Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Dynas Mokhtar. Show all posts
Showing posts with label Dynas Mokhtar. Show all posts

SOAL KAHWIN - DYNAS MOKTHAR ANGGAP MASIH TERLALU AWAL

Semua sedia maklum bahawa Dynas Mokthar kini sedang mengenali hati budi seorang lelaki berusia 33 tahun yang merupakan teman lamanya semasa zaman persekolahannya. Malah di laman Instagram, pelakon dan pengacara tinggi lampai itu tak lokek berkongsi gambarnya dengan jejaka kacak itu. Saat ini juga Dynas dan lelaki yang dikenali dengan huruf pangkal S begitu terbuka berkongsi hubungan mereka di laman sosial. Walaupun Dynas sudah mengenali S beberapa bulan lalu, namun beliau masih belum memikirkan untuk membawa hubungan ini ke peringkat seterusnya kerana merasakan ia terlalu awal untuk dibicarakan. Ini kerana menurut Dynas, hubungan mereka masih lagi baharu meskipun bersikap terbuka kepada umum mengenai percintaan mereka. "Kalau dia terbuka mengenai hubungan kami, saya OK saja. Kami rapat. Perhubungan kami terjalin dalam tempoh yang masih baharu. Daripada kawan tiba-tiba jadi rapat. Tapi saat ini, soal nak kahwin belum terfikir lagi. Masih awal untuk menebak semuanya," ujar Dynas dipetik sebagai berkata. Sesibuk mana pun Dynas, rutinnya sebagai ibu tak pernah diabaikan. Perkahwinan yang dibinanya bersama Hafizy Hafiz pada 15 Mac 2008 terlerai juga secara rasmi pada 25 Februari tahun lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Dynas dan bekas suaminya kini bergilir-gilir menjaga dua orang anak mereka, Khyra Khalyssa (5) dan Mohamed Haqaish (3). "Hari sekolah kebiasaannya anak saya dengan bapa mereka. Saya selalunya akan bersama anak pada hujung minggu. Jadual giliran itu boleh berubah ikut kelapangan masa," katanya. Dalam perkembangan lain, Dynas kini terus meneroka pasaran perniagaan baharu dengan membuka restoran makanan sihat di Publika, Solaris Dutamas bernama EatWithMune.
Dynas sebelum ini mengusahakan perniagaan kelengkapan ibu mengandung di bawah nama Dynas Nursing Attire. Sebelum ini, restoran sama pernah beroperasi di Solaris Mont Kiara tetapi sudah menamatkan operasinya. Difahamkan, Dynas mengusahakan perniagaan itu bersama rakan kongsi yang juga pernah menjadi jurulatih kecergasannya di gimnasium, dikenali dengan nama Mune atau Mughniy. Perniagaan makanan sihat di Malaysia bukan sesuatu yang asing dan saban tahun semakin diterima ramai apabila ramai dalam kalangan masyarakat kita memilih untuk hidup sihat. "Saya mula tertarik dengan konsep EatWithMune (ketika itu beroperasi di Solaris Mont Kiara) sekitar lima atau enam bulan lalu. Kebetulan pusat gimnasium yang saya berlatih berdekatan dengan kedai berkenaan. Kebetulan kali pertama pergi, Mune ada di kedai. Dia banyak bercerita mengenai konsep kedai makan itu. Saya tertarik dengan apa yang cuba disampaikannya. "Ia termasuk cerita lama dia berbadan gempal... cara dia memotivasikan orang lain termasuk memperkenalkan konsep kedai makan sebegitu. Dia memberi inspirasi untuk saya tampil sihat atau kurus seperti yang diusahakannya selama ini. Malah dalam perjalanan untuk tampil sihat dan kurus seperti hari ini, dia juga pernah melalui fasa lemah semangat," jelasnya. Dynas berkata, restoran itu yang diusahakan dengan Mune berbekalkan modal sekitar RM200,000. Malah kerana Mune juga, pelakon itu yang terkenal menerusi drama 'Susuk' di TV3 itu, terangsang untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan mengamalkan pemakanan sihat.

CERAI BULAN FEBRUARI - DYNAS MOKHTAR PECAH RAHSIA

Teka-teki terjawab jua! Jika sebelum ini Dynas Mokhtar atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinaz Datuk Wan Mokhtar menyembunyikan statusnya, kali ini dia sendiri mendedahkan yang dia dan suaminya Mohd Hafizy Hafiz sah bercerai talak satu pada 25 Februari lalu. Apa nak dikata, mungkin sudah tiada jodoh.
Bagi penjagaan anak pula, Dynas dan suaminya bergilir-gilir menjaga dua anak mereka iaitu Khyra Khalyssa, 4, dan Mohamed Haqaish, 2. Untuk rekod, Dynas dan Hafizy mendirikan rumahtangga mereka pada 15 Mac 2008.

Dynas Mokhtar terus kunci mulut

KEMELUT yang melanda kehidupan peribadi pengacara tinggi lampai, Dynas Mokhtar seakan tiada akhirnya tatkala sehingga ke hari ni masih ramai lagi pihak yang membuat andaian bahawa dia dan suaminya sudah tidak bersama lagi. Lebih menguatkan lagi gosip yang bertebaran, perkahwinan yang dibina sejak tahun 2008 itu telah musnah setelah Dynas dan suaminya, Hafizy Hafiz, didakwa telah bercerai awal tahun ini. Berikutan itu ramai pihak media cuba untuk dapatkan empunya badan bagi mendapatkan kepastian hal sebenar dari mulut pelakon filem Impak Maksima itu sendiri. Walau bagaimanapun, Dynas masih lagi berteka-teki tentang status sebenar dirinya kepada umum dan usaha pihak media untuk dapatkan dia juga gagal kerana Dynas lebih senang untuk mengunci mulut dan berdiam diri untuk mengulas perkara tersebut. Ada juga yang mengatakan, Dynas terpaksa menangguhkan perceraiannya kerana terikat dengan kontrak dengan sebuah jenama kelengkapan peribadi. Ketika Hits berpeluang bertemu dengan Dynas yang muncul dalam satu majlis di Kuala Lumpur baru-baru ini, tenang menjawab segala persoalan yang ditebak kepadanya. Ikuti perbualan Hits bersama Dynas. Hits: Boleh ceritakan sedikit apa perkembangan terkini Dynas sekarang? Dynas: Saya sekarang sibuk dengan bidang pengacaraan. Sekarang ini saya terlibat sebagai pengacara tetap untuk sebuah program berbentuk medik dan perubatan yang akan disiarkan tidak lama lagi. Sibuk sebagai pengacara, adakah itu membuatkan Dynas sudah tidak minat lagi dalam bidang lakonan yang dahulunya seakan sebati dengan diri Dynas? Dynas: Bukan sudah tidak minat. Saya akui masih minat berlakon,cuma sekarang saya letakkan keutamman kepada pengacaraan. Adakah sebab Dynas terlalu memilih watak menyebabkan Dynas pilih untuk kurang berlakon ? Dynas: Saya bukan terlalu memilih, cumanya saya masih menanti tawaran watak yang bagus dan sesuai dengan jiwa saya. Kebanyakan tawaran yang ditawarkan kepada saya,semuanya kurang menepati cita rasa saya. Selain sibuk mengacara dan menjadi duta beberapa duta produk, boleh berkongsi lebih lanjut tentang perancangan masa hadapan Dynas? Dynas: Selain sibuk dengan jadual kerja yang padat, saya kini mencari peluang untuk kembangkan lagi premis jualan aksesori dan pakaian ibu hamil Dynas Nursing Attire (DNA) di beberapa lokasi. Ada sesetengah pihak menyebarkan khabar angin kononnya Dynas sudah bercerai, adakah benar dakwaan tersebut atau sekadar omong kosong ? Dynas: Maaf, saya tiada komen mengenai perkara ini. Saya hanya boleh katakan, saya akan menjawab semua persoalan ini satu hari nanti dan apa yang pasti tidak dalam masa terdekat ini. Maksudnya Dynas akan mengadakan majlis sidang akhbar untuk umumkan kesahihan isu tersebut ? Dynas: Tidak. Saya tidak rasa akan membuat sidang media untuk jelaskan perkara tersebut. Mungkin satu hari nanti saya buat sesi fotografi atau sesi temu bual secara personal, baru saya beritahu.

Digosip cerai, Dynas akui hubungan dengan Hafizy baik

SELEPAS isu penceraian nama besar dalam industri hiburan, Erra Fazira dan Engku Imran pada Februari lalu menjadi bualan seluruh peminat hiburan tanah air, dunia seni sekali lagi dikejutkan dengan gosip penceraian melibatkan pelakon dan pengacara terkenal, Wan Intan Edrinaz Datuk Wan Mokhtar, 31, atau lebih mesra disapa Dynas Mokhtar. Khabar angin yang mengatakan bekas pelakon yang pernah membintangi filem Bisikan Syaitan itu dan suaminya, Hafizy Hafiz telah bercerai sejak 25 Februari lalu masih lagi menjadi tanda tanya. Dynas yang kelihatan mesra bersama anak sulung kesayangannya, Khyra Khalyssa, 4, pada majlis pelancaran pertandingan bayi tahunan anjuran Johnson’s Baby di One Utama, Bandar Damansara, Kuala Lumpur mengambil keputusan untuk enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut. Namun, pada riak muka pelakon tersebut ia menjelaskan ada sesuatu yang disembunyikannya. Kosmo! meminta penjelasan daripada Dynas berhubung isu itu. Ikuti temu bual bersama duta produk rangkaian baharu Johnson Baby Milk and Rice itu. Kosmo!: Boleh anda ceritakan sedikit situasi sebenar hubungan anda bersama suami, Hafizy Hafiz? DYNAS: Saya enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut kerana hal ini melibatkan seluruh keluarga besar kami. Bagaimanapun, apa yang boleh saya jelaskan di sini ialah hubungan saya dan dia masih lagi dalam keadaan baik. Kami juga masih lagi berhubung antara satu sama lain. Adakah isu ini sedikit sebanyak menjejaskan hubungan anak anda serta suami? Alhamdulillah, buat masa sekarang semuanya baik sahaja. Biarlah orang ingin menyebarkan khabar angin, yang penting hubungan saya dan anak-anak tidak terjejas. Saya ingin melihat anak saya membesar dengan baik dan saya mahu sentiasa ada bersama mereka. Melihat penglibatan anak-anak anda dalam dunia komersial sejak kecil lagi, adakah anda selesa dengan keadaan ini? Saya menyokong setiap apa yang diminati oleh anak-anak saya. Anak sulung saya, Khyra Khalyssa, 4, sudah menunjukkan minat dalam bidang peragaan. Saya juga melalui perkara yang sama, sejak kecil lagi saya sudah terlibat dalam dunia pengiklanan. Ia juga mendapat persetujuan daripada ayah mereka. Saya fikir ia tidak menjadi masalah memandangkan mereka juga dapat wang atas usaha mereka ini.
Apakah perasaan anda apabila dilantik sebagai salah seorang juri dalam pertandingan bayi tahunan ini? Saya sangat teruja sekali kerana ia merupakan kali pertama kali dilantik untuk menjadi juri. Berbanding tahun sebelumnya, pertandingan ini menjanjikan kelainan apabila bayi yang memasuki pertandingan akan dinilai daripada segala aspek, bukan sahaja dari segi fizikal, malah perkembangan bayi dan ikatan erat bersama kedua ibu bapanya. Apakah kriteria yang ada pada diri anda sehingga menyebabkan pihak Johnson’s Baby melantik anda sebagai salah seorang juri pertandingan tersebut? Mungkin disebabkan sebelum ini saya banyak berkecimpung dalam bidang pengacaraan yang melibatkan program perkembangan bayi dan juga mempunyai perniagaan pakaian ibu mengandung iaitu Dynas Nursing Attire’ (DNA). Bagaimanakah perkembangan perniagaan Dynas Nursing Attire (DNA) anda? Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Kini saya mempunyai dua cawangan iaitu di The Curve, Damansara dan Setia City Mall. Saya juga bercadang untuk membuka satu lagi cawangan di Sabah. Apakah perkembangan terbaharu anda? Saya kini baru sahaja selesai daripada penggambaran utuk drama, Silir Kasih Bella terbitan RTM. Drama ini memberi kelainan kepada saya kerana watak yang dilakonkan merupakan watak protagonis berbanding watak antagonis yang selalu diberikan kepada saya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails