Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Edry KRU. Show all posts
Showing posts with label Edry KRU. Show all posts
Edry Anggap Tuduhan ‘Kaki Ciplak’ Sebagai Mengarut
Komposer Edry Abdul Halim merasakan dakwaan sesetengah pihak kononnya dia gemar menciplak karya luar setiap kali menghasilkan lagu disifatkan mengarut.
Edry, 37, berkata, dia tidak mahu mengambil kritikan itu secara serius dan menganggap mereka yang bercakap tidak tahu apa-apa mengenai bidang muzik.
"Saya rasa, dakwaan sebegitu bukan sahaja berlaku pada diri saya tetapi juga komposer-komposer lain. Apa yang mereka dakwa itu mengarut. Hairan dibuatnya apabila mereka boleh katakan lagu 'A' sama dengan 'B' atau lagu 'C' sama dengan 'A'.
"Tahukah mereka bahawa dalam muzik ada 12 nota sahaja? Maka ia akan ditukar-tukar dan semestinya akan ada yang kedengaran hampir sama dengan lagu yang sedia ada serta karya yang dicipta.
"Bagaimanapun ia sedikit pun tidak mengganggu kerja saya dalam menghasilkan pelbagai karya lagu," katanya kepada mStar Online.
Tambah Edry dia juga menyifatkan kritikan kononnya dia menciplak lagu itu timbul apabila masyarakat kini bebas bersuara menerusi laman-laman sosial walaupun mereka kurang berpengetahuan di bidang muzik.
"Rasanya, boleh dikatakan semua lagu yang saya buat dikatakan ciplak. Saya malas dah nak layan," ujarnya.
Sementara itu, mengenai perkembangan terbaharu, Edry telah menghasilkan sebuah lagu tema filem Vikingdom berjudul Dark Clouds yang dibawakan oleh kumpulannya sendiri, Mojo.
Menurut Edry, lagu tersebut merupakan antara hasil karya yang mengambil masa lama iaitu tiga bulan pembikinan dan ia salah satu langkah memperkenalkan Mojo di mata dunia.
"Memandangkan ia adalah untuk filem pasaran antarabangsa, lagu yang dihasilkan juga perlu mempunyai elemen muzik yang mudah diterima. Jadi untuk Dark Clouds, saya mengambil elemen klasik rock tanpa menyelitkan langsung unsur-unsur Melayu.
"Apalagi daripada segi diksi sebutan bahasa juga perlu tepat dan Alhamdulillah, vokalis kami, Aweera berjaya menyanyikannya dengan baik.
"Ditambah pula dengan bantuan 60 pemuzik serta 20 orang koir membuatkan saya yakin Dark Clouds mampu pergi jauh," tuturnya.
Dalam pada itu, selain Dark Clouds, Mojo juga bakal muncul dengan single berbahasa Melayu berjudul Roman Cinta.
Wajah Semakin Tampan, Edry (KRU) Sangkal Lakukan Botoks
Edry (KRU) Kurus Bukan Kerana Sakit
PETALING JAYA: Komposer dan pengarah filem terkenal, Edry Abdul Halim menyangkal dakwaan bahawa saiz fizikal dirinya yang semakin kurus sejak kebelakangan ini kerana menghidap sebarang penyakit.
Edry, 36, berkata, perubahan fizikalnya itu adalah disebabkan kesedaran tentang perlunya dia menjaga kesihatan diri dan mengakui mengunjungi pusat kecergasan setiap hari.
"Alhamdulilah saya sihat dan setakat ini tidak mempunyai sebarang penyakit dan perubahan fizikal saya tiada kena mengena dengan perkara itu.
"Saya kurus kerana saya bersenam setiap hari kerana ingin memastikan badan saya sentiasa sihat dan bertenaga," ujarnya kepada mStar Online.
Tambah Edry, dia berharap dapat memberikan inspirasi kepada masyarakat tentang pengamalan dan kepentingan gaya hidup sihat.
Dalam pada itu, Edry memberitahu, dia mendapat kesedaran untuk mengurangkan berat badanya selepas menonton rakaman konsert KRU di Dataran Merdeka pada tahun 2003 apabila mendapati dirinya kelihatan berisi.
Kata Edry, bertitik tolak daripada itu dia mengambil keputusan untuk mengubah gaya hidup dan mengamalkan senaman secara berterusan.
"Ketika itu berat badan saya mencecah 90 kilogram dan kini saya kekal pada angka 76 kilogram. Tetapi ia bukan sekadar nombor semata-mata tetapi apa yang lebih penting kita menjaga kesihatan dan melakukan senaman secara kerap," ujarnya.
Sementara itu, Edry berkata, selain senaman di pusat kesihatan dia juga turut menyertai tiga kelab bola sepak berbeza dan sering menghabiskan masa dengan bersukan jika mempunyai masa terluang.
Edry memberitahu dengan cara itu dia dapat beergerak aktif selain dapat merapatkan silaturahim di antara kenalan di padang bola.
"Ia adalah aktiviti menyihatkan dan ia juga dapat merapatkan hubungan antara rakan-rakan selain dapat berkumpul dan melakukan aktiviti lain," katanya.
Dalam perkembangan lain, filem arahan terbaru Edry berjudul 29 Februari sedang ditayangkan dipawagam dan ia adalah filem pertama menggunakan tiga dimensi (3D) yang menampilkan pelakon Remy Ishak dan Jojo Goh sebagai tunjang utama.
Edry Hormati Keputusan Anuar Zain
Komposer lagu Sedetik Lebih, Edry Abdul Halim menghormati keputusan penyanyi lagu tersebut, Anuar Zain untuk tidak menyertai mana-mana pertandingan nyanyian biarpun lagu itu berjaya ke separuh akhir Anugerah Juara Lagu 26.
Kata Edry, dia faham situasi Anuar Zain dan akan menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada artis lain untuk membawakan lagu tersebut.
“KRU pernah melalui saat-saat seperti itu bila kami tidak mahu menyertai lagi mana-mana pertandingan nyanyian dan saya sangat faham situasi Anuar Zain dan menghormati keputusannya.
“Saya faham bukan kerana dia takut kalah tetapi itu adalah prinsipnya, lagi pula pertandingan itu adalah untuk lagu bukan penyanyinya,” ujarnya yang ditemui baru-baru ini.
Bagaimanapun, kata Edry, Anuar telah meletakan lagu Sedetik Lebih itu ke satu tahap yang tinggi sehingga menyukarnya untuk mencari pengganti yang dapat menyanyikan lagu tersebut dengan baik.
“Oleh itu saya sedang mencari pengganti yang boleh menyanyikan lagu tersebut setanding atau lebih baik dari Anuar Zain.
“Buat masa ada beberapa nama penyanyi lelaki dan perempuan masih dalam pemerhatian saya,” katanya yang tidak menolak nama penyanyi wanita popular Jaclyn Victor sebagai salah seorang yang bakal membawa lagu tersebut.
Ketika ditanya tentang harapnya terhadap beberapa lagu yang layak ke pertandingan separuh akhir Anugerah Juara Lagu 26, Edry berkata, dia tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang.
“Tahun lepas memang saya aktif membuat lagu untuk artis disebabkan itu juga ada beberapa lagu yang tercalon.
“Namun saya tidak meletakkan harapan yang tinggi, jika menang ia adalah satu bonus,” katanya.
Edry (KRU) Dapat Anak Keempat

PETALING JAYA: Komposer, pengarah dan penyanyi terkenal, Edry Abdul Halim menyambut kelahiran anak keempatnya, Elya semalam.
Bayi perempuan seberat 3.34 kg itu dilahirkan secara normal di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) pada pukul 8.30 pagi semalam.
“Ikutkan tarikh kelahiran Elya adalah minggu depan. Tetapi nampaknya dia tak sabar nak "keluar" lebih awal dari waktunya.
“Kelahiran Elya sangat bermakna bagi saya sekeluarga kerana tarikh 7 Jun bukan sahaja tarikh kelahirannya malah juga tarikh lahir salah seorang adik saya dan ulang tahun perkahwinan ibu bapa saya.

“Sepatutnya malam ini kami akan bersama-sama menyambut majlis hari jadi dan ulang tahun,” kata Edry.
Menurut Edry, 34, nama Elya adalah gabungan namanya dengan isteri, Milia Mohamad, 35, sama seperti nama anak-anaknya yang lain iaitu Emil, 10, Edylia, 7, dan Emery, 3.
Tidak seperti sesetengah orang yang mahu ramai anak, Edry berkata Elya mungkin anaknya yang bongsu dan dia tidak berhasrat untuk menambah anak lagi selepas ini.
“Kami rasa dah cukup empat orang anak kerana itupun dah ramai. Saya mahu lebih banyak rehat dan fokuskan kepada isteri dan anak-anak yang ada.
“Walaupun isteri tidak bekerja dan merupakan suri rumah sepenuh masa, namun saya mahukan kami berdua menumpukan waktu yang berkualiti untuk anak-anak,” beritahunya lagi.
Dalam perkembangan lain, pengarah filem Magika itu juga sedang menyiapkan lagu tema filem Hikayat Merong Mahawangsa berjudul Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
