercakap yang bukan-bukan," ujarnya. Sementara itu, Chacha berkata, dia baharu tiga bulan mengenai pemuda tersebut dan masih dalam peringkat untuk saling kenal mengenali.

Chacha Maembong Tidak Cemburu Populariti Kakak

Pelakon Chacha Maembong mengakui tidak pernah berasa iri hati atau cemburu terhadap populariti yang diraih kakaknya Emma Maembong dalam industri hiburan. Malah, Chacha, 17, berkata, populariti kakaknya menjadi pendorong untuk dia bersaing secara sihat dalam bidang lakonan ini. "Saya tidak pernah rasa cemburu dengan Emma, ini mungkin sudah rezeki dia untuk dikenali. "Malah saya bangga untuk dia, kami saling bantu membantu dalam soal lakonan jika ada yang tidak tahu," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Jelasnya, dia percaya kedua-dua mereka mempunyai kelebihan masing-masing dan bakat tersendiri dalam bidang ini. "Kami bersaing cara sihat dan tidak pula ada rasa ingin berlawan antara satu sama lain. "Saya percaya kami masing-masing ada bakat tersendiri dan berlainan," katanya. Kata Chacha, dia turut menyimpan harapan untuk berlakon bersama Emma, jika diberi peluang. Tambahnya, Emma banyak memberi nasihat kepadanya terutamanya soal berkaitan cinta dan hubungan. "Emma banyak beri nasihat agar saya tidak salah langkah atau perkara-perkara yang boleh memberi kesan buruk pada saya. "Yerla mungkin dia sudah lebih banyak kali lalui gosip berbanding saya," katanya.

Cha Cha Maembong Tidak Cemburu Populariti Kakak

Pelakon baru Cha Cha Maembong tidak hirau apabila nama kakaknya, Emma Maembong lebih popular berbandingnya walaupun dia yang terlebih awal ‘terjun’ dalam dunia lakonan. Cha Cha atau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail, 17, berkata, dia juga tidak cemburukan Emma malah gembira dengan kejayaan kakaknya yang baru setahun dalam industri seni tempatan. "Tak mungkin saya nak cemburukan dia (Emma). Sebaliknya saya berbangga memiliki seorang kakak yang berjaya dan popular atas usaha gigihnya sebagai pelakon. "Lagipun dia kakak saya dan saya pun masih muda, banyak benda yang masih perlu belajar dan perjalanan dalam bidang ini juga masih jauh lagi. Dia juga membuatkan saya bersemangat untuk meneruskan karier lakonan saya," katanya. Beritahu Cha Cha, dia mula menyertai kerja-kerja seni seawal berusia lima tahun sebagai model untuk iklan-iklan di televisyen, kemudian berhenti pada usia 12 tahun dan kini kembali semula bergiat aktif di bidang lakonan sejak dua tahun lalu. Sementara itu, Cha Cha turut bersyukur masalah pelat yang dihadapinya bukanlah satu halangan untuk aktif dalam kerja-kerja lakonan. Malah pelakon kacukan Melayu dan Scotland ini gembira apabila pihak produksi tidak menganggap ia satu masalah tetapi dia sendiri sedang berusaha memperbaiki sebutannya agar lebih jelas ketika berlakon. "Mula-mula saya risau juga memikirkan adakah pihak produksi terbuka dengan masalah pelat saya. Lebih-lebih lagi saya sukar menyebut huruf 'R'. "Bagaimanapun saya cuba memperbaiki kelemahan itu agar tidak memburukkan lakonan yang dibawakan," seloroh pelakon yang popular dengan drama Mimpi Cinderella dan Setia Hujung Nyawa ini. Dalam perkembangan lain, Cha Cha bakal muncul menerusi drama terbaharu terbitan Wall's Cornetto (Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd) iaitu Cornetto Uda & Dara. Siri drama ini mengisahkan tiga pasangan anak muda yang melalui perjalanan hidup penuh dugaan dan cabaran dalam mencari identiti sehingga memperoleh kejayaan masing-masing. "Seronok juga berlakon dalam drama ini. Memandangkan saya masih baru dalam industri ini, banyak tunjuk ajar yang diberikan oleh mentor-mentor saya seperti Yasmin Hani dan Tony Eusoff," tuturnya. Selain Cha Cha Cornetto Uda & Dara dibarisi pelakon iaitu Dafi, Alif Hadi, Jed, Radhi Khalid, Mustapha Kamal, Namron, Yasmin Hani, Azhar Sulaiman, Shaq, Alam, dan Normah Damanhuri. Drama ini bakal disiarkan menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 1 Mei depan setiap Rabu, pukul 9 malam. Siaran ulangannya pula ialah pada hari Sabtu, pukul 5 petang.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails