Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Cico Harahap. Show all posts
Showing posts with label Cico Harahap. Show all posts
AKSI TERKINI CICO HARAHAP DAN TUNANGNYA FERNIE
Tentu anda semua masih ingat cerita tentang Cico Harahap, 36, atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin yang sudah bertunang dengan gadis bernama Fernnie Yong yang kami siarkan pada awal Januari lalu.
Terkini, mereka berdua ditemui media ketika menyertai sesi mini bootcamp dan zumba anjuran Tuty D'adza di Leha Fitness, Taman Melati, Kuala Lumpur.
"Kami banyak berkongsi minat yang sama termasuklah dalam bidang kecergasan. Tapi setakat ini belum lagi ada perancangan nak kahwin.
"Lagipun anak saya mulakan persekolahan tahun depan. Memang anak keutamaan saya kini. Saya kenal dia sejak dua tahun lalu.
"Bagi saya status duda ini sudah jadi perkara biasa dalam hidup saya. Ibu saya sendiri bergelar ibu tunggal.
"Jadi masa saya sejak kecil memang kebanyakan dihabiskan dengan ibu. Cuma sekarang bezanya saya sudah ada anak.
"Jadi tak kisah kalau ada soal pengganti atau tidak. Tapi kalau ada itu ia bonus dan saya gembira bertemu dia (Fernie). Pendek kata kehidupan saya masih sama. Saya banyak mengembara dengan anak. Tak kosong pun hidup ini," ujar Cico dipetik sebagai berkata kepada BH Online.
Untuk rekod, anak kepada pelakon dan penyanyi Uji Rashid ini pernah berkahwin dengan Elle pada 25 Februari 2008 di Songkla, Thailand sebelum mereka mengambil keputusan bercerai. Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Rindu Nur Fitrah.
Cico Harahap Sudah Tiga Tahun Jadi Duda
Pelakon Cico Harahap mengesahkan dia sudah pun bercerai dengan bekas isterinya Elle atau nama Islamnya, Nur Fuziani Abdullah pada tiga tahun lalu.
Cico atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin, 36, berkata, dia merahsiakan perkara tersebut kepada sebelum ini kerana belum bersedia untuk mengesahkan statusnya sebagai duda kepada seorang anak.
"Sebelum ini saya lebih senang untuk berdiam diri tentang status sebenar saya. Dan ya, kini saya seorang bapa tunggal kepada seorang anak. Saya telah bercerai tiga tahun lalu," katanya kepada mStar Online.
Cico dan Elle telah mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2008 di Songkhla, Thailand. Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang anak perempuan, Rindu Nur Fitrah, yang berusia tiga tahun.
Tambah anak kepada penyanyi Uji Rashid ini, dia masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga lagi sebaliknya ingin memberi fokus semula terhadap kerjaya lakonan yang sudah lama ditinggalkannya.
Bagaimanapun, pelakon yang popular dengan filem Puteri Impian itu berkata, dia ada mengenali seorang wanita, namun tidak tahu sama ada wanita itu adalah calon sesuai untuk dijadikan isteri atau tidak.
"Apa-apa pun saya selesa dengan hidup sekarang. Saya ada seorang anak yang buatkan saya ceria selalu dan dia juga sering menemani saya ke set penggambaran.
"Teringat pula zaman saya kecil dulu yang sering mengikut ibu (Uji) mana-mana sahaja yang melibatkan aktiviti kerja seninya," ujar Cico.
Sementara itu, Cico yang sebelum ini menetap di Pulau Tioman melatih penyelam-penyelam skuba berkata, dia mahu membuat kemunculan semula selepas enam tahun tidak muncul di layar perak dan televisyen.
Katanya, memandangkan pada penghujung tahun ini adalah musim tengkujuh, ia memudahkannya lagi untuk menghabiskan masa dengan memenuhi kerja-kerja lakonan dan sebagai permulaan, Cico terlibat dengan drama berjudul Jiwa, arahan Kabir dan Nurhanisyam Muhammad.
"Sekarang ni pun tengah musim tengkujuh, jadi kebetulan ada tawaran berlakon, saya terima.
"Alhamdulillah, ia satu peluang baik apalagi dapat bekerjasama dengan Kabir. Dalam drama ini, saya berlakon sebagai Zul, sahabat baik kepada Iskandar, lakonan Remy Ishak," tuturnya.
Ia mengisahkan perhubungan keluarga dan aksi lawan Muay Thai yang dilakonkan oleh tiga pelakon utama iaitu Faizal Hussein, Remy Ishak dan Kamal Adli.
Jiwa yang turut melibatkan pelakon Siti Elizad, Sheila Mambo dan Liza Shadan ini bakal disiarkan setiap Rabu mulai 5 Februari 2014 b bermula pukul 9 malam di TV3.
Cico Bawa Diri Ke Pulau Perhentian Sejak Lima Tahun Lalu
KUALA LUMPUR: Kehilangan pelakon Cico Harahap selama beberapa tahun terjawab apabila dia sebenarnya tidak lagi menetap di Kuala Lumpur sebaliknya tinggal di Pulau Perhentian, Terengganu kerana bekerja sebagai jurulatih penyelam skuba.
Cico atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin, 33, berkata, dia telah menetap di pulau itu sejak lima tahun lalu kerana mahu memenuhi aktiviti berkenaan yang turut menjadi sumber pendapatannya.
"Sekarang ini saya memang sibuk bekerja sebagai jurulatih penyelam skuba. Semakin lama tinggal di pulau, terasa lebih serasi pula.
"Malah sebelum ini saya menetap untuk beberapa tahun di Pulau Tioman, Johor. Saya bukan sekadar melatih penyelam-penyelam skuba tetapi turut menjalankan beberapa perniagaan lain seperti menjual kain, cenderahati dan makanan," katanya.
Tambah anak kepada artis veteran Uji Rashid itu, fikirannya lebih tenang dan seronok dengan menjalani aktiviti yang digemarinya sejak dahulu lagi, malah sedang merancang untuk membuka beberapa perniagaan di pulau berkenaan.
Ditanya adakah penghijrahannya ke pulau itu disebabkan merajuk dengan dunia seni, Cico menafikannya kerana sejak kecil lagi, dia sudah lali dan terdedah dengan dunia berkenaan serta isu kontroversi artis.
Malah Cico turut menafikan dia sudah bersara daripada dunia lakonan, sebaliknya dia hanya akan berlakon sekiranya tawaran diberi dengan skrip yang sesuai.
"Saya tak mungkin bersara daripada berlakon kerana ia sudah pun menjadi darah daging saya. Cuma kali ini saya lebih memilih sedikit. Tambah pula kesibukan di Pulau Perhentian menyebabkan kemunculan saya dalam industri seni semakin terhad," ujarnya.
Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan keluarga pula, Cico enggan mengulas tentang hal berkenaan sebaliknya memberitahu anak dan isterinya kini tinggal berjauhan dengannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]



