Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Datuk Rahim Razali. Show all posts
Showing posts with label Datuk Rahim Razali. Show all posts
Doktor Arah Rahim Razali Berehat Sebulan
Pelakon Datuk Rahim Razali, 71, diarahkan berehat selama sebulan daripada melakukan sebarang aktiviti seni selepas beliau selesai menjalani pembedahan bagi membuang pendarahan dalam otaknya pada 31 Oktober lalu.
Rahim berkata, dia telah dibenarkan keluar wad pada Ahad lepas selepas doktor mendapati keadaan kembali stabil selain bersyukur tahap kesihatannya yang kembali pulih.
"Alhamdulillah, saya lebih sihat sekarang, malah lebih bertenaga berbanding sebelum ini. Saya turut bersyukur dengan proses pembedahan yang berjalan dengan lancar.
"Cuma saya perlu berehat di rumah selama sebulan selain menjalani rawatan susulan mengikut jadual yang diberi oleh doktor," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Tambah Rahim, walaupun sudah pulih sepenuhnya, namun dia tetap berjaga-jaga agar penyakit tersebut tidak berulang lagi.
Rahim dimasukkan ke Pusat Perubatan Sunway di sini pada 27 Oktober lalu selepas mengalami sakit kepala ketika menjalani penggambaran rancangan sukan terbitan Astro Arena di Kuantan, Pahang sehingga terpaksa di bawa pulang ke Kuala Lumpur.
Selepas dihantar ke pusat perubatan itu oleh keluarga, pihak hospital terpaksa menahan Rahim apabila ujian sinar X mendapati terdapat kesan darah pada otaknya yang dikenali sebagai subdural hemorrhage dan perlu dibedah segera.
PENDARAHAN OTAK - DATUK RAHIM RAZALI KINI STABIL Read more: http://www.myartis.com/2013/10/pendarahan-otak-datuk-rahim-razali-kini.html#ixzz2j6X9UGwy
Datuk Rahim Razali kini stabil meskipun disahkan mengidap penyakit pendarahan dalam otak (subdural hemorrhage) dan perlu menjalani rawatan pembedahan dengan segera. Beliau baru-baru ini telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Sunway Petaling jaya.
Bagaimanapun, beliau sudah dipindahkan ke wad biasa hari ini.
"Beliau dijadualkan menjalani pembedahan akibat penyakit berkenaan pada Rabu atau Khamis ini.
“Saya ada hubungi anak beliau tadi iaitu Nadia dan saya dimaklumkan keadaan Datuk (Rahim) sudah stabil dan dia sudah pun dipindahkan ke wad biasa,” kata pelakon Khir Rahman.
Untuk info, Rahim mengadu sakit kepala kepada anaknya sejak seminggu lalu tetapi tidak berkesempatan untuk menjalani pemeriksaan doktor kerana kesibukannya di lokasi penggambaran.
Namun pada petang Ahad (semalam), Rahim yang sedang menjalani penggambaran di Kuantan, Pahang sekali lagi mengadu tidak sihat dan beliau kemudian terus dibawa ke Pusat Perubatan Sunway.
Marilah kita berdoa agar pelakon dan pengacara veteran itu cepat sembuh dan boleh menjalankan aktivitinya seperti biasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]

