Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Den Wahab. Show all posts
Showing posts with label Den Wahab. Show all posts

Den Wahab Tidak Halalkan RM15,000 Dipinjam ND Lala

Pelakon Den Wahab sudah malas untuk memikirkan dan mengharap wang sebanyak RM15,000 yang pernah dipinjam oleh penyanyi ND Lala, kira-kira 14 tahun lalu. Bagaimanapun, Den atau nama sebenarnya Zaharudin Abdul Wahab berkata, perkara tersebut tidak bermakna dia menghalalkan hutang tersebut walaupun setelah sekian lama tidak diselesaikan. "Entahlah, kalau dia rasa hutang itu penting dia akan bayar. Saya sudah malas nak fikir dan berharap dia akan membayarnya walaupun dia sudah kaya sekarang. "Tetapi bagi saya hutang tetap hutang dan saya tidak boleh lupa masa dia susah dulu merayu meminta tolong daripada kawan-kawan," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini pada, Isnin. Den berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan kontroversi hutang yang dipinjam ND Lala sebanyak RM15,000 sekitar tahun 2000 bagi merakam lagu untuk sebuah parti politik. Katanya, bapa kepada penyanyi Shila Amzah itu tidak pernah menghubunginya selepas berjanji memulangkan wang tersebut secara ansuran.
Malah, katanya, ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah Salleh, 52, cuba melarikan diri apabila ternampaknya di majlis hiburan. "Saya tahu nilai tersebut tidak banyak tetapi sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya berpegang kepada janji. "Apa yang saya kesal dia rosakkan nilai persahabatan dan orang yang ikhlas membantu dia ketika susah. "Saya pernah ternampak ND Lala semasa satu persembahan di Istana Budaya dahulu, tetapi dia cuba mengelak selepas terserempak dengan saya," ujarnya. Mengimbau waktu itu, Den berkata, dia sudah dinasihatkan rakan-rakan artis yang lain agar tidak membantu penyanyi tersebut. Namun, dia tidak sampai hati dan sentiasa berfikiran positif untuk membantu sesama bangsa. Dalam perkembangan lain Den turut mengulas tindakan Shila Amzah yang mempersoalkan kredibiliti media Melayu sebagai sesuatu perkara yang tidak mengejutkannya. Tambahnya, sebagai artis berpengalaman dia menasihatkan agar penyanyi itu sedar tindakan yang dilakukan wanita itu akan merosakkan reputasinya sendiri. "Bila saya tahu cerita tentang Shila yang menempelak media sebagai tidak menyokong kerjayanya, saya tidak terkejut langsung. "Dia tidak sedar tindakan itu seperti kacang lupakan kulit dan merosakkan reputasi dia sendiri. Susah kalau orang sudah berada di puncak dan mereka selalu lupa orang yang tolong mereka ketika di bawah," katanya.

Den Wahab Sangkal Spider Tak Puas Hati Soal Bayaran


KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Global Network Entertainment, Den Wahabmenganggap isu kumpulan Spider tidak berpuas hati dengan bayaran yang diberikan kepada mereka sempena konsert tribute Untukmu Loloq adalah isu yang tidak munasabah.

Menurut Den, kedua-dua pihak telah bersetuju dengan bayaran yang telah ditetapkan untuk konsert tersebut yang bakal berlangsung dari 22 hingga 24 April ini di Panggung Sari, Istana Budaya.

"Saya terkejut apabila isu ini timbul kerana bagi saya, soal bayaran,kedua-dua pihak telah bersetuju.

"Pihak penerbit telah meletakkan sejumlah harga dan atas rundinganSpider, kami menambah 20 peratus lagi daripada harga asal. Perkara itu juga dipersetujui oleh mereka," katanya pada sidang media majlis berkenaan di Istana Budaya,Khamis.

Den diminta mengulas dakwaan kumpulan Spider tidak berpuas hati terhadap bayaran yang ditawarkan Global Network Entertainment untuk konsert berkenaan.

Jelas Den, kumpulan Spider telah pun menerima wang pendahuluan iaitu sebanyak 30 peratus daripada jumlah keseluruhan bayaran untuk mereka.

"Mereka juga sudah menandatangani kontrak untuk konsert itu selain berasa terujauntuk membuat persembahan bagi mengingati arwah Loloq,” katanya.

Tambah Den, konsert tersebut dianjurkan bukan untuk mengaut keuntungan tetapi sebagai hadiah dan penghargaan kepada Allahyarham yang banyak memberi sumbangan dalam bidang seni.

"Kami bukan mahu mencari keuntungan tetapi kalau dah balik modal pun sudah cukup. Apa yang penting sebahagiannya wang yang diperoleh akan disalurkan kepada keluarga Allahyarham," ujarnya.

Selain Spider, beberapa artis popular tanah air seperti M.Nasir, Ella, Ramli Sarip dan Hasnol Rahmat akan menjayakan konsert tersebut.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails