Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Chacha Maembong. Show all posts
Showing posts with label Chacha Maembong. Show all posts

Chacha Maembong Malu Dicemuh Tidak Bersekolah

Pelakon Chacha Maembong mengakui sering dijadikan bahan cemuhan kerana tidak melalui alam persekolahan seperti remaja lain. Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 19, berkata, perkara tersebut menjadikan dirinya berasa rendah diri untuk bergaul dengan rakan-rakan terutama yang baharu dikenali. "Sebenarnya Chacha juga malu dan rendah diri apabila duduk dengan rakan-rakan yang kebanyakannya bersekolah. Ada juga yang perli-perli dan kata macam-macam hingga membuatkan saya sedih. "Setiap kali perkara itu berlaku pasti saya akan rasa down. Mereka semua tidak tahu hidup saya dan kenapa saya tidak bersekolah," katanya kepada mStar Online. Chacha berkata, biarpun dia tidak menempuhi alam persekolahan, namun dia tetap belajar secara persendirian dan berjaya mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika berusia 17 tahun. Katanya, kaedah dan subjek pembelajaran secara persendirian tiada beza dengan apa yang diajar di sekolah. "Kakak saya Yaya dan Emma banyak beri sokongan supaya saya tidak terlalu sedih. Mereka suruh saya masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan sahaja. "Pada saya kebijakkan antara belajar secara home school dengan si sekolah sama sahaja tiada beza pun," katanya. Sementara itu, Chacha yang terlibat dengan drama Oh My English! Class Of 2015 memberitahu teruja dapat belakon adegan alam persekolahan. Katanya, rakan-rakan yang turut berlakon dalam drama tersebut banyak membantunya mendapatkan situasi ketika berada di alam persekolahan. "Alhamdulillah, tiada masalah sepanjang penggambaran Oh My English!, mula-mula saya rasa agak kekok juga, namun ramai yang membantu saya. Kami sudah seperti sebuah keluarga," ujarnya. Drama bersiri Oh My English! Class Of 2015 ditayangkan setiap Ahad, pukul 6.30 petang di Astro TVIQ 610 & Astro Maya HD 135.
Dalam perkembangan lain, Chacha berkata dia bersama dua kakaknya iaitu Emma dan Yaya Maembong bakal terlibat dengan program realiti televisyen khas berkisar keluarga Maembong. Katanya, program tersebut bakal memaparkan kehidupan sebenar yang dilalui oleh dia dan keluarganya. "Setakat ini program itu belum ada nama dan penggambaran bakal bermula September ini. Ia banyak berkisar tentang kehidupan saya bersama Emma dan Yaya. "Kami bertiga watak utama dan adik-beradik lain juga akan ada mengikut episod," katanya.

Chacha Maembong Terkejut Dituduh Kurang Ajar Kerana Baju

Pelakon Chacha Maembong terkejut dituduh bersikap kurang ajar dengan menghayunkan beg tangan ke kepala pelakon lain hanya kerana tidak berpuas hati dengan baju yang terpaksa dipakai. Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aishah Ismail, 18, berkata, insiden sedemikian tidak pernah berlaku sepanjang kerjayanya sebagai artis. "Cerita itu tidak benar sama sekali, saya ingin bercakap dengan pelakon lain pun ada kalanya saya malu, inikan pula sampai tergamak menghayunkan beg tangan. Saya tidak mungkin bersikap kurang ajar seperti itu. "Saya ini jenis yang tidak pernah kisah tentang baju yang pihak produksi sediakan kerana saya yakin ia sesuai dengan watak saya. Entah daripada mana mereka dapat cerita buruk dan tidak benar ini, saya tak pasti. "Kalau benar tuduhan saya menghayunkan beg tangan kepada seorang pelakon, saya minta individu itu bersemuka dengan saya untuk selesaikannya cara baik dan bukan melalui media,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin. Chacha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip terbaharu apabila dia dikatakan sengaja menghayun beg tangan ke kepala seorang pelakon kerana tidak berpuas hati dengan baju pelakon lain yang lebih cantik daripada baju yang disediakan untuknya. Dia juga dituduh bersikap kurang sopan dan berlagak 'diva' terhadap kru produksi ketika di lokasi penggambaran. Selain itu, ruangan pojok sebuah akhbar mingguan pada 27 Julai lalu turut melaporkan Chacha pernah menyalahkan orang lain kerana kecuaiannya menyebabkan telefon bimbit miliknya hilang. "Saya kecewa bila gosip itu keluar sehari sebelum raya hingga merosakkan kegembiraan menyambut raya. Saya rapat dengan semua kru produksi drama dan tidak pernah meletakkan taraf berbeza dengan mereka. "Berkenaan kejadian kehilangan telefon itu pun tidak pernah berlaku kerana saya masih pakai telefon saya yang lama, itu semua fitnah semata-mata," katanya. Dalam pada itu, Chacha tidak menolak kemungkinan ada pihak yang tidak berpuas hati dan cuba mengambil kesempatan memburukkan namanya atas sebab-sebab tertentu.

Iqwal Tidak Tumpang Populariti Saya - Chacha Maembong

Pelakon Chacha Maembong menganggap hubungan rapatnya dengan penyanyi Iqwal Hafiz, 20, bukan kerana untuk meraih publisiti murahan di laman sosial. Chacha atau nama sebenar Siti Aisyah Maembong, 17, turut menolak dakwaan lelaki tersebut mendekatinya kerana ingin menumpang populariti sebagai seorang pelakon. "Kami masih diperingkat mengenali hati budi masing-masing dan baru sahaja berkenalan dan jika keluar bersama pun, kami keluar ditemani rakan yang lain.
"Pada saya ia bukan kerana untuk meraih publisiti atau dia (Iqwal) ingin menumpang populariti saya, dia lebih berbakat dan lebih lama dalam industri cuma belum popular sahaja," katanya kepada mStar Online. Tambah Chacha, buat masa ini dia selesa berkawan rapat dengan lelaki itu, sementara fokus utama adalah memberi perhatian kepada bidang lakonan terlebih dahulu. "Saya terpaksa korbankan bidang pelajaran demi menjadi pelakon, jadi saya mahu betul-betul fokus pada kerjaya terlebih dahulu kerana ini pilihan saya," katanya. Dalam pada itu, ketika ditanya tentang hubungannya dengan pelakon berasal daripada Singapura, Shah Iskandar, Chacha bekata, mereka hanya rapat sebagai rakan artis. Jelas Chacha, hubungan akrab tersebut hanya di lokasi penggambaran sebuah drama sahaja. "Saya dan Shah rapat masa penggambaran drama sahaja selepas itu kami tidak berhubung lagi, mungkin gambar mesra di Instagram membuatkan orang ramai tertanya-tanya. "Ia bukan perkara baru kerana setiap kali saya muat naik gambar lelaki pasti ada sahaja gosip percintaan yang timbul," katanya. Tambah Chacha dia tidak mahu hubungannya dengan gambar-gambar lelaki akan memberi persepsi buruk terhadapnya sehingga dilabel playgirl. Dalam perkembangan lain, Chacha bakal muncul menerusi telemovie terbaharu berjudul Designer Didie Naik Haji yang akan ditayangkan pada 15 Oktober ini di TV1.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails